You are on page 1of 6

4.

0 Justifikasi Pemilihan Model Logik Dalam Penilaian Program Kem Bersepadu


Badan Beruniform

Penilaian pembelajaran merupakan perbuatan menilai hal-hal yang dilakukan dalam proses
pembelajaran yang merangkumi perancangan, pelaksanaan dan proses penilaian serta
impaknya terhadap kelompok yang menjadi kumpulan sasar (Astin Lukum, 2015). Khairatul
Akmar et al. (2015) menyatakan bahawa pembinaan objektif merupakan asas pertama dalam
pembinaan program dan dijadikan sebagai kayu ukur bagi perancangan seterusnya dan
akhirnya penilaian pembelajaran.

Shamsazila Sa’aban et al. (2017) menerangkan kompenan penting dalam membuat


penilaian terhadap sesuatu program merangkumi proses pengumpulan dan penggunaan
maklumat untuk membuat keputusan dan juga mengenal pasti sama ada sesebuah program
berjaya atau tidak. Dalam konteks program ini, penilai ingin menilai keberkesanan program
dengan melihat sama ada hasil akhir mencapai tahap yang diinginkan. Maka, dalam menilai
Program Kem Bersepadu Badan Beruniform, Model Logik telah dijadikan sebagai acuan bagi
menentukan objektif tercapai atau sebaliknya.

Model Logik secara ringkasnya diwakilkan sebagai grafik yang menunjukkan


hubungan antara pembolehubah yang dilaburkan dengan keputusan yang diperolehi. Model
Logik merupakan satu model yang jelas dan sistematik dalam menunjukkan hubungkait
sesuatu program, proses yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan dan seterusnya perubahan
yang dihasratkan (Abdul Azis,2016). Berbanding dengan model lain, model ini mudah
difahami melalui pewakilan grafik dan jadual yang menunjukkan perkaitan antara kompenan
yang terlibat dalam pelaksanaan Program Kem Bersepadu Badan Beruniform.

Model Logik menjadi panduan untuk membangunkan langkah input, proses dan
seterusnya hasil yang dikehendaki dan bentuk perubahan yang diinginkan. Struktur logik
digunakan untuk mengenal pasti perubahan yang boleh diukur dan boleh dinilai (Knowlton dan
Philips, 2013). Model Logik berperanan sebagai peta untuk mengumpul data bagi membantu
membuat keputusan mengenai aspek yang dititiberat dalam intervensi yakni merit penilaian.
Dengan menggunakan model ini, penilai akan dibimbing untuk mengenal pasti soalan kritikal
yang perlu dijawab dan mengurus sumber peruntukan.
Model Logik membantu perancang aktiviti mencapai kesepakatan mengenai matlamat
dan merapatkan jurang yang wujud. Pembangunan intervensi membolehkan perancang untuk
menentukan dan mengubahsuai sumber dan aktiviti sebelum pelaksanaan sepenuhnya
dijalankan. Selari dengan pelaksanaan Program Kem Bersepadu Badan Beruniform, pihak guru
yang menjadi perancang akan dapat memodifikasi sumber peruntukan yang terhad bersesuaian
dengan aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan, bekerjasama, tolong menolong dan
bertolak ansur.

Model Logik memberi kerangka yang komprehensif untuk penilai dan pelaksana bagi
memantau pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan dari masa ke semasa (McDavid et al. 2018).
Indikator yang terdapat dalam setiap langkah membantu menentukan sama ada aktiviti
dilaksanakan mengikut pelan asal selaras dengan sumber yang diperuntukkan. Proses ini
membantu pelaksana mengenal pasti aspek penambahbaikan program, pembetulan ketika
pertengahan pelaksanaan Kem Bersepadu Badan Beruniform dan bantuan teknikal bagi
menyokong pelaksanaan berterusan.

Pemilihan model ini juga berkait rapat dengan kekuatan model ini yang memudahkan
analisis, perancangan, komunikasi berkaitan dengan objektif program dan pencapaian yang
sebenar (Fretchling, 2007). Model Logik menyediakan koheren dan perkaitan merentas
pelbagai komponen dan membantu penilai mengimbangi keringkasan dan kerumitan dalam
pengumpulan dan analisis data. Pada akhir program, pemegang taruh akan mendapat data yang
yang menjelaskan keberkesanan program ini terhadap peserta yang terlibat.

5.0 Pemegang Taruh yang Mendapat Manfaat dari Penilaian Program Kem Bersepadu
Badan Beruniform

Sesuatu kelompok atau komuniti dianggap sebagai pemegang taruh bagi sesebuah
organisasi apabila memiliki ciri-ciri seperti mempunyai kuasa untuk mempengaruhi atau
dipengaruhi oleh pencapaian organisasi tersebut (Freeman,1984). Menurut McGrath dan
Whitty (2017), istilah pemegang taruh boleh berbeza berdasarkan kontekstual bidang khusus
yang dirujuk oleh suatu masyarakat, komuniti, kelompok atau individu yang memiliki
hubungan dan berkepentingan terhadap sesuatu organisasi.

Berkhusus kepada dunia pendidikan, pemegang taruh merupakan orang yang bertindak
selaku pemegang dan pemberi sokongan terhadap pendidikan (Janmaat et al. 2016). Bidang
pendidikan salah satunya berperanan sebagai agen perpaduan dan memupuk integrasi kaum.
Maka, pelaksanaan Program Kem Besepadu Badan Beruniform dihasratkan memberi manfaat
kepada pemegang taruh sekolah, masyarakat dan pemerintah.

5.1 Pemegang taruh sekolah

Pemegang taruh sekolah merangkumi para guru, pentadbir sekolah, pelajar-pelajar dan
badan pengurusan sekolah. Sekolah merupakan pemegang taruh primer selaku pemegang taruh
utama yang memiliki kepentingan secara langsung dengan Program Kem Bersepadu Unit
Beruniform. Institusi sekolah digunakan secara optimum sebagai pusat memperkembang
potensi dan bakat pelajar dalam bidang luar selain dari akademik. Pelajar merupakan klien
utama dalam program ini. Penilaian program ini akan memberi manfaat kepada pelajar dari
aspek penambahan ilmu dan kemahiran yang diaplikasi melalui pembelajaran ikatan dan
simpulan dan asas pertolongan cemas. Guru selaku pelaksana program juga mendapat
maklumat terus dari lapangan mengenai kekuatan dan kelemahan program untuk
penambahbaikan pada masa depan. Pentadbir sekolah dapat menyalurkan sumber yang diberi
oleh kementerian secara efektif.

5.2 Pemegang taruh pemerintah

Pemegang taruh pemerintah diklasifikasi sebagai pemegang taruh kunci yang memiliki
akses secara undang-undang dalam perkara membuat keputusan (Gina Aulia, 2016). Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan organisasi yang
memiliki unsur eksekutif dan legislatif dalam menentukan setiap pelaksanaan dasar dan
penyaluran sumber untuk program pendidikan. Melalui penilaian program Kem Bersepadu
Unit Beruniform, pemegang taruh pemerintah akan mendapat pelbagai maklumat seperti
penggunaan peruntukan untuk unit beruniform digunakan secara optimum atau sebaliknya.

5.3 Pemegang Taruh Masyarakat

Pemegang taruh masyarakat merujuk kepada ibu bapa pelajar, kelompok yang
memerlukan tenaga terdidik seperti kedai buku, penyedia alat pendidikan, kontraktor bagi
pembangunan sekolah. Pemegang taruh masyarakat bertindak selaku pemegang taruh sekunder
yang tidak memiliki perkaitan kepentingan secara langsung terhadap sesuatu program tetapi
memiliki kepedulian atau ‘concern’ (Gina Aulia, 2016). Keprihatinan pemegang taruh
sekunder menyebabkan mereka bersuara dan berpengaruh terhadap sikap masyarakat dan
keputusan pemerintah. Melalui penilaian program yang dijalankan, akan memberi informasi
kepada masyarakat mengenai perlaksanaan program Kem Bersepadu Unit Beruniform.
6.0 Kajian Literatur

Sistem pendidikan kini berubah mengikut keperluan negara dalam usaha merealisasikan
aspirasi negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Induk Pendidikan Malaysia
2015-2025. Salah satu cabaran utama dalam mencapai hasrat ini adalah membentuk peribadi
pelajar menjadi modal insan yang bersahsiah dan mempunyai jati diri yang kental mengikut
acuan Malaysia. Namun, penglibatan pelajar dalam salah laku disiplin seperti ponteng yang
mencatat 67053 kes pada tahun 2017 (Astro Awani, 2017) boleh menjejaskan pembentukan
modal insan yang berkualiti. Maka, aktiviti kokurikulum yang merangkumi aktiviti
perkhemahan badan beruniform dilihat sebagai salah satu cabang kurikulum bersifat
serampang dua mata untuk mendedahkan pelajar dengan ilmu di luar akademik dan pada masa
yang sama mengekalkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah.

Zawiyah (2015) menjelaskan penganjuran aktiviti kokurikulum terutama perkhemahan


amat kurang walaupun terdapat data dari kajian lepas menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat
membantu meningkatkan prestasi akademi serta kemahiran bukan akademik termasuklah
aspek motivasi dan meningkatkan kemahiran diri. Kegiatan perkhemahan mewujudkan ciri-
ciri kemahiran generik seperti pembinaan sahsiah, kepimpinan, akhlak mulia, budaya
penerokaan ilmu pengetahuan, mempuk, kemahiran berfikir kritis dan kreatif dan memupuk
kendiri yang positif. Kesedaran kendiri yang tinggi boleh membantu individu menangani
ketidakstabilan emosi apabila menghadapi tekanan.

Wardatul dan Noraini (2014) berpendapat aktiviti kokurikulum merupakan medium


untuk memberi ilmu, membentuk peribadi dan kemahiran kepada pelajar. Kajian Petro Marais
(2011) mendedahkan aktiviti kokurikulum boleh menyumbang kepada pembentukan secara
holistik dan meransang deria mengikut perkembangan dan meningkatkan efikasi kendiri.
Pembentukan individu secara holistik menuntut keseimbangan antara akademik dan sahsiah.
Kokurikulum menjadi pelengkap dalam memenuhi kehendak kurikulum (Rosnida dan Nur
Farah, 2016). Dalam pengisian aktiviti perkhemahan, pelaajr didedahkan dengan proses, teknik
dan kegunaan ikatan dan simpulan, pertolongan cemas dan aktiviti menyelamat.

Program perkhemahan dapat mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran insaniah.


Penyataan ini disokong oleh kajian Zainal Ariffin et al. (2016) yang menunjukkan hubungan
aktiviti kokurikulum amat jelas untuk menambah pengalaman yang bermakna dan memberi
impak terhadap kemahiran dan tingkah laku pelajar. Kemahiran komunikasi dapat dipupuk
melalui program perkhemahan unit beruniform apabila pelajar perlu berinteraksi sesama ahli
misalnya untuk membuat ikatan dan simpulan. Ahmad dan Hisham (2016) berpendapat
kesedaran yang tinggi dalam kemahiran mendengar berpunca dari motivasi yang kuat dalam
diri pelajar dan seterusnya mengaplikasikan kemahiran komunikasi supaya matlamat
penglibatan dapat dicapai.

Kemahiran kepimpinan merupakan antara kemahiran yang boleh dipupuk melalui


penglibatan pelajar dalam perkhemahan aktiviti badan beruniform. Data kajian Ahmad dan
Hisham (2016) yang dianalisis menunjukkan perubahan keterampilan kepimpinann dalam
kalangan pelajar adalah tinggi setelah mengikuti aktiviti kokurikulum. Responden dari kajian
ini mahir dalam menyedari kewujudan masalah semasa proses pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut. Proses ini boleh melatih pelajar
menjadi pemimpin dengan baik.

Pelaksanaan aktiviti berkumpulan dalam aktiviti perkhemahan unit beruniform dapat


memupuk kerjasama dan sikap tolong menolong seperti yang dinyatakan oleh (Zawiyah, 2015).
Aktiviti berkumpulan bertindak melatih pelajar yang sentiasa berupaya memberi dan menerima
kritikan yang membina. Keupayaan diri untuk menerima kritikan boleh diaplikasi pelajar
dalam berdepan cabaran dalam kehidupan sebenar. Pemakaian pakaian unit beruniform
menurut Ahmad dan Hisham (2016) mampu melatih pelajar untuk memiliki perwatakan yang
kemas.

Dapatan kajian Rosnida dan Nur Farrah (2016) menunjukkan faktor infrastruktur dan
kemudahan asas dalam mengelola aktiviti kokurikulum mempengaruhi keterlibatan pelajar
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Kajian ini turut mendedahkan pelajar kurang gemar
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang membosankan. Dalam konteks penilaian ini,
penilai mencakupi ruang lingkup sumber peruntukan dan kelengkapan kemudahan dalam
pengelolaan program perkhemahan unit beruniform. Kajian ini adalah berdasarkan kajian
penilaian berorientasikan pencapaian iaitu Model Logik. Maka, titik banding dalam
pengumpulan dan penganalisisan data berfokus kepada satu hala iaitu menentukan sama ada
sesuatu tujuan dan objektif program yang ditetapkan telah tercapai atau tidak.

Model Logik telah digunakan sebagai alat untuk menilai program dalam pelbagai
bidang. Azri Mokhtar (2016) telah menggunakan Model Logik University Winconsin (2002)
dalam kajian penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Pengaplikasian Model Logik berkhusus untuk melihat faktor untuk melihat
faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program pendidikan moral dan etika tentera
ATM. Relevansi Model Logik digunakan kerana berkait dengan kepentingan andaian yang
dibuat oleh para pendidik tentang cara program mempengaruhi outcome atau impak. Dalam
kajian ini, dimensi-dimensi lain tidak menyatakan hasil sendiri, namun telah menghuraikan
proses dan strategi yang digunakan oleh pendidik bagi mencapai hasil input.

Abdul Azis (2016) telah menggunakan Model Logik untuk menilai sejauh mana
program pembelajaran inovasi pendidikan efektif di Fakultas Tarbiyah Program Studi
Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah di Lingkungan Institut Agama Islam Darussalam
Ciamis. Dapatan kajian ini menunjukkan pada dimensi inputs, kandungan kuliah dan
kemudahan pembelajaran dalam tahap sangat baik kerana kandungan kuliah menepati
kurikulum dan silibus, manakala kemudahan 90% mengalakkan pembelajaran. Bagi aktiviti

atau proses, pengelolaan pembelajaran pada skor ≥ 62.87. Outputs dinilai melalui skor ujian

akhir semester berasa dalam kategori baik pada skor ≥ 78.91.

Abdul Rahim et al. (2017) telah melaksanakan proses penilaian berdasarkan Model
Logik untuk menilai outcome dan impak program kemahiran kolej komuniti Malaysia.
Indikator penilaian berfokus ke atas pencapaian outcome dan impak kompetensi diri peserta
kursus dalam setiap program kemahiran. Justifikasi pemilihan Model Logik dalam kajian ini
bagi menjelaskan aliran penyebab dan kesan yang berhubungan dengan program yang
dianjurkan di Kolej Komuniti dan aktiviti program kemahiran yang cenderung memberi
outcome dan impak dalam pembangunan negara. Dapatlah disimpulkan Model Logik telah
terbukti efektif dalam menilai program dan boleh digunakan untuk menilai pelaksanaan
program Kem Bersepadu Unit Beruniform.

You might also like