You are on page 1of 5

PRINSIP DAN KONDISI DISIPLIN ETIKA DALAM TRANSAKSI KOMERSIL

ISLAM

Islam mengharapkan kelakuan spesifik dari agen ekonomi – pengguna dan pengeluar.
Kelakuan tersebut diharapkan untuk unit ekonomi dalam masyarakat digubal untuk
pengguna supaya dapat menikmati keadaan hidup yang bahagia yang mana ianya adalah
tujuan utama dalam Islam. Pasaran dalam Islam mempunyai karakteristik yang akan
menjaga pihak penjual dan pembeli. Terdapat beberapa etika atau disiplin dalam
transaksi komersil Islam yang mana tanpanya kontrak perniagaan akan dianggap tidak
lengkap dalam memahami kod kelakuan baik, amanah dan kecemerlangan etika. Prinsip-
prinsipnya adalah seperti berikut:-

1. Kecenderungan dalam mendapatkan pendapatan yang halal.

Islam memberi penekanan yang berat keatas kod yang sah dan tidak sah dalam transaksi
perniagaan. Terdapat beberapa ayat Quran yang menekankan ketidakpersetujuannya
dalam mengambil harta orang lain tanpa persetujuan.

“Janganlah sebahagian kamu memakan harta orang dengan yang batul (tiada hak) dan
(jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian dari harta
orang dengan berdosa, sedang kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah : 188)

“Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang
batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu”
(An-Nissa’ : 29)

Kedua-dua ayat diatas dengan tegasnya melarang orang-orang yang beriman untuk
mengambil harta orang lain dengan cara yang salah. Nabi Muhammad SAW menegaskan
betapa pentingnya mendapatkan harta melalui jalan yang sah:

Ditanya ‘apakah cara yang paling baik untuk mendapatkan harta’ Nabi Muhammad SAW
menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya, dan melalui jualbeli yang sah”.
(Ahmad, No.: 1576)

Daripada diatas, adalah jelas bahawa peniaga Muslim mestilah medapatkan


pendapatannya dengan cara yang halal dan sah. Dia bukan sahaja perlu mengelakkan dari
mendapatkan harta haram malah perlu menjauhkan dirinya dari pekerjaan yang agak
kabur dan ragu-ragu. Nabi Muhammad SAW seterusnya bersabda:

“Tinggalkan perkara-perkara yang diragui dan dekatilah perkara-perkara yang jelas”


(Tirmidhi, No.: 2442)

Perkara-perkara yang halal dan haram sememangnya dengan jelas diperkatakan dalam
Islam, dan antaranya adalah perkara yang diragui, yang mana ianya patut dijauhi. Peniaga
Islam yang sebenar sepatutnya menjauhi perkara yang diragui bagi meletakkan dirinya
jelas dalam keimanannya dan amanah kerana sesiapa yang memasuki perkara yang
diragui akan semestinya jatuh kedalam kategori haram. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Akan tiba masanya apabila manusia sudah tidak lagi peduli tentang bagaimana caranya
seseorang mendapatkan pendapatannya samada cara yang halal atau haram” (Bukhari,
No.: 1941)

Perkara paling utama yang paling dibenci dalam perniagaan Islam adalah Riba. Riba
(faedah), dar segi maksudnya, adalah jumlah lebihan yang mana pemberi pinjaman
mengenakan keatas peminjam bagi pembayaran secara ansuran. Islam mengharamkan
segala bentuk Riba memandangkan ianya mengandungi penindasan dan eksploitasi. Islam
juga begitu tegas menghalang dan mengecam bentuk penindasan ini. Qur’an menyatakan
seperti berikut:

“Allah membenarkan perniagaan dan mengharamkan Riba” (Al-Baqartah: 275)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berlipat kali ganda
dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu menang” (Al-Imran: 130)

“Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu,
jika kamu orang yang beriman. Kalau kamu tidak membuatnya, ketahuilah ada
peperangan dari Allah dan Rasulnya terhadapmu dan jika kamu bertaubat, maka untukmu
pokok-pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya” (Al-Baqarah:
278-279)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Moga Allah menurunkan kemurkaannya ketasa mereka yang mengambil riba dan
sesiapa yang membayar riba tersebut, dan dua saksi yang menyaksikannya dan sesiapa
yang menulisnya” (Ahmad, No.: 624)

Semua diatas dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang lain dan sabda Nabi Muhammad
SAW yang dengan jelas menyatakan bahawa setiap transaksi yang melibatkan riba tidak
kra dalam bentuk yang macamanapun, adalah haram dalam pandangan Islam. Mengikut
ajaran Al-Quran, terdapat perbezaan ketara diantara keuntungan perniagaan yang sebenar
dan faedah; yang mana keuntungan tu adalah digalakkan dan faedah itu dibenci dan
dicemuh.

2. Perniagaan melalui persetujuan bersama

Persetujuan bersama diantara pihak terbabit adalah satu kondisi yang diperlukan bagi
mendapatkan transaksi perniagaan yang sah. Oleh yang demikian perniagaan yang
dipaksa adalah tidak diterima dalam Islam. Hanya perniagaan yang dipersetujui bersama
dikira sah. Mengambil kesempatan diatas kelemahan seseorang dan mengenakan harga
yang tinggi adalah salah satu bentuk eksploitasi dan dengan yang demikian adalah
ditegah dalam Islam.
“Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang
batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu.
Janganlah kamu bunuh dirimu (saudaramu). Sesungguhnya Allah Penyayang kepadamu”
(An-Nissa’ : 29)

Kesimpulannya terdapat dua elemen dalam teori kontral Islam, iaitu persetujuan bersama
dan pertukaran yang menguntungkan. Seseorang itu akan dapat mengenalpasti
kepentingan persetujuan bersama dalam mendapatkan transaksi yang sah. Nabi
Muhammad SAW bersabda:

“ Jualan akan hanya akan dikenalpasti sebagai jualan yang sah hanya apabila dibuat
melalui persetujuan bersama” (Ibnu Majah, No: 2176)

3. Ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan

Islam menggalakkan ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan dan menaikkan


status peniaga yang telus/jujur sehinggakan mereka ini ditempatkan dalam satu taraf yang
sama dengan pejuang syahid dihari akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Peniaga yang telus/jujur akan dihadiahkan pada hari kebangkitan bersama-sama dengan
nabi-nabi, manusia yang ikhlas, pejuang syahid dan ulamak” (Tirmidhi, No: 1130)

Nabi Muhammad SAW seterusnya menegaskan bahawa orang yang beriman hendaklah
menganuti fahaman ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaannya. Nabi
Muhammad SAW bersabda:

“ Penjual dan pembeli mempunyai hak untuk menyimpan atau memulangkan barangan
tersebut selama mana mereka tidak lagi berpisah dipasar, dan jika kedua pihak bercakap
benar dan menerangkan kebaikan dan kelemahan barangan tersebut, maka mereka itu
akan dirahmati dalam transaksi, dan jika mereka menipu atau menyembunyikan sesuatu,
maka kerahmatan tersebut akan hilang” (Bukhairi, No.: 1937)

Kesimpulannya Allah merahmati transaksi perniagaan sekiranya penjual dan pembeli


adalah telus/jujur sesama mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Peniaga adalah orang yang berdosa”, Sahabat kemudiannya bertanya, adakah Allah
tidak membenarkan perniagaan? Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sudah semestinya
Allah membenarkan perniagaan, tetapi para peniaga ini kemudiannya akan bersumpah
dengan nama Allah tetapi tetap berbuat jahat, mereka tidak akan bercakap kecuali
menipu” (Ahmad, No. 14982)

4. Kepercayaan/amanah dalam transaksi perniagaan

Kepercayaan/amanah adalah salah satu dari prinsip dan disiplin etika perniagaan
komersil. Amanah adalah nilai moral dan tugas yang mesti dipenuhi oleh setiap orang
Islam dalam segenap aspek kehidupannya. Ia menagih keikhlasan dalam pekerjaan dan
niat yang suci dari setiap insan. Peniaga Islam tulin tidak akan menggadaikan akhiratnya
untuk keuntungan dunia. Dia akan mengelak dari penipuan, disepsi, dan segala macam
cara untuk menipu dalam perniagaannya. Keperluan amanah menghendaki kelemahan
dan kebaikan komoditi diserlahkan kepada pembeli supaya pembeli dapat membelinya
dengan selesa dan tanpa syak. Allah berfirman,

“ Hia orang-orang yang beriman, janganlah kamu khianat terhadap Allah dan rasul dan
jangan kamu pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepadamu, sedang
kamu mengetahui” (Al-Anfaal: 27)

5. Pemurah dan bertolak ansur dalam transaksi perniagaan

Seseorang itu mestilah bertolak ansur dan pemurah dalam transaksinya. Oleh yang
demikian, sesiapa yang mengutip hutang dari penghutang hendaklah melakukannya
dalamn bentuk berhemah. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“ Moga Allah merahmati sesiapa yang bertolak ansur dalam pembelian, penjualan dan
dalam mengutip hutang” (Bukhari, No: 1934)

Nabi Muhammad SAW begitu tegas dalam menghendaki pemiutang bertolak ansur dan
pemurah dalam mengutip hutang. Peminjam, pada masa yang sama hendaklah membayar
hutangnya dengan baik dan ikhlas. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling
baikm dalam membayar hutang.

Abu Rafi’ melaporkan Nabi Muhammad SAW pernah mengambil satu ekor anak unta
sebagai pinjaman. Apabila membayar hutangnya, nabi Muhammad meminta Abu rafi’
supaya membayar pemiutangnya dengan seekor anak unta yang paling baik. Nabi
Muhammad SAW bersabda: Berilah kepadanya yang terbaik, kerana mereka yang terbaik
diantara kamu adalah mereka yang membayar hak orang lain dengan lebih baik. (muslim,
No.: 3002)

6. Memenuhi dan menyempurnakan tanggungjawab perniagaan

Islam juga begitu menekanklan kepentingan mematuhi dan memenuhi tanggungjawab


dan janji dalam kontrak. Islam mengajar umatnya dan peniaganya untuk memenuhi
tanggungjawab, amanah, janji dan kontrak. Prinsip asas kejujuran, amanah, ikhlas dan
integriti adalah termasuk dalam perniagaan. Quran begitu menitikberatkan obligasi moral
dalam memenuhi tanggungjawab kontrak dan akujanji. Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu….” (Al-Maidah: 1)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Orang-orang Islam adalah terikat dengan janji-janjinya” (Abu Daud: No. 3120)

Nabi Muhammad SAW menceritakan tanduk-tanduk orang tidak amanah:


“ Jika ia berbuat janji, ia mungkirinya dan jika ia berbuat satu amanah, ia menghancurkan
amanah tersebut” (Bukhari, No.: 32)

Bagi menjaga kepentingan pembeli dan penjual, adalah penting untuk menjelaskan
perkara-perkara jelas dalam setiap perjanjian. Setiap perjanjian mestilah dengan jelas
mengenalpasti kualiti, kuantiti dan harga komoditi tersebut. Yang demikian, bai satu
transaksi jualbeli, dalam tawaran dan penerimaan, ianya mestilah dibuat oleh pihak
terbabit dan mampu dipenuhi. Bagi komoditi yang tidak wujud atau kabur, ianya tidak
boleh diperdagangkan. Setiap kontrak mestilah jelas terhadap tanggungjawan dan
obligasi pihak terbabit suapay ianya tidak menjurus kearah pertelingkahan diantara
mereka.

7. Layanan adil terhadap pekerja

Islam meletakkan kondisi dan halangan bagi mengelakkan peluang adanya masalah
diantara majikan dan pekerja. Islam menggalakkan semangat kekitaan dan persaudaraan
diantara mereka. Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi tanggungjawab agama dan
moral bagi majikan untuk menjaga kebajikan perkerja mereka. Gaji yang munasabah,
tempat kerja yang sesuai dan layanan yang baik mestilah diberikan kepada pekerja. Nabi
Muhammad SAW bersabda:

“ Mereka adalah saudara kamu (pekerja) yang mana mereka dikelilingmu, Allah telah
meletakkan mereka dibawah jagaanmu. Jadi, jika sesiapa mempunyai pekerja, mereka
sepatutnya menyuap mereka seperti apa yang kamu makan, memberi pakai mereka seperi
apa yang kamu pakai, dan janganlah kamu bebankan mereka atas kesanggupan yang
tidak dapat dipenuhi, jika begitu, maka tolonglah mereka” (Bukhari: 2359)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Aku akan menjadi mush bagi tiga jenis manusia ini dihari akhirat, salah seorang dari
mereka adalah mereka yang apabila mengambil pekerja untuk menyempurnakan tugas,
tetapi tidak memberikan gaji yang setimpal” (Bukhairi, No. 2109)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Gaji setiap pekerja mestilah dibayar kepada mereka sebelum peluh mereka kering
dibadan mereka” (Ibn Majah, No: 2434).

You might also like