You are on page 1of 2

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

(1) PERISTIWA PENGHIJRAHAN KE MADINAH


Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w ke Madinah untuk menjadikan negara kita lebih maju?
· Kita perlu berhijrah daripada tiada ilmu kepada berilmu
· Perlu berhijrah daripada suka begaduh kepada hidup-bersatu
· Perlu berhijrah daripada miskin kepada memajukan ekonomi
· Perlu berhijrah daripada hidup pemerintahan yang zalim kepada pemerintahan yang
Sistematik .
· Hijrah untuk menegakkan kebenaran
· Kita perlu meninggalkan keburukan

Apakah tujuan pembinaan masjid seperti majlis al- Nabawi di Madinah kepada orang Islam?
· Untuk menjadi tempat menuntut ilmu pengetahuan
· Mewujudkan rakyat yang bersatu-padu
· Untuk melahirkan semangat cinta kepada agama dan negara
· Majlis tempat beribadat
· Tempat bertemu dan berbincang
· Mengeratkan hubungan silatturahim

(2) PIAGAM MADINAH/SAHIFAH MADINAH


Mengapakah Piagam Madinah penting kepada masyarakat berbilang kaum?
· Semua kaum boleh hidup bersatu-padu
· Semua kaum boleh menganut agama masing-masing
· Ekonomi semua kaum boleh maju
· Boleh mewujudkan pemerintahan pelbagai yang sistematik
· Syariah Islam yang adil sesuai diikuti oleh kesemua masyarakat

(3) PERJANJIAN HUDAIBIYAH


Terangkan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah?
· Orang islam perlu berilmu pengetahuan
· Orang islam perlu persatu-padu
· Orang islam perlu mempunyai pemerintahan yang sistematik
· Orang islam perlu taat kepada pemerintah

(4) PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


Apakah kepentingan kota Makkah kepada umat Islam?
· Tempat umat islam menunaikan haji dan umrah
· Tempat melahirnya nabi
· Kampung asal nabi
· Penguasaan Makkah memantapkan Islam
· Tempat letaknya kaabah
· Tempat membentuk perpaduan antara pelbagai bangsa
· Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam
1. Maksud piagam madinah
Piagam Madinah merupakan piagam pertama yang ditulis secara rasmi dalam sejarah dunia.Perlembagaan
yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan orang Islam dan Yahudi yang menjadi warganegara
Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW. Piagam madinah juga disebut sebagai Sahifah al-
Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Piagam madinah juga menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam. Piagam Madinah berbeza dari tulisan-
tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad
s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-
undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu.

You might also like