You are on page 1of 7

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan

mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu


mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama
Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana
letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun dahulu sebelum
atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi
etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun
tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan
bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di
Jambi.[10]
Etimologi

Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai


suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand,
Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut
Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada
seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan
daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah “Melayu” untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa


adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu
setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun
demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah “Melayu”
yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas.
Sebelum itu, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada keturunan
raja Melayu dari Sumatera sahaja.[11]

Penggunaan istilah “Melayu” muncul buat pertama pada kira-kira


100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang
menggunakan istilah “maleu-kolon”. G. E. Gerini menganggap
istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom
atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di
Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap
tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab


Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha
sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud “tanah yang dikelilingi air”
dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu,
para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau
Sumatera.

Istilah “Mo-lo-yu” juga dicatat dalam buku catatan perjalanan


pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa
zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa
perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang
terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang
terletak di daerah Palembang.[11]

Masalah dalam penakrifan orang Melayu

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar.


Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang
bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi
kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari
negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu
ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus
kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang
dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka
mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali
bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian,
secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan
sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

* Penakrifan undang-undang

* Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut


perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang
Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

1. Seorang yang beragama Islam

2. Bertutur bahasa Melayu

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah


Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan


politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak
menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu
yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di
selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur
dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza
pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang
sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di


negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya
berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan
selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. [13] Dari segi
etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang
mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian
yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.[14]

Suku-suku Melayu di Malaysia

* Serawai

Suku-suku Melayu di Indonesia

* Bukit (Sumatera Utara)

* Deli (Riau)

* Anak Dalam (Riau)

* Melayu Jambi

* Melayu Palembang

* Melayu Bengkulu

Asal usul bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar


ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk
menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana
belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul
bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

* Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang


Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa
Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa
banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern,


J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah
Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong
teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui
di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi
penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah


Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.


Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal
dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.
Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus
menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.


Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun
menyatakan “nenek moyang” orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan


ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang
ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan
juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan


Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM
berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada
orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai
ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar,
berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu


diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai
peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai
dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan
antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek
dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai
Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi
tidak pandai berenang.

Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang


perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada
1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan
mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,


K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini
adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang


tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang
Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara.

2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan


bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.
Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu
fenomena “ambilan”.

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat


di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa
menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan
daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan
mewujudkan tamadun bersendirian.

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai


perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa
Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di


negara Malaysia.
Kekeluargaan orang Melayu

Rencana utama: Adat berserumah tangga Melayu

Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak


fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang
boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau
poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai
beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan
bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan
perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan
mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah
keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3
generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada
perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada
perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi
mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang
mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang
menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga
tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi
dan alasan-alasan yang lain.

Perkahwinan orang Melayu

Rencana utama: Adat resam kahwin Melayu

Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara


umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik,
melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

Melayu kacukan

Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan


pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu
berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali
sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai
kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah
hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang
terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

Nota kaki

1. ↑ CIA – The World Factbook – Malaysia


2. ↑ CIA – The World Factbook – Brunei
3. ↑ Templat:PDF
4. ↑ http://lcweb2.loc.gov/cgi-
bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+th0052)
5. ↑ Templat:PDF
6. ↑ Templat:PDF
7. ↑ “The Malay of Malaysia”. Bethany World Prayer Center.
1997.http://kcm.co.kr/bethany_eng/p_code3/1892.html. Retrieved
2008-07-28.
8. ↑ “The Diaspora Malay”. Bethany World Prayer Center.
1997.http://kcm.co.kr/bethany_eng/clusters/8101.html. Retrieved
2008-07-28.
9. ↑ Harun Aminurrrashid, 1966. Kajian Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5
10. ↑ Seperti yang diceritakan dalam buku Sejarah Jambi
11. ↑ 11.0 11.1 11.2 Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. Bahasa
Melayu STPM (2006), edisi pertama, m.s. 3-5. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. ISBN 978-967-65-9617-8
12. ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140
13. ↑ Ismail Hamid, 1988, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms.
14. ↑ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1988, Jld 3 (M-
Q), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1504
15. ↑ Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150
Rujukan

* Pogadaev, V. “Lyubov Prihodit Posle Svad’bi” (Love Comes After


Wedding) – in: “Azia i Afrika Segodya” (Asia and Africa Today).
Moscow: Russian Academy of Science,1999. – N 4. – p. 79-80.

You might also like