You are on page 1of 52

SHE101-HUBUNGAN ETNIK

SEMESTER II – 2018/2019

Tajuk: Pantang Larang Bersalin Antara


Kaum Malayu, Cina dan India

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 21


No. Ahli Kumpulan No. Matrik
1 LEE WAI LING 138645
2 LOOI WEN HUAN 138646
3 MARTHA CARRMEN ANAK MARCONI 138647
4 YUSAZRIN BINTI ZAINAL 138679
5 SARAH KHAIRINA BINTI HASHIM 134266
6 AHMAD NUR IMAN BIN MD ISA 130492

LECTURER: DR. MOHAMAD KHAIRI ISHAK

1
Carta Organisasi dan Pembahagian Kerja

LOOI WEN HUAN


(Ketua)

YUSAZRIN BINTI
LEE WAI LING
ZAINAL

MARTHA SARAH AHMAD NUR


CARRMEN KHAIRINA BINTI IMAN BIN MD
ANAK MARCONI HASHIM ISA
Ahli Kumpulan Tugasan
LOOI WEN HUAN  Carta Organisasi

 Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina

 Soalan dan Keputusan Soal Selidik

LEE WAI LING  Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina

 Soalan dan Keputusan Soal Selidik

 Abstrak

YUSAZRIN BINTI  Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum India
ZAINAL  Soalan Soal Selidik

 Skrip Temu Bual

MARTHA  Rujukan dan Lampiran


CARRMEN ANAK  Soalan Soal Selidik
MARCONI  Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum India

SARAH  Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu


KHAIRINA BINTI  Soalan Soal Selidik
HASHIM  Kesimpulan

AHMAD NUR  Pengenalan


IMAN BIN MD  Amalan dan Perbandingan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu
ISA  Metodologi

2
ISI KANDUNGAN
No. Isi Muka Surat

1.0 Abstrak 6-7

2.0 Pengenalan 8

3.0 Metodologi 9

4.0 Analisis Tajuk

4.1 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu 10-12

4.2 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina 12-17

4.3 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India 17-20

5.0 Perbandingan Pantang Larang Bersalin Antara Kaum

5.1 Tempoh Amalan Pantang Larang 21

5.2 Semasa Mengandung 22

5.3 Semasa Bersalin 23

5.4 Selepas Bersalin 24

6.0 Keputusan Soal Selidik 25-31

7.0 Temu Ramah 32-36

8.0 Kesimpulan 37

9.0 Rujukan 38-39

10.0 Lampiran 40-46

3
Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Gambarajah

Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Gambarajah Muka Surat

Jadual 1: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu semasa mengandung 10-11

Jadual 2: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu semasa bersalin 11

Jadual 3: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu selepas bersalin 11-12

Jadual 4: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina semasa mengandung 13-15

Jadual 5: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina semasa bersalin 15

Jadual 6: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina selepas bersalin 16-17

Jadual 7: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India semasa mengandung 17-18

Jadual 8: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India semasa bersalin 18-19

Jadual 9: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India selepas bersalin 19-20

Jadual 10: Perbandingan Tempoh Amalan Pantang Larang Bersalin antara 3 kaum 21

Jadual 11: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin semasa mengandung


antara 3 kaum 22

Jadual 12: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin semasa bersalin antara 3
kaum 23

Jadual 13: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin selepas bersalin antara 3
kaum 24

Gambar rajah 1: Bilangan responden yang menjawab soal selidik mengikut jantina 25

Gambar rajah 2: Bilangan responden yang telah menjawab soal selidik mengikut
bangsa 25

Gambar rajah 3: Bilangan responden yang berpendapat pantang larang bersalin


masih dipraktikkan oleh msayarakat pada zaman sekarang 25

Gambar rajah 4: Bilangan responden yang mengetahui pantang larang bersalin


kaum sendiri 26

Gambar rajah 5: Bilangan responden yang ibu bapa memberitahu mereka


pengetahuan pantang larang 26

4
Gambar rajah 6: Bilangan responden yang mengetahui contoh pantang larang
bersalin 27

Gambar rajah 7: Bilangan responden yang berpendapat bahawa aspek yang


dititikberatkan oleh masyarakat ketika berpantang 28

Gambar rajah 8: Bilangan responden yang berpendapat keperluan setiap individu


untuk mengetahui pantang larang bersalin dalam setiap kaum 28

Gambar rajah 9: Bilangan responden yang berpendapat keperluan setiap


jururawat dan pakar sakit mengetahui adat bersalin setiap kaum 29

Gambar rajah 10: Bilangan responden yang berpendapat tentang kebaikan


dan keburukan pantang larang bersalin kepada masyarakat 29

Gambar rajah 11: Bilangan responden yang berpendapat bahawa sumber


yang mereka mengetahui tentang adat pantang larang bersalin 30

Gambar rajah 12: Bilangan responden yang berpendapat bahawa cara-cara


yang paling sesuai untuk mengekalkan tradisi pantang larang bersalin 30-31

Gambar 1: Wanita mengandung berzikir (Kaum Melayu) 44

Gambar 2: Wanita mengenakan bengkung (Kaum Melayu) 44

Gambar 3: Kaum Cina dilarang untuk menepuk bahu ibu yang hamil (Kaum Cina) 45

Gambar 4: Ibu mentua membantu menjaga bayi (Kaum Cina) 45

Gambar 5: Ibu digalakkan memakai stokin untuk mengelakkan angin masuk


badan (Kaum India) 46

Gambar 6: Sami sedang membisik mantra kepada telinga bayi (Kaum India) 46

5
1.0 ABSTRAK

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

bangsa. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan

penduduk yang pelbagai budaya ini, setiap kaum mempunyai pantang larang masing-masing

yang diwarisi dari nenek moyang seperti pantang larang bersalin. Pantang larang tersebut

masih diamalkan oleh masyarakat pada zaman ini. Kebaikan mengamalkan pantang larang

ini iaitu dapat mengekalkan keseimbangan hormon kerana wanita hamil akan mengalami

tekanan dan gangguan emosi. Terdapat juga kelompok kecil dari masyarakat yang

mengatakan amalan pantang larang hanya mendatangkan keburukan. Walau bagaimanapun,

kebanyakan orang masih mengamalkan pantang larang sebelum bersalin demi keselamatan

dan kesihatan seorang ibu dan anaknya.

Dalam laporan ini, kami akan mengkaji pantang larang sebelum, semasa dan selepas

bersalin untuk tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum

India. Setiap kaum mempunyai cara-cara pantang larang masing-masing dalam kategori

semasa mengandung, pantang larang semasa bersalin dan pantang larang selepas bersalin.

Peranan kami dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menerangkan

amalan-amalan dan aktiviti-aktiviti yang patut dilakukan dan tidak patut dulakukan oleh ibu

semasa bergandung, semasa bersalin dan selepas bersalin bagi tiga kaum terbesar di

Malaysia. Tambahan pula, aspek pemakanan juga diambil kira dalam kajian ini agar ibu

dapat mengetahui dan mengelakkan makan makanan yang tidak memanfaatkan bayi dan

juga tubuh badan ibu sendiri. Kami juga membuat perbandingan untuk menganalisa

keunikan pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum.

Antara kaedah untuk mendapatkan maklumat untuk laporan ini adalah melalui

penggunaan bahan rujukan internet dan buku-buku ilmiah di perpustakaan. Seterusnya,

soalan soal selidik juga diagihkan kepada mahasiswa mahasiswi USM yang pelbagai kaum

6
untuk mengisi soalan-soalan mengenai pantang larang bersalin. Kaedah temu ramah juga

diadakan untuk mendapat maklumat tambahan tentang pantang larang bersalin pelbagai

kaum.

Maklumat pantang larang sebelum, semasa dan selepas bersalin yang telah diperoleh

membuktikan bahawa masyarakat kini masih mengamalkan pantang larang ini. Kajian ini

juga mendedahkan bahawa pantang larang yang digunakan oleh masyarakat terdahulu telah

memberi manfaat walaupun kadang-kadang terdapat pernyataan yang tidak logik. Walaupun

pada zaman ini, berpantang tidak dipraktikkan sangat, kepercayaan berpantang berlandaskan

penyembuhan rahim serta menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhan telah

diamalkan oleh setiap kaum untuk tujuan kesihatan badan mereka. Justeru, masyarakat

diseru untuk mengamalkan pantang larang bersalin agar kesihatan ibu terjamin dan

pengetahuan yang diwarisi secara turun-temurun ini tidak lenyap.

7
2.0 PENGENALAN

Malaysia memiliki pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum

di mana Melayu, Cina dan India menjadi antara kaum majoriti di Malaysia. Masyarakat

Malaysia memang terkenal dengan amalan pantang larang bersalin kerana pantang larang

tersebut telah diamalkan sejak turun-temurun. Sebenarnya, pantang larang ini merupakan

cara yang digunakan oleh orang tua dahulu supaya ibu hamil dijauhi dari perkara yang boleh

memudaratkan ibu serta bayi. Terdapat banyak kebaikan amalan pantang larang kerana

pantang larang tersebut menunjukkan sifat mencegah sebelum terkena. Tubuh wanita ketika

bersalin senang terkena pelbagai penyakit dan gangguan ghaib. Hal ini demikian kerana

tubuh badan mereka lebih lemah di mana khasiat dan tenaga mereka kebanyakan digunakan

untuk menjaga serta membesarkan kandungan tersebut. Dalam zaman yang serba maju ini,

wanita berkerjaya memainkan peranan besar dalam masyarakat tetapi ketika bersalin mereka

dibebaskan daripada peranan tersebut. Mereka yang bersalin diberikan tempoh untuk berehat

berdasarkan sektor bekerja mereka. Namun begitu, amalan pantang larang tetap dibahaskan

kini sama ada perlu dilakukan untuk tempoh yang panjang atau pendek.

Amalan pantang larang nampak sangat menarik sehingga kami tertarik dengan

melakukan kajian terhadap tajuk tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih teliti dan

dapat menerangkan amalan-amalan tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India di

Malaysia. Walaupun setiap kaum mempunyai pantang larang namun tujuan utama amalan ini

dilakukan ialah untuk mencegah ibu dan bayi daripada sebarang gangguan kesihatan atau

nasib malang. Selepas pelaksanaan kajian tersebut, kami mendapati bahawa pantang larang

bersalin ketiga-tiga kaum ini majoriti dipengaruhi oleh kepercayaan dan pemahaman sejak

turun temurun dari zaman nenek moyang. Kajian ini menunjukkan tidak ada amalan yang

salah kerana pantang larang mendatangkan kebaikan dan bukan keburukan.

8
3.0 METODOLOGI

Untuk kajian tentang amalan pantang larang antara tiga kaum majoriti di Malaysia,

kami telah menjalankan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat tersebut. Kaedah

kami tidak hanya terhad kepada bahan ilmiah dan rujukan di internet namun kami juga

mengunakan kaedah soal selidik dan temu ramah secara langsung.

Pada tahap pertama, kami mengumpulkan maklumat berkenaan pantang larang bagi

kaum Melayu, Cina dan India melalui bahan ilmiah dan rujukan di internet. Pelbagai buku,

majalah serta laman web telah kami baca untuk mendapatkan maklumat yang kami perlukan.

Maklumat tersebut kami gunakan sebagai sokongan supaya maklumat boleh dipercayai dan

mempunyai huraian saintifik.

Kemudian, kami menjalankan soal selidik melalui “Google Forms”. Menggunakan

kaedah tersebut kami memperolehi data secara lebih luas. Definasi luas di sini bermaksud

data berkenaan dijawab secara atas talian di “Google Forms” yang telah kami sebarkan tanpa

memerlukan kami melakukan soal selidik dengan mengedarkan kertas soal selidik di sesuatu

lokasi. Maklumat yang kami perolehi telah disediakan di dalam laporan ini serta soalan yang

ditanya untuk soal selidik tersebut.

Di samping itu, kami juga menggunakan kaedah temu ramah bersama keluarga untuk

mendapatkan pendapat mereka tentang pantang larang kaum mereka. Untuk temu ramah,

kami melakukan bukan hanya kepada satu kaum sahaja tetapi setiap kaum dalam kajian kami.

Hasil daripada temu ramah tersebut amatlah memberangsangkan kerana pelbagai maklumat

kami perolehi daripada keluarga-keluarga tersebut.

9
4.0 ANALISIS TAJUK

4.1 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu

Semasa mengandung

Bil Isi Huraian

1 Dilarang derhaka Perkara ini dipercayai membuatkan si ibu akan berdepan dengan

kepada suami kesukaran ketika bersalin

2 Minum air kelapa Minum air kelapa pada bulan-bulan akhir kehamilan dipercayai

melahirkan bayi dalam keadaan bersih saat bersalin

3 Dilarang melihat Ditakuti bayi yang akan dilahirkan itu bermata juling atau

gerhana mempunyai tanda hitam pada badan

4 Dilarang mengail, Perbuataan ini ditakuti bayi dalam kandungan akan menjadi

menyembelih, sumbing atau cacat anggota lainnya atau kelihatan seperti haiwan

mengasari atau yang dianiaya

bunuh binatang

5 Dilarang duduk di Dikhuatiri ibu akan menghadapi kesukaran melahirkan serta

muka pintu atau berkemungkinan berlaku tumpah darah yang boleh mendatangkan

tangga maut

6 Dilarang melangkah Perbuatan ini dikhuatiri menyebabkan mata anak akan tertutup

kucing yang sedang seperti kucing sedang tidur

tidur

7 Suami dilarang pergi Dipercayai bayi dalam kandungan akan terkena kenan menurut

memburu orang tua-tua. Namun jika difikirkan secara logiknya, larangan ini

bertujuan mengelakkan daripada kes sesat atau kehilangan.

8 Dilarang pergi ke Dikhuatiri ada makhluk halus akan ikut balik ke rumah kerana
kawasan berhutan

10
menurut Islam juga mendapati makhluk halus sukakan bua ibu

mengandung dan bayi dalam kandungan

9 Dilarang bergaduh Perbuatan ini dikatakan akan menyebabkan kesulitan ketika

dengan ibu mertua melahirkan anak

10 Dilarang minum ais Perbuatan ini akan melemahkan anggota badan

11 Dilarang mengetuk Perbuatan ini dikhuatiri uri bayi akan melekat pada Rahim

dinding rumah walaupun bayi tersebut telah selamat dilahirkan

Jadual 1: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu semasa mengandung

Semasa bersalin

Bil Isi Huraian

1 Menggantung daun Digalak meletakkan di tempat-tempat tertentu di dalam rumah

mengkuang berduri bagi mengelakkan gangguan makhlus halus ketika bersalin

2 Memotong tali pusat Bidan yang menyambut kelahiran akan menyembur jampi

dengan sembilu buluh serapah dengan daun sirih dan memotong tali pusat

menggunakan sembilu buluh

Jadual 2: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu semasa bersalin

Selepas bersalin

Bil Isi Huraian

1 Berbengkung Kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah

untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk di liang-liang perut.

Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan

kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu

mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat

11
dan dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu

yang menyusu anak.

2 Urutan tradisional Urutan tradisional dapat membantu memulihkan aliran darah,

mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir kotor dari

dalam badan si ibu. Urutan juga dapat meringankan tubuh badan

dan memulihkan tenaga ibu selepas bersalin untuk menjaga dan

menyusu bayi yang baru dilahirkan.

3 Minum air akar kayu Semasa tempoh pantang selepas bersalin, ibu-ibu digalakkan

dan jamu untuk meminum air akar dan jamu supaya dapat menyihatkan

tubuh dan mengembalikan kesegaran sepanjang tempoh

berpantang. Air akar kayu dikatakan membantu mengecutkan

Rahim secara rawatan dalam dan jamu mampu mengembalikan

kejelitaan tubuh badan ibu seperti sebelum bersalin

4 Menanam uri Uri yang keluar harus ditanam namun terdapat cara-cara untk

menanam uri tersebut. Uri tidak boleh ditanam tepat pada pukul

12 tengah hari kerana dipercayai anak akan menjadi degil. Uri

akan dibersihkan dahulu dan ditanam bersama garam, asam,

jarum, buku dan pensil supaya menjadi rajin dan pintar. Garam

dan asam digunakan untuk menghalang haiwan liar hidu uri

yang ditanam supaya uri tersebut tidak dikorek keluar.

Jadual 3: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu selepas bersalin

4.2 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina

Pelbagai jenis pantang larang telah diamalkan oleh Kaum Cina semasa mengandung, semasa

bersalin dan selepas bersalin. Hal ini demikian untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak

ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.

12
Semasa Mengandung

Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat

dalam setiap tindak tanduk dan kegiatan seharian mereka. Kebanyakanya merupakan Ibu

mertua yang bertanggungjawab dalam menjaga wanita mengandung dan suaminya akan

lebih menumpu perhatian dalam kerjaya mereka.

Bil. Isi Huraian

1 Perabot dalam rumah Kaum Cina berpendapat bahawa pemindahan perabot bersamaan

tidak boleh diatur dengan mengerakan janin dan akan membahayakan nyawa ibu

atau melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan tetutamanya

katil yang ibu tidur. Mereka turut mengelakkan pemindahan

rumah kerana memindah ataupun pengubahsuaian rumah

memerlukan tenaga yang banyak.

2 Ibu harus menjaga Pantang larang tersebut dipercayai bahawa bayi akan mengetahui

tingkah laku dan tingkah laku ibu dan mengikutinya. Ibu tidak harus mengkritikan

bersifat baik semasa orang lain supaya bayi tidak akan menjadi seperti orang yang

mengandung dikritikkan.

3 Ibu tidak dicadangkan Hal ini sebab menggosok perut dipercayai akan menyebabkan

untuk menggosok anak menjadi terlalu manja bila besar.

perut terlalu kerap

4 Ibu juga dilarang Penggunaan benda yang tajam seperti gunting, pisau dan

menggunakan benda sebagainya atau menjahit akan mengakibatkan bayi dilahirkan

yang tajam atau duduk dengan bibir rekah. Menurut feng shui, titik tajam mewakili "sha

menghadap ke tepi qi" yang diterjemahkan sebagai tenaga "membunuh". Dikatakan

tajam meja segi empat bahawa tenaga buruk ini akan diarahkan ke perut dalam

atau persegi. kedudukan duduk dan membahayakan nyawa bayi.

13
5 Ibu tidak harus Hal ini disebabkan ibu mudah terkejut dan akan mengakibatkan

ditepuk bahunya keguguran bayi.

6 Dilarang melihat atau Bayi dipercayai akan kelihatan dan bersikap seperti binatang atau

menonton kartun yang mahkluk yang dinampak oleh ibu semasa mengandung.

mempunyai binatang

atau mahkluk yang

hodoh seperti monyet

7 Pantang Larang Dari segi pemakanan, ibu hendaklah mengelakkan makanan

Makanan. masam dan buah yang tajam seperti nenas atau mangga untuk

mengelakkan keguguran. Ketam dan sotong juga perlu

dikurangkan dalam pemakanan kerana makanan tersebut akan

menyebabkan rahim menjadi melekit, dan ketam akan

menyebabkan bayi asyik mengeluarkan air liuh. Ibu juga dilarang

makan daging ayam jantan, supaya bayi tidak menangis pada

tengah malam. Ibu juga tidak digalakkan makan daging itik

kerana akan menyebabkan badan ibu menjadi lemah.

8 Dilarang melihat atau Bayi dipercayai akan kelihatan dan bersikap seperti binatang atau

menonton kartun yang mahkluk yang dinampak oleh ibu semasa mengandung

mempunyai binatang

atau mahkluk yang

hodoh seperti monyet

9 Ibu yang mengandung Sambutan pernikahan tradisional Cina biasanya diadakan pada

dilarang untuk tanggal yang mengantungkan yang dihitung dari Empat Rukun

menghadiri upacara Takdir, yang berdasarkan pada tanggal dan waktu kelahiran

perkahwinan. pengantin. Cina percaya bahawa tenaga “Qi” dan "nasib"

14
pengantin lelaki dan wanita paling tinggi pada hari perkahwinan

mereka. Jika Empat Rukun Takdir ibu hamil bertembung dengan

tenaga pengantin perempuan, ada risiko bahawa tenaga atau

tenaga penentang akan menimbulkan bahaya dan menyebabkan

bahaya kepada kesihatan dan nasib ibu mengandung, sehingga

secara tidak langsung mempengaruhi bayi.

10 Ibu yang mengandung Pengkebumian dianggap kurang bernasib baik dalam budaya

dilarang untuk Cina, jadi wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti

menghadiri upacara -aktiviti yang berkaitan dengan pengebumian. Sekiranya anda

pengebumian terpaksa berbuat demikian, pakai selendang merah di sekeliling

perut untuk menentang tenaga negatif dari pemakaman

Jadual 4: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina semasa mengandung

Semasa Bersalin

Bil. Isi Huraian

1. Ibu dinasihati untuk Masyarakat Cina mempercayai bahawa menangis dan menjerit

berdiam diri semasa akan menarik perhatian roh jahat. Mencangkung merupakan

bersalin posisi terbaik untuk bersalin kerana sekiranya dalam keadaan

berbaring bayi tidak ada tenaga untuk keluar.

2. Pantang larang Ibu hanya dibenarkan makan makanan dan minuman yang panas

makanan untuk mengimbangi “Qi”, iaitu prinsip aktif yang diterapkan

dalam setiap benda bernyawa.

Jadual 5: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina semasa bersalin

15
Selepas Bersalin

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat

puluh hari. Prinsip utama pantang selepas bersalin tradisional Cina adalah bertujuan

menghalang badan masuk angin.

Bil. Isi Huraian

1 Ibu harus berehat dengan Ibu akan menghidapi selesama atau mengalami nyeri otot

secukupnya di rumah selepas bersalin jika ditup angin. Ibu tidak akan ditiup oleh

angin semasa berada di rumah. Ibu akan dibalut dengan

lapisan pakaian tebal dan sarung kaki untuk elak angin

masuk ke tubuh.

2 Ibu tidak dibenarkan Ibu dilarang mandi sepanjang waktu berpantang

mandi air sejuk atau sekurangnya 30 hari kerana mereka percaya tubuh wanita

mencuci rambut akan lemah dan mudah diserang oleh penyakit selepas

bersalin. Jika mereka ingin memandikan diri mereka, air

yang dididih dengan serai boleh digunakan.

3 Ibu dilarang makan Makanan tersebut akan menyebabkan air terkumpul dalam

makanan masin and badan dan menyebabkan kebusungan. Ion natrium akan

masam meningkatkan kelikatan darah. Keadaan ini akan

menjejaskan metabolisme tubuh badan

4 Tidak sesuai bayi mereka Sebaliknya, kata-kata pujian seperti ‘gemuk’ dapat diterima.

dipuji ‘berat badannya’

5 Tangan harus dicuci Memastikan kebersihan tangan

dengan air dan halia

sebelum mengendali bayi

16
6 Daging lembu harus Daging lembu boleh meyebabkan penyembuhan yang

dielakkan lambat.

Jadual 6: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Melayu selepas bersalin

4.3 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India

Semasa Mengandung

Sepanjang tempoh ini, wanita hamil biasanya dijaga oleh pembantu khas yang

ditugaskan untuk menjaganya. Pembantu khas ini akan menyediakan makanan khas untuk

ibu yang sedang mengandung mengurut dan mencuci pakaian ibu.

Bil Isi Huraian

1. Dilarang bercakap buruk Perlakuan-perlakuan tersebut dipercayai membawa

tentang orang lain, bercakap dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa

tidak sopan dan menyembelih jahat. Tambahan lagi, perlakuan tersebut boleh

haiwan. menyebabkan pengaruh kelakuan serta pemikiran anak

yang bakal lahir menjadi buruk.

2. Dilarang keluar dari rumah Ini adalah kerana kepercayaan kaum India bahawa

berseorangan pada waktu kuasa-kuasa jahat atau makhluk halus lebih aktif pada

malam dan suasana yang gelap. waktu tersebut dan mungkin perlakuan itu akan

membawa kesan yang buruk kepada ibu dan anak

kandungannya yang belum lahir.

3. Ibu mengandung dilarang tidur Ibu mengandung juga tidak seharusnya berjaga terlalu

pada waktu siang atau tidur lewat sehingga ke larut malam. Ini adalah untuk

berlebihan pada sepanjang hari. menjaga kecerdasan minda bayi yang bakal lahir dan

juga kesihatan ibu tersebut.

17
4. Suami dilarang keras daripada Mengelakkan keguguran

memukul atau menyakiti

isterinya yang mengandung,

menebang pokok khasnya

pokok pisang, menyembelih

atau membunuh binatang.

Jadual 7: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India semasa mengandung

Semasa Bersalin
Bil Isi Huraian

1. Menentukan waktu kelahiran Tarikh hari lahir dicatat dengan tepat untuk menentukan

bayi bintang kelahiran bayi mengikut almanak Hindu. Bintang

kelahiran bayi ini akan menentukan kesihatan mental,

bentuk fizikal dan rohani bayi sehingga ke dewasa.

2. Sami atau sesiapa sahaja Ayat ini adalah sejenis mantera nama Tuhan supaya bayi

yang berpengetahuan tinggi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang

mengenai agama Hindu akan lain serta bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.

membisikkan ‘Gayatri Amalan ini sepatutnya dilakukan sebelum tali pusat

Mantiram’ pada telinga dipotong namun begitu adat ini disesuaikan dengan masa

bayi. sekarang iaitu hanya membisikkannya sebaik sahaja

melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak

membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.

3. Tali pusat yang dipotong Tali pusat, uri dan tembuni akan ditanam di sekitar

akan ditanam bersama uri kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit,

dan tembuni. garam dan pinang. Bahan-bahan ini ditanam berserta uri

18
untuk mengelakkan dari dikorek semula oleh binatang liar

dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

4. Bayi yang baru dilahirkan Minyak ‘savvennai’ iaitu campuran minyak bijan, minyak

akan disapu madu lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.

bercampur minyak sapi atau Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa

air gula pada lidahnya. kecantikan serta mengelakkan bayi daripada diserang

sebarang penyakit.

Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan

memudahkan bayi bertutur sewaktu proses tumbesaran

bayi. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit

susu ibu akan disapu pada mulut bayi bagi bertindak

sebagai pelawas dalam sistem penghadaman dan

membantu tumbesaran bayi tersebut.

Jadual 8: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India semasa bersalin

Selepas Bersalin

Bil Isi Huraian

1. Para ibu akan mengamalkan herba Para ibu mengamalkan minum arak dan mandi dengan

semulajadi. rebusan daun-daun tertentu. Ketika membersihkan

diri, mereka hanya mandi dengan mandian air henna

suam iaitu daun neem.

2. Ibu idak akan meninggalkan bilik Pada aspek penjagaan kebersihan, mereka tidak

yang ditempatkan setelah selesai dibenarkan keluar bilik tersebut bagi mengelakkan

bersalin. berlakunya jangkitan kuman.

19
3. Para ibu dilarang membaca atau Bagi mengelakkan keletihan semasa berpantang

menonton televisyen bagi tempoh

yanng lama.

4. Mereka juga dilarang memasak atau Seorang pembantu yang akan memasakkan makanan

membuat sebarang kerja rumah. ketika tempoh berpantang.

5. Kepala para ibu akan dilindungi Pendingin hawa dan kipas bilik tidak akan dibuka bagi

dengan kain seperti skaf manakala mengelakkan perubahan suhu yang keterlaluan yang

kaki akan sentiasa dipakai dengan boleh menyebabkan selsema kepada ibu dan bayi

stokin serta berbaring di atas katil yang baru lahir. Hal ini bagi mengelakkan badan

ketika tempoh berpantang. berangin.

6. Para ibu akan memakai bengkung. Bagi mengendurkan otot yang tegang selepas bersalin.

7. Ahli keluarga dan teman rapat perlu Bagi mengelakkan gangguan dan kejutan kepada bayi

mengelakkan daripada melawat ibu yang baru lahir.

yang baru bersalin dan bayinya pada

hari pertama kelahiran.

Jadual 9: Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum India selepas bersalin

20
5.0 PERBANDINGAN PANTANG LARANG BERSALIN ANTARA 3
KAUM
Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita yang baru bersalin.

Walaupun tempoh pantang adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, tetapi dikatakan

sebilangan besar wanita masih tekun dan rela mengikut tradisi ini kerana wanita yang rajin

berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat,

cergas seperti sedia kala dan kelihatan jelita.

Tempoh Amalan Pantang Larang

KAUM

MELAYU CINA INDIA

Kebanyakan kaum melayu pada Bagi masyarakat Cina, wanita Masyarakat India berpantang

hari ini mengikuti tempoh yang baru lepas bersalin tidak selama 60 hari. Sepanjang

berpantang selama 44 hari. dibenarkan mandi air sejuk tempoh ini, ibu biasanya

Sepanjang tempoh tersebut, sepanjang waktu berpantang dijaga oleh pembantu khas

mereka dikehendaki untuk dalam tempoh tertentu iaitu yang ditugaskan untuk

memakai bengkung dan sekurang-kurangnya 30 hari menjaganya. Pembantu khas

bertangas menggunakan herba kerana dibimbangi masuk ini akan menyediakan

seperti serai wangi, kunyit dan angin. makanan khas untuk ibu,

lada hitam bagi mengetatkan memandikan ibu dan bayi,

peranakan dan menghilangkan mengurut dan mencuci

bau badan pakaian ibu dan bayi.

Jadual 10: Perbandingan Tempoh Amalan Pantang Larang Bersalin antara 3 kaum

21
Semasa Mengandung

KAUM

MELAYU CINA INDIA

Antara pantang larang kaum Pantang larang yang kebanyakan Seorang ibu yang

melayu adalah dilarang untuk diamalkan adalah dilarang mengandung dilarang

memukul haiwan. Hal ini untuk mengaturkan perabot bercakap buruk tentang

kerana dikhuatiri anak yang rumah, wanita hamil tidak boleh orang lain, bercakap tidak

bakal dilahirkan kelak akan menggunakan benda yang tajam sopan dan menyembelih

mengalami kecacatan. supaya perkara malang tidak haiwan.

ditimpa oleh bayi.

Selain itu, wanita mengandung Ibu yang sedang mengandung

juga dilarang untuk Wanita yang hamil juga dipesan dilarang keluar dari rumah

memakan dan meminum supaya menjaga tingkah laku berseorangan pada waktu

makanan yang dikatakan dan bersifat baik supaya bayi malam dan suasana yang

‘tajam’ seperti buah nenas, air yang dilahirkan akan bayi akan gelap.

tebu dan kelapa kerana mengikuti sifat ibu. Begitu juga

dipercayai boleh menyebabkan dengan upacara perkahwinan

keguguran kandungan. dan pengebumian yang akan

menjejas “Qi” tenaga dan nasib

ibu yang mengandung.

Jadual 11: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin semasa mengandung


antara 3 kaum

22
Semasa Bersalin

KAUM

MELAYU CINA INDIA

Kaum melayu menggalakkan Semasa bersalin, pantang larang Sami atau sesiapa sahaja yang

ibu yang sedang bersalin untuk yang biasa diamalkan adalah berpengetahuan tinggi

perbanyakkan zikir dan doa pantang larang dalam mengenai agama Hindu akan

supaya dapat mengurangkan makanan oleh ibu yang membisikkan ‘Gayatri

kesakitan ketika bersalin dan mengandung. Mereka biasanya Mantiram’ pada telinga bayi

mempercepatkan proses dinasihati untuk makan makanan untuk membawa rahmat

bersalin. dan minuman yang mengandungi kepada bayi tersebut.

kepanasan untuk mengimbangi

Selain itu, bayi yang baru tenaga atau “Qi” supaya tidak Waktu kelahiran bayi adalah

dilahirkan disunatkan untuk badan tidak lemah atau pengsan amat penting bagi masyarakat

melakukan amalan belah sewaktu melahirkan anak. India dimana tarikh hari

mulut ataupun tahnik iaitu tersebut akan dicatat dengan

memberi manisan seperti tepat bagi menentukan

kurma atau madu yang telah bintang kelahiran bayi

dikunyah terlebih dahulu. mengikut almanak Hindu.

Kebiasaannya, orang yang Bintang kelahiran bayi ini

melakukan tahnik adalah para akan menentukan kesihatan

alim ulama. bayi sehingga dewasa.

Jadual 12: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin semasa bersalin antara 3
kaum

23
Selepas Bersalin
KAUM
MELAYU CINA INDIA
Wanita selepas bersalin Seperti masyarakat Melayu, Para ibu mengamalkan

digalakkan untuk memakan ikan masyarakat Cina juga turut minum arak dan mandi

haruan. Ikan air tawar ini mengadakan kenduri iaitu dengan rebusan daun-daun

mempunyai kandungan protein apabila bayi mencapai umur tertentu. Ketika

yang tinggi dan mampu sebulan. Kuih khas berbentuk membersihkan diri, mereka

mempercepatkan penyembuhan bulat berwarna merah dan hanya mandi dengan

luka bersalin serta pembekuan kuning yang berintikan kacang mandian air henna suam

darah. dan tau su serta telur yang iaitu daun neem.

Dari segi pemakaian, ibu selepas diwarnai merah diberikan kepada Para ibu dilarang

bersalin digalakkan untuk saudara-mara yang terdekat. membaca atau menonton

mengenakan bengkung bagi Saudara-mara pula akan televisyen bagi tempoh yang

memulihkan otot abdomen yang membalas dengan membawa lama bagi mengelakkan

lemah, buncit dan gelebeh. Bagi hadiah kepada bayinya. keletihan. Mereka juga

memastikan tubuh sentiasa panas Adat mencukur rambut juga dilarang memasak atau

setiap masa, golongan ini perlu diamalkan kerana beranggapan membuat sebarang kerja

memakai pakaian tebal dan rambut bayi yang dilahirkan rumah.

berstokin serta memakan masakan adalah rambut sementara.


Kepala dan rambut para ibu
Rambut yang tumbuh semasa
yang mengandungi akan dilindungi dengan skaf,
dalam kandungan perlu dicukur
ramuan halia. memakai stokin, serta
untuk menumbuhi rambut baru
berbaring di atas katil ketika
sebagai pengiktirafan terhadap
tempoh berpantang untuk
kelahiran orang baru ke dalam
mengelakkan angin masuk
masyarakat.
dalam badan.

Jadual 13: Perbandingan Amalan Pantang Larang Bersalin selepas bersalin antara 3 kaum

24
6.0 KEPUTUSAN SOAL SELIDIK
Sepanjang masa kajian ini dilakukan, kami telah menjalankan soal selidik secara atas talian.

Responden kita merupakan para mahasiswa mahasiswi dalam kampus kejuruteraan

Universiti Sains Malaysia. Dalam soal selidik ini, kami menerima sebanyak 40 responden

dalam menjawab soal selidik ini. Keputusan ini telah dijadualkan dan dipersembahkan dalam

bentuk carta atau graf.

Gambar rajah 1:
Bilangan responden
yang menjawab soal
selidik mengikut
jantina

Gambar rajah 2:
Bilangan responden
yang telah menjawab
soal selidik mengikut
bangsa

Gambar rajah 3:
Bilangan responden
yang berpendapat
pantang larang bersalin
masih dipraktikkan
oleh msayarakat pada
zaman sekarang

25
Berdasarkan gambar rajah 3, sebanyak 39 (97.5%) daripada 40 responden yang berpendapat

bahawa pantang larang bersalin masih dipraktikkan oleh msayarakat zaman sekarang. Ini

menunjukkan bahawa kelompok besar pelajar di Kampus Kejuruteraan USM mengetahui

kewujudan pantang larang bersalin dalam masyarakat kini.

Gambar rajah 4:
Bilangan responden yang
mengetahui pantang
larang bersalin kaum
sendiri

Setelah selesai kajian dilaksanakan, bilangan responden yang mengetahui pantang larang

bersalin kaum sendiri adalah sebanyak 28 orang (70%). Ini boleh dikaitkan bahawa

pengetahuan ini merupakan pengetahuan am terutamnaya kepada wanita yang sedang

mengandung dan pengetahuan ini tidak akan diketahui kecuali ahli keluarga atau adik-

beradik sendiri sedang mengandung.

Gambar rajah 5:
Bilangan responden
yang ibu bapa
memberitahu mereka
pengetahuan pantang
larang bersalin

26
Gambar rajah 5 ini menunjukkan kebanyakan ibu bapa responden sebanyak 27 orang (67.5%)

memberitahu pantang larang bersalin kaum mereka sendiri kepada anak mereka. Ini boleh

dikaitkan dengan ibu bapa mereka mempercayai kata-kata orang tua bahawa pantang larang

kaum mereka yang telah diwarisi turun-menurun tidak boleh dipandang ringan.

Gambar rajah 6:
Bilangan responden
yang mengetahui
contoh pantang
larang bersalin

Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa cadangan dilarang membunuh binatang

merupakan pantang larang bersalin yang biasa kedengaran iaitu sebanyak 22 orang (55%).

Seterusnya merupakan dilarang melihat gerhana, sebanyak 10 orang (25%) dan 8 orang(20%)

untuk dilarang lalu di bawah ampaian. Terdapat juga 5 orang responden (12.5%) yang

mengatakan bahawa semua pantang larang bersalin yang disediakan dalam pilihan

kedengaran. Terdapat juga pelajar yang mengkongsikan pengetahuan lain iaitu tidak boleh

minum air sejuk selama 100 hari atau makan makanan yang terdiri daripada 2.5 peratus

untuk setiap maklumat yang diberikan. Terdapat 2 responden yang tidak mengetahui pantang

larang bersalin yang telah dicadangkan.

27
Gambar rajah 7:
Bilangan responden
yang berpendapat
bahawa aspek yang
dititikberatkan oleh
masyarakat ketika
berpantang

Berdasarkan gambar rajah 7 di atas, pendapatan bahawa pemakanan untuk wanita

mengandung terdiri daripada 24 orang (60%) merupakan antara aspek yang amat

dititikberatkan oleh masyarakat kini. Seterusnya adalah pergerakan wanita mengandung

yang terdiri daripada 16 orang (40%) dan 7 orang (17.5%) yang berpendapat pemakaian

sebagai aspek yang dititikberatkan. 12 orang (30%) berpendapat bahawa ketiga-tiga aspek

amat dititkberatkan oleh masyarakat ketika mengamalkan pantang larang bersalin.

Gambar rajah 8:
Bilangan responden
yang berpendapat
keperluan setiap
individu untuk
mengetahui pantang
larang bersalin
dalam setiap kaum

Berdasarkan gambar rajah di atas, sebanyak 33 orang responden (82.5%) yang berpendapat

bahawa pengetahuan pantang larang bersalin dalam kaum sendiri harus diketahui disebabkan

telah diwarisi daripada nenek moyang mereka. Terdapat juga segelintir responden sebanyak

28
7 orang (17.5%) yang berpendapat bahawa setiap individu tidak menpunyai keperluan untuk

mengetahui pantang larang kaum sendiri.

Gambar rajah 9:
Bilangan responden
yang berpendapat
keperluan setiap
jururawat dan
pakar sakit
mengetahui adat
bersalin setiap
kaum

Gambar rajah 9 di atas menunjukkan terdapat sebanyak 32 orang responden (80.0%)

bersetuju bahawa pengetahuan adat bersalin bagi setiap kaum adalah pengetahuan asas yang

harus diketahui oleh jururawat dan pakar-pakar sakit. Namun begitu, masih ada seramai 8

orang responden (20.0%) yang tidak bersetuju dengan keperluan untuk jururawat dan pakar-

pakar sakit mengetahui adat bersalin setiap kaum.

Gambar rajah 10:


Bilangan responden
yang berpendapat
tentang kebaikan
dan keburukan
pantang larang
bersalin kepada
masyarakat

Hasil analisis menunjukkan bahawa seramai 35 orang responden (87.50%) bersetuju

bahawa pantang larang bersalin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat manakala

seramai 5 orang pelajar (12.5%) tidak menghargai pantang larang tersebut dengan

mengatakan pantang larang mendatangkan keburukan kepada masyarakat.

29
Gambar rajah 11:
Bilangan responden
yang berpendapat
bahawa sumber
yang mereka
mengetahui tentang
adat pantang
larang bersalin

Kajian yang dilaksanakan menunjukkan bahawa paling banyak pelajar iaitu sebanyak 23

orang (57.5%) mengetahui adat pantang larang bersalin daripada ahli keluarga mereka.

Contohnya, ibu atau nenek moyang mereka. Terdapat juga 15 orang responden (37.5 %)

mempelajari adat tersebut melalui saluran laman sesawang. Manakala 9 orang responden

(22.5%) mengetahui daripada kawan, 8 orang responden (20%) daripada guru dan 5 orang

(12.5%) merujuk pada buku. Terdapat 9 orang responden (22.5%) membelajari amalan

tersebut melalui semua sumber di atas.

Gambar rajah 12:


Bilangan responden
yang berpendapat
bahawa cara-cara
yang paling sesuai
untuk mengekalkan
tradisi pantang
larang bersalin

Melalui kajian yang dilaksanakan, kami mendapati bahawa sebanyak 21 orang responden

(52.5%) mencadangkan cara mengamalkan tradisi tersebut sebagai cara hidup mereka.

Manakala, seramai 11 orang responden (27.5%) memilih cara mewujudkan topik tersebut

dalam Pendidikan Moral. Selain itu, terdapat sebanyak 9 orang pelajar (22.5%) memilih cara

30
menyambut hari kelahiran selepas bersalin antara anggota keluarga bersesuaian dengan

memupuk semangat untuk mengamalkan adat tersebut dan sebanyak 8 orang responden

(20%) memilih kesemua cara di atas. Namun begitu, terdapat juga seorang responden (2.5%)

yang berpendapat bahawa cara lebih sesuai untuk mengekalkan tradisi tersebut adalah

dengan menyebarkan pengetahuan tersebut melalui buku atau surat akhbar.

31
7.0 TEMU RAMAH

7.1 Temu Ramah Bersama Seorang Wanita Kaum Melayu

Yusazrin: Assalamualaikum puan, nama saya Yusazrin dan ini kawan-kawan saya. Kami

sedang menjalankan kajian tentang pantang larang bersalin di Malaysia. Boleh kami bertemu

ramah dengan puan mengenai pantang larang bersalin demi kertas kerja kami?

Puan Shamsiah: Waalaikumsalam. Boleh. Mari sini duduk dengan saya.

Yusazrin: Terima kasih puan.

Wai Ling: Selamat pagi puan, nama saya Wai Ling. Pertama sekali, boleh kami tahu nama

puan dan adakah puan sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Puan Sham: Selamat pagi Wai Ling. Nama saya NORSHAMSIAH BINTI SAMSUDIN.

Kamu semua boleh panggil saya Puan Sham. Saya sudah berkahwin dan sekarang saya

mempunyai empat orang anak.

Iman: Wah, ramainya anak puan. Nama saya Iman. Puan, memandangkan puan sudah

mempunyai pengalaman ketika melahirkan anak, bolehkah kami bertanyakan beberapa

soalan mengenai pantang larang bersalin kaum Melayu?

Puan Sham: Boleh Iman. Silakan.

Iman: Soalan yang pertama, boleh puan beritahu bagaimana puan sebagai kaum Melayu

berpantang ketika mengandung?

Puan Sham: Perkara paling penting yang perlu dijaga adalah pemakanan ibu mengandung.

Ketika saya mengandungkan anak-anak saya, saya sentiasa mengelakkan makanan laut

daripada dicampur dalam pemakanan saya. Saya juga mengelakkan daripada meminum air

tebu dan air kelapa kerana takut keguguran. Tidak semua buah-buahan adalah baik untuk ibu

mengandung. Contohnya, saya tidak akan makan buah nenas kerana sifatnya yang tajam

boleh mengakibatkan keguguran. Selain itu, saya juga mengamalkan pantang larang yang

32
mak saya sentiasa pesan. Contohnya, jangan lalu di bawah penyidai baju kerana mahu

mengelakkan mata anak daripada juling.

WenHuan: Akhir sekali, apakah pendapat puan mengenai pantang larang yang diamalkan

dalam kaum di Malaysia?

Puan Sham: Menurut pendapat saya, pantang larang yang diamalkan banyak mempunyai

unsur yang karut dan susah untuk difahami tetapi amalan tersebut adalah untuk menjaga

kesihatan dan keselamatan ibu yang sedang mengandung serta bayinya. Amalan pantang

larang perlu diteruskan dan diwarisi sehingga ke anak cucu kerana ini adalah salah satu

budaya kaum yang terdapat di Malaysia. Amat mengecewakan sekiranya adat dan budaya

kaum kita hilang akibat perbuatan kita sendiri. Itu sahaja daripada saya.

Martha: Terima kasih puan kerana memberikan kerjasama kepada kami.

Puan Sham: Sama-sama.

7.2 Temu Ramah Bersama Seorang Wanita Kaum Cina

Wai Ling: Selamat pagi Puan Ooi. Ini kawan-kawan saya. Kami sedang menjalankan kajian

tentang pantang larang bersalin di Malaysia. Bolehkah puan bantu kami untuk bertemu

ramah mengenai tajuk ini?

Puan Ooi: Selamat pagi Wai Ling. Saya mempunyai sedikit masa terluang. Ya, saya boleh

bantu kamu semua. Apa soalan yang hendak ditanya?

Wai Ling: Mengikut pengetahuan am puan. Apakah pantang larang yang puan tahu dalam

kaum Cina di Malaysia?

Puan Ooi: Tentang kaum Cina, yang saya tahu adalah larangan terhadap kaum ibu daripada

menggosok perut dengan terlalu lama. Ini adalah disebabkan untuk mengelakkan anak yang

dilahirkan menjadi terlampau manja. Selain itu, ibu yang sedang mengandung juga dilarang

melihat kartun atau lukisan seperti haiwan kerana takut anak yang dilahirkan bersikap seperti

haiwan atau makhluk tersebut.

33
Wen Huan: Oh, menariknya, ini merupakan pertama kali saya mendengarnya. Bagaimana

pula dengan penjagaan pemakanan seseorang ibu mengandung?

Puan Ooi: Dari segi pemakanan, ibu mengandung sewajarnya mengelakkan daripada

memakan buah seperti nanas & mangga kerana bersifat tajam dan boleh mengakibatkan

keguguran. Ibu mengandung juga tidak boleh memakan daging itik kerana boleh

melemahkan badan sewaktu mengandung.

Wen Huan: Bagaimana pula dengan pantang larang yang puan pernah lakukan semasa

mengandungkan anak puan?

Puan Ooi: Sewaktu saya mengandung, saya akan mengelakkan menggunakan peralatan

yang tajam atau duduk berdekatan dengan bucu meja yang tajam. Menurut feng shui, titik

tajam adalah sha qi yang bermaksud membunuh tenaga. Ini boleh menyebabkan tenaga

buruk diarahkan ke arah bayi dan membahayakan nyawa bayi di dalam perut.

Wai Ling: Akhir sekali, adakah puan mempunyai sebarang nasihat untuk diberitahu

mengenai amalan pantang larang?

Puan Ooi: Bagi saya, amalan pantang larang sangat penting bagi menjaga kesihatan bayi

serta ibunya. Walaupun terdapat unsur yang susah untuk difahami namun ini semua demi

kesejahteraan ibu ynag mengandung agar dapat melahirkan anak dengan sihat dan sempurna.

Anak yang dilahirkan turut mempunyai kesan yang baik dan selamat dari sebarang ancaman.

Oleh itu, kita seharusnya meneruskan amalan berpantang demi kesihatan ibu dan bayi

kandungannya.

Wen Huan: Terima Kasih Puan Ooi kerana meluangkan masa dengan saya dan Wai Ling.

Puan Ooi: Sama-sama.

34
7.3 Temu Ramah Bersama Seorang Wanita Kaum India

Sarah: Selamat petang, puan. Kami merupakan pelajar dari Universiti Sains Malaysia

Kampus Kejuruteraan. Saya dan rakan-rakan saya sedang membuat kajian mengenai pantang

larang bersalin di Malaysia. Bolehkah puan meluangkan sedikit masa untuk saya

bertanyakan beberapa soalan?

Puan Hiriya: Selamat petang. Ya, boleh silakan.

Sarah: Terima kasih, puan. Adakah puan sudah mempunyai anak?

Puan Hiriya: Saya sudah mempunyai tiga orang anak.

Sarah: Oh, ramai juga anak-anak puan. Adakah puan masih mengamalkan pantang larang

bersalin selepas melahirkan anak-anak puan dan berapa lama tempoh puan berpantang?

Puan Hiriya: Ya, saya masih mengamalkannya selama 40 hari.

Wai Ling: Apakah pantang larang yang telah puan amalkan semasa mengandung?

Puan Hiriya: Saya dilarang untuk melakukan perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat

fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Hal ini akan membawa padah

buruk kepada anak dalam kandungan saya. Selain itu, saya juga telah mengamalkan adat

Valaikaapp selepas bersalin anak pertama.

Wai Ling: Bolehkah puan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang adat Valailaapp?

Puan Hiriya: Boleh sahaja. Menurut adat Valaikaapp, ibu yang mengandung anak sulung

yang menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan akan dipakaikan sebentuk gelang tangan

baru yang dikenali sebagai Suukaappu. Gelang ini dipercayai akan melindungi bayi dalam

kandungan daripada kesukaran semasa si ibu sedang bersalin.

Martha: Bagaimana pula dengan pantang larang selepas bersalin yang puan telah amalkan?

Puan Hiriya: Pantang larang yang saya amalkan adalah saya perlu menghindarkan diri

daripada melakukan apa-apa kerja yang berat. Saya juga mandi dengan mendidihkan air

bersama dengan beberapa herba dan dedaun selang sehari selepas bersalin. Bagi bayi saya

35
pula, saya menjalankan adat Aalati dan adat mendodoikan bayi. Di samping itu, saya hanya

makan sejenis sup herba marunthu selavu yang dimasak bersama ayam kampung dan juga

digalakkan untuk makan daun sirih, buah pinang dan kapur.

Martha: Akhir sekali, apakah pendapat puan mengenai pantang larang ini?

Puan Hiriya: Pada pendapat saya, pantang larang yang diwarisi secara turun-temurun dari

nenek moyang kita perlu diamalkan oleh setiap orang bagi memperolehi kehidupan yang

baik dan sempurna.

Wai Ling: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa

untuk berkongsi maklumat mengenai pantang larang ini

Puan Hiriya: Sama-sama.

36
8.0 KESIMPULAN

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, mempunyai pelbagai jenis amalan dan

pantang larang bersalin yang berbeza bagi setiap kepercayaan kaum masing-masing. Namun

demikian, kepentingan kepada amalan dan pantang larang bagi setiap kaum adalah sama

iaitu demi kebaikan dan menjaga kesihatan ibu dan bayinya serta memberikan feadah-faedah

yang lain. Kaum wanita yang melalui pelbagai kesusahan dan kesakitan semasa mengandung

sehinggalah selesai bersalin sewajarnya diberi penjagaan dan perhatian yang rapi. Oleh itu,

pengamalan pantang larang bersalin sangat membantu bagi meringankan beban dan

kesakitan mereka. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai larangan terhadap wanita yang

mengandung untuk melakukan kerja-kerja berat kerana ia boleh membebankan lagi wanita

tersebut dan juga boleh merisikokan kesihatan bayi dalam kandungan mereka.

Menurut hasil soal selidik yang telah dijalankan, terdapat banyak keluarga yang

masih mengamalkan amalan dan pantang larang tradisional atas nasihat keluarga walaupun

pada zaman sekarang terdapat pelbagai rawatan moden yang ringkas dan mudah. Hal ini

disebabkan, pantang larang tradisional yang diamalkan oleh para ibu mengandung masih

terbukti dapat melindungi ibu dan bayi yang dikandung sama ada sebelum, semasa dan

setelah bersalin.

Kesimpulannya, amalan dan pantang larang bersalin amat penting dan masih perlu

diamalkan oleh setiap ibu mengandung serta bayinya supaya kesihatan mereka terjamin

sehinggalah badan para ibu yang telah bersalin boleh melakukan kerja harian seperti sedia

kala. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan amalan dan pantang larang ini

disampaikan kepada generasi seterusnya supaya amalan dan pantang larang yang diwarisi

daripada nenek moyang tidak hilang ditelan zaman. Akhir sekali, setiap individu mempunyai

tanggungjawab untuk memahami kepentingan dan pengetahuan mengenai amalan dan

pantang larang setiap kaum supaya tidak menyebabkan komplikasi dalam situasi kecemasan.

37
9.0 RUJUKAN

BUKU

1.Siri Adat dan budaya Kaum Utama Melayu oleh Nurul Izzah Misni, terbitan

GOODWILL PUBLICATION (2013)

2.Siri Pengetahuan Popular Adat Dan Pantang Larang Orang Cina oleh Ann

Wan Seng, terbitan PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD (1994)

INTERNET

` 1. danita (July 10, 2015) Rahsia pantang selepas bersalin ikut adat Melayu,

India dan Cina (info lengkap), theAsianparent malaysia

Sumber: https://my.theasianparent.com/pantang-selepas-bersalin

2. Panitia Sivik (2010) Adat Resam, Methodist Boys Secondary School Kuala
Lumpur.

Sumber:http://mbsskl.edu.my/pantang-larang/kaumcinaPerpustakaanNegara
Malaysia.2012.Warisan Budaya Cina

3. (11-Oct-2015) Pantang Larang Kaum Cina Selepas Bersalin

Sumber:https://dokumen.tips/documents/pantang-larang-kaum-cina-selepas-b
ersa lin.html

4. Iryani Ahmad (December 23, 2014), Amalan & Cara Berpantang Orang
India. Lain Dari Kaum Melayu, SirapLimau Gaya Hidup Famili Moden

Sumber: https://siraplimau.com/amalan-cara-berpantang-orang-india/

5. Ter Ser Yeen (204202), (Friday, August 20, 2010), 4.3 Pantang Larang

Semasa Mengandung Bagi Kaum India, Awesome Inc. theme. Powered by

Blogger.

38
Sumber:http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/43-pantang-larang-semasa-

mengandung.Html

6. Thaarmaa raj (2019), ADAT RESAM ORANG INDIA, ACADEMIA.

Sumber:

https://www.academia.edu/31747008/ADAT_RESAM_ORANG_INDIA

7. Hidayah Yaya (2019), Pantang larang etnik india ketika mengandung,


Scribd

Sumber:https://www.scribd.com/document/49330592/Pantang-larang-etnik-i

ndia-ketika-mengandung

39
10.0 LAMPIRAN

Borang Soal Selidik

Laman web: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScS1-QikpC6tO5fkeDrsyNnO0hFrAF5a-

gd6soP2l9hKT1MEw/viewform

40
41
42
43
Kaum Melayu

Gambar 1: Wanita mengandung berzikir

Gambar 2: Wanita mengenakan bengkung

44
Kaum Cina

Gambar 3: Kaum Cina dilarang untuk menepuk bahu ibu yang hamil

Gambar 4: Ibu mentua membantu menjaga bayi

45
Kaum India

Gambar 5: Ibu digalakkan memakai stokin untuk mengelakkan angin masuk badan

Gambar 6: Sami sedang membisik mantra kepada telinga bayi

46
47
48
49
50
51
52

You might also like