You are on page 1of 3

PENGURUSAN PROJEK LANDSKAP

Pengurusan projek landskap adalah amat penting bagi memastikan projek yang akan dijalankan
berjalan lancar.

Mengikut pengalaman saya, perkara yang penting dalam pengurusan projek ialah perancangan,
perlaksanaan, pengawalan dan penyiapan kerja atau (close out project).

ENAM perkara penting dalam pengurusan projek:-

1) Kewangan (Money)

2) Tenaga kerja (Manpower)

3) Jentera/ Kenderaan dan Kelengkapan (Machines and Equipment)

4) Bahan binaan dan pokok (Materials and Plants)

5) Pengurusan kerja (Management of works)

6) Kaedah Kerja (Method of work)

PENGURUSAN PROJEK LANDSKAP SERTA MEMBINA


LANDSKAP:
Langkah Perancangan Awal kerja terbahagi 3 perkara penting iaitu:-

1) Mengenalpasti Skop Kerja (Scope of Work)

2) Membuat Jadual Kerja (Work Schedule)

3) Mengenalpasti Sumber Kerja untuk digunakan dalam projek seperti Tenaga Kerja (Resource
of works).

CONTOH PENGURUSAN PROJEK LANDSKAP


Kes 1: Sebuah rumah banglow telah menganugerahkan satu kontrak kepada Kontraktor
Landskap A. Tuan rumah ingin mengetahui berapa lamakah jangkamasa kerja lansdkap
tersebut. Skop Am kerja mereka adalah membuat landskap kejur (Hardscape) dan halus
(Softscape) untuk rumah tersebut. Antara skop terperinci kerja landskap tersebut adalah:

1) Membina satu gazebo atau tempat teduhan (Hardscape)

2) 2 buah tempat duduk batu/ Simen (Hardscape)

3) 1 kolam ikan berserta sistem pembersihan (Hardscape)

4) Menanam Pokok besar dan renek baru di sekitar kolam & gazebo baru (Softscape)

Penyelesian:
1) Senaraikan (Work Breakdown Structure) WBS.

WBS Kes 1

2) Membuat Program Kerja (Work Program) berdasarkan sumber (resources) yang sepatutnya
digunakan.
Program Kerja Kes 1

3) Mengemaskini (update) program kerja (Work Program). Secara Harian atau Mingguan.

4) Pemantauan (Monitoring) kemajuan kerja berdasarkan tahap kemajuan seperti maju (Ahead)
atau lewat (delay).

5) Pengawalan (Controlling) kemajuan kerja dengan mencari jalan mengatasi masalah


kelewatan (mitigation) ataupun mengawal kerja mengikut masa siap kerja yang ditetapkan.

You might also like