You are on page 1of 4

EDITOR : ADMIN DAUS CREDIT TO : PARA GURU DAN SAHABAT

KAMI MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN EJAAN KERANA KAMI MANUSIA BIASA

-1-
EDITOR : ADMIN DAUS CREDIT TO : PARA GURU DAN SAHABAT

KAMI MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN EJAAN KERANA KAMI MANUSIA BIASA

3. baca petikan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, karya
keris Mas, Dewan Bhasa dan Pustaka, 2010, hal. 39, kemudian jawab
soalan yang mengikutinya.

Petikan tersebut memperlihatkan kepentingan memulihara alam sekitar.


Bincangkan kepentingan memulihara alam sekitar dalam konteks pembangunan
masyarakat. (25)

Alam sekitar merujuk segala yang berada di langit dan di bumi. Keindahan semula
jadi alam sekitar semakin terjejas dengan pembangunan yang pesat. Pencemaran
alam yang berlaku menyebabkan alam sekitar menjadi semakin tenat. Usaha untuk
memelihara dan memulihara perlu dilakukan bagi mengelakkannya menjadi lebih
buruk.

Kepentingan memulihara alam sekitar dalam konteks pembangunan


masyarakat:
Mengekalakan ekosistem floral dan fauna

Generasi akan datang dapat melihat sendiri keindahan alam semula jadi jika
ekosistem floral dan fauna dapat dikekalkan.

Menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan

Alam sekitar yang terpelihara mampu menggamit lebih ramai pelancong sama ada
dari dalam atau dari luar negara.

Menambah pendapatan negara/sektor ekonomi

Kehadiran pelancong bukan sahaja membuka banyak peluang pekerjaan kepada


penduduk setempat, malah turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Mengelakkan pencemaran

Usaha memulihara alam sekitar bukan sahaja untuk menjamin kelangsungan hidup
flora dan fauna, malah secara tidak langsung dapat mengelakkan pencemaran
alam sekitar dengan adanya kesedaran dalam diri individu.

Memulihara habitat hidupan liar.

Habitat hidupan liar yang semakin terjejas akibat penerokaan hutan untuk tujuan
pembangunan perlu dipulihara bagi mengelakkan kepupusan hidupan liar
tersebut.

Memajukan kawasan kampung sekitar

Keindahan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong membolehkan


kawasan sekitar menikmati kemajuan dengan wujudnya pelbagai industri kecil dan
sederhana (IKS)
Kesimpulannya………….

-2-
EDITOR : ADMIN DAUS CREDIT TO : PARA GURU DAN SAHABAT

KAMI MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN EJAAN KERANA KAMI MANUSIA BIASA

2. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, jelaskan kesan negatif
yang akan diterima oleh masyarakat Kampung Pulai jika Syarikat Lombong
Lemabah Tualang dibenarkan untuk menjalankan kegiatan perlombongan di
kampung mereka. (25)

Alam sekitar sangat berkait rapat dengan rupa muka bumi. Alam sekitar di
kampung Pulai dipenuhi dengan pelbagai floral dan fauna semula jadi. Kegagalan
menguruskan pembangunan yang mampan akan menjejaskan alam sekitar.

Kesan negetif yang akan diterima oleh masyarakat Kmapung Pulai


akibat perlombongan:
Menjejaskan hutan

Jika hasrat Encik Muhammad dan Datuk Tan untuk membuka lombong di Kampung
Pulai, pasti hutan darnya akan puypus dan banyak khazanah hutan akan musnah.
Hal ini menyebabkan kegiatan ekonomi penduduk seperti menoreh getah serta
mencari buluh dan rotan untuk membuat atap turut terjejas.

Menjejaskan air sungai

Air sungai merupakan nadi kehidupan penduduk kampung. Contohnya, Mak Minah,
iaitu ibu Sudin dan kaum ibu di Kampung Pulai membasuh pakaian di sungai.
Penduduk kampung juga menggunakan air sungai untuk keperluan harian mereka
kerana tiada bekalan air paip. Jika perlombongan dijalankan, sudah pasti air sungai
Kampung Pulai akan tercemar dan menjejaskan sumber air bersih penduduk
kampung.

Menyebabkan pencemaran bunyi

Bunyi jentera pam lombong dan lori yang berulang-alik akan menyebabkan bunyi
bising. Keadaan ini aktiviti memburu pelanduk di Jeram Medang akan terjejas.

Menjejaskan aktiviti pertanian

Kemusnahan hutan dara akan menyebabkan peningkatan suhu. Hal ini sudah pasti
akan menjejaskan kegiatan penanaman orkid Cik Puan Tipah kerana pokok orkid
memerlukan kawasan yang sejuk dan lembap.

Menyebabkan konflik antara penduduk

Pembukaan lombong menyebabkan kehidupan kekeluargaan penghuni asal


terjejas. Ada dalam kalangan penduduk terpaksa berpindah ke tanah rancangan
FELDA. Hal ini juga, konflik kpentingan antara mereka seperti konflik antara
pengurusan lombong dengan Lebai Maarup mungkin akan berlaku.

Kesimpulannya, pembukaan lombong di kampung Pulai sedikit sebanyak akan


menimbulkan kesan kepada masyarakat di kampung Pulai. Diharapkan agar
prosedur yang lebih ketat dikenakan sebelum Syarikat Lombong Lembah Tualang
dibenarkan beroperasi demi menjaga kelestarian alam sekitar.

-3-
EDITOR : ADMIN DAUS CREDIT TO : PARA GURU DAN SAHABAT

KAMI MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN EJAAN KERANA KAMI MANUSIA BIASA

3. Pengarang novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memaparkan rasa cinta akan alam
sekitar dalam usaha mendidik masyarakat mencintai alam sekitar. Bincangakan pernyataan
tersebut. (25)

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sememangnya menyelitkan rasa cinta akan alam
sekitar melalui beberapa peristiwa dan watak tertentu. Rasa cinta akan alam sekitar bolehlah
didefinisikan sebagai perasaan sangat sayang atau cinta akan binatang, tumbuh-tumbuhan,
sungai dan hutan rimba yang berada di sekeliling kita.

Paparan usaha mendidik masyarakat mencintai alam sekitar:

Rasa sayang akan tumbuhan


Cik Puan Tipah sangat menyayangi orkidnya, iaitu jenis kacukan laeliocattleya. Pada mulanya
dia berhajat untuk menitipkan bunga tersebut ke kedai FloRA tetapi dia tidak sampai hati
berpisah dengan orkid tersebut. Rasa sayang Cik Puan Tipah terhadap orkidnya wajar
dicontohi masyarakat. Masyarakat tidak seharusnya memetik atau merosakkan tanaman
sesuka hati kerana tanaman yang rosak memberikan kesan kepada kelestarian alam.

Menghargai alam
Mahani sangat menghargai alam ciptaan Tuhan. Hal ini dapat dilihat apabila dia segera keluar
menyambut pagi dan menikmati udara segar dan bersih di halaman rumahnya. Dia berasa lapang
apabila berbuat demikian. Masyarakat seharusnya menikmati suasana yang nyaman dan bersih
tanpa mengotorinya dengan bau sampah yang menjijikkan.
Menjaga Keindahan alam
Encik Muhammad bercadang untuk menjaga dan memajukan Jeram Medang dengan
menjadikannya sebagai tempat percutian dan perkelahan yang indah. Hasrat Encik
Muhammad wajar dicontohi memandangkan banyak tempat perkelahan dokotori dengan
bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan begitu sahaja akibat sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah pihak.
Mengekalkan landskap semula jadi
Peniaga-peniaga yang mengusahakan gerai di Jeram Medang tidak menebang pokok-pokok
besar yang melindungi kawasan tepi sungai secara sesuka hati. Terdapat peniaga yang
berniaga sate dan tebu di bawah pokok beringin besar. Masyarakat sewajarnya menjaga
keindahan semula jadi di samping mengekalkan kelestariannya.
Rasa takjub
Sudin berasa takjub dengan keindahan Jeram yang mempunyai empat tingkat itu. Bunyi aliran
sungai yang mendesah dan melandai kira-kira 25 darjah sepanjang 20 rantai. Tiap-tiap satu
lapis dipisahkan oleh lubuk yang tenang dan jernih seperti kolam mandi. Rasa takjub terhadap
alam ciptaan Tuhan seharusnya disemai dalam diri masyarakat dengan mensyukuri nikmat
yang dikurniakan.
Melindungi Sungai
Penduduk kampung melindungi sungai dengan hanya menjala untuk mendapatkan ikan tetapi
menubanya. Mereka juga tidak mencemari sungai Tualang dengan sisa buangan. Oleh sebab
itu, masih banyak ikan sungai seperti kelah, anak tengas, sebarau dan baung yang boleh dijala
oleh penduduk kampung.
Tuntasnya, rasa cinta akan alam sekitar seperti yang dipaparkan dalam novel ini sewajarnya
dapat mendidik masyarakat dalam memelihara dan memulihara keindahan alam. Seandainya
masyrakat mempunyai kesedaran yang tinggi, maka kelestarian alam dapat dikekalkan dan
dinikmati oleh generasi akan datang.

-4-

You might also like