You are on page 1of 55

000620-13-1352

KAJIAN TERHADAP KUALITI BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG


TIAN, MATU, SARAWAK.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kualiti bekalan air bersih di
Kampung Tian, Matu, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca
bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak dan mengkaji kesan
bekalan air kurang berkualiti di kampung tersebut. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah
temubual. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif.
Seramai 3 orang informen dan 30 orang responden terlibat dalam menjayakan kajian
ini. Daripada 30 orang responden yang memberikan maklum balas, terdapat 12 orang
lelaki dan 18 orang perempuan. Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk di
Kampung Tian, Matu secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bekalan air yang
dibekalkan adalah kurang berkualiti dan mendatangkan pelbagai kesan negatif.

1
000620-13-1352

SENARAI KANDUNGAN

Bil Butiran Muka Surat


1. Abstrak 1
2. Senarai Kandungan 2-3
3. Penghargaan 4
4. 1.0 Pengenalan 5-6
5. 2.0 Objektif Kajian 7
6. 3.0 Lokasi Kajian 8-12
3.1 Peta Negeri
3.2 Peta Bahagian
3.3 Peta Daerah
3.4 Peta dan Gambar Lokasi Kajian
7. 4.0 Metodologi Kajian 13-16
4.1 Pendahuluan
4.2 Reka Bentuk Kajian
4.3 Sampel Kajian
4.4 Instrumen Kajian
4.4.1 Kaedah Pemerhatian
4.4.2 Temu Bual
4.4.3 Soal Selidik
4.5 Cara Pengumpulan Data
4.5.1 Pemerhatian
4.5.2 Temu Bual
4.5.3 Soal Selidik
4.6 Cara Menganalisis Data
8. 5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 17-39
5.1 Pengenalan
5.2 Hasil Pemerhatian
5.3 Demografi Responden
5.4 Punca-punca Bekalan Air Kurang Berkualiti di
Kampung Tian, Matu, Sarawak.
5.5 Kesan-kesan Bekalan Air Kurang Berkualiti di
Kampung Tian, Matu, Sarawak.

2
000620-13-1352

9. 6.0 Rumusan 40
6.1 Punca-punca Bekalan Air Kurang Berkualiti di
Kampung Tian, Matu, Sarawak.
6.2 Kesan-kesan Bekalan Air Kurang Berkualiti di
Kampung Tian, Matu, Sarawak.
6.3 Kesimpulan
10. Rujukan 41
11. Lampiran 42-55

3
000620-13-1352

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir


sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datu Patinggi Hajjah Normah Daro
khasnya Pengetua Puan Norhayati Binti Sulaiman kerana memberi sokongan dan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Cikgu Halpatiko Bin Haldin selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua
guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja
kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Julkapli Bin Mohamad Din
dan Puan Hawa Binti Rajaee jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan
moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan atas keikhlasan dalam memberi


nasihat yang amat berguna kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua responden dan
informan yang terlibat kerana meluangkan masa untuk menjawab soal selidik dan
temubual. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

4
000620-13-1352

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), prasarana membawa erti


keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas. Merujuk Kamus Dewan yang sama
juga kemudahan awam membawa maksud perkhidmatan dan infrastruktur yang
disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai. Prasarana
atau kemudahan merupakan lambang kemajuan sesebuah negara. Semakin banyak dan
berkualiti sesebuah prasarana, semakin maju dan kaya sesebuah negara. Contohnya
kemudahan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan sebagainya.

Kualiti didefinisikan sebagai darjah kecemerlangan yang tinggi manakala


bekalan pula ialah benda-benda yang dipakai atau disediakan sebagai bekal (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2016). Dwijosaputro (1981) menyatakan bahawa air bersih
adalah air yang sihat dipergunakan untuk kegiatan manusia dan harus bebas daripada
kuman-kuman penyebab penyakit. Air yang bersih hendaklah memenuhi syarat-syarat
fizik seperti tidak berbau, berwarna jernih, bebas daripada patogen dan mempunyai rasa
yang tawar. Jika digabungkan maksud setiap perkataan di atas, ianya akan memberi
makna yang lengkap iaitu bekalan air yang selamat untuk digunakan dalam kehidupan
seharian.

Air merupakan elemen terbesar dalam tubuh badan manusia dan dikatakan kira-
kira 70 peratus daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air. Justeru itu,
kita disarankan untuk meminum air bersih sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk
memenuhi keperluan badan pada setiap hari.

Air memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja untuk kelangsungan
hidup manusia, malah hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga amat
memerlukan air untuk hidup. Dalam konteks kehidupan manusia, air merupakan antara
keperluan asas yang sangat penting. Mengikut kajian, badan manusia boleh bertahan
sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi manusia hanya boleh hidup sehingga tiga
hari sekiranya tidak minum air.

Sumber air dapat diperolehi daripada air hujan, sungai, kolam dan sebagainya.
Namun, badan kita memerlukan air yang bersih untuk diminum bagi mengekalkan
kesihatan badan dan menghindari penyakit atau kesan sampingan yang mungkin boleh
memudaratkan kesihatan.

5
000620-13-1352

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di Malaysia tidak minum air yang


mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi iaitu suatu keadaan di mana badan
seseorang kekurangan air. Hal ini akan mengganggu kestabilan badan kerana air
berfungsi untuk mengangkut gas, nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan daripada
badan. Misalnya, sel darah merah akan mengalami krenasi sekiranya kandungan air
dalam badan tidak mencukupi. Perubahan struktur sel darah merah ini akan menjadikan
ianya kurang efisien untuk pengangkutan gas-gas respirasi seperti oksigen dan karbon
dioksida. Keadaan ini menyebabkan oksigen sukar sampai ke sel-sel badan lalu
menyebabkan banyak sel mati. Sistem badan akan mendapat impak yang negatif akibat
daripada hal tersebut.

Dianggarkan sebanyak 80 peratus penyakit dan lebih 1/3 manusia yang mati di
negara membangun adalah disebabkan oleh penggunaan air tercemar (Young, Dooge
& Rodda, 1994). Falkenmark (1990) mengatakan bahawa beberapa kes kekurangan air
yang berlaku di negara dunia ketiga telah menyebabkan pembangunan ekonominya
terbantut.

Perkembangan tamadun manusia membuktikan bahawa air merupakan elemen


penting yang bergerak secara beriringan (Chorley, 1969). Kebanyakkan tamadun lama
yang mahsyur dijumpai di sepanjang sungai (Saha dan Barrow, 1981). Misalnya seperti
tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, tamadun Mesopotamia di sepanjang Sungai
Tigris-Euprates, tamadun Indus di sepanjang Sungai Indus dan tamadun China di
sepanjang Sungai Hwang Ho. Ahli sains sendiri mempercayai bahawa manusia silam
adalah ‘semiaquatic’ iaitu cenderung tinggal berhampiran dengan air (Nordin, 1999).

Rasional kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kualiti bekalan air bersih yang
disediakan kepada penduduk di Kampung Tian, Matu, Sarawak. Pengkaji mendapati
bahawa semakin banyak rungutan timbul berkenaan dengan kualiti bekalan air bersih
daripada kalangan penduduk kampung tersebut. Pengkaji mengenal pasti punca bekalan
air kurang berkualiti dan kesannya. Pengkaji berharap agar kualiti bekalan air bersih di
Kampung Tian dapat dipertingkatkan agar kehidupan penduduk lebih terjamin.

Kesimpulannya, penduduk kampung bersetuju bahawa air yang dibekalkan


adalah kurang berkualiti dan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Oleh itu, punca dan
kesan bekalan air kurang berkualiti dijadikan sebagai objektif kajian dalam
merealisasikan kajian yang lengkap.

6
000620-13-1352

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :

1. Mengenal pasti punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu,
Sarawak.

2. Mengkaji kesan bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu,


Sarawak.

7
000620-13-1352

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Tian, Matu, Sarawak. Pengkaji telah
menyediakan peta negeri, peta bahagian, peta daerah, peta lokasi kajian dangambar
lokasi kajian. Peta telah disusun mengikut pecahan dari peringkat negeri ke peringkat
lokasi kajian seperti pergerakan pengkaji ke lokasi kajian.

3.1 Peta Negeri

Peta 1 : Negeri Sarawak

Sumber : wonderfulmalaysia.com

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Negeri ini berada dalam kawasan
tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan
Sarawak adalah sumber dan aset yang sangat penting. Sarawak mempunyai 11 bahagian
keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota
Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen
dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan. Sarawak dipisahkan sejauh 600
kilometer dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan di sebelah barat dan
bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, Brunei di utara, dan Kalimantan,
Indonesia di sebelah timur.

8
000620-13-1352

3.2 Peta Bahagian

Peta 2 : Bahagian Mukah

Sumber : Google Maps

Peta 2 menunjukkan peta bahagian Mukah. Mukah terletak berdekatan di


wilayah tengah Sarawak dan sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China
Selatan iaitu menganjur sepanjang 200 kilometer dari Balingian di sebelah timur
sehinnga ke Belawai di sebelah barat. Mukah juga mempunyai beberapa buah daerah
iaitu daerah Mukah, Dalat, Oya, Igan, Matu dan Daro. Keluasan persempadanannya
adalah 6997.61 kilometer persegi dengan jumlah populasi 124331 orang penduduk
(2006). Kaum Melanau merupakan komposisi kaum majoriti di Bahagian Mukah
diikuti oleh kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain kaum.

9
000620-13-1352

3.3 Peta Daerah

Peta 3 : Daerah Matu

Sumber : Majlis Daerah Matu Daro

Peta 3 menunjukkan peta daerah Matu yang juga dikenali sebagai Mato dalam
kalangan penduduk sekitarnya. Matu terletak di dalam bahagian Mukah iaitu salah satu
bahagian dalam negeri Sarawak. Sebelum bahagian Mukah diwujudkan, Matu terletak
di bawah bahagian Sibu. Terdapat lebih 20 buah kampung di dalam daerah ini.
Antaranya ialah Jemoreng, Loba Balu, Sekaan, Bawang, Tian, Sekaan Kecil, Bertong,
Halud, Kuala Matu, Pergau, Sok, Bruan Mapal, Bruan Besar dan sebagainya. Majoriti
penduduk di Matu adalah terdiri daripada kaum Melanau. Keluasan daerah Matu
adalah 1352.55 kilometer persegi. Perjalanan ke Matu mengambil masa lebih kurang
2 jam dari Mukah melalui jalan darat dan jalan laut iaitu dengan menggunakan
pengangkutan feri.

10
000620-13-1352

3.4 Peta dan Gambar Lokasi Kajian

Peta 4 : Peta Kampung Tian

Sumber : Google Maps

Peta 4 pula menunjukkan peta lokasi kajian. Kampung Tian adalah salah satu
kampung yang terletak di daerah Matu dan merupakan penempatan penduduk yang
paling ramai dalam daerah tersebut. Majoriti penduduk yang menetap di kampung ini
merupakan kaum melanau dan seterusnya diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Melayu,
Cina dan Iban. Perjalanan ke kampung ini mengambil masa lebih kurang 15 minit dari
pekan Matu. Kampung ini sudah mula membangun kerana pelbagai prasarana telah
disediakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan hidup para penduduk. Antaranya
ialah prasarana elektrik, air, jalan raya, institusi persekolahan dan sebagainya.

11
000620-13-1352

Gambar 1: Papan Tanda Kampung Tian, Matu

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 2 : Loji Perawatan Air Tian

Sumber : Kajian Lapangan 2019

12
000620-13-1352

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), metodologi didefinisikan


sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan, disiplin dan sebagainya. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara
melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat
kajian. Ahmad Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan metodologi sebagai segala
langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya
sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Metodologi juga merupakan satu set
kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian terhadap subjek kajian tertentu
(Hornby,1985). Dengan adanya metodologi kajian, sesuatu kajian dapat dikaji dengan
lebih mudah dan teratur.

4.2 Persampelan Kajian

Dalam kajian ini, penduduk Kampung Tian telah dipilih sebagai sampel kajian
kerana kajian ini mengenai punca dan kesan bekalan air kurang berkualiti di kampung
tersebut. Pengkaji menggunakan persampelan secara rawak bertujuan sebagai teknik
mendapatkan maklumat. Seramai 30 responden telah terlibat untuk menjawab borang
soal selidik. Menurut Bailey (1994), saiz minimum yang diperlukan untuk analisis data
perangkaan adalah sebanyak 30 kes iaitu 30 orang responden. Seramai 3 orang infomen
yang merupakan pekerja di Loji Perawatan Tian juga dijadikan sebagai sampel kajian.

4.3 Pengumpulan Data

Menurut Sabitah Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian,
fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Secara umumnya, data
boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu data primer (raw data) dan data sekunder
(secondary data). Kajian ini menggunakan data primer dan data sekunder. Kedua-dua
data ini dibentuk bagi mendapatkan maklumat tentang punca bekalan air kurang
berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak dan kesan bekalan air kurang berkualiti di
kampung tersebut.

13
000620-13-1352

4.3.1 Data Primer

Menurut Rohana Yusof (2004), data primer ialah sumber data yang diperoleh
secara langsung dari sumber asli atau pihak pertama. Data asal dikumpul secara
khususnya untuk menjawab persoalan kajian (Sabitah Marican, 2005). Dalam kajian
ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual bagi
memperoleh data primer.

4.3.2 Data Sekunder

Menurut Sabitah Marican (2005), data sekunder merujuk kepada data yang
dikumpulkan oleh pengkaji lain. Terdapat dua bentuk data sekunder iaitu dalam bentuk
tulisan dan bentuk pandang dengar. Pengkaji telah menggunakan data sekunder
berbentuk tulisan seperti kamus, akhbar, internet dan sebagainya bagi mendapatkan
maklumat tentang kajian yang dilaksanakan.

4.3.3 Soal Selidik

Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak yang akan terlibat di dalam
kajian ini. Menurut R. Kuberan et al (2013), borang soal selidik hendaklah mengikut
prinsip KISS (Keep It Short and Simple). Soalan yang diajukan di dalam borang soal
selidik adalah soalan yang mudah difahami oleh responden. Responden dikehendaki
mengisi jawapan masing-masing bagi setiap soalan yang dikemukakan.

Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang bersesuaian dengan


objektif kajian. Borang tersebut telah diagihkan kepada penduduk Kampung Tian,
Matu. Borang berkenaan mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Soalan bahagian A melibatkan maklumat demografi iaitu maklumat diri responden
manakala bahagian B pula berkaitan kesan-kesan bekalan air kurang berkualiti di
kampung tersebut.

4.3.4 Temu Bual

Temu bual merujuk kepada perbualan antara penemu bual dan orang yang
ditemu bual. Kaedah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat daripada seseorang
yang berpengetahuan mengenai sesuatu perkara.

Bagi memudahkan proses temu bual, kamera dan alat perakam suara telah
digunakan bagi mengambil gambar dan merakam perbualan dengan orang yang ditemu

14
000620-13-1352

bual. Pengkaji akan mencatatkan segala maklumat yang diperolehi bagi


menyempurnakan kajian.

Kaedah temu bual telah digunakan oleh pengkaji terhadap 3 orang informen
yang merupakan pekerja di Loji Perawatan Air Tian. Pengkaji telah mengkemukakan 5
soalan dalam satu borang bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan tepat.
Temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca bekalan air
kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak.

4.3.5 Pemerhatian

Pengumpulan data untuk sesebuah kajian yang sedang dilakukan adalah tidak
lengkap tanpa kaedah pemerhatian (Suseela Malakolunthu, 2005). Kaedah pemerhatian
adalah kaedah alternatif lain yang terdapat dalam pengumpulan data selain soal selidik
dan temu bual. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi sebenar.

Pengkaji akan menuju ke kawasan kajian iaitu di Kampung Tian, Matu bagi
mengkaji tahap kualiti air di Kampung Tian, Matu, Sarawak. Pengkaji akan mengambil
gambar-gambar penting berkaitan situasi sebenar di kawasan kajian sebagai bukti
kepada dapatan kajian. Informasi yang diperolehi daripada pemerhatian akan
dipaparkan menjadi data.

Selama dua hari tempoh yang digunakan oleh pengkaji untuk membuat
pemerhatian di Kampung Tian, Matu, Sarawak. Pengkaji telah melihat keadaan bekalan
air yang disalurkan ke rumah penduduk. Pemerhatian dipaparkan dalam bentuk jadual
pada dapatan kajian. Pengkaji membuat pemerhatian pada tarikh 17 Febuari 2019 dan
24 Febuari 2019.

4.3.6 Kepustakaan

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting bagi mendapatkan
maklumat berkaitan kajian yang dilaksanakan. Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi
mendapatkan sebanyak mungkin dapatan yang relevan berkaitan dengan tajuk
kajiannya. Proses mendapatkan maklumat tertumpu kepada pembacaan dan rujukan
daripada buku, jurnal, majalah dan artikel-artikel berkaitan. Dalam konteks ini,
pengkaji telah mendapat pelbagai maklumat daripada kamus dewan,artikel dan akhbar-
akhbar. Pengkaji mencari bahan rujukan yang terdapat di Perpustakaan Awam Matu.

15
000620-13-1352

Semua maklumat yang diperolehi akan digunakan oleh pengkaji untuk menulis
kajiannya.

4.3.7 Internet

Pengkaji juga menggunakan kaedah internet bagi mendapatkan info tambahan


yang boleh dikaitkan dengan kajiannya. Melalui kaedah ini, pengkaji mencari artikel-
artikel berkaitan kualiti air. Pengkaji memilih maklumat daripada laman sesawang yang
boleh dipercayai kesahihannya bagi mengelakkan penggunaan maklumat palsu.
Maklumat tambahan ini amat membantu dalam mengukuhkan lagi data dan dapatan
yang telah diperolehi.

4.4 Cara Analisis Data

Objektif kajian yang pertama diperolehi daripada temu bual manakala objektif
kedua pula adalah daripada borang soal selidik. Bagi menganalisis data borang soal
selidik, pengkaji telah menggunakan analisis secara deskriptif pada peringkat terakhir
kajian ini. Data telah dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk jadual, carta dan graf
dengan menggunakan Microsoft Office Excel.

Dalam soal selidik, skala likert tiga aras digunakan oleh pengkaji bagi
menentukan jawapan penduduk. Setiap penilaian diberi nilai dalam bentuk angka.
Angka 1 mewakili tidak setuju, angka 2 mewakili kurang setuju dan angka 3 pula
mewakili tidak setuju. Jadual adalah seperti berikut :

Jadual 1 : Skala likert tiga aras

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

1 2 3

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Peratusan persetujuan yang paling tinggi akan diambil kira untuk menentukan
persetujuan bagi keseluruhan soal selidik tersebut. Untuk membuat rumusan tentang
persetujuan, peratus bagi setiap aspek akan diambil kira. Berikut adalah formula untuk
menghitung peratus :

Peratus (%) = Jumlah Kekerapan × 100


Bilangan Responden

16
000620-13-1352

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data terhadap kaedah soal selidik,
temu bual dan pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji. Analisis data merangkumi
punca-punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak dan kesan-
kesannya.

5.2 Hasil Pemerhatian

Aspek pemerhatian terdiri daripada warna air, bau air dan rasa air. Pada 17
Febuari 2019, air yang disalurkan ke rumah penduduk adalah berwarna jernih, berbau
klorin dan mempunyai rasa tawar. Pada 24 Febuari 2019 pula air yang dibekalkan
adalah berwarna tidak jernih, tidak berbau klorin dan rasanya agak masin. Hasil
pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji membuktikan bahawa bekalan air yang
disediakan kepada penduduk di Kampung Tian, Matu, Sarawak adalah kurang
berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air tersebut tidak mematuhi
syarat-syarat kualiti air yang bersih iaitu berwarna jernih, tidak berbau dan mempunyai
rasa tawar. Air yang kurang berkualiti akan mendatangkan pelbagai kesan kepada
penduduk di kampung tersebut.

Gambar 3 : Air di Rumah Penduduk

Sumber : Kajian Lapangan 2019

17
000620-13-1352

5.3 Demografi Responden

Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk


setempat. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, kaum
dan umur. Analisis data demografi ini dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta.

5.3.1 Jantina Responden

Jantina Responden

40%

60% Lelaki
Permpuan

Carta 1 : Jantina Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Carta 1 merupakan maklumat bagi jantina responden. Majoriti responden yang


menjawab soal selidik adalah berjantina perempuan dan seterusnya diikuti oleh lelaki.
Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 12 orang (40%)
responden adalah responden lelaki manakala responden perempuan pula sebanyak 18
orang (60%).

18
000620-13-1352

5.3.2 Kaum Responden

Kaum Responden

7%
13% 27%
Melayu
Melanau
Cina
53% Lain-lain

Carta 2 : Kaum Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Carta 2 merupakan maklumat bagi kaum responden. Dapatan kajian


menunjukkan bahawa majoriti responden adalah terdiri daripada kaum Melanau iaitu
sebanyak 16 orang responden (53%). Seterusnya diikuti oleh kaum Melayu iaitu
seramai 8 orang responden (27%). Terdapat 4 orang responden (13%) adalah kaum
Cina dan lain-lain kaum pula adalah sebanyak 2 orang responden (7%).

19
000620-13-1352

5.3.3 Umur Responden

Umur Responden

20%

47%
Kurang 30 tahun
31 tahun-40 tahun
33%
41 tahun dan ke atas

Carta 3 : Umur Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Carta 3 merupakan maklumat bagi umur responden. Dapatan kajian


menunjukkan bahawa majoriti responden adalah terdiri daripada kategori umur 41
tahun dan ke atas iaitu sebanyak 14 orang responden (47%). Seterusnya diikuti oleh
responden daripada kategori umur antara 31 tahun hingga 40 tahun iaitu seramai 10
orang responden (33%) dan kategori kurang daripada 30 tahun pula berjumlah 6 orang
responden (20%).

20
000620-13-1352

5.4 Punca-Punca Bekalan Air Kurang Berkualiti di Kampung Tian, Matu,


Sarawak.

5.4.1 Penggunaan Bahan-Bahan Kimia

Dalam proses perawatan air, pelbagai jenis bahan kimia digunakan. Bahan-
bahan ini mempengaruhi kualiti bekalan air. Berdasarkan temu bual bersama informen
1, “Sudah semestinya. Hal ini kerana penggunaan bahan kimia yang melebihi dos akan
mempengaruhi kualiti air. Misalnya, penggunaan klorin. Sebenarnya, klorin digunakan
untuk membunuh kuman atau mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar selamat
untuk diminum. Dos klorin adalah bergantung kepada kuantiti air yang hendak
dirawat. Sekiranya dos yang digunakan melebihi had, kualiti air tersebut akan terjejas
kerana ianya akan berbau klorin”. Informen 1 bersetuju bahawa penggunaan bahan
kimia mempengaruhi kualiti bekalan air. Beliau juga memaklumkan bahawa klorin
digunakan dalam proses perawatan air bagi membasmi kuman atau mikroorganisma
yang terdapat di dalam air. Dos klorin adalah bergantung kepada kuantiti air. Apabila
klorin yang digunakan adalah melebihi dos, kualiti air akan terjejas. Namun, pendapat
informen 1 adalah berbeza dengan informen 2. Menurutnya, “bahan-bahan kimia yang
digunakan dalam proses perawatan air tidak menjejaskan kualiti air. Bahan-bahan
kimia digunakan untuk membunuh kuman. Kebanyakkan penduduk beranggapan
bahawa penggunaan bahan kimia adalah berbahaya. Sebanarnya tidak sama sekali.
Klorin yang digunakan tidak akan menjejaskan kesihatan dan kualiti air. Padahal, air
tersebut adalah selamat untuk digunakan sebagai minuman, masakan dan
sebagainya”. Informen 2 menyatakan bahawa penggunaan bahan kimia tidak
menjejaskan kualiti bekalan air. Tanggapan penduduk bahawa penggunaan bahan kimia
dalam proses rawatan air adalah berbahaya sebenarnya salah. Hal ini demikian kerana
klorin digunakan untuk membunuh kuman. Informen 2 juga menegaskan bahawa
bekalan air tersebut adalah selamat untuk diminum, dimakan atau sebagainya. Menurut
informen 3 pula, “Bagi pendapat saya, bahan kimia yang kami gunakan untuk merawat
air tidak menjejaskan kualiti air. Malahan ianya meningkatkan mutu air. Contohnya,
penggunaan Aluminium Chlorohydrate (ACH), Soda ASH dan Chlorine. ACH
berfungsi untuk membuang kekotoran yang terdapat di dalam bekalan air bagi tujuan
menjernihkan air tersebut. Selain itu, Soda ASH digunakan untuk menaikkan nilai PH
air. Bagi mengetahui nilai PH, kami menggunakan alat Palintest 8000. Klorin pula
berperanan untuk membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam bekalan air. Kami

21
000620-13-1352

menggunakan Metering Pump bagi mengawal dos bahan kimia dalam proses
perawatan air.” Informen 3 tidak bersetuju bahawa penggunaan bahan kimia
menjejaskan kualiti air. Menurut beliau, penggunaan bahan kimia adalah bertujuan
untuk meningkat mutu air. Aluminium Chlorohyrate (ACH) berfungsi untuk
membuang kotoran supaya air menjadi lebih jernih. Selain itu, Soda ASH digunakan
untuk menaikkan nilai PH air dan alat yang digunakan adalah Palintest 8000.
Seterusnya, Klorin juga digunakan bagi tujuan membunuh kuman-kuman yang terdapat
di dalam air. Informen 3 juga memberitahu bahawa Metering Pump digunakan untuk
mengawal dos bahan kimia.

Gambar 3 : Klorin

Sumber : Kajian Lapangan 2019

22
000620-13-1352

Gambar 4 : Aluminium Chlorohydrate (ACH)

Sumber : Kajian Lapangan 2019

23
000620-13-1352

Gambar 5 : Soda ASH

Sumber : Kajian Lapangan 2019

24
000620-13-1352

Gambar 6 : Palintest 8000

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 7 : Metering Pump

Sumber : Kajian Lapangan 2019

25
000620-13-1352

5.4.2 Masalah Kebocoran Paip

Kebocoran paip juga merupakan punca air kurang berkualiti. Berdasarkan


transkrip temu bual, informen 1 menyatakan bahawa “Apabila kebocoran berlaku pada
paip, air yang sudah dirawat akan bercampur dengan air mentah. Keadaan ini akan
mempengaruhi warna air tersebut di mana ianya akan menjadi keruh. Kadang-kadang,
air tersebut akan bercampur dengan lumpur dan kelodak yang terdapat dalam air
mentah. Oleh itu, kualiti air yang disalurkan ke rumah penduduk adalah berada pada
tahap yang rendah.”. Menurut beliau, kebocoran paip akan menyebabkan air yang
;.sudah dirawat bercampur dengan air mentah. Hal ini akan mempengaruhi kualiti air
tersebut terutamanya dari segi warna di mana ianya menjadi keruh. Malah, ianya juga
akan bercampur dengan kelodak dan lumpur. Namun, informen 2 menyatakan pendapat
yang berbeza. “Bagi saya, tidak sama sekali. Apabila berlaku kebocoran paip, pihak
loji akan menutup bekalan air bagi mengelakkan air yang sudah dirawat bercampur
dengan air mentah. Jelaslah bahawa, kebocoran paip tidak memberi kesan kepada
kualiti air”. Informen 2 tidak bersetuju bahawa kebocoran paip menjejaskan kualiti
bekalan air. Menurut beliau, pihak loji akan menutup bekalan air semasa kebocoran
berlaku. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan air yang sudah dirawat bercampur
dengan air mentah. Oleh itu, kualiti air adalah terjamin. Menurut informen 3 pula,
“Tidak sama sekali. Apabila kebocoran berlaku, pihak loji akan menutup bekalan air
bagi memastikan air yang sudah dirawat tidak bercampur dengan air mentah.
Kebocoran paip dapat dikenalpasti dengan menggunakan Pressure Gauge”. Informen
3 berpendapat bahawa masalah kebocoran paip tidak akan memberi kesan terhadap
kualiti air. Pihak loji akan menutup bekalan air apabila kebocoran berlaku. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan air yang sudah dirawat bercampur dengan air mentah.
Kebocoran paip dapat dikenalpasti dengan menggunakan Pressure Gauge.

26
000620-13-1352

Gambar 8 : Pressure Gauge

Sumber : Kajian Lapangan 2019

27
000620-13-1352

5.4.3 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Loji

Setiap loji perlu diselenggara secara berkala tetapi apa yang berlaku di Loji
Perawatan Air Tian adalah sebaliknya. “sudah lama kerja-kerja penyelenggaraan loji
tidak dijalankan. Sepatutnya, ianya perlu dijalankan secara berkala agar air yang
dibekalkan kepada penduduk lebih terjamin kualitinya”. Informen 1 memberitahu
bahawa loji tersebut sudah lama tidak diselenggara. Kerja-kerja penyelenggaraan loji
sepatutnya dilakukan secara berkala bagi menjamin kualiti bekalan air. Informen 2 juga
menyatakan hal yang sama. “Kerja-kerja penyelenggaraan loji ini sudah lama tidak
dilakukan. Entah apa masalahnya, saya pun kurang pasti. Sepatutnya loji perlu
diselenggara secara berkala. Tapi pihak yang berkenaan bersikap tidak
bertanggungjawab kerana mengabaikan kerja-kerja penyelenggaraan loji. Keadaan
ini adalah sangat tidak wajar kerana akan menjejaskan kualiti air”. Informen 2 juga
ada menyatakan bahawa pihak berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab kerana
mengabaikan kerja-kerja penyelenggaraan yang sepatutnya dilakukan secara berkala.
Situasi berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan kualiti bekalan air. Hal
ini dikukuhkan lagi dengan temu bual bersama informen 3. “Kerja penyelenggaraan
loji jarang sekali dijalankan. Sepatutnya, ianya perlu dijalankan secara berkala. Oleh
sebab itu, mutu air berada pada tahap kurang memuaskan”. Menurut informen 3, kerja
penyelenggaran loji jarang dilakukan walhal kerja-kerja ini sepatutnya dijalankan
secara berkala. Kesannya, mutu air berada pada tahap yang kurang memuaskan.

5.4.4 Paip Yang Lama Dan Usang

Paip yang digunakan untuk menyalurkan bekalan air ke rumah penduduk


hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Namun, paip saluran ke rumah penduduk
Kampung Tian, Matu adalah paip yang lama dan usang. Pernyataan ini dikukuhkan lagi
berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada informen 1. “Air yang kami rawat di
loji ini sudah bersih sebenarnya. Tapi, apabila disalurkan ke rumah penduduk, ianya
akan menjadi kurang bersih. Hal ini kerana paip yang digunakan adalah paip yang
lama dan usang. Sudah tentu terdapat kotoran di dalamnya”. Informen 2 juga
menyatakan hal yang sama. “Air yang kami rawat di loji ini sudah bersih. Tapi apabila
sampai ke rumah penduduk, ianya menjadi kurang bersih. Seperti yang kita sedia
maklum, sekiranya paip yang digunakan ialah lama dan usang, sudah tentu terdapat
banyak kotoran di dalamnya. Kotoran inilah yang akan mempengaruhi kualiti air.
Penduduk kampung perlu peka terhadap keadaan paip masing-masing”. Begitu juga

28
000620-13-1352

dengan informen 3, “Ya, sudah tentu. Air yang kami rawat sudah bersih tetapi apabila
sampai ke rumah penduduk, ianya menjadi tidak bersih akibat daripada kotoran yang
terdapat di dalam pembuluh paip.” Semua informen menegaskan bahawa air yang
mereka rawat sebenarnya sudah bersih. Apabila sampai ke rumah-rumah penduduk, air
tersebut akan menjadi tidak bersih. Keadaan ini berlaku kerana kotoran yang terdapat
dalam paip tersebut bercampur dengan air.

Gambar 9 : Air yang sudah dirawat di loji

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 10 : Air di rumah penduduk

Sumber : Kajian Lapangan 2019

29
000620-13-1352

Gambar 11 : Paip yang lama dan usang

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 12 : Kotoran di dalam paip

Sumber : Kajian Lapangan 2019

30
000620-13-1352

5.4.5 Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Menyebabkan


Pencemaran Sungai

Sisa buangan hendaklah dibuang pada tempat dan cara yang betul. Namun
demikian, penduduk kampung mempunyai tabiat negatif berkaitan pengurusan sisa
buangan. Hal ini dikukuhkan lagi melalui transkrip temu bual bersama informen 1.
“Penduduk di kampung ini mempunyai satu tabiat yang negatif iaitu suka membuang
sisa domestik ke dalam sungai. Ini akan menyebabkan air sungai tercemar. Semakin
tercemar sesuatu air, semakin rumit proses rawatannya dan ianya akan mempengaruhi
kualiti air tersebut”. Beliau menjelaskan bahawa penduduk suka membuang sisa
buangan ke dalam sungai. Perkara ini mendorong kepada pencemaran sungai. Apabila
sungai tercemar, proses merawat air akan menjadi lebih rumit dan mempengaruhi
kualiti bekalan air di kampung tersebut. Menurut informen 2 pula, “Pencemaran air
akan menjejaskan kualiti air. Para pekerja di loji akan mengalami kesukaran untuk
merawat air. Semakin tercemar sesuatu air, semakin rumit proses untuk merawatnya.
Tambahan pula, loji ini bergantung sepenuhnya kepada air sungai kerana ketiadaan
sumber air lain di kampung ini seperti kolam, tasik dan sebagainya”. Informen 2
bersetuju bahawa pencemaran sungai juga mempengaruhi kualiti air. Beliau juga
memberitahu bahawa pekerja loji akan mengalami kesukaran untuk merawat air apabila
sungai tercemar. Tambahan pula, loji tersebut hanya bergantung kepada air sungai
kerana ketiadaan sumber air lain. Menurut informen 3 pula, “Penduduk kampung
memang gemar membuang sampah ke dalam sungai kerana ianya lebih memudahkan.
Akibat daripada itu, Sungai Tian mengalami pencemaran. Namun begitu, pencemaran
sungai bukanlah penyebab kualiti air rendah. Hal ini kerana air yang tercemar masih
boleh dibersihkan. Pihak loji akan menambah penggunaan dos bahan kimia seperti
Aluminium Chlorohydrate dan Polymer bagi merawat air dan bahan-bahan ini tidak
akan menjejaskan kualiti air.” Informen 3 bersetuju bahawa penduduk kampung gemar
membuang sampah ke dalam sungai tetapi beliau tidak bersetuju bahawa pencemaran
sungai bukanlah penyebab mutu air rendah. Menurut beliau, air yang tercemar masih
boleh dibersihkan melalui penambahan dos bahan kimia seperti Aluminium

31
000620-13-1352

Chlorohydrate dan Polymer. Beliau juga menegaskan bahawa bahan-bahan kimia yang
digunakan tidak akan menjejaskan kualiti air.

Gambar 13 : Pencemaran Sungai Tian

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Gambar 14 : Polimer

Sumber : Kajian Lapangan 2019

32
000620-13-1352

Tabiat ini bukan sahaja terdapat dalam kalangan penduduk di Kampung Tian,
Matu tetapi juga dalam kalangan masyarakat di luar sana. Baru-baru ini, terdapat pihak
yang tidak bertanggungjawab telah membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim
yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Hal ini telah mengakibatkan sungai tersebut
mengalami pencemaran yang teruk sehingga menjejaskan kesihatan masyarakat
sekitarnya. Berita Harian melaporkan bahawa seramai 5484 kanak-kanak dan orang
dewasa dirawat sejak 8 Mac lalu akibat pencemaran sisa beracun di sungai tersebut.
Lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang iaitu Hidrogen Klorida, Metana,
Acrylonitrile, Acrolein, Ethyl Benzene, Aldrich Toluene, Xylene dan Limonene.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu Yeo Bee
Yin berkata, “semua sebatian kimia berkenaan ditemui selepas Jabatan Kimia
menganalisis secara lebih terperinci sampel air Sungai Kim Kim, khususnya di
kawasan sisa kimia berkenaan dibuang”.

5.5 Kesan-Kesan Bekalan Air Kurang Berkualiti di Kampung Tian, Matu,


Sarawak

Kesan Bekalan Air Kurang Berkualiti


100
Peratus Bilangan Responden (orang)

87
90
80 77
80 73
70
60
50
40 33
30
20
10
0
Terdedah kepada Kos hidup Berbau klorin Kesukaran aktiviti Tidak jernih
penyakit meningkat harian

Setuju

Graf 1 : Kesan Bekalan Air Kurang berkualiti

Sumber : Kajian Lapangan 2019

33
000620-13-1352

Berdasarkan Jadual 7 dan Graf 1, majoriti responden iaitu 87% berpendapat


bahawa kesan utama bekalan air kurang berkualiti ialah penduduk akan terdedah
dengan pelbagai penyakit. Contohnya, penyakit bawaan air seperti cirit-birit, kolera,
polio, meningitis dan sebagainya. Ia mungkin menjadi penyakit yang berbahaya,
mengubah kehidupan malah mengancam nyawa mereka yang dijangkiti. Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF menganggarkan bahawa ia merupakan punca
kepada 80% penyakit dan satu pertiga kematian di negara membangun. Di dalam
laporan yang berasingan, WHO menganggarkan bahawa 88% penyakit bawaan air
adalah disebabkan kebersihan yang diabaikan, masalah sanitasi dan bekalan air yang
tidak selamat. Air minuman yang tercemar mengandungi pelbagai jenis
mikroorganisma yang memudaratkan kesihatan kita. Contohnya, bakteria Escherichia
Coli atau lebih dikenali sebagai E.Coli. Apabila seseorang terminum air yang tidak
bersih, dia akan terdedah kepada risiko keracunan makanan. Dalam kes yang teruk,
kesan dari keracunan makanan oleh bakteria ini boleh menyebabkan radang usus
terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua. Malahan, ianya juga boleh
menyebabkan kematian. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), E.coli
masih boleh diterima selagi ia tidak hadir sebanyak 5% daripada sampel air yang
diambil setiap bulan. Jadi, jika majlis bandaraya menguji air sebanyak 100 kali sebulan,
5 daripada sampel-sampel itu boleh dijangkiti E.Coli tetapi air masih dibenarkan untuk
kegunaan penduduk setempat.

Selain itu, sejumlah 80% responden bersetuju bahawa bekalan air yang kurang
berkualiti akan mendatangkan kesukaran kepada penduduk untuk melaksanakan
aktiviti harian. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air yang bersih amat
diperlukan untuk melakukan rutin harian seperti memasak, membasuh pakaian dan
sebagainya. Ketika soal selidik dijalankan, terdapat beberapa orang responden yang
menyatakan bahawa kain basuhan mereka akan menjadi lebih kotor akibat penggunaan
air yang tidak bersih. Bukan itu sahaja, makanan yang dimasak menggunakan air
tersebut juga akan terjejas rasanya.

Di samping itu, 77% responden bersetuju bahawa air yang tidak jernih juga
merupakan salah satu daripada kesan bekalan air kurang berkualiti. Ketidakjernihan
bekalan air akan menyebabkan penduduk menghadapi pelbagai kesulitan.

34
000620-13-1352

Seterusnya, 73% responden memilih air berbau klorin sebagai kesan air kurang
berkualiti. Hal ini adalah tidak wajar kerana kerana air yang bersih mestilah tidak
mempunyai sebarang bau. Kewujudan bau ini mungkin diakibatkan oleh lebihan dos
klorin yang digunakan dalam proses perawatan air.

Sebanyak 33% responden berpendapat bahawa bekalan air yang kurang


berkualiti akan meningkatkan kos hidup mereka. Hal ini demikian kerana segelintir
penduduk terpaksa membeli bekalan air yang ditawarkan di pasaran untuk kegunaan
harian seperti untuk diminum. Meminum air yang bersih adalah amat dituntut dalam
kehidupan bagi menjamin kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, penduduk
sanggup mengeluarkan belanja lebih semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang
bersih.

5.5.1 Terdedah Kepada Pelbagai Penyakit

Terdedah Kepada Pelbagai Penyakit

3% 10%

Tidak Setuju
Kurang Setuju

87% Setuju

Carta 4 : Terdedah Kepada Pelbagai Penyakit

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Carta 4, majoriti responden iaitu 87% bersetuju bahawa kesan


bekalan air kurang berkualiti adalah terdedah kepada pelbagai penyakit. Hal ini
demikian kerana air yang tercemar atau kurang bersih akan mendatangkan pelbagai
penyakit seperti cirit-birit, kolera, polia dan sebagainya. Selain itu, terdapat 10%

35
000620-13-1352

responden kurang bersetuju dan 3% responden tidak bersetuju. Menurut mereka,


penjagaan kebersihan dapat mengelakkan daripada risiko penyakit bawaan air.

5.5.2 Kesukaran Menjalankan Aktiviti Harian

Kesukaran Menjalankan Aktiviti Harian

7%
13%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
80% Setuju

Carta 5 : Kesukaran Menjalankan Aktiviti Harian

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Carta 5, kebanyakkan responden iaitu 80% bersetuju bahawa air


yang kurang berkualiti akan mendatangkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti
harian. Hal ini demikian kerana air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian
seperti memasak, membasuh pakaian dan sebagainya. Selain itu, sebanyak 13%
penduduk kurang setuju dan 7% penduduk tidak setuju bahawa penduduk akan
menghadapi kesukaran untuk melakukan rutin harian kesan daripada air yang kurang
berkualiti. Segelintir penduduk berpendapat sedemikian kerana mereka mempunyai air
simpanan daripada sumber air hujan. Jadi, mereka tidak akan mengalami sebarang
kesukaran sekiranya kualiti air berada pada tahap yang rendah.

36
000620-13-1352

5.5.3 Bekalan Air Tidak Jernih

Bekalan Air Tidak Jernih

10%
13%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
77% Setuju

Carta 6 : Bekalan Air Tidak Jernih

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Carta 6, sebanyak 77% responden bersetuju bahawa bekalan air


yang disalurkan ke rumah mereka adalah tidak jernih. Selain itu, peratusan responden
yang memilih kurang setuju dan tidak setuju masing-masing ialah 13% dan 10%.
Menurut responden semasa sesi soal selidik dilaksanakan, bekalan air yang disediakan
adalah keruh dan kadang-kadang ianya bercampur dengan kotoran. Ketidakjernihan air
ini menyebabkan air tersebut tidak layak untuk dijadikan air minum.

37
000620-13-1352

5.5.4 Bekalan Air Berbau Klorin

Bekalan Air Berbau Klorin

7%
20%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
73%
Setuju

Carta 7 : Bekalan Air Berbau Klorin

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Carta 7, sejumlah 70% responden bersetuju bahawa air yang


dibekalkan adalah berbau klorin. Manakala, 20% responden kurang setuju. Baki 7%
lagi memilih untuk tidak setuju. Penggunaan dos klorin yang berlebihan menyebabkan
air tersebut mempunyai bau klorin. Oleh itu, kualiti bekalan air berada pada tahap yang
rendah. Hal ini dikukuhkan lagi dengan maklumat yang diperolehi daripada informen
1. “penggunaan bahan kimia yang melebihi dos akan mempengaruhi kualiti air.
Misalnya, penggunaan klorin. Sebenarnya, klorin digunakan untuk membunuh kuman
atau mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar selamat untuk diminum. Dos
klorin adalah bergantung kepada kuantiti air yang hendak dirawat. Sekiranya dos yang
digunakan melebihi had, kualiti air tersebut akan terjejas kerana ianya akan berbau
klorin”. Informen 1 menjelaskan bahawa klorin digunakan untuk membunuh
mikroorganisma yang terdapat di dalam air. Dos klorin digunakan bergantung dengan
kuantiti air. Apabila klorin digunakan melebihi had, air tersebut akan berbau klorin.

38
000620-13-1352

5.5.5 Kos Hidup Penduduk Meningkat

Kos Hidup Penduduk Meningkat

27%
33%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Tidak Setuju
40%

Carta 8 : Kos Hidup Penduduk Meningkat

Sumber : Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Carta 8, kebanyakkan responden kurang setuju bahawa kos hidup


penduduk meningkat disebabkan oleh air yang kurang berkualiti. Responden
menyatakan bahawa mereka boleh menggunakan air simpanan iaitu air hujan bagi
menggantikan bekalan air paip yang kurang bersih. Namun demikian, masih terdapat
responden yang setuju iaitu sejumlah 33% bahawa kualiti air yang rendah akan
menyebabkan peningkatan kos hidup. Penduduk terpaksa mengeluarkan belanja yang
lebih bagi membeli bekalan air bersih di pasaran. Peratusan responden yang tidak setuju
pula adalah sebanyak 27%.

39
000620-13-1352

6.0 RUMUSAN
Hasil dapatan kajian ini diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temu bul san
soal selidik dirumuskan. Rumusan dibuat bagi mencapai objektif pengkaji. Objektif
pertama adalah mengenalpasti punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian,
Matu, Sarawak. Objektif kedua adalah mengkaji kesan bekalan air kurang berkualiti di
kampung tersebut.

6.1 Punca Bekalan Air Kurang Berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak

Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa


faktor yang mempengaruhi kualiti bekalan air bersih di Kampung Tian, Matu.
Antaranya ialah penggunaan bahan-bahan kimia, masalah kebocoran paip, kerja-kerja
penyelenggaraan loji, penggunaan paip yang lama dan pengurusan sisa buangan tidak
sistematik menyebabkan pencemaran sungai.

6.2 Kesan Bekalan Air Kurang Berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak

Bagi objektif kajian yang kedua pula dapatan menunjukkan bahawa responden
bersetuju akan kesan bekalan air kurang berkualiti. Kesannya terdiri daripada terdedah
kepada penyakit, kesukaran untuk melakukan aktiviti harian, tidak jernih, berbau klorin
dan meningkatkan kos hidup penduduk.

6.3 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bekalan air yang disediakan di Kampung Tian, Matu


adalah berada pada tahap kualiti yang rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana air
tersebut tidak memenuhi spesifikasi bekalan air bersih yang telah ditetapkan. Beberapa
punca dan kesan masalah ini telah dikenalpasti. Masalah ini perlu ditangani dengan
segera agar kehidupan yang sihat dan harmoni dapat dikekalkan.

40
000620-13-1352

RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

2. R. Kuberan et al (2013), Teks Efektif STPM Pengajian Am(Penggal 2), 900/2,


Petaling Jaya, Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

3. Sabitah Marican (2009), Penyelidikan Sosial Sains: Pendekatan Pragmatik, Batu


Caves, Edusystem Sdn.Bhd.

4. Google Maps, Dicapai pada 15 Februari 2019 dari https://maps.google.com.my

5. Majlis Daerah Matu Daro (2016). Laman web rasmi Majlis Daerah Matu Daro,
Dicapai pada 15 Febuari 2019 dari http://www.matudarodc.sarawak.gov.my

6. Malaysia Maps, Dicapai pada 15 Februari 2019 dari


http://www.wonderfulmalaysia.com

7. Laman web ini dicapai pada 18 Mac 2019 dari


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/540547/8-sebatian-kimia-
berbahaya-di-sungai-kim-kim

8. Laman web ini dicapai pada 19 Mac 2019 dari https://airkelantan.com.my/proses-


rawatan-air/

9. Laman web ini dicapai pada 22 Mac 2019 dari


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/543328/5548-terkesan-dengan-
pencemaran-sungai-kim-kim/amp

41
000620-13-1352

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH PUAN DATUK PATINGGI

HAJJAH NORMAH, KM2 JALAN ITOL, 96200 DARO, SARAWAK.

SOAL SELIDIK : KUALITI BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG TIAN,


MATU, SARAWAK.

Tujuan : Borang soal selidik ini diedarkan kepada pihak yang terpilih bagi membantu
pelajar melaksanakan tugasan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2019.

Soal selidik ini mengandungi 3 muka surat termasuk muka hadapan dan terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Arahan: Mohon Encik/Cik untuk mengisi soal selidik berikut.

Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Kerjasama Encik/Cik amatlah


dihargai.

42
000620-13-1352

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

1. JANTINA : LELAKI ( )

PEREMPUAN ( )

2. KAUM : MELAYU ( )

MELANAU ( )

CINA ( )

LAIN-LAIN (NYATAKAN) ________________ ( )

3. UMUR : KURANG 30 TAHUN ( )

31 TAHUN – 40 TAHUN ( )

41 TAHUN DAN KE ATAS ( )

43
000620-13-1352

BAHAGIAN B : KESAN-KESAN BEKALAN AIR KURANG BERKUALITI DI


KAMPUNG TIAN, MATU, SARAWAK.

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada ruang yang betul berdasarkan skala yang
telah disediakan.

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

1 2 3

Bil Kesan bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, 1 2 3


Matu, Sarawak.

1. Penduduk terdedah kepada pelbagai penyakit yang


berpunca daripada bekalan air tidak bersih.

2. Kos hidup penduduk meningkat kerana terpaksa


membeli bekalan air bersih di pasaran.

3. Bekalan air yang disalurkan ke rumah penduduk


mempunyai bau klorin.

4. Penduduk akan mengalami kesukaran untuk


menjalankan aktiviti harian.

5. Bekalan air yang disediakan kepada penduduk adalah


tidak jernih.

44
000620-13-1352

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH PUAN DATUK PATINGGI


HAJJAH NORMAH DARO

BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

900/4

TAJUK : KUALITI BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG TIAN,


MATU, SARAWAK

Arahan : Maklumat am dan soalan-soalan temu bual ini dikemukakan kepada


responden secara lisan dan dicatatkan.

Maklumat Am
Nama Pengkaji : Elma Diana binti Julkapli

Tarikh Temu Bual : 24 Febuari 2019

Tempat Temu Bual : Loji Perawatan Air Tian

45
000620-13-1352

SOALAN TEMU BUAL :

Soalan 1 Adakah penggunaan bahan-bahan kimia dalam proses perawatan air


menjejaskan kualiti air? Sekiranya ya, bolehkah tuan menjelaskan hal ini
dengan lebih lanjut?

Soalan 2 Masalah paip bocor sering berlaku di Kampung Tian. Adakah perkara ini
adalah salah satu daripada punca yang menyebabkan bekalan air kurang
berkualiti?

Soalan 3 Berapakah kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan loji dijalankan? Adakah


ianya juga memberi kesan terhadap kualiti bekalan air?

Soalan 4 Paip yang menyalurkan bekalan air ke rumah penduduk adalah paip yang
lama dan usang. Menurut tuan, adakah ianya juga penyebab bekalan air
kurang berkualiti?

Soalan 5 Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan pencemaran


air berlaku. Pada pendapat tuan, adakah pencemaran air juga merupakan
faktor yang menjejaskan kualiti bekalan air?

46
000620-13-1352

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 1 BERSAMA INFORMEN 1

TARIKH 24 FEBUARI 2019


MASA 2 PETANG
TEMPAT LOJI PERAWATAN AIR TIAN

Pada 24 Febuari 2019 yang lalu, pengkaji telah pergi ke Loji Perawatan Air Tian
yang terletak di Kampung Tian, Matu, Sarawak untuk mendapatkan maklumat.
Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan salah seorang pekerja di loji berkenaan.
Tujuan temu bual dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
tentang punca bekalan air kurang berkualiti di kampung tersebut. Transkrip temu bual
adalah seperti berikut :

Pengkaji : Assalamualaikum encik. Apa khabar?

Informen 1 : Waalaikumsalam. Alhamdulillah, saya sihat.

Pengkaji : Maaf kerana mengganggu sedikit waktu kerja encik pada hari ini. Tujuan
utama saya ke sini adalah untuk menemu bual encik berkenaan dengan
punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian, Matu, Sarawak. Buat
pengetahuan encik, temu bual ini adalah salah satu daripada elemen untuk
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am saya. Bolehkah encik memberi
kerjasama?

Informen 1 : Ya, sudah tentu.

Pengkaji : Baiklah. Saya akan mulakan dengan soalan saya yang pertama. Adakah
penggunaan bahan-bahan kimia dalam proses perawatan air menjejaskan
kualiti air? Sekiranya ya, bolehkah tuan menjelaskan hal ini dengan lebih
lanjut?

Informen 1 : Sudah semestinya. Hal ini kerana penggunaan bahan kimia yang melebihi
dos akan mempengaruhi kualiti air. Misalnya, penggunaan klorin.
Sebenarnya, klorin digunakan untuk membunuh kuman atau
mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar selamat untuk diminum.
Dos klorin adalah bergantung kepada kuantiti air yang hendak dirawat.

47
000620-13-1352

Sekiranya dos yang digunakan adalah melebihi had, kualiti air tersebut akan
terjejas kerana ianya akan berbau klorin.

Pengkaji : Oh, begitu rupakan. Saya akan teruskan dengan soalan saya yang kedua.
Masalah paip bocor sering berlaku di Kampung Tian. Adakah perkara ini
adalah salah satu daripada punca yang menyebabkan bekalan air kurang
berkualiti?

Informen 1 : Ya. Apabila kebocoran berlaku pada paip, air yang sudah dirawat akan
bercampur dengan air mentah. Keadaan ini akan mempengaruhi warna air
tersebut di mana ianya akan menjadi keruh. Kadang-kadang, air tersebut
akan bercampur dengan lumpur dan kelodak yang terdapat dalam air
mentah. Oleh itu, kualiti air yang disalurkan ke rumah penduduk adalah
berada pada tahap yang rendah.

Pengkaji : Jadi itulah punca air yang diagihkan ke rumah penduduk bercampur lumpur
dan keruh. Baiklah, saya akan beralih kepada soalan saya yang ketiga.
Berapakah kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan loji dijalankan? Adakah
ianya juga memberi kesan terhadap kualiti bekalan air?

Informen 1 : Setahu saya, sudah lama kerja-kerja penyelenggaraan loji tidak dijalankan.
Sepatutnya, ianya perlu dijalankan secara berkala agar air yang dibekalkan
kepada penduduk lebih terjamin kualitinya.

Pengkaji : Baiklah. Saya akan teruskan dengan soalan saya yang selanjutnya. Paip yang
menyalurkan bekalan air ke rumah penduduk adalah paip yang lama dan
usang. Menurut encik, adakah ianya juga penyebab bekalan air kurang
berkualiti?

Informen 1 : Erm memang itu puncanya. Air yang kami rawat di loji ini sudah bersih
sebenarnya. Tapi, apabila disalurkan ke rumah penduduk, ianya akan
menjadi kurang bersih. Hal ini kerana paip yang digunakan adalah paip yang
lama dan usang. Sudah tentu terdapat kotoran di dalamnya.

Pengkaji : Hmm patutlah air di rumah penduduk kurang bersih. Saya sambung
perbincangan ini dengan soalan yang terakhir. Pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik menyebabkan pencemaran air berlaku. Pada pendapat
tuan, adakah pencemaran air juga merupakan faktor yang menjejaskan
kualiti bekalan air?

48
000620-13-1352

Informen 1 : Ya, sudah pasti. Penduduk di kampung ini mempunyai satu tabiat yang
negatif iaitu suka membuang sisa domestik ke dalam sungai. Ini akan
menyebabkan air sungai tercemar. Semakin tercemar sesuatu air, semakin
rumit proses rawatannya dan ianya akan mempengaruhi kualiti air tersebut.

Pengkaji : Baiklah, sampai di sini sahaja temu bual yang saya jalankan. Terima kasih
atas kerjasama yang diberikan encik dalam menjawap segala soalan yang
saya kemukakan.

Informen 1 : Sama-sama.

49
000620-13-1352

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 2 BERSAMA INFORMEN 2

TARIKH 24 FEBUARI 2019


MASA 3 PETANG
TEMPAT LOJI PERAWATAN AIR TIAN

Pada 24 Febuari 2019 yang lalu,pengkaji telah pergi ke Loji Perawatan Air Tian
yang terletak di Kampung Tian, Matu, Sarawak untuk mendapatkan maklumat.
Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan salah seorang pekerja di loji berkenaan.
Tujuan temu bual dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
tentang punca bekalan air kurang berkualiti di kampung tersebut. Transkrip temu bual
adalah seperti berikut :

Pengkaji : Assalamualaikum encik. Apa khabar?

Informen 2 : Waalaikumsalam. Alhamdulillah, saya sihat.

Pengkaji : Sekiranya encik kelapangan, saya ingin menjalankan temu bual berkaitan
punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian. Buat makluman
encik, temu bual adalah salah satu elemen yang diperlukan untuk
menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am saya. Bolehkah encik memberi
kerjasama?

Informen 2 : Baiklah.

Pengkaji : Saya akan memulakan temu bual dengan soalan saya yang pertama. Adakah
penggunaan bahan-bahan kimia dalam proses perawatan air menjejaskan
kualiti air? Sekiranya ya, bolehkah tuan menjelaskan hal ini dengan lebih
lanjut?

Informen 2 : Pada pendapat saya, bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses
perawatan air tidak menjejaskan kualiti air. Kebanyakkan penduduk
beranggapan bahawa penggunaan bahan kimia adalah berbahaya.
Sebenarnya tidak sama sekali. Klorin yang digunakan tidak akan
menjejaskan kesihatan dan kualiti air. Malah, air tersebut adalah selamat
untuk digunakan untuk minuman, masakan dan sebagainya.

50
000620-13-1352

Pengkaji : Oh begitu! Baiklah, saya akan meneruskan dengan soalan yang kedua.
Masalah paip bocor sering berlaku di Kampung Tian. Adakah perkara ini
adalah salah satu daripada punca yang menyebabkan bekalan air kurang
berkualiti?

Informen 2 : Bagi saya, tidak sama sekali. Apabila berlaku kebocoran paip, pihak loji
akan menutup bekalan air bagi mengelakkan air yang sudah dirawat
bercampur dengan air mentah. Jelaslah bahawa, kebocoran paip tidak
memberi kesan kepada kualiti air.

Pengkaji : Oh, patutlah penduduk akan mengalami masalah ketiadaan air apabila
berlaku kebocoran paip. Baiklah, saya akan beralih kepada soalan saya yang
ketiga. Berapakah kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan loji dijalankan?
Adakah ianya juga memberi kesan terhadap kualiti bekalan air?

Informen 2 : Kerja-kerja penyelenggaraan loji ini sudah lama tidak dilakukan. Entah
apa masalahnya, saya pun kurang pasti. Sepatutnya loji perlu diselenggara
secara berkala. Tapi pihak yang berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab
kerana mengabaikan kerja-kerja penyelenggaraan loji. Keadaan ini adalah
sangat tidak wajar kerana akan menjejaskan kualiti air.

Pengkaji : Begitu rupanya. Bagaimana pula dengan keadaan paip yang digunakan untuk
menyalurkan air ke rumah penduduk? Saya dengar paip yang digunakan
ialah paip yang lama dan usang. Menurut encik, adakah ianya juga penyebab
bekalan air kurang berkualiti?

Informen 2 : Sudah semestinya! Air yang kami rawat di loji ini sudah bersih. Tapi
apabila sampai ke rumah penduduk, ianya menjadi kurang bersih. Seperti
yang kita sedia maklum, sekiranya paip yang digunakan ialah lama dan
usang, sudah tentu terdapat banyak kotoran di dalamnya. Kotoran inilah
yang akan mempengaruhi kualiti air. Penduduk kampung perlu peka
terhadap keadaan paip masing-masing.

Pengkaji : Ya, betul tu. Saya akan teruskan perbincangan dengan soal saya yang
terakhir. Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan
pencemaran air berlaku. Pada pendapat tuan, adakah pencemaran air juga
merupakan faktor yang menjejaskan kualiti bekalan air?

51
000620-13-1352

Informen 2 : Ya, sudah tentu. Pencemaran air akan menjejaskan kualiti air. Para pekerja
di loji akan mengalami kesukaran untuk merawat air. Semakin tercemar
sesuatu air, semakin rumit proses untuk merawatnya. Tambahan pula, loji
ini bergantung sepenuhnya kepada air sungai kerana ketiadaan sumber air
lain di kampung ini seperti kolam, tasik dan sebagainya.

Pengkaji : Oh, begitu. Sampai di sini sahaja perbincangan kita. Terima kasih kerana
sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawap beberapa soalan temu bual
yang saya ajukan.

Informen 2 : Tiada masalah. Sama-sama.

52
000620-13-1352

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 3 BERSAMA INFORMEN 3

TARIKH 24 FEBUARI 2019


MASA 4 PETANG
TEMPAT LOJI PERAWATAN AIR TIAN

Pada 24 Febuari 2019 yang lalu,pengkaji telah pergi ke Loji Perawatan Air Tian
yang terletak di Kampung Tian, Matu, Sarawak untuk mendapatkan maklumat.
Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan salah seorang pekerja di loji berkenaan.
Tujuan temu bual dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
tentang punca bekalan air kurang berkualiti di kampung tersebut. Transkrip temu bual
adalah seperti berikut :

Pengkaji : Assalamualaikum encik. Apa khabar?

Informen 3 : Waalaikumsalam. Alhamdulillah, sihat.

Pengkaji : Sekiranya encik kelapangan, saya ingin menjalankan temu bual berkaitan
punca bekalan air kurang berkualiti di Kampung Tian. Buat makluman
encik, temu bual adalah salah satu elemen yang diperlukan untuk
menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am saya. Bolehkah encik memberi
kerjasama?

Informen 3 : Baiklah, saya akan memberikan kerjasama.

Pengkaji : Saya akan memulakan temu bual dengan soalan saya yang pertama. Adakah
penggunaan bahan-bahan kimia dalam proses perawatan air menjejaskan
kualiti air? Sekiranya ya, bolehkah tuan menjelaskan hal ini dengan lebih
lanjut?

Informen 3 : Bagi pendapat saya, bahan kimia yang kami gunakan untuk merawat air
tidak menjejaskan kualiti air. Malahan ianya meningkatkan mutu air.
Contohnya, penggunaan Aluminium Chlorohydrate (ACH), Soda ASH dan
Chlorine. ACH berfungsi untuk membuang kekotoran yang terdapat di
dalam bekalan air bagi tujuan menjernihkan air tersebut. Selain itu, Soda
ASH digunakan untuk menaikkan nilai PH air. Bagi mengetahui nilai PH,
kami menggunakan alat Palintest 8000. Klorin pula berperanan untuk

53
000620-13-1352

membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam bekalan air. Kami


menggunakan Metering Pump bagi mengawal dos bahan kimia dalam
proses perawatan air.

Pengkaji : Oh begitu! Baiklah, saya akan meneruskan dengan soalan yang kedua.
Masalah paip bocor sering berlaku di Kampung Tian. Adakah perkara ini
adalah salah satu daripada punca yang menyebabkan bekalan air kurang
berkualiti?

Informen 3 : Tidak sama sekali. Apabila kebocoran berlaku, pihak loji akan menutup
bekalan air bagi memastikan air yang sudah dirawat tidak bercampur dengan
air mentah. Kebocoran paip dapat dikenalpasti dengan menggunakan
Pressure Gauge.

Pengkaji : Baiklah, saya akan beralih kepada soalan saya yang ketiga. Berapakah
kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan loji dijalankan? Adakah ianya juga
memberi kesan terhadap kualiti bekalan air?

Informen 3 : Kerja penyelenggaraan loji jarang sekali dijalankan. Sepatutnya, ianya


perlu dijalankan secara berkala. Oleh sebab itu, mutu air berada pada tahap
kurang memuaskan.

Pengkaji : Bagaimana pula dengan keadaan paip yang digunakan untuk menyalurkan
air ke rumah penduduk? Saya dengar paip yang digunakan ialah paip yang
lama dan usang. Menurut encik, adakah ianya juga penyebab bekalan air
kurang berkualiti?

Informen 3 : Ya, sudah tentu. Air yang kami rawat sudah bersih tetapi apabila sampai
ke rumah penduduk, ianya menjadi kurang bersih akibat daripada kotoran
yang terdapat dalam pembuluh paip.

Pengkaji : Saya akan teruskan perbincangan dengan soal saya yang terakhir.
Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan pencemaran
air berlaku. Pada pendapat tuan, adakah pencemaran air juga merupakan
faktor yang menjejaskan kualiti bekalan air?

Informen 3 : Pencemaran air bukanlah penyebab kualiti air rendah. Hal ini kerana air
yang tercemar masih boleh dibersihkan. Pihak loji akan menambah
penggunaan dos bahan kimia seperti Aluminium Chlorohydrate dan

54
000620-13-1352

Polymer bagi merawat air dan bahan-bahan ini tidak akan menjejaskan
kualiti air.

Pengkaji : Oh, begitu. Sampai di sini sahaja perbincangan kita. Terima kasih kerana
sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawap beberapa soalan temu bual
yang saya ajukan.

Informen 3 : Sama-sama.

Setelah temu bual tersebut dirakam, pengkaji memindahkan maklumat yang


diperolehi ke dalam bentuk transkrip agar mudah difahami.

55

You might also like