You are on page 1of 1

1

Interviewer Apakah jenis perayaan yang disambut oleh masyarakat


Chetti?
Interviewee Antara perayaan yang disambut ialah deepavali dan ponggol.
Perayaan ponggol pula ada tiga jenis. Pertama ponggol rumah.
Bagi ponggol rumah, rumah tersebut harus dihiaskan dengan
tebu hitam di depan pintu rumah. Semasa menyambut
perayaan, ketika memasak perlu menggunakan periuk tanah,
kayu api dan tidak boleh menggunakan dapur gas. Dalam
periuk tanah tersebut, kita akan masakkan nasi susu dengan
dicampurkan kismis, cashew nut dan bahan-bahan lain. Apabila
masakkan tersebut sudah meruap, ia dianggap satu kejayaan
bagi kami.
Interviewer Bagaimana dengan palang yang terdapat dekat rumah
tersebut
Interviewee Palang tersebut adalah kita punya simbol ponggol. Bahagian
kiri kanan rumah tersebut menggunakan palang yang diperbuat
daripada pokok tebu hitam.
Interviewer Adakah terdapat nama lain atau nama saintifik benda
tersebut?
Interviewee Tebu itu biasa sahaja. Tebu tersebut diletakkan sebagai tanda
kita menyambut ponggal. Bagi perayaan kita ada tiga, iaitu
deepavali, ponggal dan satu lagi yang disebut sebagai ‘Hindu
New Year’. Semasa Hindu New Year, kita perlu meletakkan
daun mangga yang memenuhi ruang pintu mengikut bilangan
ganjil dan tidak boleh menggunakan bilangan genap. Jika
sampai susunan daun di ruang pintu tersebut 50 helai, perlu
cukupkan jadi 51 helai. Bilangan ganjil itu merupakan satu
‘kejayaan’ bagi kita. Semua daun tersebut harus disiapkan
dalam waktu yang ditetapkan dan daun itu harus ditukar dalam
setahun sekali.
Interviewer Pada daun mangga tersebut, terdapat apa-apa bahankah
yang perlu diletakkan?
Interviewee Bahan yang digunakan tersebut sudah disiapkan dalam satu
dulang dan kita akan buat upacara dan berdoa mengikut adat-
adat sembahyang kita. Bahan tersebut bukan kapur tetapi kayu
cendana yang diproses menjadi tepung. Bahan tersebut bukan
sahaja diletakkan di atas daun tersebut, tetapi juga dipakaikan
dekat dahi untuk kesihatan kulit yang lebih bersih.
Interviewer

You might also like