You are on page 1of 20

LAPORAN INOVASI

TAJUK : TRANSFORMASI GAYA HIDUP SIHAT DI TEMPAT KERJA / HEALTHYLIFESTYLE @


WORK
PEJABAT : CAWANGAN PENTADBIRAN AM, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
________________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

1.1 YBhg. Datin Azlaily Binti Abdul Rahman selaku Pengurus Besar Kanan,
Bahagian Khidmat Pengurusan telah mencetuskan idea supaya
melaksanakan suatu projek inovasi yang berkaitan dengan tranformasi
gaya hidup yang sihat memandangkan terdapat di kalangan anggota
PERKESO yang mengamalkan cara hidup yang kurang sihat, obesiti,
mengalami penyakit dan lain-lain perkara berkaitan yang boleh
mempengaruhi produktiviti anggota.

1.2 Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu aspirasi kerajaan bagi
melahirkan masyarakat dan anggota pekerja yang sihat, cergas, sejahtera
dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sendiri.

1.3 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup


sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cerdas
serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan
masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat
ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas
serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.
Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama.

1.4 Malaysia telah dinobatkan sebagai negara nombor satu dalam kategori
overweight di Asia iaitu 45.3% manakala South Korea (33.2%), Pakistan
(30.7%) dan China (28.3%).

1.5 Manakala Associate Professor Victor Hoe dan Dr Marzuki Ishak dalam
pembentangan kajiannya bertajuk ‘Employees’ Health Condition In
Malaysia’ semasa pembentangan kertas kerja di Seminar Health Status Of
Workers In Malaysia pada 19 Ogos 2014 menekankan bahawa:-

i) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterol adalah


penyakit yang tertinggi di kalangan populasi pekerja di Malaysia
berbanding penyakit lain.

ii) Kaum Cina mempunyai status kesihatan yang paling baik secara
keseluruhannya.

iii) Kaum India mempunyai status kesihatan yang paling rendah


keseluruhannya.

iv) Para pekerja keselamatan mempunyai status kesihatan yang paling


rendah keseluruhannya.

Ini bermakna, di kalangan pekerja yang berbilang bangsa dan kategori


pekerjaan yang berbeza di dapati bahawa NCD (non communicable
diseases ) adalah tinggi dan perlu diambil perhatian oleh pihak majikan.

1.6 Projek inovasi ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk


menjadikan gaya hidup dan budaya kerja sihat sebagai sebahagian
daripada budaya kerja PERKESO.

1.7 Semua anggota di Cawangan Pentadbiran, Bahagian Khidmat


Pengurusan telah dipilih dan diwajibkan untuk menjadi peserta dalam
projek inovasi ini.

1.8 Sebuah Kumpulan Projek Inovasi yang dinaungi oleh Pengurus Besar
Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan yang dinamakan “IFit4PERKESO”
turut dibentuk bagi menjayakan Projek Inovasi ini. Rujuk Lampiran A.
2. TUJUAN PROJEK INOVASI

2.1 Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja adalah
bertujuan untuk :-

i) Menjadikan tempat kerja sebagai tempat yang boleh menyihatkan


tubuh badan dan minda.

ii) Mengurangkan obesiti, overweight dan mengawal penyakit NCD


(non communicable diseases) yang sedia ada serta mencegah
daripada dihinggapi penyakit.

iii) Meningkatkan tahap fizikal dan mental serta kesihatan yang baik.

iv) Memberikan motivasi kepada anggota untuk datang bekerja setiap


hari.

v) Meningkatkan hubungan interpersonal dan keceriaan di kalangan


anggota melalui aktiviti yang dilakukan secara bersama.

3. PERLAKSANAAN PROJEK INOVASI

3.1 Perlaksanaan Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja
adalah bermula pada 8 September 2014 dan tamat pada 26 September
2014. Walau bagaimanapun, perlaksanaannya akan diteruskan walau
pun tarikh penyertaan telah ditutup kerana jelas memberikan impak positif
kepada semua anggota.

3.2 Setiap anggota yang menyertai projek ini perlu melalui tiga (3) proses teras
yang menjadi komponen utama Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup
Sihat Di Tempat Kerja iaitu :-

i) Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan seimbang.

Satu perkara yang penting untuk diamalkan adalah dengan


mengambil makanan yang seimbang. Tubuh orang yang
mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat
dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu
perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu,
penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, jelaslah bahawa
pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
satu kehidupan yang ceria dan sihat. Aktiviti yang dijalankan adalah
:-

a) Pengedaran buku panduan pemakanan seimbang daripada


Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua anggota pada
11 September 2014. Rujuk Lampiran B.

b) Taklimat mengenai kalori dan pemakanan pada 11 September


2014.

c) Mengadakan Sudut Kesihatan untuk menambah ilmu


pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang berat badan,
pemakanan, merokok dan sebagainya.

d) Mengadakan Whatsapp Group yang bernama Healthy


Lifestyle@Work yang menjadi medium komunikasi semua
anggota, sumber motivasi dan juga berkongsi pencapaian
steps (pengiraan langkah semasa berjalan) dan kalori
makanan.

ii) Aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana


aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan
mengeluarkan peluh. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan
aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jika badan seseorang itu
sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas
kerana badan cergas, otak cerdas. Tegasnya, aktiviti fizikal seperti
beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.

Aktiviti yang dijalankan adalah :-

a) Senaman Pagi setiap hari bekerja selama 10 minit.

b) Senaman Zumba pada waktu tengahari di Gimnasium dan Bilik


Mailing Tingkat 11.

c) Penyertaan dalam aktiviti kecergasan luar seperti FitMalaysia


pada 7 September 2014 di Dataran Merdeka, Larian Run4Unity
2014 pada 15 September 2014 di Dataran Putrajaya dan larian
pada hujung minggu di Tasik Titiwangsa pada 21 September
2014. Gambar-gambar aktiviti adalah seperti di Lampiran C.

d) Menggalakkan anggota menyertai aktiviti Noon Dance selama


½ jam setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 1 petang di
Gimnasium PERKESO sejak bulan September 2014.

iii) Amalan penjagaan / pemeriksaan kesihatan.

Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu


seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi
dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat
dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang
perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat
dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat
mengesan sesuatu penyakit lebih awal. Ringkasnya, seseorang itu
akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan
mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual. Aktiviti yang
dijalankan adalah :-

a) Timbangan berat badan pada setiap minggu.


b) Merekodkan sejarah penyakit peserta.

c) Pengambilan tekanan darah peserta.

d) Bacaan BMI (Indeks Jisim Badan).

e) Merekodkan sijil cuti sakit peserta.

3.3 Semua anggota yang sedang berkhidmat di Cawangan Pentadbiran Am,


Bahagian Khidmat Pengurusan adalah diwajibkan untuk terlibat sebagai
peserta dalam projek inovasi ini iaitu seramai 57 orang (tidak termasuk
anggota di Stor Batu Caves).

3.4 Daripada 57 orang tersebut didapati seramai 12 orang anggota tergolong


dalam anggota yang mengalami pra-obesiti dan obesiti iaitu bacaan BMI
29 dan ke atas.

3.5 Setiap peserta akan diambil kedatangan bagi melakukan aktiviti dan perlu
mengemukakan laporan berhubung tiga komponen utama yang diukur
dalam kempen transformasi pada setiap bulan bermula pada 8
September 2014 dan tamat pada 26 September 2014 kepada Setiausaha
Kumpulan Projek Inovasi. Senarai kedatangan dan format laporan adalah
seperti di Lampiran D.

4. IMPAK INOVASI

4.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI

i) Hendaklah bersifat unik, asli (originality) atau penambahbaikan


daripada projek-projek sedia ada.

a) Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja ini


adalah idea asal daripada YBhg. Datin Azlaily Binti Abdul
Rahman selaku Pengurus Besar Kanan, Bahagian Khidmat
Pengurusan dan belum pernah dilaksanakan di mana-mana
Pejabat PERKESO yang lain.
b) Ianya selari dengan usaha yang telah dijalankan oleh
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PERKESO
yang telah membekalkan setiap pejabat dengan alat
penimbang berat badan, pengukur ketinggian dan juga carta
BMI (Body Mass Index).

c) Ianya juga sebagai compliment kepada usaha Kerajaan


khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
mengurangkan populasi obesity dan overweight di kalangan
penduduk di Malaysia.

ii) Kaedah pelaksanaan projek hendaklah mempermudahkan atau


berbentuk penyelesaian masalah.

Kaedah perlaksanaan projek adalah mempermudahkan amalan


penjagaan kesihatan anggota pekerja dengan adanya aktiviti-
aktiviti yang mencergaskan fizikal dan minda iaitu 10 minit sebelum
memulakan tugas pada pagi hari dan selama 20 minit pada waktu
tengahari dan juga menggalakkan anggota untuk bersenam di
Gimnasium PERKESO selepas waktu bekerja pada setiap hari.
Pergerakan fizikal adalah terhad di pejabat untuk anggota yang
menjalankan desk-job berbanding dengan jenis pekerjaan lain
dengan menambah aktiviti fizikal ini, ia boleh membantu
pembakaran lemak di dalam tubuh.

iii) Mempunyai nilai ciptaan ataupun value creation (aktiviti yang boleh
meningkatkan sesuatu perkhidmatan).

a) Aktiviti yang dijalankan menerusi projek inovasi ini


meningkatkan motivasi anggota untuk bekerja dan juga
meningkatkan ‘happiness index’ yang mempengaruhi faktor
untuk anggota datang bekerja. Semenjak aktiviti senaman pagi
dijalankan terdapat pengurangan anggota yang datang lewat
dan keluar bersarapan yang melebihi masa ditetapkan pada
waktu pagi.

b) Aktiviti fizikal memantapkan keyakinan penampilan dan jati diri


serta mengawal dan mengurangkan stres di tempat kerja.

c) Amalan gaya hidup aktif membantu membentuk perwatakan


yang tampan dan segak.

d) Kajian juga membuktikan gaya hidup aktif membantu individu


memperoleh, mencapai dan mengekalkan kecergasan tubuh.
Dengan cara ini imej diri dapat ditingkatkan. Kita akan berasa
lebih selesa dan sentiasa kelihatan cergas. Kehidupan kita akan
lebih menyeronokkan dan dapat menikmati sebuah kehidupan
yang lebih bermakna dan berkualiti.

e) Aktiviti fizikal dapat mengukuhkan nilai-nilai murni, prinsip dan


kepercayaan dalam kehidupan dan pekerjaan. Ia juga
merupakan prinsip ke enam dalam polisi kerajaan iaitu
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam – Insaniah Kesimbangan
Rohani dan Jasmani”.

f) Membentuk disiplin diri melalui aktiviti fizikal dengan mematuhi


jadual senaman harian yang ditetapkan. Kita akan menjadi
lebih terurus dan dapat meningkatkan prestasi kerja.

g) Aktiviti fizikal dapat mewujudkan keharmonian dan persekitaran


tempat kerja yang kondusif serta kepuasan bekerja.

h) Meningkatkan kesedaran terhadap pemakanan terutama jenis


pemakanan semasa mesyuarat atau semasa waktu rehat.
4.2 ELEMEN KEBERKESANAN

i) Hasil pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan


keberkesanannya dengan pembuktian seperti data statistik.

Projek Inovasi ini telah merekodkan statistik keberkesanannya iaitu


Statistik Pengukuran Timbangan dan BMI semua anggota seperti di
Lampiran E.

Peserta yang tergolong dalam pra-obesiti dan obesiti seramai 12


orang iaitu ukuran BMI 29 dan ke atas telah dipantau melalui buku
pemakanan harian yang mengandungi jenis makanan dan kalori .
Lampiran F dirujuk.

Daripada sejumlah 57 orang yang menyertai projek inovasi ini,


didapati bahawa secara keseluruhannya seramai 43 orang anggota
(75.44%) mengalami penurunan berat badan, 13 orang (22.81%)
bertambah berat badan dan 1 orang (0.02%) tidak mengalami
perubahan berat badan.

Statistik BMI menunjukkan bahawa pada permulaannya seramai 24


orang anggota mempunyai berat badan ideal iaitu bacaan BMI dari
18.50 hingga 24.99, 21 orang mempunyai berat badan overweight
iaitu bacaan BMI dari 25 hingga 28.99 dan 12 orang mempunyai
berat badan pra-obesiti dan obesiti iaitu bacaan dari BMI 29 dan ke
atas.

Selepas projek ini dijalankan, didapati bahawa 11 orang (91%)


daripada 12 orang dalam kategori pra-obesiti dan obesiti telah
mengalami penurunan BMI manakala hanya 1 orang (0.08%) sahaja
tiada perubahan BMI.

Manakala dalam kategori overweight, seramai 14 orang (66.67%)


daripada 21 orang telah mengalami penurunan BMI. Seramai 5
orang (23.81%) mengalami pertambahan BMI dan 2 orang (0.91%)
tiada perubahan BMI.

Bagi kategori ideal, seramai 23 orang (95.83%) daripada 24 orang


telah mengalami penurunan BMI. Manakala hanya 1 orang (0.42%)
tiada perubahan BMI.

Secara keseluruhannya seramai 48 orang (84.21%) telah mengalami


penurunan BMI, seramai 5 orang (8.77%) mengalami pertambahan
BMI dan hanya 4 orang (0.70%) tiada mengalami perubahan BMI.

ii) Dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasaran.


Pengukuran penerimaan dan kepuasan pelanggan wajar dibuat
berdasarkan Key Performance Indicators (KPI) atau pengukuran
prestasi yang telah ditetapkan melalui saluran-saluran seperti borang
maklum balas, soal selidik, temu bual dan sebagainya.
Keberkesanan projek perlu dibuktikan daripada hasil kajian
kepuasan pelanggan.

Projek inovasi ini telah mendapatkan maklumbalas daripada peserta


menerusi borang maklumbalas seperti mana di Lampiran G. Seramai
60 orang responden telah mengisi borang maklumbalas.

Berdasarkan borang maklumbalas didapati kesemua responden


bersetuju bahawa di tempat kerja boleh mengamalkan gaya hidup
sihat dengan adanya senaman dan diberi pengetahuan tentang
penjagaan kesihatan. Dari angka peratusan pencapaian
menunjukkan kesemua 100% responden yakni anggota yang
mengikuti program ini menyokong program yang telah dijalankan.

Hasil borang maklumbalas mendapati 59 responden (98%) bersetuju


supaya program senaman pagi setiap pagi diadakan serta kelas
Zumba/Senamrobik di waktu rehat tengahari. Cuma 1 responden
(2%) daripada responden tidak bersetuju ianya diadakan pada
waktu pagi dan kelas Zumba/Senamrobik diadakan pada waktu
rehat tengahari.

Program transformasi gaya hidup sihat di tempat kerja dapat


meningkatkan motivasi untuk hadir bekerja setiap hari. Kesemua
responden anggota bersetuju dengan kenyataan ini dan ini
menunjukkan bahawa anggota mempunyai sikap positif dan
menerima secara terbuka program ini.

Program transformasi gaya hidup sihat di tempat kerja dapat


menimbulkan suasana yang ceria sebelum memulakan tugas pada
waktu pagi. Kesemua responden menyambut baik kenyataan ini dan
100% responden bersetuju.

Terdapat dikalangan anggota/responden mengalami masalah


obesiti dan kegemukan serta berat badan yang tidak ideal. Hasil
borang maklumbalas mendapati 59 responden (98%) bersetuju
bahawa program ini dapat mengurangkan masalah berat badan
tanpa perlu ke gym dan menjimatkan masa. Hanya 1 responden (2%)
daripada responden tidak bersetuju

Kesemua responden bersetuju bahawa tindakan merekodkan kalori


makanan yang dimakan setiap hari memberikan satu pengetahuan
supaya responden sentiasa menjaga jenis makanan yang dimakan
setiap hari.

Secara keseluruhannya, maklumbalas menunjukkan bahawa


responden memilih dan bersetuju dengan soalan yang dikemukakan
dalam borang maklumbalas yang telah disediakan sebagai usaha
untuk melatih anggota sentiasa menjaga kesihatan dan
mengamalkan budaya hidup sihat dalam kehidupan mereka.
Manakala berdasarkan rekod cuti sakit anggota daripada bulan
Januari 2014 hingga bulan September 2014 adalah didapati bahawa
bulan September 2014 (bulan projek inovasi ini dimulakan) sebagai
bulan yang mempunyai peratusan cuti sakit terendah iaitu 5%
anggota mengambil cuti sakit berbanding bulan April 2014 iaitu 19%
(peratusan tertinggi pengambilan cuti sakit). Rujuk Lampiran H.

4.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

i) Projek yang dapat menunjukkan keberhasilan yang signifikan atau


bermakna.

a) Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja


boleh mewujudkan budaya dan sikap yang positif terhadap
penjagaan kesihatan seterusnya mampu melahirkan anggota
pekerja yang mengamalkan gaya hidup yang sihat di tempat
kerja menerusi aktiviti yang dijalankan.

b) Kajian menunjukkan (Dokumen WHO, 2003), aktiviti fizikal yang


dilakukan secara tetap dapat :-

- Mengurangkan risiko mati awal.

- Mengurangkan risiko mati akibat penyakit jantung atau


strok, yang kedua-duanya menyumbang kepada 1/3
jumlah semua kematian di dunia.

- Mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung, kanser


kolon dan diabetes jenis II. Aktiviti fizikal mengurangkan
tekanan darah dan lemak tubuh serta memulihkan
metabolisma. Manakala kejadian kanser dikurangkan
dengan kesan prostaglandin anti oxidan dan hormon.
- Membantu mencegah atau menurunkan tekanan darah
tinggi (hipertensi). Kajian menunjukkan 1/5 penduduk
dewasa dunia mengidap hipertensi.

- Membantu mengawal berat badan dan mengurangkan


risiko menjadi gemuk (obese).

- Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis dan


ini dapat mengurangkan risiko patah tulang pinggul (hip)
di kalangan wanita.

- Mengurangkan risiko terjadinya sakit belakang.

- Mengurangkan stres.

c) Aktiviti fizikal akan meningkatkan High Density Lipoprotein (HDL)


atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk
melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat
memungut kolesterol dan membantu membuangkannya dari
badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

d) Aktiviti fizikal membantu mengurangkan lemak dan berat


badan.
Apabila melakukan aktiviti fizikal, lemak di dalam badan
digunakan untuk menghasilkan tenaga dan secara langsung
akan mengurangkan berat badan.

ii) Memberi kesan atau impak yang tinggi kepada PERKESO atau
pelanggan.

Ianya memberikan kesan atau impak yang tinggi kepada PERKESO


untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan kecergasan fizikal dan
mental anggota serta mewujudkan gaya hidup yang sihat di tempat
kerja. Pekerja yang mempunyai kesihatan yang baik serta cergas
fizikal dan mental mampu memberikan sumbangan produktiviti dan
prestasi yang baik kepada PERKESO dan pelanggan.
iii) Boleh diterima pakai dan dilaksanakan di pejabat lain.

Projek inovasi ini boleh diterimapakai dan dan dilaksanakan dengan


mudah di pejabat lain tanpa mengeluarkan sebarang kos.

4.4 ELEMEN RELEVAN

i) Pelaksanaan projek hendaklah selaras dengan Misi dan Visi


PERKESO.

Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja adalah


selaras dengan Misi dan Visi PERKESO iaitu :-

a) Visi

Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang


menjelang tahun 2020.

b) Misi

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan


tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial
serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan
pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

Projek inovasi yang dijalankan dapat memupuk kesedaran


mengenai keselamatan dan kesihatan kepada anggota pekerja
dalam meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja seterusnya
melahirkan pekerja yang sihat dan bersemangat untuk menjadi
peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang
tahun 2020.
Adalah amat relevan sebagai peneraju dalam memelihara
kesihatan anggota pekerja dengan mengamalkan gaya hidup yang
aktif dan sihat di kalangan anggota PERKESO sendiri sebelum ianya
menjadi budaya pekerja Negara secara keseluruhannya. Ia juga
sinonim dengan dasar kerajaan iaitu FitMalaysia yang mahu semua
rakyat sihat dan lebih produktif .

ii) Berupaya untuk memberi keberuntungan / kelebihan kepada


kumpulan sasar atau PERKESO.

Projek inovasi ini memanfaatkan anggota dan organisasi dari segi :-

a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Individu yang melakukan aktiviti fizikal dengan tetap adalah


lebih cergas dan sihat dan dapat menikmati taraf kesihatan
yang baik. Anggota yang sihat dan cergas adalah lebih
produktif, lasak dan boleh bekerja dalam apa jua keadaan.

b) Mengurangkan risiko kemalangan.

Aktiviti fizikal membantu sistem tubuh badan meningkatkan


komponen kecergasan yang berlandaskan kesihatan;
seperti daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti
dan komposisi badan, ia dapat mengurangkan risiko
kemalangan dengan membentuk otot yang kuat,
mengurangkan risiko terseliuh dan sebagainya.

c) Mengurangkan kos pembiayaan perubatan.

Pekerja yang sihat akan mengurangkan kos perbelanjaan


perubatan melalui kurangnya anggota yang mendapatkan
rawatan di klinik atau hospital. Dengan itu ianya dapat
mengurangkan perbelanjaan mengurus PERKESO.

d) Membudayakan aktiviti fizikal di tempat kerja.


e) Memupuk semangat kerja berpasukan (espirit de corps).

Melahirkan sifat keikhlasan dan kemesraan di samping


mengeratkan silaturrahim di kalangan pekerja.

f) Aktiviti fizikal yang dijalankan dapat dilakukan dengan mudah


tanpa perlu menukar pakaian sukan dan masa yang singkat
adalah menyeronokkan. Ianya juga boleh menambahkan
produktiviti anggota dan boleh menghasilkan inovasi dan
kreativiti di tempat kerja.

iii) Berupaya untuk menjimatkan kos atau menjana hasil kepada


PERKESO dengan ketara.

a) Projek ini berupaya untuk mengurangkan kos perubatan


anggota. Pekerja yang sihat akan mengurangkan kos
perbelanjaan perubatan melalui kurangnya anggota yang
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Perbelanjaan kos
rawatan perubatan di PERKESO adalah sentiasa meningkat
pada setiap tahun.

b) Pada tahun 2013 sahaja sebanyak RM12,159,227.05 (Sumber


Bahagian Sumber Manusia) telah dibelanjakan untuk rawatan
perubatan anggota. Usaha projek inovasi ini adalah untuk
mewujudkan anggota yang mempunyai kesedaran mengenai
pentingnya penjagaan kesihatan sekaligus mengurangkan
perbelanjaan rawatan perubatan PERKESO. Senaman pagi dan
di waktu rehat tengahari , juga aktiviti sukan dan riadah lain, jika
diteruskan akan memberikan impak yang positif kepada tahap
kesihatan anggota secara keseluruhannya

c) Senaman meningkatkan taraf kesihatan dan mengurangkan


morbiditi dan mortaliti. Telah terbukti bahawa mereka yang aktif
atau bersenam dengan tetap pada keseluruhannya,
mempunyai kadar morbiditi dan mortality yang lebih rendah
berbanding dengan mereka yang tidak aktif dan sedentari.
Senaman didapati amat berkesan untuk memperbaiki dan
meningkatkan taraf kesihatan terutama bagi mereka yang
berpenyakit dan bermasalah seperti penyakit jantung,
diabetes, kegemukan, darah tinggi dan penyakit tulang seperti
osteoporosis. Mereka yang bersenam dengan tetap adalah
lebih sihat dan kurang diserang penyakit dan hidup dengan
lebih sejahtera dan berkualiti berbanding dengan mereka yang
tidak aktif. Dengan ini kos pembiayaan perubatan akan
berkurangan dan seterusnya dapat mengurangkan
perbelanjaan mengurus PERKESO yang meningkat pada setiap
tahun.

iv) Projek tersebut dapat memenuhi keperluan semasa PERKESO.

a) Mewujudkan kesejahteraan hidup di kalangan anggota yang


mengamalkan aktiviti fizikal kerana mereka adalah di antara
golongan yang kurang mendapat sakit atau menghadapi
masalah kesihatan. Dengan ini mereka dapat menikmati
sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

b) Merangsang motivasi di kalangan anggota yang


mengamalkan aktiviti fizikal yang berkala dan tetap terutama
bagi mereka yang dapat memantau prestasinya dan sentiasa
dapat melihat peningkatan dari segi kemampuan atau
keupayaan mereka dengan jelas.

c) Mengurangkan stres dan meningkatkan ketenangan. Bagi


mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara berkala, keadaan
mental adalah lebih stabil dan sentiasa dapat mengawal
perasaan kerana mereka sentiasa memberi sepenuh
konsentrasi kepada aktiviti yang sedang dijalankan dan
menikmati keseronokan sepenuhnya.
5. KESIMPULAN

5.1 Daripada kesan dan impak projek ini yang telah mencapai selama
sebulan, ia jelas menunjukkan keputusan yang begitu positif di mana
bukan sahaja 12 anggota yang pra-obesiti dan obesiti sahaja yang
telah berjaya menurunkan berat badan dan BMI tetapi hampir 90%
anggota telah menampakkan perubahan kepada penurunan berat
badan dan BMI mereka. Malahan peratus daftar cuti sakit (MC) juga
telah berkurangan di akhir bulan September. Perubahan sikap positif
terhadap senaman pagi begitu hebat kerana kehadiran yang ramai
dan keriangan yang dirasakan bersama.

5.2 Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu aspirasi kerajaan bagi
melahirkan masyarakat dan anggota pekerja yang sihat, cergas,
sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup
sendiri. Projek Inovasi Transformasi Gaya Hidup Sihat Di Tempat Kerja
merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan gaya hidup
dan budaya kerja sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja
PERKESO. Ianya memberikan kesan atau impak yang tinggi kepada
PERKESO untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan kecergasan
fizikal dan mental anggota serta mewujudkan gaya hidup yang sihat di
tempat kerja. Pekerja yang mempunyai kesihatan yang baik serta
cergas fizikal dan mental mampu memberikan sumbangan produktiviti
dan prestasi yang baik kepada PERKESO dan pelanggan. Projek inovasi
ini adalah dicadangkan untuk diterimapakai dan dilaksanakan di
pejabat lain tanpa mengeluarkan sebarang kos sesuai dengan mutiara
kata ‘Innovation is not the ideas you have but the ideas you make
happen’. Cawangan Pentadbiran akan meneruskan usaha
mentransformasikan gaya hidup sihat di tempat kerja ini setiap hari
selagi penerimaan yang baik dan sokongan daripada anggotanya.

Disediakan oleh –
Kumpulan IFit4PERKESO
HEALTHYLIFESTYLE @ WORK

You might also like