You are on page 1of 7

Menurut Helden (1977) dan Richards (1971), moral adalah suatu kepekaan dalam

fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak
hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Menurut Atkinson
(1969) pula, moral juga pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang
dapat dan tidak dapat dilakukan.

Dari segi definisi, Naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S.
dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup.

Dari aspek ciri-ciri, fikiran naturalis terhadap seseorang yang mempunyai


kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Dengan erti kata lain,
seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya. Sifat-sifat
seseorang yang naturalisme ialah mereka ini suka merendah diri iaitu lebih suka memencil
diri dan tidak mudah untuk berinteraksi. Oleh itu, mereka jarang untuk mengeluarkan
pendapatnya kerana hidup yang berada dalam keadaan yang tertekan. Mereka lemah jiwa,
tiada motivasi dan kurang untuk berusaha. Mereka membiarkan halangan merentangi
matlamat hidup yang ingin dicapai. Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan
kurang membantah atas arahan serta mudah juga berpuas hati.

Sebagai contohnya, isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi


satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima
dengan sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya,
pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan
harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam
jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.

Bagi pemikiran intuisionisme pula, ia merupakan sejenis pemikiran yang mempunyai


pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu
Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau
pengertian langsung.

Sementara itu, pemikiran intuisionisme adalah merupakan sebuah fahaman atau


pengertian langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami secara intelektual. Tindakan
yang dibuat oleh individu intuisionisme adalah berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam
hatinya kecilnya tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesannya. Pemikir intuisionisme
mempunyai sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh
secara individu. Ia dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan
idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara.
Oleh itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan.
Misalnya, gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki kasanova lantaran
pengalaman hidupnya yang masih lagi hijau. Mereka ini mengaitkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada mereka. Selain daripada itu, sekumpulan pelajar lelaki yang terjebak
dalam gejala sosial seperti terlibat dalam aktiviti merokok, vandalisme dan sebagainya.
Manakala mereka dari asal jati diri tidak terarah kepada gejala-gejala yang negatif hanya
akibat daripada pengaruh dari rakan sebaya dan didorong oleh perasaan ingin tahu serta
gerak hati mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan pelajar-pelajar
tersebut cuba untuk mendekati perkara-perkara yang negatif.
Nilai berperanan sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik dan betul serta dapat menyelesaikan konflik moral.
Selain itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan
kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita
dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut
kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu
dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai ekstrinsik, nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai
objektif, nilai relatif dan nilai mutlak.

Peranan Nilai Jenis-jenis Definisi


Nilai
Nilai yang Nilai  nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh
digunakan Subjektif seseorang individu dengan berdasarkan kepada
untuk pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau
menunjukan perkara.
hubungan Nilai  nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang
antara nilai. Objektif diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman
dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar
yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai yang Nilai  nilai peringkat pertama (first order value)
digunakan Intrinsik  nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk
untuk mencapai matlamatnya.
menunjuk  Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia
pandangan berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.
seseorang Nilai  nilai peringkat kedua (second order value)
terhadap nilai. Ekstrinsik  nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Nilai yang Nilai Relatif  nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan
digunakan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat
untuk masyarakat.
menunjukkan  bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna
apa yang dan berbeza antara masyarakat yang berlainan.
dinilai. Nilai Multak  nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat.
 Sifatnya kekal dan diterima umum dan telah diuji oleh
masa sebagai sesuatu yang baik
 berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta
hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat

Antara nilai Subjektif adalah kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang
memberikan pandangan. Nilai ini adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu
berpunca daripada dalaman individu, sesuatu diterima atau ditolak adalah mengikut
pandangan seseorang individu. Fungsi bahawa nilai Subjektif adalah membayangkan
keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai ini juga
berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap
sesuatu perkara atau benda.

Contohnya, seorang remaja mencuri wang bukannya jahat dalam hatinya, tetapi
disebabkan ibunya telah berpenyakit dan tiada kewangan yang cukup untuk mengubati
kerana kemiskinan keluarganya. Hal inilah dipandang kes-kes yang berkonflik terhadap
moral. Sesetengah orang menganggap remaja itu boleh dimaafkan kerana sikap salahnya
mempunyai alasan tetapi juga ada sesetengah yang mengganggapnya tidak boleh
dimaafkan kerana remaja itu memang telah melakukan kesalahan.

Selain nilai Subjektif, nilai Objektif adalah kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang
bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria
yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Ia berfungsi bagi menegaskan
bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan
tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat
membuat pertimbangan selanjutnya.

Seterusnya, nilai instrinsik merupakan nilai peringkat pertama (first order value). Ia
boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk
mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai
diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.
Fungsinya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga
menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan. Sebagai bukti, Mei Yuan membaca buku bukan kerana untuk mendapat
cemerlang dalam peperiksaan manakala disebab oleh dia minat untuk membaca buku.

Di samping itu, nilai Ekstrinsik merupakan nilai peringkat kedua (second order value)
kerana kualiti yang diterima atau ditolak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Walaupun nilai ini sebagai alat mencapai sesuatu matlamat, ia juga dijadikan satu
kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan
menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Walau bagaimanapun, nilai ini
menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.

Misalnya, Cikgu Tan memberikan satu tugasan moral kepada murid-murid


membantu satu orang dan memintanya mengambil gambar bersama dia agar sebagai
buktian tugasan moral ini. Oleh sebab itu, tindakan menolong orang yang dilaku oleh murid-
murid tersebut bukan lagi nilai intrinsik kerana tindakan ini dilaku untuk menyiapkan kerja
yang diberi.

Nilai Relatif adalah nilai yang diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan
masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamat. Sifatnya tidak menentu,
tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Nilai Relatif ini boleh
berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang
dibincangankan. Jadi, nilai dianggap berbeza oleh masyarakat yang berlainan, malah dalam
masyarakat yang sama, nilai itu mungkin boleh berubah mengikut masa

Nilai Relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang
berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu
mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran
manusia. Oleh itu, nilai Relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk
menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.

Buktinya, Malaysia berpandangan serius tentang isu situasi pergaulan bebas remaja
yang berleluasa kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji
dan dikutuk oleh orang lain. Namun perkara ini adalah biasa di negara barat, Negera Barat
berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang. Di samping itu,
pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa
kini remaja diberi bebas untuk memilih pasangannya.

Secara umunya, nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal
sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma
masyarakat.

Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang
individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik
dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk
sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat
bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.

Sebagai contoh, Nilai kasih sayang kepada ibu bapa, menghargai dan menghormati
warga emas. kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak nilai ini terhadap diri
sendiri, ahli keluarga dan juga orang lain. Misalnya, bunuh orang walaupun bunuh diri
dianggap perlakuan yang salah kerana nyawa setiap orang adalah berharga dan perlu
dihargai.

Tambahan pula, insan bermoral merupakan seorang individu yang mempunyai


tingkah laku yang baik, lahir daripada amalan nilai murni dan tidak akan melakukan
perbuatan tidak bermoral iaitu dengan memenuhi ketiga-tiga adimensi moral iaitu pemikiran,
perasaan dan tindakan moral. Pemikir-pemikir terdahulu talah mengemukakan terdapat tiga
prinsip untuk kita menentukan seseorang individu tersebut memenuhi kriteria sebagai insan
bermoral iaitu prinsip Keadilan, prisip Altruisme dan prinsip Autonomi.
Prinsip Keadilan merupakan satu prinsip yang melibatkan perbuatan dan kelakuan
yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta
melayan semua orang secara saksama. Seterusnya adalah prinsip Altruisme. Prinsip
tersebut merupakan sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang
mempertimbangkan nilai perikemenusiaan, belas kasihan, simpati dan mengambil berat.
Bagi prinsip Autonomi pula, ia melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih
untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Dalam konteks ini, prinsip ini memberi
peluang kepada individu untuk bebas membuat apa yang diingini bukan atas paksaan.

Sehubungan dengan itu, terdapat sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh insan yang
bermoral, contohnya mempercayai tuhan, amanah, harga diri, gigih berusaha, sopan santun,
kasih sayang, keserdahanaan jujur, baik hati, bertanggungjawad, bertolak-ansur, berdikari,
adil, rasional, keterbukaan, hormat-menghormati, murah hati dan sebagainya.

Antaranya sifat kasih sayang merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang
insan yang bermoral. Dalam konteks moral, kasih sayang didefinisikan sebagai
kepekaandan perasaan cinta yang mendalam serta yang berkekalan yang lahir daripada
hati yang ikhlas. Ini bermakna, seseorang insan yang bermoral itu akan sentiasa
menunjukkan kasih sayang yang ikhlas serta yang berkekalan. Dalam aspek ini,seseorang
insan yang bermoral itu bukan sahaja akan menyayangi manusia, makaakan juga
menyayangi binatang. Sebagai contohnya, insan bermoral yang memilikisifat kasih sayang
ini akan sentiasa menyayangi manusia di samping menyayangi semua haiwan ciptaan
Tuhan.

Bukan itu sahaja, sifat baik hati juga sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan
yang bermoral. Dalam konteks moral, baik hati didefinisikan sebagai kepekaan terhadap
perasaan dan kebajikan diri sendiri serta orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan
moral secara tulus dan ikhlas. Dalam aspek ini, insan yang memiliki sifat baik hati akan
sentiasa membuat perbuatan baik tanpa mengharapkansebarang ganjaran. Sebagai
contohnya, insan yang mempunyai sifat ini akan sentiasa menolong orang dalam kesusahan
secara sukarela tanpa mengharapkansebarang ganjaran daripada mereka ataupun tanpa
sebarang niat di sebalik pertolongan tersebut.

Bukan itu sahaja, sifat toleransi juga salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh
seseorang insan yang bermoral itu. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa bertolak
ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara
satu sama lain. Sebagai contohnya, insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa dapat
mengawal perasaan marahnya. Selain itu, insan yang memiliki sifat ini juga akan sentiasa
dapat bertolak ansur dengan semua kaum yang terdapat di negara kita, Malaysia. Sebagai
contohnya, seorang rakan kelas yang memiliki sifat ini akan sentiasa bertolak ansur dengan
karenah rakannya yang satu lagi. Berdasarkan contoh di atas, rakan yang bertolak-ansur
merupakan rakan yang tergolong dalam insan bermoral.

Sebagai kesimpulannya, kita perlulah mengetahui dan memahami pelbagai jenis


nilai serta kepentingan mengamalkan nilai. Hal ini kerana nilai-nilai tersebut merupakan satu
piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita
dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan
diri sendiri dan orang lain.

You might also like