You are on page 1of 3

4.

2 Amalan dan Pantang Larang Bersalin Kaum Cina

Pelbagai jenis pantang larang telah diamalkan oleh Kaum Cina semasa mengandung,
semasa bersalin dan selepas bersalin. Hal ini demikian untuk memastikan bayi yang bakal
lahir tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.

Semasa Mengandung

Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat dalam
setiap tindak tanduk dan kegiatan seharian mereka. Kebanyakanya merupakan Ibu mertua
yang bertanggungjawab dalam menjaga wanita mengandung dan suaminya akan lebih
menumpu perhatian dalam kerjaya mereka.

1) Perabot dalam rumah tidak boleh diatur.

Kaum Cina berpendapat bahawa pemindahan perabot bersamaan dengan mengerakan janin
dan akan membahayakan nyawa ibu atau melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan
tetutamanya katil yang ibu tidur. Mereka turut mengelakkan pemindahan rumah kerana
memindah ataupun pengubahsuaian rumah memerlukan tenaga yang banyak.

2) Ibu harus menjaga tingkah laku dan bersifat baik semasa mengandung

Pantang larang tersebut dipercayai bahawa bayi akan mengetahui tingkah laku ibu dan
mengikutinya. Ibu tidak harus mengkritikan orang lain supaya bayi tidak akan menjadi
seperti orang yang dikritikkan.

3) Ibu tidak dicadangkan untuk menggosok perut terlalu kerap

Hal ini sebab menggosok perut dipercayai akan menyebabkan anak menjadi terlalu manja
bila besar.

4) Ibu juga dilarang menggunakan benda yang tajam atau duduk menghadap ke tepi
tajam meja segi empat atau persegi.

Kaum Cina berpendapat bahawa penggunaan benda yang tajam seperti gunting, pisau dan
sebagainya atau menjahit akan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan bibir rekah. Ibu juga
tidak harus memaku pada dinding. Menurut feng shui, titik tajam mewakili "sha qi" yang
diterjemahkan sebagai tenaga "membunuh". Dikatakan bahawa tenaga buruk ini akan
diarahkan ke perut dalam kedudukan duduk dan membahayakan nyawa bayi.

7)Ibu tidak harus ditepuk bahunya

Hal ini kerana ibu mudah terkejut dan akan mengakibatkan keguguran bayi.

8) Dilarang melihat atau menonton kartun yang mempunyai binatang atau mahkluk
yang hodoh seperti monyet

Bayi dipercayai akan kelihatan dan bersikap seperti binatang atau mahkluk yang dinampak
oleh ibu semasa mengandung.
9) Pantang Larang Makanan.

Dari segi pemakanan, ibu hendaklah mengelakkan makanan masam untuk mengelakkan
keguguran. Ibu turut dilarang makan buah yang tajam seperti nenas atau mangga disebabkan
akan mengakibatkan keguguran. Ketam dan sotong juga perlu dikurangkan dalam pemakanan
kerana makanan tersebut akan menyebabkan rahim menjadi melekit, dan ketam akan
menyebabkan bayi asyik mengeluarkan air liuh. Ibu juga dilarang makan daging ayam jantan,
supaya bayi tidak menangis pada tengah malam. Ibu juga tidak digalakkan makan daging itik
kerana akan menyebabkan badan ibu menjadi lemah.

10) Ibu yang mengandung dilarang untuk menghadiri upacara perkahwinan.

Sambutan pernikahan tradisional Cina biasanya diadakan pada tanggal yang mengantungkan
yang dihitung dari Empat Rukun Takdir, yang berdasarkan pada tanggal dan waktu kelahiran
pengantin. Cina percaya bahawa tenaga “qi” dan "nasib" pengantin lelaki dan wanita paling
tinggi pada hari perkahwinan mereka. Jika Empat Rukun Takdir ibu hamil bertembung
dengan tenaga pengantin perempuan, ada risiko bahawa tenaga atau tenaga penentang akan
menimbulkan bahaya dan menyebabkan bahaya kepada kesihatan dan nasib ibu mengandung,
sehingga secara tidak langsung mempengaruhi bayi.

11) Ibu yang mengandung dilarang untuk menghadiri upacara pengebumian

Pengkebumian dianggap kurang bernasib baik dalam budaya Cina, jadi wanita hamil
dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengebumian.
Sekiranya anda terpaksa berbuat demikian, pakai selendang merah. Hal ini sebab memakai
selendang merah di sekeliling perut dikatakan menentang tenaga negatif dari pemakaman.

Semasa Bersalin

1) Ibu dinasihati untuk berdiam diri semasa bersalin

Hal ini kerana masyarakat Cina mempercayai bahawa menangis dan menjerit akan menarik
perhatian roh jahat. Mencangkung merupakan posisi terbaik untuk bersalin kerana sekiranya
dalam keadaan berbaring bayi tidak ada tenaga untuk keluar.

2) Pantang larang makanan

Ibu hanya dibenarkan makan makanan dan minuman yang panas untuk mengimbangi “Qi”,
iaitu prinsip aktif yang diterapkan dalam setiap benda bernyawa.

Selepas Bersalin

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari.

1) Ibu harus berehat dengan secukupnya di rumah.


Dengan berada di rumah, wanita yang selepas bersalin tidak akan ditiup angin. Ibu akan
menghidapi selesama atau mengalami nyeri otot selepas bersalin jika ditup angin. Pemakaian
pakaian dan seluar yang panjang dapat mengelakkan tiupan angin.

2) Bentuk fizikal bayi yang dipantang

Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala,
bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

3) Wanita yang selepas bersalin dilarang mencuci rambut dan mandi air sejuk selama 30
hari untuk mengelakkan keseimbangan ‘panas’ dan ‘sejuk’.

Hal ini disebabkan roma badan dan juga kulit kepala berada dalam keadaan terbuka. Jika
roma badan ini berkontak dengan udara yang sejuk ataupun air sejuk semasa bermandi,
wanita selepas bersalin akan mudah diserang oleh selesema dan migraine. Jika mereka ingin
memandikan diri mereka, air yang dididih dengan serai boleh digunakan.

4) Tangan harus dicuci dengan air dan halia sebelum mengendali bayi.

Pantang larang ini adalah untuk memastikan kebersihan tangan.

5) Orang cina turut tidak suka bayi mereka dipuji ‘berat badannya’.

Sebaliknya, kata-kata pujian seperti ‘gemuk’ dapat diterima.

6) Daging lembu harus dielakkan

Hal ini kerana daging lembu boleh meyebabkan penyembuhan yang lambat.Makanan masin
dan masam harus dielakkan selepas bersalin.

7) Ibu dilarang makan makanan masin and masam.

Makanan yang masin dan masam akan menyebabkan air terkumpul dalam badan dan
menyebabkan kebusungan. Selain itu, ion natrium yang terkandung dalam makanan tersebut
akan meningkatkan kelikatan darah. Keadaan ini akan menjejaskan metabolisme tubuh badan
untuk memulihkan badan ibu. Dengan ini, peredaran darah menjadi lambat semasa kelikatan
darah meningkat.

You might also like