You are on page 1of 22

MOFORLOGI DAN SINTAKSIS

Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif
atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar
daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini perkembang melalui proses pengimbuhan.
Pengimbuhan yang di sebut ialah pengabungan morfem dengan kata dasar. Hasil daripada
penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang
lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat
komunikasi.

Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana
bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang ringkas dan mudah. Morfologi
dalam bahasa Melayu lebih didasari gabungan morfem serta proses pengimbuhan , pemajmukan
dan penggandaan dalam menghasilkan pelbagai jenis frasa. Gabungan frasa dan klausa pula akan
membentuk ayat dasar yang menjadi sumber kepada pembentukan ayat-ayat lain. Oleh itu,
terhasillah jenis –jenis ayat yang pelbagai seperti ayat penyata, ayat seru, ayat perintah dan ayat
tanya di samping ayat aktif dan ayat pasif. Penggunaan pelbagai jenis kelompok ayat ini berfungsi
untuk menyampaikan maklumat, penerangaan dan membuat perhubungan

Tidak dapat dinafikan bahasa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan
sesuatu maklumat sama ada secara lisan atau pun tulisan. Oleh itu , kerjasama pihak kerajaan
dengan wartawan di lihat sebagai satu hubungan yang perlu dieratkan demi menjayakan usaha-
usaha penyebaran maklumat. Menerusi hubungan inilah, khazanah ilmu dan persuratan Melayu
dapat di sebarkan dengan lebih meluas dan dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain di duani.
Hasil penulisan yang berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah dianggap sama penting dalam perjuangan
memartabatkan bahasa Melayu.

Kajian-kajian dalam bidang morfologi dan sintaksis wajar dibuat supaya bahasa Malayu dapat
difahami dan pelajari dengan lebih mendalam. Kini terdapat ramai penahu-penahu bahasa dan
pengkaji yang menghasilkan rumus dan peraturan dalam bidang bahasa Melayu. Usaha-usaha ini
akan menjamin bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang unggul di peringkat antarabangsa.

1.0 Definisi Morfologi Dan Sintaksis Menurut Penahu-Penahu Bahasa


Tatabahasa dalam bahasa Melayu adalah satu peraturan atau sistem yang digunakan sama ada ada
dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Bagi mendalami bidang liguistik bahasa Melayu, kita haruslah
memahami dengan lebih jelas bidang kajian tatabahasa iaitu bidang morfologi dan sintaksis.

2.1. Definisi Morfologi .

2.1.1. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah
satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek
struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa
itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataan yang terhasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses
mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya.

2.1.2 Menurut Kamus Dewan Edisi 4 , Morfologi telah ditakrifkan sebagai satu kajian
tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Kajian yang dimaksudkan adalah meliputi jenis
pengimbuhan , kata terbitan dan juga pemajmukan . Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu
kata dasar diperluaskan dengan menambah satu atau lebih imbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan ialah
imbuhan awalan, akhiran , apitan dan juga imbuhan sisipan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang
terdiri daripada kata dasar yang telah mengalami proses pengimbuhan dan berubah maksud
nahunya. Pemajmukan pula bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan menjadi
satu kesatuan sintaksis yang bermakna.

2.1.3 Secara ringkas, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam telah menyetujui bahawa
Morfologi adalah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Definisi yang ringkas ini menjelaskan bahawa kajian tentang bahasa adalah
meliputi seluruh aspek tatabahasa termasuk juga proses pembentukan dan struktur ayat.

2.1.4 Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), morfologi dapat dijelaskan sebagai bidang linguistik yang
mengkaji bentuk-bentuk kata dan proses pembinaannya. Unit-unit morfologi dapat dibahagikan
kepada morfem terikat dan morfem bebas. Pembentukan kata yang turut dikaji dalam bidang
moforlogi ialah pembentukan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk.

2.1.5 Pengertian atau definisi morfologi menurut Marzukhi Nyak Abdullah ialah kajian
tentang struktur dalaman kata-kata ataupun bentuk-bentuk kata yang diujar. Seterusnya, morfologi
juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan selok-belok struktur kata serta
kesan-kesan perubahan struktur kata terhadap golongan kata dan maksud perkataan.

2.1.6 Morfologi mengikut pandangan Pitsamai Intrachat dalam bukunya Sintaksis Predikat
Dalam Bahasa Melayu , ialah kajian tentang sruktur kata yang melibatkan morfem dan kata.
Gabungan unit-unit tatabahasa yang terkecil yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem
terikat akan menghasilkan bunyi ujaran yang berfungsi dan lebih bermakna.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan oleh para penahu bahasa, jelaslah
bahawa morfologi ialah satu kajian terperinci yang mengkaji nahu dan sistem bahasa yang terdapat
dalam bahasa Melayu. Kajian yang dibuat adalah menyeluruh kepada pembentukan kata dan jenis-
jenis penggolongan kata . Selain itu, morfologi juga adalah kajian ilmu bahasa yang memperjelaskan
lagi fungsi dan maksud penggunaan kata yang diujarkan. Dalam kajian ilmu linguistik, setiap morfem
berfungsi gramatis dan penggunaan kata yang betul dan sesuai akan menghasilkan maksud ayat
yang gramatis juga. Morfologi juga dapat dinyatakan sebagai proses penyusunan morfem secara
berperaturan. Proses pembentukan perkataan dari unit-unit tatabahasa ini seharusnya melalui
proses pengimbuhan sama ada melibatkan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau
pun imbuhan sisipan. Hasil daripada susunan beberapa morfem akan menghasilkan bentuk-bentuk
kata seperti bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganti nama.

2.2. Definisi Sintaksis.

2.2.1. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu
cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat

2.2.2 : Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3 , sintaksis adalah suatu
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau
turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam
bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata
dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.

2.2.3 : Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM,
sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian
yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah
pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan
bermakna.
2.2.4 : Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-
hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam
serangkai ayat yang bermakna.

2.2.5 : Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-
proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa.
Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.

Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji
proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa
dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang
tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan
ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa
sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

2.0 ANALISIS ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN MINDA


PENGARANG .

Berdasarkan penulisan pada ruangan Minda Pengarang yang dipetik daripada akhbar Berita
Harian bertarikh 11 Oktober 2010 , berikut adalah kajian dan analisis yang menyentuh aspek
morfologi dan sintaksis .

3.1 Aspek Morfologi.

3.1.1 : Struktur perkataan ialah susunan bentuk-bentuk bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit-unit terkecil dalam tatabahasa yang menjadi unsur
perkataan dinamakan morfem. Fungsi morfem adalah menjalankan tugas nahu. Setiap perkataan
yang dihasilkan terdiri daripada satu morfem atau pun lebih . Morfem terbahagi pula kepada 2 jenis
iaitu morfem bebas yang boleh berfungsi secara sendirian dan morfem terikat yang digabungkan
dengan morfem-morfem lain untuk menjadi lebih bermakna. Contoh-contoh morfem yang boleh
dilihat daripada bahan kajian ialah :
Perkataan Jenis morfem Bilangan morfem

Kita Morfem bebas 1 morfem = kita

Pihak morfem bebas 1 morfem = pihak

Calon Morfem bebas 1 morfem = calon

Desakan Morfem terikat 2 morfem = desak + an

Merangkap Morfem terikat 2 morfem = me + rangkap

Dakwaan Morfem terikat 2 morfem = dakwa + an

Kedudukan Morfem terikat 3 morfem = ke + duduk + an

Disediakan Morfem terikat 3 morfem = di + sedia + kan

Berasaskan Morfem terikat 3 morfem = ber + asas + kan

Penambahbaikan Morfem terikat 4 morfem = pen + tambah + baik + an

Memperbaiki Morfem terikat 4 morfem = mem + per + baik + i

berketrampilan Morfem terikat 4 morfem = ber + ke + trampil + an

3.1.2 : Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa.
Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang huruf.
Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud . Setiap kata yang gramatis
memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis bentuk kata iaitu kata
tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda.

a) Bentuk Kata Tunggal :

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata tunggal
tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan dan
pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih.
Contohnya :

Satu suku kata Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku kata Lima suku kata
Pun Rendah Ujian Sementara Peperiksaan

Dan Sudah Kelmarin Akademik Penambahbaikan

Yang Akan Timbalan Integriti Persekolahan

Gus Dengan Perdana Aktiviti Kementerian

Ia Sistem Menteri Komposisi

Baru Bahawa Pemarkahan

Mahu Sedikit Kerajaan

Pakai Kerana Memadai

Format Mulai Pelajaran

Segi Prestasi Perubahan

Bentuk Pelajar Pentaksiran

Subjek Selama Memastikan

Kira Soalan Memuaskan

Bidang Agensi Berteraskan

Sivik Sendiri Menggunakan

Hanya Sejajar Keputusan

Aspek Supaya Pencapaian

Calon Iaitu Pelajaran

Jika Tiada Pemberian

Markah Malaysia Berteraskan

Kita Pelbagai Beberapa

Yakin Desakan Utama

Dapat Dakwaan Ditangani

Pihak Mengambil mekanisme

Sikap Apatah

Pilih Teliti
Kasih Lagi

Tidak Adalah

Mampu Bersaing

Hati

Wakil

Sektor

Swasta

Ahli

Tokoh

Langsung

Satu

Saja

Ini

Anak

Pada

Insan

juga

atau

apa

namun

sahsiah

b) Bentuk Kata Terbitan :

Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan . Bentuk kata dasar atau
kata tunggal akan digandingkan dengan imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan atau
imbuhan apitan. Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri malah perlu
dicantumkan dengan dengan kata tunggal atau kata dasar untuk menghasilkan maksid yang lebih
bermakna. Proses pengimbuhan akan menhasilkan 4 bentuk kata terbitan iaitu :

a) Kata terbitan berawalan

b) Kata terbitan berakhiran

c) Kata terbitan bersisipan

d) Kata terbitan berapitan

Contoh-contoh bentuk kata terbitan yang boleh didapati daripada bahan kajian ialah seperti :

Jenis bentuk kata terbitan Contoh perkataan

Kata terbitan awalan kata nama pelajar / perintis /

Kata terbitan awalan kata kerja terjawab / terpilih / termasuk / mengelak / terancam /
mengukur / mengambil / melihat /

Kata terbitan awalan kata mendalam / berjaya /


adjektif

Kata terbitan akhiran kata nama soalan /

Kata terbitan akhiran kata kerja dakwaan / desakan / pandangan / bantahan / tindakan /

Kata terbitan apitan kata nama kementerian / pelajaran / persekolahan / penggredan /


pemarkahan / pendidikan / pemarkahan /

Kata terbitan apitan kata kerja pemberian / peperiksaan / membangunkan / perancangan /


mengurangkan / memperbaiki / mengumumkan / pengajaran
/ pembelajaran /

Kata terbitan apitan kata kegagalan / kecemerlangan / kemajuan / separuh /


adjektif

Kata terbitan sisipan kata nama ( contoh tiada dalam teks )

Kata terbitan sisipan kata ( contoh tiada dalam teks )


adjektif

c) Bentuk Kata Ganda :

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar.
Proses pengulangan dan pengandaan ini menghasilkan bentuk pengandaan penuh, pengandaan
separa dan pengandaan berentak . Bentuk kata ganda penuh ialah mengandakan keseluruhan kata
dasar sama disertai imbuhan atau pun tanpa imbuhan. Penggandaan sebahagian daripada kata dasar
akan menghasilkan kata ganda separa. Manakala kata ganda berentak pula ialah pengulangan vokal
atau konsonan pada kata dasar.

Contoh bentuk kata ganda yang diperolehi dari bahan teks yang dikaji ialah seperti berikut :

Jenis kata ganda Contoh kata ganda

Kata ganda seluruh Teka-teki / mana-mana / kedua-dua

Kata ganda separa (Tiada dalam teks)

Kata ganda berentak (Tiada dalam teks)


Setelah dibuat analisis ke atas bahan teks kajian, penggunaan bentuk kata ganda yang digunakan
oleh penulis hanya bentuk kata ganda seluruh sahaja. Oleh itu, beberapa contoh bentuk kata
ganda yang boleh ditunjukkan ialah seperti berikut :

a) kata ganda seluruh = berlari-larian / murid-murid / rama-rama / tersenyum-senyum /

b) kata ganda separa = lelaki / jejentik / pepohon / bebola / kekuda / sesawang /

c) kata ganda berentak = terang-benderang / licin-licau / batu-batan / kering-kontang /

d) Bentuk Kata majmuk :

Bentuk kata majmuk boleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses merangkaikan
dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna yang baru jika
dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata majmuk ialah perkataan
ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk juga tidak boleh menerima
sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan kata majmuk terbahagi kepada 3
kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan kiasan yang meliputi simpulan bahasa.

Hasil daripada analisis ke atas teks kajian ini, didapati tidak ada sebarang penggunaan bentuk kata
majmuk yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi kandungan teks. Walau bagaimana
pun, berikut adalah beberapa contoh yang boleh di terima sebagai bentuk kata majmuk .

a) Rangkaian Kata Bebas = gambar rajah / jalan raya / alat tulis / terima kasih /

b) Istilah Khusus = lut sinar / garis pusat / tabung uji / cakera padat /

c) Kiasaan ( simpulan bahasa) = buah hati / anak emas / berat tulang / duit kopi /
3.1.3 : Pengolongan Kata menurut Nik Safiah Karim dalamTatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Pengolongan
kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi atau
bunyinya, struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapat beberapa
pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkaitan dengan
kelompok penggolongan kata.Tatabahasa Dewan ( 1996 ) telah mengkategorikan bentuk golongan
kata kepada 4 bahagian iaitu :

a) Golongan Kata Nama

b) Golongan Kata Kerja

c) Golongan Kata Adjektif

d) Golongan Kata Tugas.

a) Golongan Kata Nama :

Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utama dalam binaan
frasa. Lazimnya, kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama boleh
dikategorikan kepada 3 jenis iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama . Kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda yang ditulis
dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan. Kata nama am pula merujuk kepada benda, orang
atau perkara yang umum sifatnya. Manakala kata ganti nama pula terbahagi kepada kata ganti
nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk yang menerangkan benda atau perkara
yang dirujuk. Ciri-ciri yang boleh dikesan pada kata nama ialah kata nama boleh didahului dengan
pendojoh bilangan dan boleh dibilang. Selain itu, kata nama dapat dirangkaikan bersama frasa
adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengimbuhan kata nama bersama imbuhan awalan ‘peN’
dan akhiran ‘wan’ dapat digabungkan untuk menghasilkan suatu kata yang lebih jelas maknanya.

Contoh kata ganti nama yang diperolehi ialah seperti berikut :

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama


Kata Nama Am Hidup Kata Nama Khas Hidup Kata Ganti Diri

- Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin - Kita

- Pelajar - Timbalan Perdana Menteri - Nya

- Calon - Menteri Pelajaran - Mana-mana

- Tokoh

Kata Nama Am Tak Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup Kata Ganti Tunjuk

- Ujian - Ujian Pencapaian Sekolah - Ini


Rendah
- Subjek - itu
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Aktiviti
- Lembaga Peperiksaan
- Sekolah Malaysia
- Wakil - Penilaian Menengah Rendah
- Peperiksaan

- Kementerian

- Agensi

- Kerajaan

- Akademik

b) Golongan Kata Kerja :

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan
boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan
keterangan. Zaaba ( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan atau
mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak transitif dan
kata kerja transitif

Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif

Kata kerja transitif aktif Kata kerja tidak transitif berpelengkap

- mengumumkan - memadai
- memuaskan - dipantau

- memansuhkan - dibuat

- mengunakan - dikekalkan

- memperbaiki

- melakukan

- menyarankan

Kata kerja transitif pasif Kata kerja tidak transitif tanpa pelengkap

- diguna - peperiksaan

- ditangani - berkemahiran

- disediakan - dimansuhkan

c) Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata
adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali
kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai kata hadapannya. Kata penguat
yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialah amat, sangat, sungguh, paling atau nian. Selain
itu, imbuhan awalan ‘ter’ dan ‘ se’ sesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud
yang lebih jelas.Contoh : ‘terbaik’, ‘terkaya’, ‘seharum’, ‘secantik’. Frasa adjektif boleh digandakan
dengan kata awalan ‘se’ dan akhiran ‘nya’ unutk menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh :
‘sedalam-dalamnya’ , ‘setinggi-tingginya’.

Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi ‘bukan’ atau ‘tidak’. Berdasarkan
kenyataan yang dibuat oleh Nik Safiah Karimdalam Tatabahasa Dewan, kata adjektif dapat
dikelaskan kepada 9 jenis. Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat pada bahan teks ini, kata
adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian kecil jenis kata adjektif sahaja.

Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah :


Jenis kata adjektif Contoh kata adjektif

Kata adjektif keadaan Berjaya / moden /

Kata adjektif warna (tiada dalam teks )

Kata adjektif ukuran Mendalam / depan /

Kata adjektif bentuk ( tiada dalam teks )

Kata adjektif waktu Baru /

Kata adjektif jarak ( tiada dalam teks )

Kata adjektif cara Teliti /

Kata adjektif perasaan Kasih / yakin /

Kata adjektif pancaindera ( tiada dalam teks )

d) Golongan Kata Tugas

Lazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar,
pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara
ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu :

a) Kata Penyambung Ayat


b) Kata Praklausa

c) Kata Prafrasa

d) Kata Pascakata

Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian:

Kata tugas Contoh kata tugas

Kata penyambung
ayat
- dan / atau / sebaliknya / kemudian /
- Kata hubung
gabungan
-
yang / kerana / supaya / untuk / sebelum / selepas / walaupun
- Kata hubung / namun /
pancangan
selain itu /

Kata praklausa

- kata seru ( tidak ada dalam teks )

- kata tanya

- kata perintah

- kata pembenar

- kata pengkal
ayat

Ayat prafrasa

- kata bantu - telah / hendak / akan /


- kata penguat - agak /

- kata penegas - apatah /

- kata nafi - tidak / bukan

- kata pemeri - ialah / adalah /

- kata sendi - di / ke / dari / untuk / pada / bagi /


nama

- sudut /

- kata arah
- Semua / beberapa /

- kata bilangan
- ( tiada dalam teks )

- kata adverba

Kata pascakata

- Kata penekan - tentunya / sebaliknya

- Kata pembenda - calonnya /

3.2 Aspek Sintaksis

Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat pembentukan konstruksi ayat yang
melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan susunan
unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali
sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah Frasa Nama manakala
unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau
Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.
Contoh : Encik Ahmadi amat rajin dan cekap dalam tugasnya.

( Subjek=Frasa nama) ( Pradiket = keterangan )

3.2.1 Ragam Ayat

Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satuayat dasar yang menjadi
sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain ialah ayat
terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa
pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.Ayat
aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja
sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur
diterang .

Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau
bagaimanapun, contoh-contoh ayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.

Ayat aktif :

a) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran
mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Subjek ( Frasa nama ) Kata Kerja Pradiket (Keterangan)

Timbalan Perdana Menteri, Tan -mengumumkan -bahawa UPSR akan dikekalkan


Sri Muhyiddin Yassin dengan melakukan
merangkap Menteri Pelajaran
sedikit penambahbaikan

b) Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti


pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam
pemberian markah.
Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2

Kementerian melalui akan memastikan aspek integriti supaya tiada sekolah


Lembaga Peperiksaan pentaksiran mengamalkan sikap
Malaysia pilih kasih terhadap
mana-mana calon
dalam pemberian
markah.

c) Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada
2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2

Kementerian turut melakukan ujian perintis bagi melihat


Pelajaran membabitkan 50 kesesuaian
buah sekolah pada cadangan yang bakal
2008 dan 500 lagi dilaksanakan itu.
tahun lalu

3.2.2 Jenis-jenis Ayat

Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur
dan jenis-jenis ayat. Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis. Ayat-ayat yang berbeza ini
memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan
ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.

a) Ayat penyata

Ayat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan
tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh :

i) Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina.


ii) Mereka datang bertiga.

iii) Saya tidak akan hadir.

b) Ayat Tanya

Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat oenyata
kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal
atau mengemukan pertanyaan dan juga mendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh
digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah :

a) Siapakah yang datang bersama awak ?

b) Apa khabar ? Sihat ?

c) Lukisan ini berharga seribu ringgit ?

d) Ayat Seru

Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dan kata seru dipangkal ayat
untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan. Ayat seru dilafazkan dengan
nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh:

a) Oh, Tuhanku !

b) Amboi, berseri-seri dari tadi !


c) Eh, awak lagi !

d) Ayat Perintah

Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi
ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan,
larangan, silaan atau permintaan . Contohnya :

a) Jangan pijak rumput.

b) Sila datang lagi.

c) Tolong matikan suiz.

Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis ayat
penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya.. Contoh ayat
penyata yang dikesan dalam bahan kajian ialah :

a) Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa
penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.

b) Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan
berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu.

c) Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan
perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat,
malah kemajuan negara juga boleh terancam.

d) Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah
Rendah sudah pun terjawab.
e) Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60
peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum
atau sivik.

3.0 Refleksi Daripada Analisis.

Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan berdasarkan kepada
petikan Minda Pengarang yang bertajuk‘Sistem Baru Ganti PMR Mampu Kurangkan Tekanan
Peperiksaan’diambil dari Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2010. Setelah dibuat penelitian dan
kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya
golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas
dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga.

Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas
maknanya. Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud
kata ini jelas diberikan. Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan
maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami
pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan oleh penulis
adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering didebatkan dikalangan ibu bapa, orang ramai
dan para guru khasnya.

Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang , namun ia tidak
menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau isu yang
dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat
aktif mengutamakan subjek dan objek dan disokong dengan pradiket yang menjadi penerang
kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk
terus membaca.

Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada sebarang
unsur-unsur ayat tanya, ayat seru mahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam
menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang dibincang
oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya jenis ayat seru atau
ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaran agak janggal.

5.0 Penutup
Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu,
bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang
mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau
zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai
jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan
bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmiah.

You might also like