You are on page 1of 4

CABARAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam
bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu
anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan
teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara
pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak
berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu,
inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan
ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan
jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang
berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan
memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan
seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi
berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk
tamadun yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu
membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk
memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah
satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran
keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti
mewujudkan

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa depan...

(Mahathir Mohamad, 1998)

1.1 Koridor Raya Multimedia

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat,
pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan
negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya
Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan
2020 dan ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi utama iaitu
Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia. Langkah mewujudkan sekolah bestari
dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat
berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998). Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat
khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020 kelak.

1.2 Sekolah Bestari

Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari telah diperkenalkan pada
tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek
sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara
langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal komputer, TV pendidikan
dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan secara terperinci kemudahan teknologi maklumat
yang disediakan untuk setiap program yang dilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk
menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal insan pada masa depan amat bergantung pada kualiti
sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirancang dan
dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia dan
telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP ini
menggariskan enam teras utama dan salah satu teras utamanya iaitu, pembangunan modal insan yang memberikan
tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu,
penekanan dalam hal ini dapat dilihat daripada program yang dirancang dalam Kad Laporan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan. Ia menyatakan bahawa pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah
pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Program
ini melibatkan usaha melengkapkan semua sekolah dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan
guru serta pengurusan perubahan yang bersesuaian dan mencukupi.

Terdapat 17 inisiatif Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 untuk
membestarikan kesemua sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara inisiatif tersebut adalah:

a. Peruntukan RM82 juta untuk kelengkapan tele persidangan, kemudahan telefon satelit dan faks tanpa talian
di lebih 5,800 sekolah luar bandar dan pedalaman
b. Peruntukkan RM113 juta untuk penyediaan perisian kursus bagi guru dan murid
c. Perluasan akses SchoolNet kepada semua sekolah termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
d. Sekolah kurang Murid (SKM) dan sekolah pedalaman disediakan makmal komputer menggunakan konsep
kabin
e. Mengelompokkan Sekolah Orang Asli dan Penan dengan menggunakan sidang video untuk i) perkongsian
pengetahuan berasaskan pengajaran dan pembelajaran, ii) perkongsian data dan iii) meningkatkan
pencapaian dengan berkongsi maklumat antara satu sama lain.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)

Sejajar dengan langkah pembestarian ini, adalah perlu untuk guru untuk menyahut cabaran dan
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat agar inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia ini
akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
5. Kesimpulan

Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik,
persembahan, pangkalan data dan Internet tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti
kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian
kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk
menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah
untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran
secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini
adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

You might also like