You are on page 1of 2

PERTANDINGAN ’MENCIPTA SAJAK PATRIOTIK’

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMEDERKAAN KE-55


ANJURAN JAWATANKUASA KECIL ORGANISASI PEMBELAJARAN

1. Latar Belakang Pertandingan

a) Tarikh Pertandingan : 16 Ogos sehingga 30 September 2012

b) Konsep Pertandingan : Peserta diminta mencipta sajak patriotik dengan


memasukkan elemen-elemen pertanian dalam karya masing-masing.

2. Objektif

(a) Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan warga MOA di samping


menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan;
(b) Menyemai semangat jati diri di kalangan warga MOA kerana semangat ini
akan mendorong kepada pemikiran kreatif dan inovatif yang akan membawa
kepada pembangunan Kementerian;
(c) Membentuk budaya belajar dan menambah ilmu pengetahuan di kalangan
warga MOA selaras dengan matlamat JKK LO.

3. Syarat-syarat Pertandingan

a) Terbuka kepada semua warga MOA (termasuk Jabatan dan Agensi);

b) Elemen pertanian yang boleh dimasukkan merangkumi semua bidang di


bawah pertanian cth: tanaman, ternakan, perikanan dan lain-lain yang
bersesuaian;

c) Sebarang penggunaan perkataan yang mengandungi unsur-unsur negatif yang


menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik adalah tidak dibenarkan;

d) Setiap karya perlulah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja dan tiada had
jumlah perkataan;

e) Peserta boleh menghantar sebanyak tiga buah sajak namun hanya satu sajak
terbaik sahaja akan dipilih untuk diadili;

f) Karya boleh disediakan dalam bentuk bercetak dan dihantar melalui tangan
atau e-mel (menggunakan format BORANG yang telah disediakan) kepada
maizun@moa.gov.my (Unit Penerbitan/No. tel : 03-8870 1396) atau
ariza@moa.gov.my (Bahagian Pengurusan Maklumat /No. tel : 03-8870 1870);

g) Keputusan hakim adalah muktamad.

4. Hadiah

a) Tempat pertama - Wang (RM150.00), hadiah iringan & sijil penyertaan


b) Tempat kedua - Wang (RM100.00), hadiah iringan & sijil penyertaan
c) Tempat ketiga - Wang(RM80.00), hadiah iringan & sijil penyertaan
BORANG PERTANDINGAN ’MENCIPTA SAJAK PATRIOTIK’

ANJURAN
JAWATANKUASA KECIL ORGANISASI PEMBELAJARAN MOA
16 Ogos – 30 September 2012

Nama :

No. K/P :

Bahagian :

Jawatan :

No. Tel. (P) : No. Tel. (H/P) :

No. Faks : E-mel :

Tajuk Sajak :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Sila kepilkan bersama sajak anda bersama borang ini.

You might also like