You are on page 1of 65

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA


ISU-ISU BAGI KOMUNITI YANG TINGGAL DI
KAWASAN PERUMAHAN BERPAGAR DAN
BERPENGAWAL BUKAN STRATA
SESI PENGAJIAN: 2018/2019
Saya, SYAZA SYAHIRAH BINTI JASNI, mengaku membenarkan Laporan Projek
Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:
1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
2. Perpustkaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi
4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah


keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti
yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organsasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(SYAZA SHAHIRAH BINTI (DR. EDIE EZWAN BIN


JASNI) MOHD SAFIAN)

Alamat tetap:
NO 1, LORONG MAHMUD,
86400 ULU TIRAM,
BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TA’ZIM.

Tarikh: _____________________ Tarikh: _____________________

NOTA:
** Jika Laporan Projek Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i

ISU-ISU BAGI KOMUNITI YANG TINGGAL DI KAWASAN PERUMAHAN


BERPAGAR DAN BERPENGAWAL BUKAN STRATA

SYAZA SYAHIRAH BINTI JASNI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan memenuhi syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2019
ii

Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Pelajar : ……………………………………………………
SYAZA SYAHIRAH BINTI JASNI

Tarikh : ……………………………………………………

Penyelia : ……………………………………………………
DR. EDIE EZWAN BIN MOHD SAFIAN
iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta,


Jasni bin Muhajir dan Masmaizatulsima binti Mahmud.

Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, semangat dan nasihat yang
diberikan buat penyelia yang dihormati,
Dr. Edie Ezwan bin Mohd Safian.

Ribuan terima kasih tidak terhingga di atas segala sokongan, bantuan serta curahan
idea yang dijadikan sebagai sandaran serta penguat semangat dalam meneruskan
perjuangan menyiapkan projek akhir ini.
Tidak lupa juga terhadap panel yang disegani.

Terima kasih di atas segala bantuan dan teguran yang membina dalam memperbaiki
hasil kerja ke arah yang lebih baik.
Juga buat adik-beradikku yang disayangi, jutaan terima kasih di atas semangat yang
diberikan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan


Program Pengurusan Harta Tanah (BPD)
“Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua dan semoga Allah
merahmati kalian di dunia mahupun di akhirat”
iv

ABSTRAK

Pembangunan perumahan oleh pemaju di Malaysia hari ini lebih tertumpu kepada
konsep Komuniti Berpagar dan Berpengawal ekoran permintaan yang tinggi dalam
pasaran harta tanah. Komuniti berpagar dan berpengawal merupakan satu bentuk
komuniti kediaman estet perumahan yang mempunyai pintu masuk berpengawal dan
dikelilingi dengan dinding atau pagar. Pembangunan seumpama ini telah menjadi ciri
utama bagi kebanyakan pembangunan perumahan di Malaysia kerana sebahagian
besar pembeli berpendapat bahawa ia dapat mengurangkan risiko jenayah,
meningkatkan rasa keamanan dan menyediakan perlindungan yang lebih kepada
mereka. Masyarakat berpendapat kawasan perumahan yang berpagar dan
berpengawal lebih selesa dan memberi perlindungan yang mencukupi terhadap
jenayah. Justeru itu pada 2 September 2010, Jabatan Perancangan Bandar dan
Semenanjung Malaysia telah mengumumkan Garis Panduan Komuniti Berpagar dan
Kejiranan Berpengawal (GACOS) secara rasminya. Skim komuniti berpagar dan
berpengawal ini secara umumnya telah memberi impak yang positif terhadap
kawalan keselamatan di kawasan perumahan. Walaubagaimanapun, pelbagai isu dan
masalah timbul ekoran pelaksanaan skim ini yang memberi kesan negatif ke atas
aspek perancangan fizikal kawasan perumahan. Kajian ini adalah bertujuan untuk
menyatakan isu-isu yang ada di dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan. Disamping itu,
menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam memberi kesan kepada pengurusan
komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata. Metodologi kajian
adalah berasaskan kaedah campuran di mana kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan
analisis dokumen. Kaedah kuantitatif pula dilakukan dengan mengedarkan borang
soal selidik kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data persepsi. Data-
data telah dianalisis melalui kaedah AHP bagi mendapatkan tahap isu-isu setiap
kriteria-kriteria yang terlibat. Kajian ini telah berjaya mengukur tahap isu-isu yang
v

ada di dalam pengurusan komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata dalam
konteks Malaysia.
vi

ABSTRACT

Housing development by developers in Malaysia today are more focused on the


concept of Gated and Guarded Neighbourhood due to the high demand in the
property market. A gated and guarded community is a form of a residential property/
residential estate that has a guarded entrance and is surrounded by a wall or fence.
Such development has been a key feature of most housing developments in Malaysia
as most buyers believe that it can reduce the risk of crime, increase the sense of
security and provide more protection to them. The community believes that fenced
and guarded housing areas are more comfortable and can provide adequate
protection against crime. Hence on September 2, 2010, ‘Jabatan Perancangan
Bandar dan Semenanjung Malaysia’ has officially announced the Gated and
Guarded Community (GACOS). This gated and guarded community scheme has
generally had a positive impact on security control in the residential area. However,
there are various issues and problems arising from the implementation of this
scheme which has a negative impact on the physical planning aspect of the housing
area. The study, aims to state the issues in the management of gated and guarded
communities of non-strata other than the security issues. In addition, analyzing the
level of issues that arise in affecting the management of gated and guarded
communities of non-strata. The methodology of the study is based on a mixed method
in which the qualitative method is the observation and analysis of the document.
Quantitative methods were carried out by distributing questionnaires to respondents
to obtain information and perception data. The data has been analyzed through the
AHP method to get the level of issues of each of the criteria involved. This study has
successfully measured the level of issues in the management of gated and guarded
communities of non-strata in the Malaysian context.
vii

ISI KANDUNGAN

TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
ISTILAH xii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1

1.2 Penyataan masalah 2

1.3 Persoalan kajian 3

1.4 Objektif kajian 4

1.5 Skop kajian 4

1.6 Kepentingan kajian 4

1.6.1 Penyelidik 5

1.6.2 Orang awam 5

1.6.3 Pembeli atau penduduk kawasan perumahan 5

1.6.4 Ahli akademik 5

1.7 Metodologi kajian 6

1.8 Kesimpulan 7

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8


2.1 Pendahuluan 8
viii

2.2 Definisi komuniti 8

2.3 Komuniti berpagar dan berpengawal 9

2.3.1 Asal usul komuniti berpagar dan berpengawal di Malaysia 9

2.3.2 Komuniti berpagar secara global 11

2.3.3 Komuniti berpagar di luar negara 15

2.4 Penduduk 18

2.5 Pengawal keselamatan 18

2.6 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 19

2.7 Kawasan perumahan 20

2.7.1 Halangan 20

2.7.2 Kemudahsampaian jalan 21

2.7.3 Pembinaan pondok pengawal 21

2.7.4 Laluan khas utiliti 22

2.7.5 Laluan keluar masuk 22

2.8 Permohonan skim kejiranan berpengawal 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24


3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka bentuk kajian 26

3.3 Metodologi bagi objektif 1 27

3.3.1 Pengumpulan data 27

3.3.2 Responden yang terlibat 28

3.3.3 Kaedah analisis 28

3.4 Metodologi bagi objektif 2 30

3.4.1 Pengumpulan data 30

3.4.2 Responden yang terlibat 30

3.4.3 Kaedah analisis 31

3.4.4 Penggunaan Proses Hierarki Analitik (AHP) 32


ix

3.5 Kesimpulan 34

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 35


4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis bagi objektif 1 35

4.3 Analisis bagi objektif 2 37

4.3.1 Tahap 1: isu-isu yang timbul 38

4.3.2 Tahap 2: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 40

4.3.3 Tahap 2: Kawasan perumahan 41

4.3.4 Tahap 2: Pengurusan persatuan penduduk 42

4.4 Kesimpulan 43

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 44


5.1 Rumusan penemuan objektif 1 44

5.2 Rumusan penemuan objektif 2 44

5.3 Limitasi dan masalah kajian 45

5.4 Cadangan kajian lanjutan 45

RUJUKAN
LAMPIRAN
VITA
x

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1: Pemberian skala dalam borang soal selidik AHP 31


Jadual 4.1: Tahap bagi isu-isu yang timbul 38
Jadual 4.2: Tahap bagi isu penduduk 39
Jadual 4.3: Tahap bagi isu PBT 40
Jadual 4.4: Tahap bagi isu kawasan perumahan 41
Jadual 4.5: Tahap bagi isu pengurusan persatuan penduduk 42
xi

SENARAI RAJAH

Rajah 4.1: Isu-isu yang timbul 38


Rajah 4.2: Isu-isu penduduk 39
Rajah 4.3: Isu-isu PBT 40
Rajah 4.4: Isu-isu kawasan perumahan 41
Rajah 4.5: Isu-isu pengurusan persatuan penduduk 42
Rajah 4.6: Tahap 1 dan tahap 2 isu-isu yang ada dalam pengurusan komuniti
perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata 43
xii

ISTILAH

AHP - Proses Analitik Hierarki

CCTV - Sistem Kamera Litar Tertutup

GACOS - Gated Community Scheme

GC - Gated Community

GN - Guarded Neighbourhood

JPN - Jawatankuasa Perancang Negeri

KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MD - Majlis Daerah

MNKT - Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

TNB - Tenaga Nasional Berhad


1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Corak pembangunan harta tanah di Malaysia pada hari ini telah berubah ke suatu
tahap yang lebih tinggi dimana urbanisasi menjadikan harta tanah sebagai suatu
kepentingan kepada masyarakat. Hal ini dapat dilihat terutamanya dikawasan-
kawasan membangun dan mempunyai limitasi penggunaan tanah disamping
mempunyai kapasiti penduduk yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan kawasan
sekitar yang kurang membangun. Justeru, semakin hari semakin banyak
pembangunan telah dibina oleh pelabur atau pemaju untuk kepentingan mereka serta
untuk menyediakan lebih banyak pilihan permintaan kepada pembeli.
Pembangunan perumahan oleh pemaju di Malaysia hari ini lebih tertumpu
kepada konsep Komuniti Berpagar dan Berpengawal ekoran permintaan yang tinggi
dalam pasaran harta tanah. Komuniti berpagar adalah kawasan kediaman yang
dibangunkan dengan akses keluar masuk yang terhad. Seterusnya, komuniti berpagar
merupakan satu bentuk komuniti kediaman estet perumahan yang mempunyai pintu
masuk berpengawal dan dikelilingi dengan dinding atau pagar. Pembangunan
seumpama ini telah menjadi ciri utama bagi kebanyakan pembangunan perumahan di
Malaysia kerana sebahagian besar pembeli berpendapat bahawa ia dapat
mengurangkan risiko jenayah, meningkatkan rasa keamanan dan menyediakan
perlindungan yang lebih kepada mereka.
Menurut Nawi (2010) perumahan ini menjadi pilihan utama bagi penduduk
bandar terutamanya bagi golongan yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi.
Pembangunan komuniti berpagar di Malaysia banyak tertumpu di kawasan
2

membangun dan penggunaan tanah yang terhad seperti di Kuala Lumpur, Selangor,
Johor Bahru, Pulau Pinang dan di Bandar Kuching. Secara amnya pembangunan ini
memberi fokus kepada keselamatan komuniti dan kawasan berkawalan ketat.
Komuniti masyarakat berpagar pertama di Malaysia ialah di Wangsa Baiduri dalam
SS12 Subang Jaya, Selangor dan ianya telah dibangunkan oleh Emko Properties Sdn.
Bhd (Jurunilai, 2011).
Pada tahap awal, konsep pembangunan komuniti berpagar dan berpengawal
ini hanya tertumpu pada pembangunan mewah dan apartmen dalam dua atau tiga
bangunan tinggi bagi satu-satu projek dimana terdapat kemudahan awam yang
dikongsi bersama oleh pembeli seperti rumah pengawal, kolam renang, rumah kelab,
kemudahan untuk bersukan serta rekreasi dan sebagainya (Nawi, 2010).
Walaubagaimanapun, pembangunan komuniti berpagar ini telah berkembang kepada
pembangunan ‘landed property’ antaranya rumah teres, rumah berkembar, rumah
bandar (townhouse) dan rumah banglo. Rumah-rumah ini dibangunkan dengan atau
tanpa keperluan kemudahan-kemudahan dalam suatu kawasan berpagar yang elit dan
ekslusif.
Tambahan pula, konsep komuniti berpagar ini telah bermula sejak kota-kota
berkubu dan bandar berpagar terawal ditemui seperti di bandar pelabuhan di
Sepanyol dan di Carribien. Pada abad ke 19, kawasan perumahan berpagar dapat di
lihat di St. Louis pada tahun 1870 dengan mempunyai jalan-jalan persendirian
(Mohammed, 2011). Konsep komuniti berpagar yang moden di Amerika Syarikat
pula bermula pada awal abad ke-20 (Low, 2003). Sekarang, kawasan perumahan
berpagar telah menjadi pilihan kebanyakkan pembeli bukan sahaja di Malaysia
malahan di seluruh bandar-bandar di dunia. Pembeli sudah tidak keberatan untuk
meninggalkan persekitaran terbuka yang telah menjadi sebahagian dari hidup mereka
selama ini dan berpindah ke suatu tempat yang lebih terkurung dan terkawal di
sebalik tembok tinggi dan pagar besar.

1.2 Penyataan masalah

Aspek keselamatan di kawasan perumahan sering menjadi persoalan berikutan


peningkatan kadar jenayah. Kawasan perumahan yang seharusnya menjamin
keselamatan masyarakat kini terdedah kepada pelbagai aktiviti jenayah seperti kes
3

pecah rumah, kes ragut, samun, rompak, culik, kecurian kenderaan, vandalisme dan
sebagainya. Pada tahun 2011, sebanyak 28,028 kes pecah rumah telah dilaporkan
daripada jumlah keseluruhan 157,891 kes jenayah indeks telah direkodkan
(PEMANDU). Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan jenayah di kawasan
perumahan di pandang serius oleh kerajaan dan pelbagai usaha telah diambil bagi
mencegah jenayah di kawasan perumahan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah
menggubal garis panduan “Gated Community and Guarded Neighbourhood” sebagai
salah satu langkah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perumahan. Garis
panduan tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Julai 2010 dan
Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September 2010.
Garis panduan ini menggalakkan pemaju perumahan untuk membangunkan kawasan
perumahan berkonsepkan skim komuniti berpagar manakala kawasan perumahan
sedia ada melaksanakan skim komuniti berpengawal. Sehingga Februari 2012,
terdapat 88 permohonan pembangunan skim komuniti berpagar (strata bertanah),
3854 permohonan skim komuniti berpengawal (kelulusan PBT) dan 251 skim
komuniti berpengawal (tanpa kelulusan) telah dilaksanakan (JPBD Semenanjung
Malaysia, 2011). Sehingga Februari 2011, sejumlah 636 skim komuniti berpagar dan
berpengawal telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.
Secara umumnya, skim komuniti berpagar dan berpengawal telah memberi
impak yang positif terhadap kawalan keselamatan di kawasan perumahan.
Walaubagaimanapun, pelbagai isu dan masalah timbul ekoran pelaksanaan skim ini
yang memberi kesan negatif ke atas aspek perancangan fizikal kawasan perumahan.
Penutupan jalan, pemasangan halangan dan perletakkan pengawal memberi kesan ke
atas prinsip-prinsip perancangan yang menitikberatkan konsep kejiranan dan
komuniti sejahtera. Justeru itu, adalah penting untuk mengenalpasti isu-isu berkaitan
skim komuniti berpagar dan berpengawal bagi memastikan prinsip dan kriteria
perancangan dipatuhi demi mewujudkan kawasan perumahan yang selamat dan
sejahtera.

1.3 Persoalan kajian

Terdapat dua persoalan yang telah ditentukan terhadap kajian ini iaitu:
4

1. Apakah isu-isu yang timbul dalam pengurusan komuniti perumahan


berpagar dan berpengawal bukan strata selain daripada masalah
keselamatan?
2. Bagaimanakah tahap isu-isu yang timbul dalam memberi kesan kepada
pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata?

1.4 Objektif kajian

Antara objektif untuk mencapai matlamat kajian ini ialah:


1. Menyatakan isu-isu yang ada di dalam pengurusan komuniti perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata selain daripada masalah
keselamatan.
2. Menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam memberi kesan kepada
pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata.

1.5 Skop kajian

Kajian ini dijalankan untuk menyatakan isu-isu yang ada di dalam komuniti
perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata selain daripada masalah
keselamatan. Selain itu, kajian ini akan menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata. Justeru, untuk mencapai objektif kajian, penduduk komuniti perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata dipilih sebagai responden.

1.6 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelbagai
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan komuniti
yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal bukan strata. Kajian ini penting
dan bermanfaat kepada:
5

1.6.1 Penyelidik

Melalui kajian ini, penyelidik akan memperoleh banyak ilmu baru berkaitan
komuniti yang tinggal dikawasan perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata.
Di samping itu penyelidik dapat menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata. Kajian ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri penyelidik dalam
berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan
berpagar dan berpengawal.

1.6.2 Orang awam

Kajian ini dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami tentang isu-isu yang
timbul dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan
strata selain daripada masalah keselamatan.

1.6.3 Pembeli atau penduduk kawasan perumahan

Pembeli dan penduduk kawasan perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata
dapat menjalani hari mereka dengan lebih baik dan selesa. Hal ini demikian kerana
dengan adanya lebih banyak info mengenai isu-isu permasalahan yang berkaitan
dengan kawasan perumahan mereka selain daripada masalah keselamatan, sudah
pasti akan ada pihak bertanggungjawab yang akan mengambil tidakan segera dan
memperbaiki kelemahan itu.

1.6.4 Ahli akademik

Kajian ini diharap dapat membantu dalam menjadi rujukan kepada ahli ilmiah lain
yang menjalankan kajian lanjutan berkaitan topik komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata. Dari sini dapat diketahui bahawa terdapat banyak lagi
permasalahan yang berlaku di dalam komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata selain daripada masalah keselamatan.
6

1.7 Metodologi kajian

Metodologi kajian ialah satu kaedah atau proses yang digunakan bagi mencapai
objektif kajian yang dinyatakan. Terdapat dua objektif yang perlu dicapai untuk
melengkapkan kajian ini. Dalam bab ini hanya huraian ringkas diberikan sebagai
gambaran awal untuk melaksanakan kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan
teknik kualitatif dan teknik kuantitatif. Kajian yang dijalankan ini melibatkan empat
peringkat untuk mencapai objektif yang dinyatakan di dalam bab ini.

i. Peringkat pertama

Dalam peringkat ini, berlakunya proses pengenalan masalah yang diperolehi


melalui pembacaan jurnal, kajian-kajian terdahulu dan rujukan dari internet
yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Selain itu, peringkat ini juga
melibatkan pembentukan pengenalan, latar belakang kajian, pernyataan
masalah, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan metodologi
kajian yang dapat membantu pengkaji memahami dengan lebih jelas
mengenai tajuk yang dikaji.

ii. Peringkat kedua

Peringkat kedua melibatkan pengumpulan data daripada komuniti yang


tinggal di dalam kawasan perumahan berpagar dan berpengawal bukan
strata. Dalam peringkat ini, terdapat dua proses pengumpulan data iaitu
secara teknik kualitatif dan teknik kuantitatif. Teknik kualitatif adalah data
yang diperolehi hasil daripada temu bual bersama penduduk yang tinggal di
kawasan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata.
Manakala teknik kuantitatif adalah hasil dari pembahagian borang soal
selidik kepada penduduk yang tinggal dikawasan komuniti perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata.

iii. Peringkat ketiga

Dalam peringkat ini proses-proses mentafsir dan menganalisis data serta


maklumat yang diperolehi dijalankan. Seterusnya daripada analisis tersebut,
7

satu kesimpulan akan dibuat dan kesimpulan itu hendaklah tidak tersasar
daripada objektif kajian yang telah ditetapkan bagi memastikan kajian ini
mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.

iv. Peringkat keempat

Peringkat terakhir ini adalah peringkat di mana melibatkan penulisan


laporan akhir dibuat. Penulis akan merumuskan hasil kajian dan
penilaian semula objektif kajian yang dilaksanakan. Seterusnya, hasil
daripada rumusan tersebut, penulis akan mengemukakan beberapa cadangan
lanjutan bagi penambahbaikan kajian ini di masa yang akan datang.

1.8 Kesimpulan

Isu keselamatan merupakan isu utama yang sering dikaitkan dengan komuniti
berpagar dan berpengawal di seluruh negara tidak terkecuali Malaysia. Bagi
komuniti perumahan berpagar dan berpengawal strata, masalah keselamatan,
kebersihan, pengurusan dan peyelenggaraan merupakan isu yang sering
diketengahkan. Umum mengetahui masyarakat ini berkongsi kebanyakkan
kemudahan yang disediakan kepada mereka dan mereka mempunyai satu badan
pengurusan yang menjaga dan menguruskan segala permasalahan mereka. Tambahan
pula, hal ini dapat diselesaikan dengan merujuk Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta
757).
Komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata pula tidak terikat dengan
mana-mana undang-undang dan akta. Hanya terdapat garis panduan bagi skim ini
dimana terdapat 6 aspek kawalan sahaja didalamnya. Justeru, isu-isu berkaitan
komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata ni memerlukan lebih pemerhatian
dan kajian. Selain daripada isu keselamatan, kebersihan, pengurusan dan
penyelenggaraan, isu sosial dalam komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata
juga akan dibincangkan.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian literatur adalah penting dalam menyokong sesuatu objektif kajian dan
memastikan objektif kajian dapat dicapai. Oleh yang demikian, setiap isu dan
permasalahan kajian akan diperjelaskan dengan lebih mendalam pada bab ini. Setiap
perbincangan akan menumpukan kepada penulisan, hasil kajian lepas atau pun
laporan yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Teori dan definisi yang
berkaitan akan turut dimuatkan di dalam bab ini.

2.2 Definisi komuniti

Istilah komuniti banyak digunakan dalam pelbagai penulisan terutamanya dalam


bidang sains sosial. Dalam bidang sosiologi, istilah ini diambil daripada konsep
gemeinschaft dan gessellschaft yang diperkenalkan oleh Ferdinand Tonnies, seorang
ahli sosiologi Jerman (Ibrahim.Y., 2007). Konsep komuniti merujuk kepada
kelompok-kelompok kecil masyarakat yang berada dalam suatu kawasan tertentu.
Jika merujuk kepada epistemologi makna, perkataan komuniti berasal dari bahasa
Perancis kuno dipanggil communité yang asalnya dari bahasa Latin dipanggil
communitas. Bagi masyarakat luar negara seperti Eropah konsep komuniti memberi
makna kepada persahabatan dan persatuan-persatuan masyarakat yang mengarah
kepada perkhidmatan dalam komuniti (Syariefudin et al., 2017)
Secara umum, konsep komuniti ini boleh dirumuskan sebagai sekumpulan
kecil manusia yang tinggal di suatau penempatan yang sama, mengamalkan suatu
9

tahap atonomi dan cara hidup tersendiri, berkongsi kehendak, bekerjasama dalam
aktiviti harian, bersatu padu dengan semangat kekitaan serta mempunyai kaitan yang
rapat dalam semua aspek kehidupan.

2.3 Komuniti berpagar dan berpengawal

2.3.1 Asal usul komuniti berpagar dan berpengawal di Malaysia

Lebih dari dua dekad yang lalu pada awal 1990, komuniti berpagar di Malaysia telah
bermula. Penekanan yang lebih awal dalam komuniti berpagar ini adalah dari
gabungan keselamatan, privasi dan gaya hidup mewah penduduknya. Pada awal
tahun 2000, peningkatan secara tiba-tiba dalam Skim Komuniti Pengawal ad hoc
telah mengubah corak pembangunan di Malaysia terutamanya disebabkan oleh kadar
kenaikan jenayah.
Fenomena komuniti berpengawal bermula di Malaysia pada awal tahun 2000-
an. Menurut Noor Rosly (2012), komuniti berpagar dan berpengawal tidak formal
(yang menyalahi undang-undang tanah) telah wujud hampir dua dekad yang lalu.
Kawasan perumahan lama (traditional residential areas) dipagari oleh persatuan
penduduk secara tidak rasmi dan akses di jalan-jalan di kawasan kediaman dihadkan
melalui penghalang dan pengawal keselamatan (Tedong et al. 2014). Tindakan
tersebut adalah sejajar dengan kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes
jenayah di kawasan kediaman dan kehendak terhadap kediaman yang selamat,
berpagar dan berpengawal (Nor Faizah et al. 2012). Menurut Sidhu (2005), jenayah
di Malaysia telah meningkat daripada 70,823 kes pada tahun 1980 kepada 156,455
pada tahun 2004 dengan kenaikkan sebanyak 120%. Pada tahun 2004 sahaja, jenayah
harta benda merangkumi 86% daripada jumlah jenayah indeks yang dicatatkan.
Tambahan pula, masyarakat mula bimbang terhadap peningkatan kadar jenayah dan
pendatang tanpa izin yang tidak dapat ditangani secara berkesan oleh kerajaan
(Azizah Kasim, 1997).
Kekerapan jenayah menyebabkan kawasan bandar di Malaysia mengalami
kemerosotan kualiti hidup dari aspek keselamatan. Laporan Kualiti Hidup Malaysia
2004 menunjukkan indeks keselamatan awam telah menurun sebanyak 19.9 mata
dalam tempoh 1990 – 2002 (KPKT, 2006). Walaubagaimanapun, kerajaan
10

mendakwa keadaan di bandar adalah selamat dan kadar jenayah telah menurun
(Tedong et al. 2014). Tambah Tedong et al. (2014) lagi, keengganan masyarakat
mempercayai laporan rasmi kerajaan telah mendorong pemagaran kawasan
kediaman. Bagi memperkukuhkan keselamatan, Dasar Perbandaran Negara
meletakkan aspek keselamatan sebagai komponen utama pembangunan bagi
meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan sosial. Rancangan Malaysia Kelapan
turut menekankan keselamatan bagi mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang
selesa (Unit Perancang Ekonomi, 2001).
Penduduk pinggir bandar kelas pertengahan yang tinggal di kawasan
kejiranan tradisional yang sedia ada bersama-sama mengehadkan akses kejiranan
mereka dan secara tersirat mengubah status perumahan mereka menjadi skim
komuniti berpengawal. Penduduk melalui persatuan penduduk terlibat dalam
pengurusan syarikat pengawal keselamatan, membina rumah pengawal, menetapkan
pintu masuk dan meletakkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan
kejiranan.
Komuniti berpagar di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu komuniti
berpagar atau lebih dikenali sebagai Gated Community (GC) dan kejiranan
berpengawal iaitu Guarded Neighbourhood (GN). Yong (2004) dan Adibah (2007)
seterusnya memecahkan komuniti ini kepada beberapa jenis.

a) Sebuah blok atau lebih banyak flat yang mempunyai tempat letak
kereta atau dikelilingi oleh pagar dan pintu masuk utama dijaga oleh
pengawal keselamatan yang membenarkan aliran keluar dan masuk
pengunjung ke dalam kawasan berkenaan.

b) Satu blok atau lebih kondominium dengan tempat letak kereta, rumah
kelab, kolam renang, taman permainan dan taman dikelilingi oleh
pagar. Terdapat pengawal yang mengawal aliran keluar dan masuk
pengunjung ke dalam kawasan berkenaan.

c) Satu atau lebih kumpulan harta tanah yang disediakan dengan


kawasan tempat letak kereta, rumah kelab, taman permainan dan
pengawal yang mengawal aliran keluar dan masuk pengunjung ke
kawasan berkenaan.
11

d) Selain daripada yang disebutkan di atas adalah beberapa contoh


bangunan lain yang berbeza klasifikasi.

Pada 2 September 2010, sebuah garis panduan perancangan bagi komuniti


berpagar dan kejiranan berpengawal telah dikeluarkan. Garis panduan ini telah
diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Julai 2010 dan Mesyuarat Majlis Negara
bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 september 2010. Garis panduan ini
seterusnya dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di
setiap negeri dengan tujuan penerimapakaian dan penuatkuasaan di peringkat negeri
dan seluruh PBT.
Pindaan Akta Hakmilik Strata (2007) telah membenarkan skim kediaman
landed dibuat pecahan kepada land parcel dengan pegangan hakmilik strata.
Pegangan hakmilik strata membolehkan skim ini diurus oleh pemilik, dilengkapi
dengan kemudahan harta Bersama serta pagar mengelilingi keseluruhan lot utama.
Skim landed strata ini dikenali sebagai Gated Community Scheme (GACOS). Selain
GACOS, skim kejiranan berpengawal juga terbentuk di kawasan kediaman sedia ada
dan baru. Kewujudan skim ini secara ad hoc telah menimbulkan pelbagai masalah
kepada komuniti setempat dan penduduk sekitar.
Memandangkan pertumbuhan skim komuniti berpagar dan kejiranan
berpengawal ini terus berleluasa, maka penggubalan satu garis panduan adalah
sangat diperlukan bagi memandu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengawal dan
memantau pembangunan skim tersebut.

2.3.2 Komuniti berpagar secara global

Komuniti berpagar bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah perbandaran.


Sejarah komuniti berpagar telah bermula sejak Zaman Pertengahan apabila bandar-
bandar purba mendirikan dinding untuk berlindung daripada kumpulan permusuhan
(Grant, 2008). Di England, komuniti berpagar terawal didirikan oleh masyarakat
Roman sekitar tahun 300 B.C. Keluarga Roman hidup berkelompok di sekitar rumah
besar dan mendirikan dinding sebagai perlindungan daripada penduduk tempatan
(Blakely and Snyder, 1997).
12

Di Amerika Syarikat, pembangunan berpagar seperti Tuxedo Park, New York


dan jalan-jalan persendirian St. Louis dibina sekitar tahun 1800-an oleh golongan
kaya bagi mengasingkan diri daripada bandar-bandar perindustrian (Blakely and
Snyder, 1997). Pembangunan berpagar yang moden dengan kediaman mewah
muncul pada abad ke-19 semasa era perindustrian seperti Montretout di Saint-Cloud,
Paris pada tahun 1832 dan Llewellyn Park, New Jersey pada tahun 1854 (Le Goix,
2006 & Grant, 2008). Komuniti berpagar mula berkembang dengan pesat pada abad
ke-19 dan menjadi popular di kebanyakan negara seperti United Kingdom, Amerika
Syarikat, Brazil, Argentina, China, Australia, Afrika Selatan, Kanada, Malaysia dan
beberapa negara lain.
Secara umumnya, terdapat berbagai jenis komuniti berpagar dengan tafsiran
yang berbeza. Di Brazil, pembangunan berpagar dirujuk sebagai ‘gated community’
oleh Do Lago (2001), dan ‘fenced-up area’ oleh Barbosa (2001). Caldeira (2000)
pula mengistilahkan kawasan berpagar sebagai ‘fortified enclaves’ atau ‘closed
condominiums’ yang bermaksud harta persendirian yang dibangunkan dengan
komponen seperti kompleks pejabat, kompleks membelibelah, sekolah, hospital dan
pusat hiburan untuk kegunaan bersama. Di Afrika Selatan, istilah seperti ‘security
village’ dan ‘enclosed neighbourhood’ digunakan oleh Landman (2000), Lipman dan
Harris (1999) mentafsirkan sebagai ‘suburban enclave’ dan ‘urban fortress’
manakala Hook dan Vrdoljak (2000) menggunakan terma ‘security park’. Roitman
(2008) pula menyatakan terdapat enam jenis komuniti berpagar di Argentina dikenali
sebagai “clubs de campo”, “closed neighbourhoods, “garden-towers”, “farm-
clubs”, “nautical-clubs’ dan “mega projects”. Walaupun terdapat pelbagai tafsiran
berbeza namun komuniti berpagar mempunyai banyak persamaan dari aspek
pendekatan dan konsep pembangunannya. Fenomena komuniti berpagar di setiap
negara dibangunkan dengan mengambilkira aspek aspek seperti budaya, politik
tempatan, undang-undang dan keadaan semasa.
Urbanisme berpagar telah menjadi sesuatu yang dominan di dalam
pembangunan bandar. Jelas sekali, komuniti berpagar menjadi penting dan telah
mengubah lanskap bandar dikebanyakan negara. Fenomena ini berkembang dengan
pesat sejak 15 tahun yang lepas dengan bilangan kawasan komuniti berpagar
meningkat secara mendadak di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dianggarkan
terdapat 20,000 komuniti berpagar dengan lebih 3 juta unit kediaman pada tahun
1997 (Blakely dan Snyder, 1997). Pada tahun 2001, bancian American Housing
13

Survey ke atas 119,116,517 unit kediaman menunjukkan seramai 7,058,427 (5.9


peratus) penduduk tinggal di kediaman komuniti berpagar manakala 4,013,665 (3.4
peratus) pula tinggal di kediaman yang mempunyai kawalan akses (Sanchez, Lang,
and Dhavale, 2005). Kajian oleh Caldeira (2000) menunjukkan wujudnya 30, 000
unit kediaman berpagar di Brazil sekitar tahun 2000. Di England pula, terdapat
hampir 1000 unit kediaman komuniti berpagar pada tahun 2003 (Blandy, 2007).
Argentina juga tidak terkecuali dengan fenomena ini di mana terdapat 351 komuniti
berpagar pada tahun 2000 (Thuilier, 2005) manakala di Canada pula, sehingga Mac
2004 sebanyak 341 komuniti berpagar telah dikenalpasti (Strasbourg, 2010).
Menurut Webster, Wu dan Zhao (2006), cadangan enklaf terbesar dengan
petempatan untuk 300,000 penduduk di dahului oleh negara China.
Perkembangan komuniti berpagar menjadi topik hangat di kalangan ahli-ahli
akademik terutamanya dalam bidang kajian bandar. Hakikatnya, penyelidikan
terhadap komuniti berpagar oleh komuniti akademik (Davis, 1992; Caldeira, 1996,
2000; Blakely and Snyder, 1997; Low, 1997; Leisch, 2002; Atkinson et al, 2004; Wu
and Webber, 2004; McKenzie, 2005; Blandy, 2006; Le Goix dan Webster, 2008)
telah bermula sejak awal tahun 1990-an lagi (Uduku, dan Bagaeen, 2010).
“City of Quartz”, buku oleh Mike Davis yang diterbitkan pada tahun 1990
telah memberi gambaran awal pembangunan komuniti berpagar. Buku ini memberi
tumpuan isu-isu umum pembangunan di bandar Los Angeles. Melalui buku ini,
Davis telah mengenalpasti beberapa ciriciri utama komuniti berpagar atau kota
berkubu seperti penswastaan ruang awam, pengepungan melalui tembok atau
dinding, kawalan pondok pengawal dan pintu masuk yang terhad dan kewujudan
jalan-jalan persendirian yang wujud di awal tahun 1980-an. Menurut Davis, risiko
keselamatan menjadi faktor utama ke arah pembentukan bandar berkubu (fortress
cities). Di samping itu, pembangunan sedemikian menjadi tarikan kejiranan mewah
untuk melindungi nilai kediaman dan gaya hidup mereka. Walaubagaimanapun,
Davis tidak menyatakan dengan jelas konsep pembangunan komuniti berpagar.
Blakely dan Snyder (1997) memberikan definisi terperinci komuniti berpagar
di dalam buku mereka bertajuk “Fortress America: Gated Communities in The
United States”. Mereka mendefinisikan komuniti berpagar sebagai kawasan
kediaman dengan akses terhad dengan ruang awam biasanya diswastakan. Perimeter
keselamatan terdiri daripada pagar, dinding atau tembok dipasang di sekeliling
kawasan kediaman dan pintu masuk di kawal bagi menghalang kemasukan bukan
14

penghuni. Blakely dan Snyder mengklasifikasikan komuniti berpagar kepada tiga


kategori utama iaitu 1) “Lifestyle communities” yang menyediakan aktiviti riadah
dan kemudahan di dalam kawasan penempatan. Ia terdiri daripada kediaman
persaraan, pembangunan kelab golf dan bandar baru di pinggir kota. 2) “Prestige
communities”, petempatan untuk golongan mewah dan terkenal serta golongan
professional dari kelas pertengahan. 3) “Security Zones” merujuk kepada pendirian
pagar atau penghadang oleh penduduk bagi menyekat akses di dalam kejiranan
mereka. Pagar atau “gates” memainkan peranan yang berbeda di dalam setiap
komuniti ini. Dalam “Lifestyle communities”, ia berfungsi menentukan pembahagian
kemudahan di dalam dan luar kawasan. Bagi “Prestige communities”, pula ia
melambangkan perbedaan dan prestij manakala dalam “Security Zones” ia bertujuan
meningkatkan keselamatan.
Caldeira (2000) pula menggelar komuniti berpagar di Brazil sebagai
“fortified enclaves” melalui bukunya yang bertajuk “City of Walls: Crime,
Segregation, and Citizenship in Sao Paulo”. Menurut Caldeira, kondominium
tertutup atau “closed condominium” adalah versi kediaman “fortified enclaves” di
mana ia adalah pembangunan bertingkat dikelilingi tembok, terdapat kawalan akses,
mempunyai kawasan landskap yang besar dan segala kemudahan untuk kegunaan
bersama. Menurut Low (2003) dalam “Behind the Gates”, komuniti berpagar ialah
pembangunan perumahan yang dikelilingi oleh dinding, pagar atau semak dan pokok
renek dengan pintu masuk yang selamat. Beliau menjelaskan, kawasan kediaman,
jalan, lorong pejalan kaki, dan lain-lain kemudahan ditutup secara fizikal
menggunakan halangan-halangan ini manakala pintu masuk pula dikendalikan oleh
pengawal atau secara elektronik. Penyekatan ini turut menghalang penggunaan ruang
awam dan kemudahan seperti jalan, kawasan lapang, dan kemudahan lain dari
masyarakat luar.
Definisi oleh Atkinson dan Blandy (2006) mempunyai persamaan dengan
Blakely dan Snyder (1997) iaitu komuniti berpagar sebagai kawasan perumahan
yang berpagar atau bertembok dengan halangan ke atas akses awam.
Walaubagaimanapun, Atkinson dan Blandy menyifatkan penduduk komuniti
berpagar adalah tertakluk kepada perjanjian undang-undang dan terikat kepada kod
umum perilaku dan tanggungjawab pengurusan bersama. Ini bermakna kehidupan
masyarakat di dalam komuniti berpagar terbatas kepada kod etika serta mempunyai
tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Bagi Landman (2000) pula komuniti berpagar
15

merujuk kepada kawasan fizikal yang berpagar atau berdinding dari sekitarnya dan
mempunyai penghadang bertujuan melarang atau mengawal akses ke kawasan-
kawasan ini.
Definisi yang dikenalpasti ini menjelaskan ciri-ciri komuniti berpagar adalah
berbeza mengikut ideologi masyarakat dalam sesuatu kejiranan. Komuniti berpagar
menekankan keselamatan melalui unsur-unsur fizikal seperti pagar, dinding atau
tembok, sistem keselamatan elektronik dan kemudahan untuk kegunaan bersama.
Fenomena komuniti berpagar ini disifatkan sebagai “security-oriented privatized
urbanism” oleh Legoix (2006). Ramai penulis mengutarakan keselamatan sebagai
keperluan utama dalam urbanisasi kontemporari dan seni bina. Ideologi keselamatan
dan ketakutan menjadi faktor utama yang mendorong kepada komuniti berpagar.
Low (2003) menyatakan kajian menunjukkan wujudnya hubungkait di antara
ketakutan terhadap jenayah dengan persekitaran fizikal. Perkaitannya dapat dilihat
dengan jelas dalam setiap definisi komuniti berpagar yang telah dibincangkan.

2.3.3 Komuniti berpagar di luar negara

Komuniti berpengawal atau lebih popular sebagai “Guarded Neighbourhood” (GN


didefinisikan sebagai ‘kawasan kediaman terkepung keseluruhan atau sebahagiannya
yang menyediakan perkhidmatan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok
pengawal dan tidak mempunyai halangan fizikal’ (JPBD, 2009, p.5-2). Secara
amnya, komuniti berpengawal merupakan salah satu tipologi dalam komuniti
berpagar. Di luar negara, komuniti berpengawal mempunyai tafsiran berbeza seperti
“enclosed neighbourhood” di Afrika Selatan dan Peru, Condominio fechado di
Brazil, barrio privado di Argentina, fraccionamiento cerrado di Mexico dan “barrio
cerrado” di negara seperti Chile, Bolivia dan Ecuador (Janoschka & Borsdorf,
2006). Walaupun komuniti berpengawal ditafsirkan secara berbeza secara global,
namun ia mempunyai satu persamaan yang agak ketara. Fenomena komuniti
berpengawal ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan perumahan sedia ada
sahaja. Lebih jelas lagi, komuniti berpengawal menyerupai “security zone
communities” yang diketengahkan oleh Blakely dan Snyder (1997).
Menurut Blakely dan Snyder (1997) “security zones” wujud apabila
penduduk kawasan-kawasan perumahan sedia ada memasang pintu pagar dan
16

mengadakan sekatan sebagai langkah mempertahankan gaya hidup sedia ada mereka.
Ianya berbeza sekali dengan komuniti berpagar seperti “lifestyle” dan “prestige
community” yang mana pagar dibina oleh pemaju sebagai lambang prestij dan
kemewahan. Dalam “security zones”, keselamatan menjadi pertaruhan dan
penduduk menggunakan pelbagai mekanisme keselamatan seperti pintu pagar,
sekatan jalan, dan pengawal keselamatan bagi menyekat kemasukan jiran-jiran
mereka. Jalan-jalan awam ditutup dan dihadkan kepada penduduk sahaja berikutan
peningkatan kadar jenayah dan lalu lintas di kawasan kejiranan sekitar. Perasaan
takut terhadap jenayah dan ancaman jenayah terhadap keselamatan menyebabkan
penduduk mendirikan tembok dan pagar di sekeliling kawasan perumahan (Blakely
dan Snyder, 1997).
Pengaruh “security zones” oleh Blakely dan Snyder dapat dilihat dengan
jelas di bandarbandar seperti di Afrika Selatan. Komuniti berpengawal di Afrika
Selatan dikenali sebagai “enclosed neighbourhoods”. Landman (2000)
mendefinisikan “enclosed neighbourhoods” sebagai kawasan-kawasan perumahan
sedia ada yang ditutup melalui penutupan jalan, pendirian dinding atau pagar,
mempunyai akses keluar masuk yang terhad dan dikawal oleh pengawal
keselamatan. Menurut beliau, jalan-jalan dalam kawasan ini adalah harta awam dan
pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab memberi perkhidmatan awam
kepada penduduk dalam komuniti ini. Menurut Landman (2000), kadar jenayah
adalah faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan “enclosed neighbourhoods”
di Afrika Selatan. Perasaan takut terhadap jenayah menjadi sebab utama munculnya
“enclosed neighbourhoods” di kawasan bandar seperti Johannesburg, Pretoria dan
Cape Town di Afrika Selatan (Landman dan Schonteich). Menurut Lieberman
(dalam van de Wetering, 2000) ketakutan terhadap jenayah adalah lebih tinggi di
Afrika Selatan berbanding tempat lain di dunia. Tambahan pula, perasaan tidak
selamat dan kegagalan pihak berkuasa menangani kadar jenayah mendorong
penduduk mencari perlindungan yang lebih berkesan dengan penubuhan “enclosed
neighbourhoods”.
Di Lima, Peru, “enclosed neighbourhoods” di rancang dan dilaksanakan oleh
kumpulan persatuan penduduk. “Enclosed neighbourhoods” dilaksanakan dengan
memasang pagar bagi menyekat aksessibiliti dan melantik pengawal keselamatan
yang dibayar gaji secara bulanan oleh penduduk (Ploger,2010). Di samping halangan
fizikal, komuniti ini juga mempunyai peraturan tersendiri mengenai penggunaan
17

ruang di dalam kejiranan. Pertumbuhan “enclosed neighbourhoods” di Lima, Peru


didasari ancaman jenayah dan keganasan yang meningkat dan ketidakupayaan pihak
berkuasa awam untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan yang mencukupi.
Menurut Ploger (2010), rasa tidak selamat dan peruntukkan keselamatan yang tidak
mencukupi adalah punca berlakunya transformasi lanskap bandar di Peru. Sektor
awam kurang dipercayai dan dikritik kerana tidak memberi perlindungan yang
mencukupi. Keadaan ini menjurus kepada penutupan jalan dan ruang awam secara
tidak formal di Peru sebagai tindak balas kepada jenayah, kumpulan sosial yang tidak
diingini, kawasan yang merbahaya, mengurangkan kesan trafik, dan bagi menyekat
aktiviti komersil tidak formal (Ploger, 2010). Malah, kegagalan penguatkuasaan oleh
pihak berkuasa terhadap pendirian pagar dan penutupan jalan secara tidak formal
turut menjadi faktor meningkatnya “enclosed neighbourhoods” di Peru.
Perspektif komuniti berpengawal di Puerto Rico adalah berbeza. Sekitar
tahun 1980-an dan 1990-an, perasaan takut terhadap jenayah adalah tinggi dan
Puerto Rico merupakan tempat yang ganas dan merbahaya untuk didiami (Garcia-
Ellin, 2009). Justeru itu, lebih banyak komuniti berpagar dibina di Puerto Rico
sebagai langkah menangani masalah jenayah dan meningkatkan keselamatan.
Walaubagaimanapun, pembangunan tersebut hanya mensasarkan kumpulan yang
berpendapatan tinggi. Menurut Garcia-Ellin (2009), komuniti berpagar dengan
kawalan akses kepada ruang dilihat sebagai langkah berkesan mengawal aktviti
jenayah. Maka, satu dasar awam baru “Law Number 21” atau dikenali sebagai
“Controlled Access Law” telah digubal pada tahun 1987 bagi membenarkan
masyarakat bukan komuniti berpagar untuk menutup kawasan perumahan mereka
dengan pintu pagar dan penghalang (barricades) (Garcia- Ellin, 2009). Undang-
undang ini memberi kuasa kepada majlis perbandaran untuk membuat keputusan
muktamad terhadap kehendak masyarakat memagar kawasan komuniti mereka.
Dewan Perbandaran juga berhak untuk meminda dan menambah sebarang syarat
terhadap cadangan yang dikemukakan. Undang-undang ini juga membenarkan sama
ada sebahagian atau keseluruhan jalan dipagar dan dipasang penghalang.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini memberi impak yang
besar ke atas penduduk yang miskin. Bagi memerangi jenayah, kerajaan Puerto Rico
memagar komuniti penduduk miskin tanpa mengambilkira kehendak mereka dan
dilaksanakan secara paksaan (Garcia-Ellin, 2009). Ini kerana kawasan perumahan
awam menjadi tarikan perniagaan pengedar dadah. Malahan komuniti ini tidak
18

mampu untuk memagar kawasan perumahan mereka secara sukarela. Menurut


Garcia-Ellin (2009), kawasan perumahan awam ini dikuasai oleh polis dan Pengawal
Kebangsaan (National Guard) sebagai sebahagian daripada dasar mencegah jenayah
di Puerto Rico. Tembok dan pintu pagar didirikan dengan anggota polis sebenar atau
anggota tentera mengawal kawasan perumahan tersebut. Tambah Garcia-Ellin
(2009), polis bukan sahaja mengawal akses ke ruang awam malah menyekat serta
mengawal pergerakan penduduk miskin. Dinzey-Flores (2013) menjelaskan
perbezaan komuniti berpagar di antara orang kaya dan miskin di Puerto Rico
mewujudkan ketidaksamaan sosial secara fizikal dan segregasi di antara komuniti.
Secara simboliknya, pagar melambangkan kawasan perumahan awam sebagai
berbahaya. Malah, wujud percanggahan pendapat bahawa pagar bukan bertujuan
melindungi masyarakat miskin tetapi bagi mengasingkan perumahan awam daripada
orang kaya (Dinzey-Flores, 2013).

2.4 Penduduk

Takrifan penduduk merupakan orang yang menduduki premis yang mengenainya


perkataan itu digunakan, atau yang berkuasa menjaga, mengurus atau mengawalnya
sama ada bagi faedahnya sendiri atau sebagai ejen seorang lain, tetapi tidak termasuk
seorang penumpang.
Adalah diwajibkan untuk mendapatkan persetujuan 85% penghuni premis
(termasuk penyewa) terlebih dahulu (berdasarkan bilangan unit rumah yang
diduduki) tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan kepada penduduk
yang tidak bersetuju.

2.5 Pengawal keselamatan

i. Pengawal keselamatan tidak boleh pada bila-bila masa:


 Menghalang mana-mana kenderaan awam untuk keluar atau masuk ke
kawasan perumahan perpagar dan berpengawal ini.
19

 Memegang kad pengenalan atau apa-apa pengenalan diri mana-mana


individu yang ingin memasuki ke kawasan perumahan tersebut.
 Menghalang PBT, agensi atau mana-mana pihak yang berkaitan untuk
memberi servis, memeriksa dan menjalankan tugas dari masa ke
semasa.
ii. Pelantikan dan tugas pengawal keselamatan wajib memenuhi Akta
Agensi Persendirian 1971 (Akta 27) dan keperluan Kementerian Dalam
Negeri.
iii. Pengawal keselamatan hendaklah boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia.
iv. Pengawal keselamatan tidak dibenarkan menggunakan anjing untuk
tujuan rondaan atau kawalan.
v. Persatuan penduduk perlu mengemukakan surat perlantikan pengawal
keselamatan bagi tujuan rujukan pihak majlis.

2.6 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT)
i. Majlis / Dewan Bandaraya

Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf


kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria antaranya jumlah
penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah
melebihi RM100 juta

ii. Majlis Perbandaran

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika


dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil
yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah
jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan
melebihi RM20 juta
20

iii. Majlis Daerah

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria


bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000
orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta

Di Malaysia, bilangan PBT yang ada sebanyak 149 buah PBT (termasuk
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB /
MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD). Terkini
ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. Terdapat juga beberapa
badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk
melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya
dan sebagainya.
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-
masing. Bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan khususnya dan KPKT amnya
adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan,
memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran
peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

2.7 Kawasan perumahan

2.7.1 Halangan

Takrifan halangan adalah merupakan seseorang yang membina, menegakkan,


mendirikan atau menyeggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan atau
diselenggara sesuatu tembok, pagar, susur tiang atau apa-apa himpunan sesuatu
benda atau lain-lain halangan, dimana-mana tempat awam. Antara halangan yang
biasa diadakan di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal ialah

i. Penggunaan kad akses (automatik) atau auto gate.


ii. Pengawal keselamatan
iii. Speed breaker dan bonggol jalan
iv. Kon dan papan tanda keselamatan
21

2.7.2 Kemudahsampaian jalan

Sistem dan hierarki jalan perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh PBT
iaitu jalan utama, jalan pengumpul dan jalan tempatan. Komuniti berpagar
digalakkan menyediakan laluan keluar masuk dua lorong iaitu bagipeduduk dan bagi
pelawat. Lebar minimum jalan masuk utama ke kawasan komuniti ini adalah 20
meter.

2.7.3 Pembinaan pondok pengawal

i. Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam kawasan komuniti


berpagar. Lokasinya hendaklah tidak menghalang lalu lintas iaitu sama
ada diletakkan di bahagian bahu jalan atau di kawasan yang bersesuaian.
ii. Lokasi dan rekabentuk pondok pengawal hendaklah ditunjukkan di dalam
pelan semasa permohonan kebenaran merancang dikemukakan kepada
PBT.
iii. Sebarang pembinaan pagar atau struktur di atas rizab jalan raya awam
perlu mendapat kelulusan lesen pendudukan sementara (Temporary
Occupation License / TOL) daripada pejabat tanah terlebih dahulu dan
kelulusan daripada pihak PBT.
iv. Minimum saiz pondok pengawal yang dibenarkan adalah 1.8 meter x 2.4
meter.
v. Kedudukan atau anjakan pondok pengawal dari jalan utama hendaklah
tidak kurang daripada 6 meter.
vi. Kemudahan tandas perlu disediakan jika tiada tandas awam berhampiran.
vii. Lokasi perletakan pondok pengawal hendaklah dirujuk dan mendapat
persetujuan daripada Jabatan Perancangan dan mendapat kelulusan
majlis.
viii. Lokasi pondok pengawal tidak mempunyai jalan yang bersambung
dengan pembangunan yang lain.
ix. Mempunyai alternatif jalan yang lain untuk berhubung dengan kawasan-
kawasan di lapisan kedua.
22

2.7.4 Laluan khas utiliti

i. Laluan utiliti seperti elektrik (TNB), laluan telefon, bekalan air, gas dan
sistem pembentungan perlu disediakan bagi memudahkan perkhidmatan
tersebut dapat disediakan dengan baik.
ii. Laluan khas utiliti selebar 2.5 meter (8.2 kaki) perlu disediakan di dalam
kawasan komuniti selaras dengan yang terkandung dalam kelulusan
kebenaran merancang.

2.7.5 Laluan keluar masuk

i. Rekabentuk laluan keluar masuk perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan


melalui penyediaan ‘road hump’ dan pemasangan CCTV digalakkan.

ii. Rekabentuk dan spesifikasi ‘road hump’ perlulah menepati spesifikasi


yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran.

iii. Struktur dan ciri-ciri senibina di pintu masuk utama perlu bersesuaian
dengan keadaan persekitaran.

iv. Pemasangan ‘boom gate’ di pintu masuk adalah tidak dibenarkan jika ia
melibatkan jalanraya awam (Jalan Persekutuan / Jalan Negeri).

v. Kelegaan jalanraya di sebelah kiri dan kanan pintu utama berhadapan


pondok pengawal hendaklah tidak kurang dari 6 meter.

vi. Bagi pintu masuk berpalang kelegaan ketinggian hendaklah tidak kurang
dari 4.6 meter diukur dari aras akses jentera bomba, samada dua atau satu
hala keluar masuk. Kiraan 4 meter bermula dari halangan pertama pagar
pos sehingga minimum 4.6 meter kelegaan tinggi.

vii. Sekiranya ada cadangan pembinaan pintu gerbang, had ketinggian


minimum ialah 5.4 meter.

viii. Sekurang-kurangnya 2 pintu (laluan) masuk peru disediakan di mana:

 Pintu pertama digunakan sebagai laluan keluar masuk utama.


23

 Pintu kedua digunakan sebagai laluan keluar masuk yang akan


dibuka semasa berlaku kecemasan.

2.8 Permohonan skim kejiranan berpengawal

i. Permohonan hendaklah dikemukakan di Jabatan Perancangan


Pembangunan Majlis Perbandaran menggunakan borang permohonan
yang disediakan bersama beberapa dokumen lain.
ii. Bagi kawasan yang mempunyai komuniti penduduk, permohonan
hendaklah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan
Pendaftar Pertubuhan.

Perlaksanaan skim komuniti berpengawal ini adalah berbentuk sementara sahaja iaitu
maksima adalah selama 1 tahun dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Selepas
tamat tempoh berkanaan, permohonan baru hendaklah dikemukakan.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan asas dalam melaksanakan sesuatu kajian dan


merupakan aspek yang penting bagi memastikan kajian dapat dilakukan dengan
sistematik. Ia juga dikenali sebagai kaedah dan teknik dalam mereka bentuk,
menganalisis dan mengumpul data untuk menyokong sesuatu kajian.
Metodologi ini bertujuan untuk membantu memahami dengan lebih luas
tentang pengaplikasian kaedah dalam membuat huraian proses kajian (Siti Sarah,
2015). Metodologi kajian turut memberi keterangan tentang kajian yang dilakukan
seperti reka bentuk kajian, sampel dan tempat kajian, instrumentasi, analisis data
serta kalendar kajian. Oleh itu, metodologi kajian yang betul perlu dikenalpasti dan
ditentukan agar hasil kajian yang diperolehi adalah tepat.
Dalam bab ini, penerangan yang lebih jelas tentang kaedah kajian untuk
mencapai objektif kajian akan diberikan. Dalam usaha untuk memperolehi data-data
yang diperlukan dalam kajian ini, kaedah kajian haruslah dibentuk terlebih dahulu.
Hasil daripada pengumpulan data melalui responden-responden, segala data dan
maklumat akan dianalisis dalam mencapai objektif kajian.
Kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif digunakan oleh penyelidik bagi
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan dalam kajian ini. Hal ini dapat
memudahkan penyelidik untuk mendapatkan data yang lebih baik dan terperinci.
Segala permasalahan, pembentukan isu, pengumpulan data, penganalisaan data serta
kesimpulan dan cadangan kajian akan merangkumi keseluruhan kajian ini.
25

Justeru, metodologi kajian akan menerangkan dengan lebih jelas berkenaan


rekabentuk kajian. Ia merangkumi bagaimana pemilihan populasi dan sampel
dilakukan, kaedah pengumpulan data daripada responden, serta proses penganalisaan
data untuk mendapatkan hasil kajian bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
26

3.2 Reka bentuk kajian

ISU-ISU BAGI KOMUNITI YANG TINGGAL DI KAWASAN PERUMAHAN


BERPAGAR DAN BERPENGAWAL BUKAN STRATA

PENYATAAN MASALAH
Aspek keselamatan di kawasan perumahan sering menjadi persoalan berikutan peningkatan
kadar jenayah. Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan jenayah di kawasan
perumahan di pandang serius oleh kerajaan dan pelbagai usaha telah diambil bagi mencegah
jenayah di kawasan perumahan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
menggubal garis
Malaysia telah menggubal garis panduan
panduan “Gated Community and Guarded Neighbourhood”
sebagai salah satu langkah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perumahan.
Secara umumnya, skim komuniti berpagar dan berpengawal telah memberi impak yang
positif terhadap kawalan keselamatan di kawasan perumahan. Walaubagaimanapun, pelbagai
isu dan masalah timbul ekoran pelaksanaan
PERSOALAN skim ini yang memberi kesan negatif ke atas
KAJIAN
aspek
3.
1. perancangan
Apakah isu-isufizikal
yangkawasan
timbul perumahan.
dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan?
4.
2. Bagaimanakah tahap isu-isu yang timbul dalam memberi kesan kepada pengurusan
komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata?

OBJEKTIF 1 OBJEKTIF 2
Mengenalpasti isu-isu yang ada di dalam Menganalisis tahap isi-isu yang timbul
pengurusan komuniti perumahan dalam memberi kesan kepada
berpagar dan berpengawal bukan strata pengurusan komuniti perumahan
selain daripada masalah keselamatan berpagar dan berpengawal bukan strata.
Pemerhatian dan analisis dokumen Soal selidik
Analytical hierarchy process

Kaedah kualitatif Kajian kuantitatif

HASIL KAJIAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN


27

3.3 Metodologi bagi objektif 1

3.3.1 Pengumpulan data

i. Data primer

Data primer secara umumnya diperolehi daripada eksperimen,


pemerhatian, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Yusoff (2003)
menyatakan, data primer adalah data yang berasal dari sumber asli yang
dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Pernyataan ini disokong oleh
kenyataan Ang (2016) yang menyatakan data primer merujuk kepada
sumber data yang tidak tersedia dalam fail atau laporan. Oleh itu, data
primer ini boleh juga disebut sebagai data mentah yang diperolehi oleh
pengkaji secara terus daripada permerhatian kajian.
Crowther & Lanchester (2009) menyatakan bahawa data primer
merupakan data asli yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk
menjawab sesuatu masalah didalam kajian. Menurut Chua (2006) pula,
data primer ialah data yang diperoleh daripada individu, kumpulan atau
responden yang telah ditentukan oleh penyelidik serta pendapat yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Antara kaedah yang akan
digunakan sepanjang kajian ini ialah dengan mengedarkan borang soal
selidik dan menemubual responden iaitu komuniti perumahan berpagar
dan berpengawal bukan strata.

ii. Data sekunder

Data sekunder ialah data atau pun maklumat yang dikumpul daripada
sumber lain. Data diperoleh melalui kaeadah penyelidikan iaitu kaedah
soal selidik, kaedah pemerhatian, kajian di perpustakaan dan kajian
analisis. Data sekunder boleh diperolehi daripada bahan bacaan yang
berkaitan dengan penyelidikan seperti buku, akta, jurnal, artikel, tesis
terdahulu, surat khabar serta sumber dari internet.
28

Segala maklumat dan data yang berkaitan dengan tajuk kajian telah
diperoleh melalui beberapa sumber iaitu sumber bercetak dan sumber
tidak bercetak (Aina 2017). Dalam konteks ini, data-data yang
dikumpulkan sebagai bahan rujukan itu masih lagi relevan untuk
digunapakai dalam menjawab persoalan kajian ini. Sumber bercetak bagi
kajian ini merangkumi jurnal-jurnal, buku serta thesis-thesis kajian lepas
yang boleh diperoleh dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. Manakala sumber yang tidak bercetak adalah
sumber rujukan yang boleh diperoleh dari medium internet seperti Google
Scholar, Science Direct, Emerald dan sebagainya.

3.3.2 Responden yang terlibat

Responden yang terlibat ialah penduduk di dalam komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata. Seramai 20 orang penduduk telah di pilih sebagai
responden bagi menjawab soalan yang diajukan. Penduduk ini dipilih sebagai
responden kerana meruka merupakan penghuni dan pihak yang lebih mengetahui
akan isu-isu yang timbul dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan.

3.3.3 Kaedah analisis

Untuk mencapai objektif pertama iaitu mengenalpasti isu-isu yang ada di dalam
pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata selain
daripada masalah keselamatan, kaedah yang akan digunakan ialah kaedah kualitatif.
Kaedah kualitatif adalah kajian yang tidak dapat dijelaskan dengan data numerika,
yang mana terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan pemerhatian yang
teliti terutamanya yang berunsur emosi, motivasi, dan empati (memahami orang lain)
yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan semualajadi (Chua,
2006). Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.
Semakan atau analisis dokumen akan dilakukan bagi memperolehi data-data
berhubungan isu-isu yang ada di dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar
29

dan berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan. Selain itu,
pemerhatian terhadap kawasan-kawasan komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata akan dibuat. Menerusi kaedah tinjauan ini juga, maklumat
yang diperoleh adalah dalam bentuk catatan penyelidik yang menerangkan mengenai
keadaan di kawasan perumahan berpagar bukan strata.
Untuk temubual semistruktur, satu kaedah bagi mengelakkan persoalan dalam
kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif mengikut Chua, (2010) telah dilakukan.
Menurutnya, strategi yang boleh dilakukan ialah dengan beberapa cara tertentu tetapi
dalam kajian ini, stategi yang dipilih ialah strategi yang keempat iaitu dengan
menggunakan alat pencatat sebagai bukti, seperti borang temu bual yang digunakan
sebagai bukti kebolehpercayaan kajian. Dalam kajian ini, borang temu bual
digunakan untuk menemubual komuniti yang tinggal di kawasan perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata dan ia merupakan alat kebolehpercayaan
dalam temu bual kajian ini.
Campbell (1955) mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada
data kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot.
Morale Ballot bermaksud; menggunakan informant (pemberitahu) sebagai alat kajian
untuk mendapatkan kesahan data yang dibuat secara membuat perbezaan dan
membandingkan dua garisan informan melalui beberapa pengertian yang sama
maknanya. Alat kajian yang digunakan dalam temu bual ini ialah borang soal selidik
yang digunakan oleh penulis untuk mencatat maklumat yang diberikan oleh
responden. Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual
individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang
kajian Coleman (1958). Berdasarkan pendapat Colemen, penulis berpendapat temu
bual ini juga mempunyai kesahan kriteria kerana penduduk itu sendiri merupakan
individu yang benar-benar mengetahui isu-isu bagi komuniti yang tinggal di kawasan
perumahan berpagar dan berpngawal bukan strata.
30

3.4 Metodologi bagi objektif 2

3.4.1 Pengumpulan data

Data primer secara umumnya diperolehi daripada eksperimen, pemerhatian, soal


selidik, temu bual dan sebagainya. Yusoff (2003) menyatakan, data primer adalah
data yang berasal dari sumber asli yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian.
Pernyataan ini disokong oleh kenyataan Ang (2016) yang menyatakan data primer
merujuk kepada sumber data yang tidak tersedia dalam fail atau laporan. Oleh itu,
data primer ini boleh juga disebut sebagai data mentah yang diperolehi oleh pengkaji
secara terus daripada permerhatian kajian.
Crowther & Lanchester (2009) menyatakan bahawa data primer merupakan data
asli yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menjawab sesuatu masalah
didalam kajian. Menurut Chua (2006) pula, data primer ialah data yang diperoleh
daripada individu, kumpulan atau responden yang telah ditentukan oleh penyelidik
serta pendapat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Antara kaedah yang
akan digunakan sepanjang kajian ini ialah dengan mengedarkan borang soal selidik
dan menemubual responden iaitu komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata.

3.4.2 Responden yang terlibat

Responden yang terlibat ialah penduduk di dalam komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata. Seramai 20 orang penduduk telah di pilih sebagai
responden bagi menjawab soalan yang diajukan. Penduduk ini dipilih sebagai
responden kerana mereka merupakan penghuni dan pihak yang lebih mengetahui
akan isu-isu yang timbul dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan. Justeru, penduduk
dapat membantu dalam mengenalpasti tahap isu-isu yang timbul dalam memberi
kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan
strata ini.
31

3.4.3 Kaedah analisis

Untuk mencapai objektif kedua iaitu menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata, kaedah yang akan digunakan ialah kaedah kuantitatif. Kaedah kuantatif
adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau bilangan. Chua
(2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan, yang
mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan kajian
eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik.
Proses Hierarki Analitik (AHP) digunakan dalam mengukur tahap isu-isu
yang timbul dalam memberi kesan kepada pengurusan komuniti pengurusan berpagar
dan berpengawal bukan strata. AHP adalah alat ukur yang diperkenalkan oleh
Thomas Saaty (1980) yang merupakan alat yang berkesan untuk menangani
keputusan yang rumit dan menyusun prioriti di antara pilihan yang ada dan membuat
keputusan terbaik. Penilaian faktor dan pemberat yang sepadan yang diberikan oleh
pelbagai faktor dalam membuat keputusan berfungsi dengan baik dalam kebanyakan
situasi. Walaubagaimanapun, terdapat situasi di mana pengambilan keputusan
mungkin menghadapi kesukaran dalam menentukan dengan tepat pada pelbagai
faktor pemberat dan penilaian. Dalam keadaan sedemikian, AHP diperlukan untuk
mengatasi ketidakpastian tersebut. Pemberian skala adalah seperti jadual 3.2 akan
dilaksanakan berdasarkan kriteria isu yang terdapat di dalam memberi kesan kepada
pengurusan komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata tersebut.
Jadual 3.1: Pemberian skala dalam borang soal selidik AHP

Skala Keterangan

1 Kedua-dua kriteria adalah sama penting

3 Kriteria adalah sederhana penting berbanding pasangan kriteria

5 Kriteria adalah penting berbanding pasangan kriteria

7 Kriteria adalah sangat penting berbanding pasangan kriteria

9 Kriteria adalah terlampau penting pasangan kriteria

2,4,6,8 Kriteria adalah nilai antara dua skala


32

3.4.4 Penggunaan Proses Hierarki Analitik (AHP)

Proses Analitik Hierarki (AHP) dikembangkan awal tahun 1970-an oleh Thomas L.
Saaty, seorang ahli matematika dari Universitas Pittsburg. AHP pada dasarnya
dibentuk untuk menangkap secara rasional persepsi orang yang berhubungan sangat
erat dengan permasalahan tertentu melalui prosedur yang dibentuk untuk sampai
pada suatu skala preferensi di antara berbagai set alternatif. Analisis ini ditujukan
untuk membuat suatu model permasalahan yang tidak mempunyai struktur, biasanya
ditetapkan untuk memecahkan masalah yang terukur (kuantitatif), masalah yang
memerlukan pendapat (judgement) mahu pun pada situasi yang kompleks atau tidak
terkerangka, pada situasi dimana data statistik sangat minimum atau tidak ada sama
sekali dan hanya bersifat kualitatif yang didasari oleh persepsi, pengalaman ataupun
intuisi.
AHP ini juga banyak digunakan pada keputusan untuk banyak kriteria,
perencanaan, lokasi sumber daya dan penentuan prioritas dari strategi-strategi yang
dimiliki pemain dalam situasi konflik. Jadi, AHP merupakan analisis yang digunakan
dalam pengambilan keputusan dengan pendekatan sistem, dimana pengambil
keputusan berusaha memahami suatu sistem dan membantu melakukan prediksi
dalam mengambil keputusan. Model AHP memakai persepsi manusia yang dianggap
‘ekspert’ sebagai input utamanya. Kriteria ekspert bermaksud memahami
permasalahan yang dilakukan, merasakan akibat suatu masalah atau mempunyai
kepentingan terhadap masalah tersebut. Pengukuran hal-hal kualitatif merupakan
sesuatu yang sangat penting berdasarkan spermasalahan di dunia dan tingkat
ketidakpastian yang semakin tinggi. Sebagaimana langkah yang dijelaskan oleh
Saaty, metode AHP dapat digunakan untuk membantu pengambilan keputusan
dengan cara sebagai berikut:

i. Menentukan tujuan, kriteria, dan alternatif keputusan.


ii. Membuat “pohon hierarki” (hierarchical tree) untuk berbagai kriteria dan
alternatif keputusan.

Membentuk sebuah matriks perbandingan berpasangan (pairwise comparison),


misalnya diberi nama matriks A. Angka di dalam baris ke-i dan kolom ke-j (Ai,j)
merupakan relative importance Ai dibandingkan dengan Aj. Untuk berbagai
33

persoalan, skala 1 sampai 9 adalah skala terbaik dalam mengekspresikan pendapat.


Nilai dan definisi pendapat kualitatif dari skala perbandingan Saaty dapat dilihat
pada Tabel 1.

AHP telah dipilih sebagai alat ukur untuk kualiti kejiranan kerana ia
melibatkan proses penilaian pelbagai faktor. Faktor-faktor kejiranan boleh
dibandingkan secara berpasangan dan dinilai mengikut markah yang diberikan. AHP
menggunakan weightage skor dan ranking terakhir yang dapat diperolehi
berdasarkan penilaian relatif pasangan. Selain itu, pengiraan AHP sentiasa diarahkan
oleh pengalaman pembuat keputusan yang membolehkan AHP menerjemahkan
penilaian yang dibuat oleh responden ke peringkat multi-kriteria.
Kaedah pengiraan AHP ditunjukkan secara ringkas di bawah. Menurut Saaty
& González (1991), AHP mempunyai dua ciri utama iaitu penyederhanaan isu tidak
berstruktur yang rumit ke dalam bahagian komponen atau pembolehubahnya ke
dalam susunan hierarki dan peruntukan nilai numerik kepada penghakiman ahli
untuk menentukan pemboleh ubah keputusan tersebut keutamaan tertinggi bertindak
terhadap pengaruh hasil.

 Anggapkan bahawa, n bola, A1,. . . Dengan berat W1,. . . Wn.


 Nisbah pasangan yang bijak dengan baris ditakrifkan oleh ungkapan di baris
n yang dibentangkan sebagai matriks A. Matriks A didarabkan dengan vektor
w berat w. Notasi matriks disediakan dalam bentuk berikut:
34

3.5 Kesimpulan

Metodologi memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana cara kerja


dalam sesuatu kajian dilaksanakan dengan baik. Perjalanan kajian secara peringkat
demi peringkat perlu diterangkan dalam kajian ini agar data yang diperoleh dapat
memenuhi objektif yang dikehendaki. Metodologi kajian juga boleh didefinisikan
sebagai ‘science of method’ yang membangunkan sesuatu kajian ilmiah. Melalui
carta alir metodologi yang telah dibuat, penyelidik dapat menjadikannya sebagai
panduan dalam mencapai objektif dan mendapatkan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan kajian.
BAB 4

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab 4 ini membincangkan mengenai analisis-analisis data yang dibuat berdasarkan


maklumat-maklumat yang diperolehi melalui beberapa kaedah yang digunakan
dalam kajian ini. Seperti yang dinyatakan dalam Bab 3 sebelum ini, maklumat yang
diperolehi adalah melalui teknik campuran iaitu teknik kuantitatif dan teknik
kualitatif.
Dalam teknik kualitatif, di mana pengkaji membuat pemerhatian dan analisis
dokumen yang terlibat manakala, bagi teknik kuantitatif pula maklumat daripada data
sekunder digunakan bagi memastikan kedua-dua objektif kajian dapat dicapai.
Justeru itu, keputusan daripada analisis ini akan menentukan adakah kedua-dua
objektif mampu dicapai ataupun sebaliknya, tidak dapat dicapai.

4.2 Analisis bagi objektif 1

Bagi mengenalpasti isu-isu yang ada di dalam pengurusan komuniti perumahan


berpagar dan berpengawal bukan strata selain daripada masalah keselamatan,
pengkaji telah membuat pemerhatian dan menganalisis dokumen-dokumen yang
berkaitan. Antara isu-isu lain selain daripada masalah keselamatan ialah

1. Penduduk
36

i. Kumpulan minoriti yang tidak bersetuju terpaksa berdepan dengan


tekanan keranan GACOS dianggap berpihak kepada kumpulan majoriti

ii. Penduduk yang membantah dipaksa untuk menggunakan jalan yang


lebih jauh sebagai akses, mengemukakan dokumen pengenalan diri
setiap kali memasuki kawasan perumahan dan kenderaan penduduk
terbabit dirosakkan

iii. Pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaga keselamatan


kawasan komuniti ini bertindak biadap dan khianat kepada penduduk
minoriti yang membantah perlaksanaan kawasan berpagar dan
berpengawal

2. Pihak berkuasa tempatan (PBT)

i. Pihak berkuasa tempatan terikat dengan garis panduan GACOS yang


menghalang mereka untuk melaksanakan undang-undang sedia ada

ii. Kewujudan komuniti berpagar dan berpengawal secara `ad-hoc’


menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti setempat dan
penduduk sekitar

iii. Pihak berkuasa tempatan terpaksa bertolak ansur dalam menimbang


permohonan komuniti berpagar dan berpengawal yang tidak mematuhi
garis panduan demi kepentingan sosial dan keselamatan penduduk

3. Kawasan perumahan

i. Pendirian pondok pengawal, pemasangan “boom gates”, pemasangan


penghalang yang dibina tidak mengikut ketetapan yang telah dibuat
berdasarkan garis panduan GACOS

ii. Kawasan kejiranan mengalami pengasingan kediaman (residential


segregation) dalam taman perumahan kepada beberapa blok kecil atau
kelompok perumahan dengan komuniti yang tersendiri
37

iii. Perancangan perumahan yang asalnya menekankan kemudahsampaian,


aksessibiliti, perkongsian kemudahan awam, komuniti kejiranan dan
keselesaan berubah corak berikutan pelaksanaan skim komuniti
berpagar dan berpengawal

4. Pengurusan persatuan penduduk

i. Pihak persatuan penduduk tidak mengemukakan permohonan kepada


pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan skim komuniti
berpagar dan berpengawal

ii. Persatuan penduduk mengawal ruang kejiranan awam dan meletakkan


pihak berkuasa untuk bertolak ansur terhadap penutupan jalan yang
bercanggah dengan undang-undang

iii. Pihak persatuan penduduk tidak mengadakan mesyuarat agung


penubuhan persatuan penduduk bagi memilih ahli jawatankuasa
penduduk

4.3 Analisis bagi objektif 2

Maklumat dan data bagi mencapai objektif 2 ini diperoleh berdasarkan analisis yang
telah dibuat pada objektif 1. Untuk menganalisis tahap isi-isu yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata selain daripada masalah keselamatan, data-data tersebut dianalisis
dengan menggunakan kaedah proses hierarki analitik (AHP) untuk mengetahui tahap
isu-isu yang ada dengan lebih tepat.
38

4.3.1 Tahap 1: isu-isu yang timbul

Jadual 4.1: Tahap bagi isu-isu yang timbul

KRITERIA ISU-ISU TAHAP


KEDUDUKAN
1 Penduduk 1
2 Pihak berkuasa tempatan (PBT) 4
3 Kawasan perumahan 2
4 Pengurusan persatuan penduduk 3

Isu-isu

22.2%

42%

24.1%

11.7%

K1: Penduduk K2: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


K3: Kawasan Perumahan K4: Pengurusan

Rajah 4.1: Isu-isu yang timbul

Berdasarkan jadual 4.1 dan rajah 4.1 melalui analisis AHP, dapat dikenalpasti
bahawa kriteria 1 iaitu penduduk merupakan isu terpenting yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata sebanyak 42.0%.
Seterusnya, kriteria 3 iaitu kawasan perumahan merupakan peratusan kedua
yang tertinggi dalam memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata iaitu 24.1%.
Manakala, peratusan ketiga adalah kriteria pengurusan yang mendapat peratusan
sebanyak 22.2% dan akhir sekali kriteria pihak berkuasa tempatan mendapat
peratusan yang paling rendah iaitu sebanyak 11.7%.
39

Tahap 2: Penduduk
Jadual 4.2: Tahap bagi isu penduduk

KRITERIA ISU-ISU TAHAP


KEDUDUKAN
1 Penduduk minoriti 2
2 Kemasukan menjadi sukar 1
3 Pengawal keselamatan 3

Penduduk

24%

1.4%

28.4%

KA: Penduduk minoriti KB: Kemasukan menjadi sukar KC: Pengawal keselamatan

Rajah 4.2: Isu-isu penduduk

Bagi isu penduduk, isu paling tinggi dalam memberi kesan kepada pengurusan
komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata ialah penduduk yang
membantah untuk menggunakan jalan yang lebih jauh sebagai akses, mengemukakan
dokumen pengenalan diri setiap kali memasuki kawasan perumahan adalah sebanyak
28.4 peratus.
Manakala penduduk minoriti yang membantah perlaksanaan kawasan
berpagar dan berpengawal adalah sebanyak 24 peratus menduduki tahap kedua
terpenting dalam memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar
dan berpengawal bukan strata.
Pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaga keselamatan kawasan
komuniti ini bertindak biadap dan khianat merupakan isu terakhir iaitu sebanyak 1.4
peratus.
40

4.3.2 Tahap 2: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Jadual 4.3: Tahap bagi isu PBT

KRITERIA ISU-ISU TAHAP KEDUDUKAN


1 GACOS 2
2 Ad-hoc 3
3 Urus tadbir 1

Pihak berkuasa tempatan (PBT)

34%
44%

21.4%

KA: GACOS KB: Ad-hoc KC: Usus tadbir

Rajah 4.3: Isu-isu PBT

Bagi Pihak Berkuasa Tempatan, tahap isu-isu yang timbul dalam memberi kesan
kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata iaitu
kriteria C mempunyai tahap tertinggi iaitu 44%. Kedua tertinggi ialah kriteria A
sebanyak 34% dan akhir sekali kriteria B sebanyak 21.4%.
Pihak berkuasa tempatan terikat dengan garis panduan GACOS yang
menghalang mereka untuk melaksanakan undang-undang sedia ada (kriteria A)
merupakan isu terpenting dalam memberi kesan kepada pengurusan komuniti
perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata.
Seterusnya, kewujudan komuniti berpagar dan berpengawal secara `ad-hoc’
menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti setempat dan penduduk sekitar
(kriteria B).
Terakhir ialah pihak berkuasa tempatan terpaksa bertolak ansur dalam
menimbang permohonan komuniti berpagar dan berpengawal yang tidak mematuhi
garis panduan demi kepentingan sosial dan keselamatan penduduk (kriteria C).
41

4.3.3 Tahap 2: Kawasan perumahan

Jadual 4.4: Tahap bagi isu kawasan perumahan

KRITERIA ISU-ISU TAHAP KEDUDUKAN


1 Tidak mengikut ketetapan 1
2 Pengasingan kediaman 3
3 Berubah corak 2

Kawasan perumahan

29.1%

49.9%

21%

KA: Tidak mengikut ketetapan KB: Pengasingan kediaman KC: Berubah corak

Rajah 4.4: Isu-isu kawasan perumahan

Dapat dilihat bahawa kriteria A iaitu tidak mengikut ketetapan yang mendapat
peratusan tertinggi berbanding kriteria B iaitu pengasingan kediaman dan kriteria C
iaitu berubah corak. Justeru dapat disimpulkan dimana pendirian pondok pengawal,
pemasangan “boom gates”, pemasangan penghalang yang dibina tidak mengikut
ketetapan yang telah dibuat berdasarkan garis panduan GACOS merupakan isu
utama bagi kawasan perumahan dengan mendapat peratus tertinggi sebanyak 49.9%.
Seterusnya di ikuti dengan 29.1%, isu perancangan perumahan yang asalnya
menekankan kemudahsampaian, aksessibiliti, perkongsian kemudahan awam,
komuniti kejiranan dan keselesaan berubah corak berikutan pelaksanaan skim
komuniti berpagar dan berpengawal.
Akhir sekali ialah isu kawasan kejiranan mengalami pengasingan kediaman
(residential segregation) dalam taman perumahan kepada beberapa blok kecil atau
kelompok perumahan dengan komuniti yang tersendiri sebanyak 21.0%.
42

4.3.4 Tahap 2: Pengurusan persatuan penduduk

Jadual 4.5: Tahap bagi isu pengurusan persatuan penduduk

KRITERIA ISU-ISU TAHAP KEDUDUKAN


1 Tidak membuat permohonan 1
2 Bercanggah dengan undang-undang 3
3 Organisasi 2

Pengurusan persatuan penduduk

35%
38.7%

26.4%

KA: Tidak membuat permohonan KB: Bercanggah dengan undang-undang

Rajah 4.5: Isu-isu pengurusan persatuan penduduk

Berdasarkan AHP yang telah dijalankan, boleh dilihat bahawa pihak persatuan
penduduk tidak mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan untuk
mendapatkan kelulusan skim komuniti berpagar dan berpengawal (kriteria A)
merupakan isu tertinggi yang berlaku dalam persatuan penduduk sebanyak 38.7%.
Manakala isu kedua pula ialah pihak persatuan penduduk tidak mengadakan
mesyuarat agung penubuhan persatuan penduduk bagi memilih ahli jawatankuasa
penduduk (kriteria C) yang mendapat peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak
35.0%.
Isu terakhir ialah persatuan penduduk mengawal ruang kejiranan awam dan
meletakkan pihak berkuasa untuk bertolak ansur terhadap penutupan jalan yang
bercanggah dengan undang-undang (kriteria B) dengan 26.4%.
43

4.4 Kesimpulan

•Pengawal keselamatan 47.6%


Penduduk 42.0% •Kemasukan menjadi sukar 28.4%
•Penduduk minoriti 24.0%

•Tidak mengikut ketetapan 49.9%


Kawasan Perumahan 24.1% •Berubah corak 29.1%
•Pengasingan kediaman 21.0%

•Tidak membuat permohonan 38.7%


Pengurusan persatuan
•Organisasi 35.0%
penduduk22.2%
•Bercanggah dengan undang-undang 26.4%

•Urus tadbir 44.6%


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
•GACOS 34.0%
11.7%
•Ad-hoc 21.4%

Rajah 4.6: Tahap 1 dan tahap 2 isu-isu yang ada dalam pengurusan komuniti
perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata

Secara keseluruhan, bab ini telah meneragkan analisis data dan dapatan kajian
tentang isu-isu bagi komuniti yang tinggal di kawasan perumahan berpagar dan
berpengawal bukan strata.
Berdasarkan kepada keseluruhan analisis yang telah dijalankan ini telah
mencapai objektif pertama kajian iaitu menyatakan isu-isu yang ada di dalam
pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata selain
daripada masalah keselamatan. Objektif pertama kajian ini telah dicapai melalui
pemerhatian dan analisis dokumen-dokumen yang berkaitan. Empat isu utama telah
disenaraikan iaitu isu penduduk, kawasan perumahan, pengurusan persatuan
penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Objektif kedua kajian iaitu menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam
memberi kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal
bukan strata juga telah dicapai melalui kaedah AHP.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan penemuan objektif 1

Objektif pertama kajian yang telah dicapai adalah untuk menyatakan isu-isu yang ada
di dalam pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan strata
selain daripada masalah keselamatan.
Untuk mencapai objektif ini, data primer digunakan iaitu pemerhatian, jurnal, tesis
dan sumber lain yang memberi input terhadap kajian ini. Oleh itu, objektif pertama
ini telah dicapai dengan jayanya.

5.2 Rumusan penemuan objektif 2

Objektif kedua kajian ialah menganalisis tahap isu-isu yang timbul dalam memberi
kesan kepada pengurusan komuniti perumahan berpagar dan berpengawal bukan
strata.
Bagi mencapai objektif ini, penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik
kepada 20 orang penduduk komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata secara
rawak. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan AHP dan dipersembahkan
dalam hasil kajian bagi mencapai objektif yang telah dinyatakan.
45

5.3 Limitasi dan masalah kajian

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat limitasi dan masalah yang dihadapi oleh
penyelidik. Limitasi tersebut kebanyakkannya di luar jangkauan dan batasan
kemampuan penyelidik. Antara masalah yang dihadapi adalah penduduk di kawasan
komuniti berpagar dan berpengawal bukan strata tidak memberi kerjasama untuk
menjawab soal selidik yang diedarkan malah ada penduduk yang hanya menjawab
borang soal selidik sebahagian sahaja, memulangkan borang soal selidik yang tidak
jawab dan menjawab lebih daripada satu jawapan untuk setiap soalan menyebabkan
borang soal selidik itu rosak.
Selain itu, masalah lain yang dihadapi adalah faktor kekangan masa untuk
mengumpul dan mendapatkan data. Jumlah responden yang diperolehi ialah
sebanyak 20 responden yang terdiri daripada penduduk komuniti berpagar dan
berpengawal bukan strata.

5.4 Cadangan kajian lanjutan

Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah:


1. Membuat kajian berkaitan tahap kepuasan penduduk di kawasan perumahan
berpagar dan berpengawal bukan strata terhadap pihak pengurusan yang telah
diupah untuk menjaga kawasan perumahan mereka.

Membuat kajian mengenai kepentingan komuniti perumahan berpagar dan


berpengawal untuk zaman akan datin
RUJUKAN

Abdullah, M. S. B. Nor, M. M. Yusof, A. R. B. M. & Husain, F. B. C. (2013).


Konsep komuniti dan perkembangannya: suatu tinjauan Kritikal Terhadap
Penggunaannya. Vol. 12, No. 3 (2017). Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi
Adnan, N. A. Arif, N. Shamsudin, Z. Ariffin, K. M. Osman, M. & Sulaiman, N.
(2014). PRACTICE OF GATED COMMUNITIES DEVELOPMENT IN
MALAYSIA: TOWARDS SUSTAINABLE COMMUNITIES. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, Johor
Aliyu, A. A. Ahmad, A. B. Alhaji, M. U. (2015). Application of Facilities
Management Practice in High Rise Commercial Properties: Jos in
Perspective. Vol.7, No.4, 2015. Nigeria
Asnida Mohd Suhaimi (2010). Divide and Conquer: The Aggravation of Social
Segregation by Gated Communities. International Conference on Sustainable
Community Development. 2010. 21-22 July 2010. Putrajaya.
Atkinson, R., and Blandy, S. (2006). Introduction: International Perspectives on The
New Enclavism and the Rise of Gated Communities. In Atkinson, R., and
Blandy, S. Gated Communities. Pp vii-xvi. Oxford: Routledge
Azizah Kassim (1997). Illegal alien labour in Malaysia: Its influx, utilization, and
ramifications. Indonesia and the Malay World. 25(71), 50–81.
Blakely, E,J and Snyder, M.G (1997). Fortress America: Gated Communities in The
United States. Washington D.C: Brookings Institution Press and Lincoln
Institute of Land Policy
Brace, I. (2004). Questionnaire Design How To Plan, Structure And Write Survey
Material For Effective Market Research. London: Kogan Page Ltd. 48
Caldeira, T.P.R. (2000). City of walls: Crime, segregation and citizenship in Sao
Paolo. Berkeley: University of California Press.
III

Creswell, J. (2003). Research Design Qualitative, Quantitative And Mixed Methods


Approaches. (2nd ed.). Maidenhead: Open University Press. Creswell, J. and
Plano Clark, V. (2011). Designing and conducting mixed methods research.
(2nd ed.). California: SAGE Publications.
Davis, M. (2006). "City of Quartz. Excavating the Future in Los Angeles". (1st
edition 1990 by Verso), London: Verso.
Hanif, N. R. Aziz, W. N. A. W. A. Tedong, P. A. A. Peel, D. & Lloyd, G. (2012).
Gated and guarded communities in Malaysia: The new roles of the state and
civil society. University of Malaya, Kuala Lumpur
Ibrahim, Y. (2007). Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau
Meminggir. Akademika 70
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2010). Garis Panduan Perancangan
Gated Community and Guarded Neighbourhood. Cetakan Pertama.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik,
mukim dan negeri, Malaysia, 2010. Retrieved 27th September 2014 from:
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/05
Jadual_Mukim_negeri/Mukim_Selangor.pdf
Jusoh, H. & Ahmad, H. (2009). Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan
di Wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif komuniti. GEOGRAFIA
OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 5 issue 1 (54 - 68).
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kamalruddin Shamsudin (2010). Kertas Kerja 1: Rancangan Fizikal Negara Ke-2
(RFN Ke-2). Prosiding Seminar Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010. 8
November 2010. Kuala Lumpur. 60-102.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Dasar Perumahan
Negara. Kuala Lumpur: KPKT.
Mohammed, A. F. (2011). Perlaksanaan Konsep Komuniti Berpagar: Kajian Kes di
USj, Subang Jaya, Selangor. Universiti Utara Malaysia
Nawi, L. W. (2010). Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar dan
Berpengawal (GACOS) di Malaysia.
Noor Faizah Abdul Mutalib, Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Noorsidi Aizuddin
Mat Noor dan Eves, C. (2012). Gated and Guarded Community (GACOS) in
Malaysia: worth or not? In International Conference On Real Estate 2012
IV

(INTEREC 2012), Kuala Lumpur, 9-11 June 2012. In Press. Retrieved 11th
September 2014 from: http://eprints.qut.edu.au/56928/2/56928.pdf
Noor Rosly Hanif, Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Peter Aning Anak Tedong,
Peel, D, dan Lloyd, G. (2012). Gated and guarded communities in Malaysia:
The new roles of the state and civil society. Paper presented at the Planning
Law and Property Rights (PLPR) Conference, UK. Retrieved 25th November
2014 from:
http://www.plprassociation.org/images/_PAPERS/PLPR2012_Paper_Noor_R
.pdf
Shamsudin, Z. & Ying, E. Y. (2016). The Safety Level of Gated and Guarded
Community Scheme in Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Johor.
Tedong, P.A, Grant, J.L, Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad dan Noor
Rosly Hanif. (2014). Guarding the Neighbourhood: The New Landscape of
Control in Malaysia. Housing Studies. 29 (8), 1005-1027. Retrieved 8th
October 2014 from:
http://www.tandfonline.com.ezproxy.psz.utm.my/doi/full/10.1080/02673037.
2014.923089#.VHXnrWe0Rvo
Undang-undang Malaysia. Akta 757. Akta Pengurusan Strata 2013. (2013).
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Zainurin, S. N. B. (2017). Perspektif Pemaju dan Pembeli Terhadap Perumahan
Bertingkat di Johor Bharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
V

LAMPIRAN: AHP

TAHAP 1

TAHAP 2
VI
VII
VITA

Syaza Syahirah binti Jasni dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 13 Julai 1996. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pintas Puding pada tahun 2003
sehingga tahun 2008. Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Gading sehingga habis Sijil Peperiksaan Malaysia(2013). Sebelum meneruskan
pengajian di peringkat universiti, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat
matrikulasi selama setahun di dalam aliran sains di Kolej Matrikulasi Negeri
Sembilan. Pada 2015, beliau meyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana
muda di Universiti Tun Husein Onn Malaysia dan akan menamatkan pengajian di
dalam bidang Pengurusan Harta Tanah pada 2019.

You might also like