You are on page 1of 6

SET 2

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nama :.............................................................

900/S2 STPM S2 2019


PENGAJIAN AM
KERTAS 2
(1 jam 30 minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


Untuk
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus

kegunaan
ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. pemeriksa
Bahagian A
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam
ruang yang disediakan. 1
2
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan 3
diperiksa . 4
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh Bahagian B
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan
diperiksa .
Bahagian C
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan.
Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu.
Jumlah
ini.

Koyakkan muka hadapan kertas soalan ini dan helaian


jawapan anda bagi Bahagian A dan ikatkan bersama-sama
dengan helaiann jawapan anda bagi Bahagian B dan Bahagian C.

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak


@ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan tiga pendekatan Kementerian Pendidikan untuk mengembalikan


kecemerlangan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET). [3m]

(a)……………………………………………………………………………………….

(b)……………………………………………………………………………………….

(c)……………………………………………………………………………………….

2. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mensejahterakan


kehidupan rakyat. [4m]

(a)………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b)………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………..

3. Nyatakan empat peranan agama dalam kehidupan manusia. [4m]

(a)……………………………………………………………………………………….

(b)……………………………………………………………………………………….

(c)……………………………………………………………………………………….

(d)……………………………………………………………………………………….

2
4. Huraikan dua cabaran Wawasan 2020. [4m]

(a)………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

(b)……………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………….

3
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
membandingkan sumbangan pendapatan antara sektor mengikut negeri terpilih di Malaysia
pada tahun 2014, 2015 dan tahun 2016.

Negeri Selangor dan negeri Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju yang
memberikan tumpuan utama kegiatan ekonomi terutama dalam bidang pembuatan. Walau
bagaimanapun, sektor pertanian juga turut diberi perhatian oleh kerajaan dalam usaha
menjadikan negeri ini terus maju ke hadapan.

Negeri Selangor pada tahun 2014, sektor pertanian telah menyumbangkan pendapatan
sebanyak RM4317 juta dan dijangka terus meningkat kepada RM5200 juta pada tahun 2016.
Peningkatan ini adalah selaras dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan
penduduk terutamanya mereka yang tinggal di luar kawasan luar bandar. Kerajaan Pulau
Pinang juga turut memberi perhatian kepada sektor ini, terutamanya bagi kawasan yang terletak
di Seberang Perai. Pada tahun 2014, sebanyak RM1467 juta telah disumbangkan oleh sektor
ini, dan dijangka meningkat sebanyak RM213 juta pada tahun 2016. Jangkaan peningkatan ini
selaras dengan hasrat kerajaan untuk tidak meminggirkan rakyat yang berada di kawasan
pedalaman. Pada tahun 2015, pungutan kerajaan negeri Selangor dalam sektor ini jauh
mengatasi pungutan yang diperolehi oleh kerajaan Pulau Pinang iaitu sebanyak RM2858 juta.
Sektor pertanian ini telah menyumbangkan RM4350 juta kepada pendapatan negeri Selangor
pada tahun berkenaan.

Sektor pembuatan merupakan tonggak kepada kemajuan sesebuah negeri. Pelbagai dasar
telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi meletakkan negeri ini sebagai negeri
termaju di Malaysia. Pada tahun 2014, sektor pembuatan telah menyumbang sebanyak
RM66 340 juta kepada pendapatan negeri. Pendapatan ini jauh mengatasi pendapatan yang
diperolehi oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM35 537 juta pada tahun berkenaan. Pada
tahun 2015, sumbangan sektor pembuatan di Selangor telah meningkat sebanyak RM3 512 juta
berbanding dengan pendapatan tahun sebelumnya, manakala pendapatan bagi negeri Pulau
Pinang adalah sebanyak RM32 886 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2 083 juta berbanding
tahun sebelumnya. Menjelang tahun 2016, sektor ini dijangka menyumbang pendapatan bagi
negeri Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak RM75 676 juta dan RM45 000
juta.

Peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh kedua-dua sektor ini membuktikan kejayaan
segala dasar yang telah dilaksanakan bagi memperteguhkan sumbangan pendapatan kerajaan
masing-masing.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Malaysia,
Rancangan Malaysia Ke-Sebelas, 2016-2020)

4
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan barangan eksport Malaysia dan komponen negara pengimport bagi
tahun 2016.

Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama lembap dan persaingan


dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport Malaysia meningkat dengan pesat untuk
mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2 bilion pada tahun
2016. Pertumbuhan yang pesat disebabkan oleh pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga
yang lebih tinggi.

Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama bagi eksport
Malaysia pada tahun 2016, yang merupakan 55 peratus daripada jumlah eksport negara.
Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport yang kedua terbesar dengan
jumlah pembelian meningkat dengan kukuh sebanyak 27.8 peratus kepada RM 24.6 bilion, iaitu
sebanyak 20.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Sementara itu, Singapura kekal sebagai
pengimport terbesar barangan Malaysia dengan jumlah pembelian meningkat sebanyak 10.3
peratus kepada RM 26.3 bilion pada tahun 2016. Eksport ke Jepun pulih semula untuk meningkat
kepada 13.0 peratus pada tahun 2016. Walaupun ekonomi Jepun berada dalam keadaan
kemelesetan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti pengeluaran syarikat pelbagai negara ke
Malaysia .

Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah [EC] sebagai satu kumpulan meningkat kepada RM
17.6 bilion pada tahun 2016. United Kingdom merupakan pembeli dalam kalangan Negara-
negara EC, iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi eksport Malaysia yang lebih baik ke EC
disebabkan pemulihan ekonomi yang sederhana di United Kingdom dan Belanda. Kebanyakan
eksport Malaysia ke EC terdiri daripada barang perkilangan seperti jentera, perkakas elektrik,
komponen elektrik dan tekstil. Eksport Malaysia yang selebihnya adalah ke negara-negara lain.

Sepanjang tahun 2016, pendapatan eksport yang lebih telah dicatat bagi hampir ke semua
kategori barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran petroleum, jentera, perkakas
elektronik dan barang komponen elektronik. Ini menyebabkan barang perkilangan kekal sebagai
barangan utama pendapatan eksport Malaysia. Sumbangannya terus meningkat sebanyak 26.0
peratus kepada RM 90.0 bilion.

Dalam sektor pertanian , pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih sederhana iaitu
sebanyak 1.6 peratus kepada RM 18.6 bilion. Ini mencerminkan penerimaan eksport yang lebih
tinggi daripada kayu siap bergergaji dan minyak sawit. Pendapatan yang lebih tinggi disebabkan
oleh permintaan luar negara yang kukuh, terutamanya dari Asia.

Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum dan gas asli terus merosot sebanyak
11.4 peratus kepada 11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh perolehan
daripada petroleum mentah dan timah adalah lebih rendah. Pendapatan daripada eksport
petroleum mentah merosot selama tiga tahun berturut-turut. Ini selaras dengan arah aliran yang
menurun bagi harga minyak mentah dunia. Harga minyak mentah antarabangsa yang lebih
rendah ini disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan oleh OPEC. Pendapatan eksport
selebihnya diperoleh daripada barangan lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara, 2015)

5
Bahagian C [25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertolak ansur telah diletakkan sebagai cabaran
yang kelima yang perlu diatasi dalam Wawasan 2020. Bincangkan usaha untuk
merealisasikannya, dan kesan sekiranya cabaran tersebut dapat diatasi.

8. Urbanisasi menjadi keperluan kepada Malaysia untuk membangunkan negara, namun pada
masa yang sama, urbanisasi menimbulkan masalah kepada negara. Bincangkan penyataan ini.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like