You are on page 1of 13

Gaya hidup sihat, dimensi kesejahteraan, makanan terapeutik,makanan seimbang dan masalah

pemakanan

1. Gaya hidup yang sihat memberi peluang untuk memperbaiki keadaan kesihatan dan
mengurangkan risiko penyakit. Terangkan ciri-ciri gaya hidup yang sihat.

Apa ertinya gaya hidup yang sihat? Ia adalah satu cara hidup yang membolehkan kita untuk
menikmati lebih banyak aspek kehidupan dengan cara yang lebih bermakna. Ia tidak hanya
percubaan untuk mengelak dari sesuatu penyakit,. Ia adalah mengenai perasaan dan menikmati
kehidupan yang bagus dari segi fizikal, mental dan sosial. Ia adalah tentang membuat pilihan
tertentu yang memberi kita peluang untuk merasa yang terbaik untuk seberapa lama yang boleh.
Kehidupan yang sihat ialah apabila kita mengatakan boleh’ kepada kehidupan. Menurut kajian,
orang dewasa yang benar-benar memenuhi kriteria gaya hidup sihat adalah sangat sedikit
bilangannya.

Tiga kaedah penting untuk hidup yang lebih sihat

1.Bersenam

Bersenam merupakan perkara utama yang perlu diutamakan. Ia tidak dapat dielakkan dalam
menjalani gaya hidup ini. Aktiviti fizikal merupakan kemestian dan wajib dilaksanakan. Tubuh badan
kita dicipta untuk bergerak dan apabila tidak, membuatkan ia menjadi lemah dan semakin turun
kualitinya. Aktiviti fizikal meransang antibody dan sistem pertahanan tubuh agar bekerja. Ia juga
meningkatkan aktiviti jantung serta paru-paru kita.Selain itu, segala otot dan ‘joints’ yang berada di
tubuh kita akan sentiasa bersedia untuk kegunaan kita kerana ia telah dilatih atau diransang dengan
baik. Pelepasan hormone ‘endorphines’ semasa melakukan aktiviti fizikal juga amat baik kepada
badan dan juga minda kita.

Berjalan laju,berbasikal,menari, berenang dan sebagainya merupakan contoh aktiviti yang


boleh kita lakukan. Selain bersenam, aktiviti ini juga membolehkan kita menghayati alam
persekitaran dan bergaul bersama orang lain dan seterusnya membantu kita menjalani kehidupan ini
dengan lebih baik. Senaman setempat seperti yoga atau aerobik juga bagus untuk regangan otot dan
ada kajian yang mengatakan senaman yoga dapat membantu menenangkan fikiran.

2. Makan Secara Sihat


Terdapat satu pepatah Inggeris yang mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Sedikit
sebanyak, pepatah ini betul kerana apa sahaja yang kita masukan kedalam badan kita akan memberi
kesan kepada fizikal, perasaan, pemikiran malahan seluruh tubuh kita akan memberi reaksi kepada
makanan tersebut. Pemakanan yang sihat bukanlah bermakna makanan tersebut adalah makanan
yang mahal dan sukar didapati. Sebagai fakta, terdapat pelbagai resipi di internet atau majalah
tentang penyediaan makan yang sihat menggunakan pelbagai bahan yang murah dan amat senang
dijumpai. Secara asasnya, kita perlu mencari diet yang kurang garam,lemak juga makanan diproses
dan perlulah mencari diet yang berasas buah, sayuran,bijirin dan kaya dengan asid lemak Omega 3.
Pengambilan multivitamin pula bagi memastikan kita menepati keperluan nutrient yang diperlukan
oleh tubuh kita seharian.

3.Kurangkan Tekanan

Kita perlulah membuang tekanan yang dihadapi. Tekanan berlaku apabila kehidupan kita
menjadi tidak seimbang diantara fizikal, mental atau emosi. Ketidakseimbangan ini boleh berlaku
melalui dua kaedah iaitu dalaman dan juga luaran. Kebimbangan yang terlampau tentang sesuatu
perkara merupakan tekanan dalaman yang perlu dihadapi. Boleh juga berlaku akibat kerja yang
berlebihan, masalah keluarga dan pelbagai sebab luaran lain.

Tubuh kita memberi reaksi dengan menunjukkan keletihan, sakit dan membuatkan kita tidak
dapat berfikir dengan sebaiknya. Jika kita mahukan kehidupan yang lebih bai, kita perlu
menguruskan tekanan ini dengan sebaiknya dan jangan membiarkan diri kita tenggelam dalam
tekanan tersebut.

2.Keadaan tahap kesihatan yang lengkap bergantung kepada kesempurnaan dalam lapan dimensi
seseorang.

Bincangkan bagaimana setiap dimensi menyumbang kepada peningkatan kualiti kesejahteraan


seseorang.

Kesejahteraan merupakan anugerah apabila mempunyai keadaan fizikal yang sihat serta
keadaan minda yang stabil. Kesihatan minda serta fizikal amat berkait rapat dan sesuatu masalah
yang terjadi kepada salah satu samada minda atau fizikal akan mengganggu fungsi masing-masing.
Menjaga kesihatan fizikal akan memberikan faedah yang baik kepada minda dan begitulah
sebaliknya. Perlu diingat juga bahawa, kesejahteraan bukan bermaksud ketiadaan tekanan atau
kesakitan, tetapi cara kita untuk menghadapainya dan bagaimana kita bertindak untuk mengatasinya.

Terdapat 8 dimensi yang merangkumi keseluruhan kehidupan kita yang perlu dijaga untuk
mendapat kehidupan yang sihat dan sejahtera. Setiap dimensi ini berkait rapat antara satu sama lain
dan seringkali apabila terjadinya musibah atau ujian terhadap salah satu dimensi memberi kesan
terhadap dimensi yang lain.

Kesemua dimensi mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap satu perlu dijaga agar ia
dapat menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera. Dimensi tersebut ialah :

Dimensi fizikal

Kita perlu berdisiplin dalam melakukan aktiviti fizikal dan menjaga diet seharian. Diet yang
seimbang akan membantu kita melakukan aktiviti fizikal dengan baik dan seterusnya memudahkan
kita untuk mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 jam di waktu malam. Selain itu,
hubungan seksual yang sihat juga perlu diamalkan, seperti tidak melanggan pelacur,hubungan
songsang dan berwaspada semasa melakukan aktiviti seksual.

Dimensi kecerdasan (intelektual)

Kesejahteraan dalam kecerdasan adalah apabila kita berkebolehan dalam menyumbang idea,
berfikir dengan baik dan kritis dan bersedia untuk menyahut cabaran yang mendatang. Selain itu
kebolehan untuk menyerap informasi serta memprosesnya dan seterusnya membuat keputusan
juga tertakhluk dibawah dimensi ini. Seseorang yang mahukan kesejahteraan dalam dimensi ini,
perlu sentiasa berfikiran positif dan dapat menilai sebarang informasi yang diterima. Dalam menilai
sesuatu maklumat memerlukan tahap kecerdasan yang baik sebelum kita membuat sebarang
keputusan mengenainya. Seperti contoh apabila terdapat satu berita yang kurang enak tentang
seseorang, kita perlulah menilai dahulu dan mencari sumber yang sahih sebelum kita
mempercayainya ataupun menyebarkannya kepada orang yang lain.

Dimensi kepercayaan (spiritual)

Dimensi spiritual tidak terbatas hanya pada keagamaan. Kalau kita lihat dari perkataan asal,
spiritual berasal dari bahasa Latin Spiritus, yang bererti nafas atau roh. Jadi spiritual bererti
kerohanian atau kejiwaan. Sebagai manusia, kita tidak dapat melihat ataupun menyentuh roh atau
jiwa kita kerana ia bukan dalam dimensi fizikal, akan tetapi kita tahu dan dapat merasakan
keberadaannya. Aktiviti keagamaan boleh memberi kesan positif terhadap cara hidup kita. Seperti
contoh umat Islam digalakkan untuk bersembahyang secara berjamaah di masjid, disamping
mengabdikan diri kepada tuhan, ia juga membolehkan kita bergaul mesra dengan tetamu yang lain
dan seterusnya mencipta hubungan yang erat sesama manusia.

Dimensi pekerjaan

Dalam dimensi ini, kestabilan dan kesejahteraan dapat dicapai apabila kita dapat
mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi aktiviti yag
diceburi. Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai
peranan dalam pekerjaan/ aktiviti yang diceburi serta bagaimana kita menggunakan kemahiran dan
keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kejayaan merancang tentang masa hadapan
juga perlu dibuat bagi mencapai titik tertinggi di dalam dimensi ini. Apakah yang akan kita lakukan
setahun dari sekarang atau 10 tahun ataupun sehingga bersara? Merancang perlu dibuat bagi
membantu kita bersedia sekiranya ada kecelakan yang bakal berlaku dan apakah persediaan kita
mencukupi.

Dimensi persekitaran

Ia merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan


persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Menghargai persekitaran kita dan juga
menjaganya akan membuatkan kita lebih bersifat empati terhadap alam ini. Mengapa kita tidak
mahu menjaganya, sedangkan kita duduk dan hidup didalamnya. Mengamalkan kaedah kitar semula
merupakan salah satu kaedah terbaik dalam membantu menjaga alam persekitaran kita. Kita juga
perlu berusaha untuk memastikan kestabilan ekosistem dan memastikan ia kekal hingga ke anak
cucu kita.

Dimensi kewangan

Untuk mencapai kejayaan di dimensi ini, kita harus berupaya untuk mengelak atau sekurang-
kurangnya sudah bersedia apabila krisis kewangan terhadap kita atau keluarga kita berlaku. Kita
harus belajar menyimpan dan membuat bajet bagi kegunaan kita.Perbelanjaan melebihi pendapatan
bukanlah satu pilihan bagi kita. Persediaan ini bagi menjamin kedudukan kita selepas bersara atau
ketika kita ditimpa bencana yang membuatkan kita tidak lagi mampu untuk bekerja.

Dimensi emosi

Di dimensi ini, kesejahteraan dapat dicapai apabila kita mampu untuk


menguruskan emosi sendiri dan prihatin terhadap emosi dan perasaan orang lain yang berhubung
dengan kita. Sentiasa bersosial dan juga belajar kaedah yang betul dapat membantu kita
mencapai kesejahteraan emosi ini. Kita juga perlu belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan
orang lain bagi mengukuhkan jatidiri tetapi tahu bila masa yang sesuai untuk meminta
pertolongan.Sentiasa bersedia untuk membantu rakan atau keluarga yang dilanda masalah.

Dimensi sosial

Bagi mencapai dimensi ini, kita harulah berani untuk mencuba berinteraksi dengan individu
lain yan berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang berbeza atau bangsa yang berbeza.
Manusia merupakan makhluk yang bersikap sosial dan berinteraksi dengan manusia yang lain dapat
membantu mewujudkan suasana positif dan menyumbang kepada kesejatahreaan sosial. Pertukaran
pendapat akan menjadikan perhubungan itu lebih terbuka dan ia juga menjadikan kita lebih
berpengetahuan.

3. Makanan yang seimbang adalah penting bagi mengekalkan badan yang sihat.

Terangkan nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang.


Pengambilan pola makanan seimbang merupakan suatu saranan yang baik bagi kesejahteraan
manusia. Pengambilan gizi yang tertentu dalam jumlah yang sepatutnya menentukan kesihatan
pengambilnya terpelihara seperti syor piramid makanan oleh WHO.

Terdapat beberapa nutrien penting yang membentuk makanan seimbang dan pengambilannya
dalam kuantiti yang sesuai dengan individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti fizikal
seharian dan sebagainya.

Makanan seimbang haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi:

1. Karbohidrat

2. Protein

3. Vitamin

4. Mineral

5. Lemak

6. Serat

7. Air

Karbohidrat

Karbohidrat sangat diperlukan oleh tubuh, karena zat inilah yang memiliki peranan penting sebagai
pemberi sumber tenaga utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat
pada banyak makanan dan penting untuk senantiasa mengambili salah satu makanan sumber
karbohidrat setiap kali kita makan. Contohnya: nasi, ubi kentang, mie, ubi, dan lainnya. Bila tubuh
mengalami ketidakcukupan zat karbohidrat, maka gejala paling awal yang paling mudah didapati
adalah tubuh terasa lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari biasanya.

Lemak

Ramai yang tidak mengetahui, bahawasanya lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga.
Lemak merupakan zat yang bersifat sebagai sekunder bagi keperluan tenaga tubuh. Terdapat dua
jenis lemak iaitu asid linoleic dan juga asid alpha linoleic.Secara keseluruhannya pengambilan lemak
dalam kuantiti yang kecil baik untuk proses tubuh, tetapi apabila pengambilan dalam kuantiti yang
banyak terutama lemak yang tidak baik seperti makanan terproses dan sebagainya akan
membuatkan tubuh menyimpannya dan menjadikan kita gemuk dan menggeleber. Lemak banyak
terdapat pada minyak, margarine, santan, kulit ayam, dan lemak haiwan lainnya.

Protein
Protein berfungsi untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti tisu yang rosak pada tubuh kita..
Protein juga berfungsi sebagai zat pengatur hormon-hormon yang ada di dalam organ pencernaan
manusia. Tidak hanya itu protein juga berfungsi sebagai pengatur kadar Ph dalam tubuh. Contoh
makanan yang mempunyai protein tinggi adalah seperti ayam, ikan, telur dan pelbagai makanan asal
bijirin seperti tempe.

Vitamin

Vitamin amat diperlukan oleh tubuh kita untuk mengatur metabolime tubuh agar tetap sihat dan
membantu dalam proses pertumbuhan. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, oleh
karena itu kita perlu mendapatkan vitamin dari berbagai makanan dan Supplemen agar kesehatan
tubuh kita tetap terjaga. Pada dasarnya tubuh kita hanya memerlukan vitamin dalam jumlah atau
kadar yang sedikit, tetapi jika jumlah atau kadar yang diperlukan tersebut tidak mencukupi, maka
metabolisme tubuh akan terganggu sehingga menimbulkan penyakit. Gangguan kesihatan atau
penyakit yang timbul akibat kekurangan vitamin disebut dengan istilah Avitaminosis.

Terdapat pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita dan antaranya ialah vitamin A,
vitamin B2,B3,B5, vitamin D dan sebagainya. Setiap satu jenis ini, mempunyai peranan tersendiri
dalam membantu kita menjaga tubuh badan.

Serat

Serat memiliki banyak fungsi bagi tubuh, diantara lain :

1. Membantu menurunkan glukosa darah

2. Membantu menurunkan lemak darah

3. Melancarkan buang air besar

4. Membuat perut terasa lebih kenyang

Serat terdapat pada makanan jenis:

1. Roti gandum, buah, dan sayuran segar

2. Kekacang, tahu, tempe.

Mineral

Mineral diperlukan oleh tubuh untuk mengaktifkan reaksi ratusan enzim dalam tubuh. Terdapat
sebanyak 17 mineral penting yang perlu diambil dan diperlukan oleh tubuh. Disebabkan itu,
kepentingan mineral adalah sama seperti pentingnya vitamin. Antara mineral yang penting kepada
tubuh adalah seperti :

1. Kalsium

Bermanfaat untuk membina tulang dan gigi, kontraksi otot, saraf, jantung, dan pembekuan darah.

2. Magnesium

Menjaga struktur tulang, hati, menjaga keseimbangan alkaline tubuh.

3. Sodium

Menjaga keseimbangan elektrolit, jumlah cairan tubuh, dan saraf.

4. Potasium

Memaksimakan membran sel, penting untuk rentak jantung.

5. Zinc

Sintesis protein, pengangkutan karbon dioksida, mempengaruhi fungsi seksual, metabolisme


karbohidrat, menyembuhkan luka.

6. Besi

Penting untuk pembentukan hemoglobin, pengangkuatan oksigen

4. Pengubahsuaian kandungan pemakanan daripada pemakanan yang biasa adalah penting bagi
menampung keperluan terapeutik kumpulan tertentu. Bincangkan pemakanan terapeutik bagi
seseorang yang menghidapi diabetis.

Diet teraputik merupakan diet yang diberikan kepada pesakit atas arahan doktor ataupun dietitian
seperti penyakit Diabetes. Ia bertujuan untuk mengawal pengambilan sesetengah makanan atau
nutrient tertentu supaya penyakit tersebut berada di bawah kawalan. Pemakanan terapeutik adalah
tentang pemakanan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrient tetapi rendah kandungan
lemak dan gula. Waktu pemakanannya yang dijaga agar menepati keperluan yang sepatutnya untuk
tubuh.
Disiplin amatlah dikehendaki bagi pesakit yang mengalami penyakit ini. Ramai pesakit menjadi
bertambah teruk kerana tidak menjaga makanan atau istilahnya berpantang dan akhirnya berada
dalam situasi yang amat sukar untuk diubati lagi. Dengan mengamalkan diet ini, paras gula didalam
darah dalam keadaan terkawal dan seterusnya insulin dapat bertindak dengan lebih baik. Disamping
diet ini, aktiviti senaman ringan juga perlu dilaksanakan. Bagi mencapai berat badan yang unggul,
mahu atau tidak, senaman tetap perlu dibuat. Dengan senaman, gula yang dimakan atau lemak yang
terkumpul akan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga kepada pesakit.

Kepada pesakit diabetis jenis 2 pula, perubahan gaya hidup amatlah dituntut. Walaupun belum ada
ubat yang dikenalpasti dapat menyembuhkan diabetes, namun pesakit masih memiliki kaedah lain,
iaitu menguruskan diet dengan betul. Terdapat banyak makanan penting yang harus dimasukkan ke
dalam diet penderita diabetes, yang boleh membantu menjaga tubuh penderita tetap sihat dan
kandungan gula dalam darah dapat diatur dengan cara semulajadi. Dengan diet ini juga, ia
membantu supaya tubuh mendapat gula yang mencukupi sebagai tenaga tetapi tidak terlebih
supaya berat badan dapat dikawal.

Apabila makanan dijaga, senaman dibuat dan pengambilan insulin atau ubat yang teratur, masalah
komplikasi akibat diabetis akan berkurangan atau dilewatkan dan pesakit boleh meneruskan
kehidupan seperti biasa.

5. Pengurusan berat badan yang sesuai adalah aspek penting bagi kesejahteraan.

Bincangkan masalah pemakanan yang biasa yang memberi kesan kepada kesejahteraan seseorang.

Masalah pemakanan boleh didefinasikan sebagai keadaan serius yang berkaitan dengan tabiat
pemakanan negatif yang memberi kesan buruk kepada kesihatan, emosi dan tingkahlaku. Seseorang
yang mengalami gangguan makan boleh bermula apabila makan hidangan yang kecil atau hidangan
lebih besar, dan pada satu tahap, keinginan mereka untuk makan hidangan yang lebih kecil atau
besar di luar kawalan.

MASALAH-MASALAH PEMAKANAN

Terdapat tiga masalah besar dalam tabiat pemakanan seseorang yang tergolong dalam masalah
pemakanan.

1. Anoreksia Nervosa (Anorexia Nervosa)

Individu yang mengalami masalah ini sering tiada selera makan kerana mempunyai rasa takut akan
berat badan. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang makanan dan menghadkan makanan yang
dimakan, walaupun mereka sudah terlalu kurus. Ia adalah satu cara menggunakan alasan makanan
atau kelaparan diri sendiri untuk mengawal kehidupan supaya meredakan tekanan , kemarahan, dan
kebimbangan. Kebanyakan penyakit ini dialami oleh wanita terutama golongan remaja atau selebriti.
Antara ciri-ciri orang yang mengalami simptom penyakit ini ialah :

• Mempunyai berat badan yang rendah

• Tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal

• Mempunyai rasa takut yang berlebihan terhadap berat badan

• Berfikir dia adalah gemuk walaupun pada hakikatnya mereka teralu kurus

• Tidak mengalami tempoh haid tiga bulan berturut-turut

2. Bulimia Nervosa

Masalah Bulimia Nervosa pula situasi dimana seseorang makan secara berlebihan kemudian cuba
mengeluarkan kembali apa yang telah mereka makan. Bulimia juga merupakan masalah pemakanan
yang sering terjadi pada wanita. Masalah ini merupakan suatu bentuk penyeksaan terhadap diri
sendiri kerana penderita bulimia nervosa akan membuat dirinya muntah selepas mengambil
makanan.Selain daripada makan berlebihan, penderita bulimia juga cenderung kepada diet yang
sangat ketat dan juga bersenam secara berlebihan. Antara selebriti terkenal yang mengalami
masalah ini ialah Jane Fonda.

Ciri-ciri khas penyakit bulimia ialah :

· Mengeluarkan semula makanan yang dimakan dengan sangat cepat sehingga makanan yang
masuk tidak sempat diserap oleh tubuh. Mereka memuntahkan semula makanan untuk
mengurangkan rasa benci atau bersalah kerana mengambil makanan yang banyak.

· Penderita Bulimia Nervosa biasanya sangat mengambil berat terhadap diet atau penurunan
berat badan. Mereka akan terlalu memperhatikan berat badan, dan selalu merasa kurang percaya
dengan berat badan sendiri sehingga cenderung mengamalkan diet yang salah. Mereka agak berbeza
dengan penderita Anoreksia kerana biasanya mereka memiliki berat badan yang lebih stabil
sehingga penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.

6. Bincangkan kepentingan pencegahan penyakit dalam usaha mempromosi kesihatan dan


kesejahteraan seseorang.

Pencegahan penyakit adalah satu perkara yang amat penting kepada semua individu. Ini adalah
kerana melalui pencegahan, penyakit boleh dielakkan. Sekiranya ia tidak dapat dielakkan disebabkan
beberapa faktor contohnya penyakit keturunan, sekurang-kuraangnya ia mungkin lebih terkawal.
Oleh itu, dalam pencegahan penyakit promosi kesihatan hendaklah diambil berat supaya perkara ini
dapat disampaikan kepada semua peringkat dalam masyarakat. Promosi kesihatan telah
digambarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai proses membolehkan orang ramai
untuk meningkatkan kawalan ke atas kesihatan mereka. Konsep kesihatan yang optimum
merangkumi bukan hanya ketiadaan penyakit, tetapi juga tahap kecergasan untuk mengekalkan
keseronokan dan kepuasan dengan kehidupan.

KEPENTINGAN PENCEGAHAN PENYAKIT

1. Dapat menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup sihat.

Kesihatan adalah sesuatu yang amat bernilai yang tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit. Ia
boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan nyawa seseorang. Amalan kehidupan yang sihat
dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang
kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Gaya hidup sihat
merangkumi cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran tempat tinggal adalah bersih,
melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, melakukan riadah, mengatasi stress, tidak
merokok dan mematikan mendapat rehat yang mencukupi.

2. Mengurangkan kos sara hidup dari segi perubatan.

Kesihatan yang baik adalah penting kerana ia membantu memaksimumkan keuntungan apabila tiada
komitmen dengan kos perubatan. Rawatan penyakit kritikal biasanya mengambil tempoh yang lama
dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi yang boleh menyebabkan kehilangan mata
pencarian.Contohnya kos perubatan kanser boleh mencecah RM 300,000 manakala penyakit buah
pinggang boleh mencecah RM 150,000.

3. Dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih sempurna.

Sekiranya mempunyai kesihatan yang baik, sudah pasti dapat menikmati apa sahaja yang dilakukan
dalam kehidupan ini. Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan contohnya umur bersara bagi
mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3
Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun. Manakala selepas
perlantikan selepas itu ada yang bersara wajib pada umur 60 tahun. Oleh itu, kesihatan yang baik
sangat penting bagi memastikan tanggungjawab sebagai pekerja dapat dijalankan dengan baik.
Semua orang juga pastinya berpeluang menjadi anak, suami atau isteri, ibu atau bapa kepada anak-
anak. Dengan kesihatan yang baik sudah tentu tanggungjawab tersebut tidak menjadi masalah
kepada mereka.

7. Penyakit jantung koronari adalah dikaitkan dengan pilihan gaya hidup yang tidak sihat.
Bincangkan strategi pencegahan am bagi penyakit jantung koronari.

Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Perkataan koronari
bermakna mahkota. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini
menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri
daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri
Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah
penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil
masa bertahun-tahun lamanya bermula sejak seseorang itu masih muda.

STRATEGI PENCEGAHAN AM PENYAKIT JANTUNG KORONARI

1. Memastikan tekanan dan paras kolesterol darah pada tahap yang sihat.

Bacaan kolestrol boleh dibuat dengan melakukan pemeriksaan darah. Ia dilakukan untuk
mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi,
bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density
lipoprotein cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan
LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.

2. Menjadi lebih aktif secara fizikal

Mengamalkan diet semata-mata adalah baik, namun m enggabungkan diet yang sihat dengan
senaman yang kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang sihat.Senaman yang
kerap akan membuat sistem jantung dan peredaran darah yang lebih cekap, menurunkan paras
kolesterol anda, dan juga mengekalkan tekanan darah anda pada tahap yang sihat.

3. Mengawal berat badan

Mengawal berat badan boleh dilakukan dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang. Diet
rendah lemak, tinggi serat adalah amat disyorkan, seperti makan lebih banyak buah-buahan segar ,
sayur-sayuran dan bijirin penuh. Makanan yang mengandungi lemak tepu mestilah dielakkan kerana
ia akan meningkatkan tahap kolesterol tidak baik dalam darah. Walau bagaimanapun, diet yang
seimbang masih mengambil lemak tak tepu untuk meningkatkan tahap kolesterol baik dan
membantu mengurangkan kolesterol. Selain itu,elakkan terlalu banyak gula pengambilan gula
kerana ia boleh meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit diabetes yang terbukti boleh
mendapat penyakit jantung koronari secara mendadak.

4. Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, berhenti merokok akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit
jantung koronari. Merokok adalah faktor risiko utama untuk mendapat aterosklerosis iaitu plak
terbina di arteri. Ia juga menyebabkan kebanyakan kes trombosis koronari di bawah umur 50 tahun.

Kesimpulan
Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Pengambilan makanan seimbang penting
untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Pemakanan seimbang
bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Protein,
vitamin, kabohidrat, garam dan sebagainya yang terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh
untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik, selain berupaya melawan penyakit.
Walaubagaimanapun, makanan juga dapat memudaratkan kesihatan seseorang sekiranya peraturan
pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.

Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan
galian yang dapat memberikan tenaga bagi membolehkan seseorang melakukan aktiviti
seharian.Namun, makanan tersebut turut mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi jika
diambil berlebihan. Lemak merupakan sumber utama kolestrol yang menyebabkan obesiti dan
mendorong serangan jantung serta meningkatkan risiko serangan barah. Pengambilan kabohidrat
secara berlebihan seperti nasi juga merupakan punca utama obesiti. Hal ini demikian kerana kalori
yang berlebihan disimpan dalam bentuk lemak jika tidak digunakan.

Kita disyorkan agar banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan
sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat. Pengambilan serat penting
untuk mempercepat proses makanan melalui saluran penghadaman. Kita digalakkan melakukan
aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh bagi membakar kalori lemak yang terdapat di dalam badan.
Manusia yang tidak aktif dan tidak mahu bersenam juga boleh menyebabkan obesiti.

Keseimbangan pengambilan pelbagai jenis makanan penting untuk menjamin kesihatan yang
sempurna dan berterusan bagi menghindari daripada penyakit. Mempelbagaikan makanan yang
diambil dalam menu seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrient bagi
tujuan tumbesaran. Selain itu, pengambilan makanan tersebut juga dapat meningkatkan kadar
metabolisme tubuh dan tenaga. Khasiat sesuatu makanan juga bergantung pada cara penyediaannya.
Ibu atau pembantu rumah yang memasak perlu mempunyai ilmu penyediaan makanan yang
berkhasiat dan seimbang.

Pemakanan yang diambil juga perlulah dalam keadaan sederhana dan tidak berlebih-
lebih.Bukankah bersederhana dalam segala hal adalah yang terbaik buat kita semua. Pengambilan
secara bersederhana bukan sahaja membantu tubuh kita untuk mencernakannya dengan baik,
malahan ia dapat mengelakkan pembaziran samada dari segi sumber asli dan juga kewangan kita.
Akhirnya,kita perlu amalkan meminum air dengan lebih banyak kerana lebih daripada separuh
kandungan tubuh manusia terdiri daripada air yang dapat membantu melancarkan peredaran darah
dan berfungsi untuk buah pinggang berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan seimbang dalam
kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas.

You might also like