You are on page 1of 1

8.

0 KESIMPULAN
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, mempunyai pelbagai jenis amalan dan

pantang larang bersalin yang berbeza bagi setiap kepercayaan kaum masing-masing. Namun

demikian, kepentingan kepada amalan dan pantang larang bagi setiap kaum adalah sama iaitu

demi kebaikan dan menjaga kesihatan ibu dan bayinya serta memberikan feadah-faedah yang

lain. Kaum wanita yang melalui pelbagai kesusahan dan kesakitan semasa mengandung

sehinggalah selesai bersalin sewajarnya diberi penjagaan dan perhatian yang rapi. Oleh itu,

pengamalan pantang larang bersalin sangat membantu bagi meringankan beban dan kesakitan

mereka. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai larangan terhadap wanita yang

mengandung untuk melakukan kerja-kerja berat kerana ia boleh membebankan lagi wanita

tersebut dan juga boleh merisikokan kesihatan bayi dalam kandungan mereka.

Menurut hasil soal selidik yang telah dijalankan, terdapat banyak keluarga yang masih

mengamalkan amalan dan pantang larang tradisional atas nasihat keluarga walaupun pada

zaman sekarang terdapat pelbagai rawatan moden yang ringkas dan mudah. Hal ini

disebabkan, pantang larang tradisional yang diamalkan oleh para ibu mengandung masih

terbukti dapat melindungi ibu dan bayi yang dikandung sama ada sebelum, semasa dan

setelah bersalin.

Kesimpulannya, amalan dan pantang larang bersalin amat penting dan masih perlu

diamalkan oleh setiap ibu mengandung serta bayinya supaya kesihatan mereka terjamin

sehinggalah badan para ibu yang telah bersalin boleh melakukan kerja harian seperti sedia

kala. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan amalan dan pantang larang ini

disampaikan kepada generasi seterusnya supaya amalan dan pantang larang yang diwarisi

daripada nenek moyang tidak hilang ditelan zaman. Akhir sekali, setiap individu mempunyai

tanggungjawab untuk memahami kepentingan dan pengetahuan mengenai amalan dan

pantang larang setiap kaum supaya tidak menyebabkan komplikasi dalam situasi kecemasan.

You might also like