You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KECERIAAN DAN PEMBANGUNAN


PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN BELADIN
1.0 RASIONAL

Pelajar masa kini merupakan aset yang penting untuk kemajuan negara dan cermin
kepimpinan masa akan datang. Oleh itu Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan
salah satu agen yang diharapkan dapat membantu ke arah mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan selaras
dengan keperluan pendidikan. Di samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai
kemudahan dan perkhidmatan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai
objektifnya. Untuk tujuan itu, setiap sekolah perlu mempunyai sebuah pusat sumber
yang lengkap supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta bermanfaat kepada
semua pihak terutamanya para pelajar. Pelbagai maklumat terkini serta kemajuan
teknologi maklumat (ICT dalam P&P) dapat disalurkan kepada para pelajar. Hal ini
dapat memberi peluang kepada murid-murid yang kurang berkemampuan menikmati
dan melalui pelbagai situasi P&P yang menarik, serba canggih dan bermaklumat.
Sekiranya PSS berada dalam keadaan yang serba kekurangan, sudah tentu objektif
pusat sumber itu tidak dapat dicapai. Apa yang menyedihkan lagi peranannya sebagai
pembantu dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,
beilmu pengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan
memberi sumbangan buah fikiran tidak dapat dilaksanakan.

2.0 MATLAMAT

Menambah baik keadaan fizikal dan mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang
sedia ada dengan menjadikannya sebuah bilik yang lengkap, bermaklumat, selesa
serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) selaras dengan Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Beladin 2015 dan kehendak Pusat Sumber Pendidikan (PSPN) serta
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 OBJKETIF

3.1 Menambah keceriaan pusat sumber sekolah dengan poster-poster yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Menambah alat bantu mengajar di dalam pusat sumber untuk melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
3.3 Menyediakan sudut bacaan selaras dengan fungsinya sebagai teras perkembangan
ilmu kepada guru-guru dan murid-murid.
3.4 Menambah pelbagai bahan bantu belajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah
disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna yang bersesuaian dengan sukatan
pelajaran masa kini.
3.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai, selamat, bersih serta selesa di
samping peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna).
4.0 PERANCANGAN PROGRAM

A. Keceriaan Pusat Sumber

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


PERBELANJAAN
1. Poster Dinamik Amalan 5S Di Perpustakaan (Bingkai RM 220.00
Kayu)
IM C3243/ Poster
2. Poster Peraturan di Pusat Sumber (Bingkai Plastik) RM 176.00
IM/LP7001 Kad Info (6 Keping)
3. Poster Media Pelan Pembangunan Pendidikan RM 275.00
Malaysia
IM/A1037 ( 5 Keping)
4. Poster Matlamat Program NILAM RM 220.00
IM/C3125/ Poster
5. Hiasan dinding P-SPS-0168 RM 198.00
Welcome to school wall decoration (12 designs)
6. Set Malaysia dan Negeri-negeri Flagline RM 220.00
ND-0086 (set of 20’s)

B. Alat Bantu Mengajar

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
1. Single sided magnetic White board RM 220.00
KF/4X4 (120 X 120 cm)

C. Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
1. Heavy duty 6 level book rack RM 583.00
P-SPS-0134

D. Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


PERBELANJAAN
1. BL-0409-Pakej Eksklusif RM 650.00
Bacaan Nilam dwibahasa dan tulisan jawi (52 tajuk)
BM/BI/JAWI (Percuma sebuah rak)
2. BL-0702-Graded English Readers (36 tajuk) RM 456.00

Jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM 3218.00


5.0 SUMBER KEWANGAN

1. Yuran Khas Sekolah

6.0 TEMPOH PERLAKSANAAN


Adalah diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan serta
tercapai objektifnya dalam tempoh masa dari 1 November hingga 30 November 2015.

7.0 TENAGA KERJA


1. Pihak pentadbir sekolah
2. Jawatankuasa kerja PSS
3. Panitia-Panitia Matapelajaran
4. Persatuan Ibu bapa dan Guru
5. Pengawas pusat sumber
6. Pekerja sekolah

8.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


1. Membuat dan membincangkan beberapa cadangan rancangan pembangunan PSS
bersama-sama Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Induk.
2. Membuat anggaran perbelanjaan yang diperlukan berdasarkan kos semasa.
3. Membentangkan kertas kerja program keceriaan dan pembangunan pusat sumber
sekolah kepada pihak pengurusan sekolah dalam sesi perbincangan.
4. Merancang aktiviti dan sasaran untuk mendapatkan sumber kewangan.
5. Membuat agihan tugas yang menyeluruh.
6. Melaksanakan aktiviti dan tindakan mengikut kesesuaian berdasarkan perancangan
yang telah dibuat.
7. Memantau perlaksanaan dari segi pengurusan dan kelancaran (terancang dan
berterusan)
8. Mengenalpasti masalah-masalah atau kekangan yang timbul daripada
perancangan yang telah, sedang atau belum dilaksanakan.
9. Mencari jalan penyelesaian dan membuat persediaan bagi mengatasi masalah dan
sebarang kemungkinan yang timbul.
10. Menilai perlaksanaan program dari segi keutamaan, keperluan dan keberkesanan.
11. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti dan perlaksanaan program yang dipantau
atau dinilai.
12. Mengekal dan menambah baik perancangan yang telah dibuat.

9.0 PENUTUP

Diharapkan pihak pentadbir sekolah dapat meluluskan kertas kerja ini demi mencapai
kecemerlangan pelajar-pelajar SK Beladin dari segi jasmani, emosi, rohani, inteleks dan
sahsiah. Selain itu, diharapkan pusat sumber SK Beladin dapat menikmati pembaharuan
dan pembangunan yang dirancang supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan
seterusnya menjadi satu tempat yang memberi manfaat kepada pengguna-penggunanya
khususnya para pelajar. Segala keprihatinan dari pihak pentadbir kami dahului dengan
jutaan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………………..
(SITI SA’ADIAH BINTI MUNJIAF)
GURU PERPUSTAKAAN SK BELADIN

Disemak oleh,

………………………………………….
(EN. ISMAIL BIN ALI)
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SK BELADIN

Disahkan oleh,

………………………………………..
(EN. MASSOR BIN ALI)
GURU BESAR
SK BELADIN

You might also like