You are on page 1of 2

Ingin rasa memakan kari,

Kari cendawan batang keladi,

Girang rasa tidak terperi,

Bertemu tuan yang baik budi.

Yang Berhormat,
Dr Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia,

Yang Berbahagia,
Puan Sa’diah Binti Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching,

Serta Yang Dihormati,


para ibu bapa SK Batu Lintang sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baiklah, tanpa membuang masa hari ini saya
akan membincangkan sebuah topik yang sangat menarik iaitu “Kewajaran pelajar sekolah
membawa telefon bimbit?”

Pada abad ini, kebanyakan murid gemar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.
Perkara ini seringkali menimbulkan tanda tanya terutamanya kepada ibu bapa tentang status
kebenaran untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Sebenarnya, membawa telefon
bimbit ke sekolah mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Bagi pendapat saya adalah wajar untuk pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah
kerana beberapa faktor. Faktor utama ialah memudahkan perhubungan. Sebagai contoh, untuk
memaklumkan perkara-perkara kecemasan seperti sakit atau waktu pulang ke sekolah. Selain itu,
kes jenayah yang melibatkan para pelajar juga kian meningkat oleh itu amat perlu untuk para
pelajar mempunyai alat telekomunikasi yang hampir dengan mereka. Mereka boleh membuat
panggilan kecemasan bila-bila masa sahaja yang perlu.

Seterusnya, menjadi alat bantuan belajar bagi pelajar. Mereka dapat menggunakan fungsi-
fungi moden dan canggih seperti fungsi rekod suara dan mengambil gambar. Perkara ini sangat
membantu untuk memudahkaan lagi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.
Mereka juga dapat mencari info-info baru dengan mengunakan bantuan alat carian Google.

Akhir kata, bagi pendapat saya adalah wajar untuk pelajar membawa telefon bimbit ke
sekolah. Memang benar tidak dapat dinafikan bahawa perkara ini ada buruknya juga, tetapi pihak
yang terlibat perlu mecari jalan untuk mengatasinya kerana perkara ini lebih banyak kebaikannya
daripada keburukannya.

Anak dara menumbuk pandan,

Membuat kuih hidangan kenduri,

Ilmu yang baik dijadikan teladan,

Segala yang buruk disimpan ke tepi.

Sekian terima kasih.

You might also like