You are on page 1of 10

BADMINTON

Badminton adalah permainan gelanggang yang boleh dimainkan sama ada di dalam atau di
luar dewan. Badminton boleh dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan secara individu,
beregu atau beregu campuran.

Terdapat tiga kategori dalam permainan badminton, iaitu acara perseorangan lelaki
atau perempuan, beregu lelaki atau perempuan dan beregu campuran

Sejarah Badaminton
 1786, permainan badminton mula diperkenalkan oleh orang Inggeris yang datang ke
Pulau Pinang.
 1925, persatuan badminton yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah Persatuan
Badminton Pulau Pinang.
 1934, Persatuan Badminton Malaysia atau BAM ditubuhkan.
 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang ditubuhkan telah
memperkenalkan satu pertandingan antara negara-negara. Pertandingan ini dikenali
sebagai Piala Thomas, pemain khas untuk pasukan lelaki.
 1949, Malaysia buat kali pertama menjadi johan dengan menewaskan pasukan
Denmark dalam pertandingan Piala Thomas di Preston, England.
 1952, 1955 dan 1967 Malaysia sekali lagi menjadi johan dalam pertandingan Piala
Thomas.
 1992, negara kita menjadi johan lagi setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia
dalam pertandingan Piala Thomas di Stadium Negera, Kuala Lumpur.
 2002, negara kita sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala
Thomas yang berlangsung di Guangzhou, China tetapi tewas di tangan Indonesia.
Kemahiran Memegang Raket
Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas. Teknik
pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari, manakala ibu jari di
bahagian atas. Sementara bagi pegangan kilas, keempat-empat jari memegang raket,
manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian pemengang raket yang rata.

Kemahiran Servis
Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis
kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas.

a. Servis Tinggi
Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang
gelanggang pihak lawan.

 Berdiri dalam petak servis.


 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Berat badan di kaki belakang.
 Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang.
 Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis.
 Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket.
 Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.

Ikut lajak.
b. Servis Rendah
Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang
rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

 Berdiri di dalam petak servis.


 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Pegang bulu tangkis separas pinggang.
 Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi.
 Mata ke arah bulu tangkis.
 Kunci pergelangan tangan.
 Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang.
 Kontak bulu tangkis pada tengah raket.

Ikut lajak selari dengan pergerakan bulu tangkis.


c. Servis Kilas
Servis kilas digunakan dalam permainan beregu dan juga perseorangan.

 Berdiri dalam petak servis.


 Pegang raket mengikut teknik pegang kilas.
 Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket.
 Berat badan berada di kaki hadapan.
 Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan.

Kontak bulu tangkis pada bahagian tengah muka raket.


Ikut lajak.
Kemahiran Pukulan
Terdapat pelbagai pukulan dalam permainan badminton yang harus dikuasai oleh seseorang
pemain supaya pukulan daripada pihak lawan dapat dibalas semula. Pemain harus
mempelbagaikan jenis pukulan bagi mengelirukan pihak lawan. Antara jenis pukulan ialah
pukulan hadapan, kilas dan lob.

a. Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju
dan deras.

 Pegang raket mengikut teknik pegang depan.


 Bawa raket ke belakang dengan siku fleksi.
 Pergerakan pergelangan tangan dikunci.
 Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangksi separas dengan ketinggian jarring.

Ikut lajak.

b. Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu
tangkis melalui smesy kilas.

 Pada kedudukan sedia.


 Pegang raket mengikut teknik pegang kilas.
 Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada.
 Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu.

Ikut lajak.
c. Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan
serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi
bersedia.

 Pada kedudukan sedia.


 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan.
 Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi.
 Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala.

Ikut lajak.
Kemahiran Smesy
Smesy adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan
dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik
melakukan smesy ialah:

 Pada kedudukan sedia.


 Pegang raket mengikut teknik pegang depan.
 Raket diayunkan ke belakang kepala, siku fleksi.
 Kedudukan badan di belakang bulu tangkis.
 Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang
boleh dicapai.

Ikut lajak.

Kemahiran Gerak Kaki


Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah
terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang
berbeza. Asas pergerakan kaki adalah mengikut nombor-nombor seperti ditunjukkan pada
Rajah 2.1.
a. Asas pergerakan kaki
 Pergerakan kaki kepada semua penjuru gelanggang untuk kembali ke fasa
persediaan (no. 5).

b. Gerak kaki ke belakang (no. 7,8 dan 9)


 Pada kedudukan sedia (no.5).
 Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang.
 Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi.
 Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukan pukulan.

c. Bergerak ke hadapan (no. 1,2 dan 3)


 Pada kedudukan sedia (no. 5)
 Gerak kaki ke hadapan.
 Kaki kanan bergerak ke hadapan, diikuti kaki kiri.
 Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan.
 Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek.
 Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus.
 Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kududukan sedia.

d. Bergerak ke sisi (no. 4 dan 6)


 Pada kedudukan sedia (no. 5)
 Bergerak ke kanan, kaki kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.
 Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.
Undang-undang dan Peraturan

a. Ciri-ciri Peralatan

Peralatan
 Raket badminton
 Bulu tangkis
 Jaring badminton

Bulu tangkis
 Terdapat dua jenis bulu tangkis yang selalu digunakan iaitu yang diperbuat daripada
bulu angsa dan juga jenis plastik.

Raket
 Raket adalah peralatan yang digunakan untuk mumukul bulu tangkis.
 Diperbuat daripada kayu, besi atau gentian karbon.
 Berat raket adalah antara 99.2g – 141.7g

Gelanggang
 Berbentuk segi empat tepat.
 13.40m panjang dan 6.10m lebar untuk acara beregu.
 Bagi acara perseorangan panjang gelanggang ialah 13.4m dan lebar 5.18m.
 Tinggi jaringnya ialah 1.54m dari aras lantai dan lebar jarring ialah 0.76m.

b. Membuat Undian

Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menentukan pihak yang


memenangi undian membuat pilihan sama ada untuk:

 Membuat servis mula.


 Memilih gelanggang.
c. Pertukaran Petak Gelanggang

Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang :

 Pada akhir permainan set pertama.


 Sebelum permulaan permainan set ketiga (jika ada).
 Dalam permainan ketiga:
i. Mata ke-6 dalam permainan 11 mata, atau
ii. Mata ke-8 dalam permainan 15 mata.

d. Kiraan Mata

Mata Mata Tambaha Mata


Acara Permainan Dius n Mata Permainan
Biasa Dius
Perseorangan Lelaki 15 14-14 3 17

Perseorangan Perempuan 11 10-10 3 13

Beregu Lelaki 15 14-14 3 17

Beregu Perempuan 15 14-14 3 17

Beregu Campuran 15 14-14 3 17

You might also like