You are on page 1of 6

Maklumat Rumah Angkat ke-2

Nama Bapa Angkat : Sivanesh a/l Subra

Umur Bapa Angkat : 45 tahun

Pekerjaan Bapa Angkat : Pemandu lori

Nama Ibu Angkat : Neety a/p Suresh

Umur Ibu Angkat : 43 tahun

Pekerjaan Ibu Angkat : suri rumah

Bilangan anak :3

Nama anak-anak : Krishnan a/l Sivanesh (umur 9 tahun)

Surentiran a/l Sivanesh (umur 8 tahun)

Aneesha a/p Sivanesh (umur 3 tahun)

Alamat rumah : No. 69, Taman Kuchai, Lunas, Kulim, 09600, Kedah.

Selepas aktiviti di sekolah telah selesai, kami, iaitu Choi Ming Mei, Ivy Lieu Chai

Ling dan Richard Santiago telah berjalan kaki ke rumah angkat, iaitu Rumah

Sivanesh A/L Subra. Jarak di antara rumah dengan sekolah agak jauh dan kami telah

menggunakan masa selama 20 minit untuk perjalanan. Setelah kami telah sampai di

rumah angkat, kami telah dijemput untuk makan petang. Kami telah dihidangkan

dengan lauk-pauk enak yang dimasak oleh ibu angkat. Selepas itu, kami telah

menjalankan beberapa permainan yang seronok untuk mengeratkan hubungan

antara kami dengan kanak-kanak. Kami telah menjalankan permainan ”Cari Ketua”.

Bagi permainan ini, kami bersama dengan kanak-kanak diminta duduk dalam bulatan.

Selepas itu, seorang kanak-kanak akan dipilih untuk mencari ketua dan semua orang

haruslah meniru pergerakan yang dilakukan oleh ketua tersebut. Ketua boleh

menukar pergerakan dan kanak-kanak lain haruslah mengikut pergerakan ketua.

Mereka bermain dengan seronok.

Bukan itu sahaja, di rumah angkat, kami juga telah bermain permainan ”Cari

Saya Di Mana”. Seorang kanak-kanak akan dipilih untuk menutup mata dan diminta

untuk menangkap orang. Kanak-kanak lain haruslah menyelamatkan diri daripada

ditangkap oleh kanak-kanak tersebut dengan melarikan diri. Jika kanak-kanak yang
ditutup mata tersebut dapat menangkap kanak-kanak lain akan dikira sebagai

pemenang. Bagi kanak-kanak yang ditangkap, kanak-kanak tersebut akan menjadi

penangkap untuk menangkap orang. Semua kanak-kanak melibatkan diri secara aktif

dalam permainan yang dijalankan. Kami bermain dalam keadaan yang sangat

seronok. Semua kanak-kanak termasuk pelajar guru telah letih bermain permainan

yang dijalankan. Selepas itu, kami dihidangkan dengan minum petang.

Sebagai minum petang, ibu dan bapa angkat kami telah menyediakan hidangan

kuih dan milo untuk semua kanak-kanak dan kanak-kanak. Hidangan kuih yang

disediakan itu merupakan kuih tradisional kaum India, termasuklah karipap, kuih

kacang hijau, vadai dan paruppu vadai. Kami menikmati hidangan kuih yang enak

tersebut sambil berbual-bual mengenai latar belakang masing-masing. Menurut bapa

angkat, beliau merupakan seorang pemandu lori dan ibu angkat merupakan seorang

suri rumah. Mereka dikurniai anak seramai 3 orang. Kanak-kanak lain yang berada di

rumahnya ialah anak-anak saudara yang bercuti di rumahnya. Beliau juga

memberitahu bahawa rumahnya disewa.

Selepas ini, kami mula mengajar kanak-kanak seramai 8 orang di rumah tersebut

untuk menulis, membaca dan mengira. Kami mengenalpasti masalah pembelajaran

mereka terdahulu, sama ada mereka lemah dalam aspek menulis, membaca atau

mengira. Seterusnya, kami berkerjasama untuk mengajar mereka berdasarkan aspek

kelemahan mereka. Ibu bapa angkat memberi galakan dan sokongan kepada mereka.

Mereka rajin belajar dan tidak mudah berputus asa walaupun mengalami kegagalan

banyak kali. Contohnya, Krishnan yang lemah dalam sifir dua banyak mencuba untuk

menghafalkan sifir itu. Kami juga mengajarnya cara mengingat sifir untuk

membantunya menghafal dengan berkesan. Akhirnya, dia berjaya menghafal sifir dua

dengan lancar. Sesi pengajaran ini berlangsung sehingga pukul 5.15 petang.

Kemudian, kami bertukar baju dan bersedia untuk bertolak balik ke sekolah. Bapa

angkat membawa kami ke sekolah. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat

tinggal kepada ibu bapa angkat dan kanak-kanak. Kami berasa berat hati untuk

berpisah dengan mereka.

Secara kesimpulannya, banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah telah kami


jalankan di rumah angkat. Kami berasa gembira kerana dapat bergaul dan

berkomunikasi serta bermain dengan keluarga anak angkat yang berbangsa India. Ini

merupakan peluang keemasan bagi kami untuk berkomunikasi dan berkhidmat untuk

keluarga angkat. Kami amat gembira kerana mendapat peluang ini.


Gambar di atas menunjukkan sesi bergambar bersama dengan keluarga Anak

Angkat.

Gambar di atas menunjukkan kami bersama dengan kanak-kanak sedang bermain

permainan Cari Saya Di Mana.


Gambar di atas menunjukkan minum petang yang telah disediakan untuk kami.

Gambar di atas menunjukkan keadaan semasa kami telah menjalankan

pengajaran terhadap kanak-kanak di rumah angkat.

You might also like