You are on page 1of 1

ABSTRAK

Penggunaan Aplikasi mRPH sebagai alat penyediaan Rancangan


Pengajaran Harian di kalangan guru-guru

Imran bin Mohamed Khawari


PPKI Sekolah Kebangsaan Selama(K), Kedah
imurakawari@gmail.com

Muhammad Naim bin Roslee


PPKI Sekolah Kebangsaan Selama(K), Kedah
rph.naim@gmail.com

Pelaksanaan PdPC yang baik bermula dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berkualiti oleh guru-guru. Selain daripada penguasaan yang mendalam
berkaitan mata pelajaran yang diajar, penguasaan Pedagogical Content Knowledge (PCK)
yang baik dan keupayaan serta kreativiti guru-guru merangka aktiviti yang bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid-murid yang pelbagai adalah asas utama dalam
menyediakan RPH berkualiti yang mampu dilaksanakan dengan baik. Sesuai dengan
peredaran zaman dan perkembangan teknologi, proses penyediaan RPH juga telah
berubah. Penulisan RPH secara tradisional menggunakan pen dan buku telah beralih
kepada penyediaan dan penulisan RPH menggunakan komputer peribadi, sama ada untuk
dicetak dan disimpan menggunakan sistem fail ataupun disimpan serta dihantar secara
online (eRPH). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi
oleh guru-guru dalam menyediakan RPH dan mencadangkan penyelesaiannya
berbantukan penggunaan telefon bimbit yang sudah menjadi ‘gajet wajib’ bagi
kebanyakan orang termasuklah bagi warga pendidik. Kajian ini dijalankan secara
kualitatif melibatkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen sebagai sumber
memperoleh data melibatkan 30 orang guru. Dapatan awal menunjukkan guru-guru
mengambil masa yang agak lama menyediakan RPH kerana perlu membuat rujukan
kepada Rancangan Pengajaran Mingguan/Tahunan dan menyalin semula item-item yang
berkaitan dari Dokumen Standard Kurikulum seperti tajuk, standard kandungan, standard
pembelajaran dan lain-lain. Selain daripada itu, guru-guru juga perlu mencipta aktiviti
yang bersesuaian. Sehubungan itu, guru-guru menyatakan keperluan membina sebuah
database RPH yang akan membolehkan mereka membuat rujukan semula ke atas RPH
yang telah mereka hasilkan dan akan memudahkan proses menulis RPH yang baru.
Berdasarkan dapatan awal ini, penggunaan Aplikasi mRPH di dalam telefon bimbit telah
dicadangkan sebagai penyelesaian. Implikasinya, guru-guru telah dapat menyediakan
RPH lebih mudah, pantas dan berkesan serta membantu meningkatkan psikologi positif
guru.
Kata kunci: PdPC, RPH, eRPH, mRPH, telefon bimbit, database
Abstrak: 268/316 patah perkataan

You might also like