You are on page 1of 2

Mesin jahit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Mesin jahit merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menjahit kain dan bahan-bahan lain
bersama-sama dengan benang. Mesin jahit dicipta ketika zaman Revolusi Perindustrian bertujuan
mengurangkan kerja-kerja jahitan yang dilakukan di syarikat-syarikat pakaian. Sejak penciptaan
pertama mesin jahit ini oleh Thomas Saint pada tahun 1790,[1] kewujudan mesin ini telah
meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran dalam industri pembuatan pakaian.
Mesin jahit domestik direka bentuk untuk kegunaan seseorang menjahit item individu ketika
menggunakan jahitan jenis tunggal. Reka bentuk mesin jahit moden menggalakkan kain meluncur
masuk dan keluar dari mesin dengan mudah tanpa perlunya menggunakan jarum, jidal dan alat-alat
lain yang digunakan dalam jahitan tangan, mengautomasikan proses jahitan serta menjimatkan
masa.
Mesin jahit gred industri pula bersaiz lebih besar, bergerak dengan lebih cepat serta muncul dalam
pelbagai jenis rekaan mengikut kos, penampilan, dan tugas yang dikehendaki.

Mesin jahit jenama Jones Family CS dari sekitar tahun 1935

Isi kandungan

 1Reka bentuk
o 1.1Jahitan
o 1.2Jarum
 2Jenis
 3Rujukan
 4Pautan luar

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]


Jahitan[sunting | sunting sumber]
Mesin jahit boleh menghasilkan pelbagai jenis jahitan biasa mahupun bercorak. Terdapat lebih dari
tiga dozen bentuk jahitan yang diakui secara rasmi mengikut piawai ISO 4915:1991, di mana jahitan
tersebut terbentuk daripada satu hingga tujuh utas benang yang berasingan.[2]
Jarum[sunting | sunting sumber]
Mesin jahit menggunakan jarum khas yang disesuaikan untuk keperluan jahitan serta sifat bahan
yang sedang dijahit.

Jenis[sunting | sunting sumber]


Terdapat juga jenis-jenis mesin jahit lain luar daripada yang dijana manusia. Ini termasuk:

 Mesin jahit perindustrian berkelajuan tinggi


 Mesin jahit elektrik yang diprogramkan menjahit corak secara automatik

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. ^ A brief history of the sewing machine, ISMACS.
2. ^ Summary of stitch types

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


 Templat:Hsw̠ - HowStuffWorks
 Sewing Machines, Historical Trade Literature. Perpustakaan Institusi Smithson.
 Old Sewing Machines and How They Work – penjelasan mengenai bagaimana mesin jahit lama
berfungsi besertakan dengan animasi

 An Online Museum of Antique Sewing Machines.


 "Servant in the house: A brief history of the sewing machine" dari The Annual Report of the
Smithsonian Institution bertarikh 1929
 History of Singer sewing machines

You might also like