You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Kampung Chabang

24300 Kerteh ,Kemaman,


Terengganu.
Tel : 09 8262700 Fax : 09 8266846
Email : skkc2019@yahoo.com

Ruj Kami : TBA2019 003/29(08)


Tarikh : 16 Januari 2018

Kepada

Ibu bapa / Penjaga


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Chabang

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI SESI


PERSEKOLAHAN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksanakan


sepanjang sesi persekolahan 2018.

3. Pencapaian murid akan dinilai sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas sepanjang tahun. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan bagi
memastikan anak tuan/puan dapat menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan. Tuan /
puan boleh menghubungi pihak sekolah jika memerlukan maklumat yang lebih jelas.

4. Segala perhatian dan tindakan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Guru Penyayang Murid Berkualiti”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………..
(HAJI MOHD BIN SENEK)

You might also like