You are on page 1of 1

REFLEKSI

Setelah melaksanakan pdpc, saya dapati terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan bagi
pdpc yang dijalankan. Antara kekuatan pdpc yang dilaksanakan ialah saya telah
melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Hal ini dapat menggalakkan sikap kerjasama dan
saling membantu sesama murid dalam menyelesaikan masalah. Pelaksanaan aktviti secara
berkumpulan juga telah menarik perhatian dan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif
di dalam kelas. Bukan itu sahaja, murid juga akan lebih mudah untuk memahami isi pelajaran
dengan adanya bantuan rakan-rakan sekumpulan dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan.

Antara kelemahan yang telah dikesan ialah kawalan kelas yang longgar disebabkan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Keadaan kelas menjadi agak bising apabila murid
berbincang semasa menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tambahan pula, penguasaan
murid yang agak lemah dalam topik yang dipelajari sebelum ini telah menyebabkan mereka
mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini telah
menyebabkan saya tidak sempat untuk melakukan langkah-langkah pengajaran lain yang
telah ditulis dalam RPH. Terdapat juga murid yang tidak memberi kerjasama dan tidak
melibatkan diri dalam tugasan berkumpulan yang diberi. Ada dalam kalangan mereka yang
berbual dengan rakan daripada kumpulan sebelah dan membuat bising.

Oleh yang demikian, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi menghasilkan


pdpc yang lebih baik pada masa akan datang. Antaranya ialah dengan menetapkan peraturan
kelas supaya murid-murid tidak berbuat bising di dalam kelas serta memberi tumpuan semasa
pdpc dijalankan. Contohnya dengan menolak markah bagi ahli kumpulan yang membuat
bising. Saya juga boleh memberikan ganjaran kepada kumpulan yang dapat menjawab
tugasan yang diberikan dengan betul dan terpantas. Hal ini boleh menjadikan murid lebih
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Saya juga harus
menegaskan berkaitan tempoh masa dalam melaksanakan tugasan berkumpulan supaya
murid-murid dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Oleh yang demikian,
saya dapat melaksanakan setiap langkah pengajaran berpandukan rancangan pengajaran
harian yang dirancang dengan baik.

You might also like