Professional Documents
Culture Documents
TOPIK 5: SENAMAN
Anda boleh memulakan tabiat bersenam melalui aktiviti harian seperti berikut:
Gunakan tangga dan bukannya lif.
Pergi berjalan semasa makan tengah hari atau minum petang.
Sekiranya boleh, jalan ke pejabat.
Buat kerja rumah seperti mengelap tingkap dan menyapu lantai.
Buat kerja mengebun seperti menyiram pokok dan membersihkan halaman kebun.
Bangun 15 minit lebih awal untuk buat senaman yang mudah di rumah atau berjalan di taman.
Libatkan diri dalam aktiviti luar seperti berkelah di kawasan luar Bandar atau hiking untuk
menikmati kecantikan alam daripada menonton televisyen atau bermain permainan komputer.
Gunakan Piramid Akitivit ini sebagai panduan utk mengimbang aktiviti fizikal anda pada
setiap minggu.
5.1.1 Senaman untuk Mengekalkan Tahap Kecergasan
Kepentingan dan faedah senaman tidak terbatas:menyumbang dari segi kesihatan diri dan mental.
Dari segi fizikal:
mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti (kegemukan) dan
penyakit kardiovaskular.
Segi mental pula, senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan
i. keyakinan diri
ii. Mengurangkan tekanan yang dialami.
iii. otak lebih cerdas.
Senaman bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan diri
tanpa hidup yang cergas, kita akan menjadi lemah, lesu dan tidak berupaya untuk melakukan kerja-
kerja harian.
Aris Fazil, Borhan, Abd. Halim (2003), telah mentakrifkan; ‘kecergasan secara amnya, sebagai
kemampuan untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.’
Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), pula menerangkan kecergasan bermaksud ‘berada dalam
keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan
efisien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah, di
samping masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan
kecemasan.’
Bagi Wee (2001), kecergasan keseluruhan iaitu ‘kecergasan fizikal, mental, emosi, rohani dan
social.’
Komponen 2 Kecergasan Secara Keseluruhan
Komponen
Penerangan
Kecergasan
Kecergasan Keupayaan memenuhi
Fizikal keperluan kehidupan seharian
dan masih mempunyai tenaga
untuk bertindak balas terhadap
perkara yang tidak diduga
Kecergasan fizikal ialah:aspek yang penting dalam kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas kita
idak akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat dan kurangnya tenaga dalam
badan untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.
Akan memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung
koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi
ersenamlah untuk mengekalkan tahap kecergasan kerana amalan hidup cergas dan aktif
adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak