You are on page 1of 17

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/12/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.

html

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya? Rindu
Atuk pada cucu-cucu semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-
cucu semua mari mendekat pada Atuk.Atuk mahu bercerita.

Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi


Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini
antara kuasa besar dunia ketika itu,malah kuasa dunia utama yang tidak
terkalahkan.Sejak zaman-berzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantara
telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu
kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines'
yang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta
kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain bumi di mana
orang Melayu tinggal.Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga
dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah
disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu seperti
Purana.Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya
dari kitab-kitab lain yang lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalam
bahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja
Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,antaranya Kerajaan Israel
Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan Empayar Israel
Raya,dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor
Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di
Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang
bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini
didapati oleh Bani Israel.

Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di


Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata
Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?

Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu
beribu-ribu tahun dahulu.Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para
pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura Ketuanan Melayu
berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja
ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa benda
ini Atuk tidak boleh bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yang
bertulis perkataan 'Wangsa Malayu'.Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah
yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti
Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti
Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti
Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatan-catatan pada
tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama
satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.
Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya...ini dia...Matahari.
"THE CHRONICLES OF MATAHARI"

"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others
say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is
Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"

(Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)


Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal
Sriwijaya.Paling awal pun kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih
menjadi perdebatan).Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam
yang kini menjadi sebahagian dari Indochina,maka anak-anak Melayu mungkin
tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki
peradaban maju di Vietnam.Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang
secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding
jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan.Orang Champa punya
kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain.Sebab itu apabila raja-raja
Champa memeluk Islam,anehnya,selepas itu raja-raja Melayu di
Sumatera,Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja
Champa,menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan
sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan.Raja Khmer,Thai mahupun Burma
tidak pula memeluk Islam,berbanding raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu
yang lain.

Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran,sudah tentu dia mahu


mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya.Inilah yang berlaku kepada
raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara
untuk membantu menyebarkan Islam.Kadangkala kita keliru,dengan budaya
Champa ini.Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa
kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari
Cina.Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan memiliki
mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina,Mon atau
Khmer.Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-
masjid lama,kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina.Sejarah
Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan.Dan pendakwah-pendakwah awal di
Kelantan dulu banyak datang dari Champa.Perkataan Melayu purba juga
kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa.Salah satu perkataan
yang terkenal adalah 'orang'.Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan
Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam
tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu Indochina,pada zaman dahulu terdapat
satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara.Akhirnya kaum
ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja
China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka dan
merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum
Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-
catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti
China.Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan
nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di
Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja
Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-
yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan maritim yang
unggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan
Parsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak


sumber.Jika tidak,kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang
tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali sumber-
sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang ke
seluruh pelusuk dunia.Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut,pengembara
dan pedagang adalah MASALAH TERBESAR untuk kita menggapai sejauh
mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar membina negarakota-
negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang,mereka segera
berpindah ke tempat lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu
tadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu
berada di tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka mengakui
bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan
bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan
Angkor,setelah bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu
Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya.Sebelum penubuhan Angkor
kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara
Kemboja.Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui
taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh
Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakam
dalam catatan pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di
Kemboja.Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal
perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai taktik,Jayavarman II
yang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh
ke daratan,untuk mengelakkan serangan dari laut.

Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar


tentang Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka
jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya.Satu
faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat
sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya.Di era Kesultanan
Melakalah orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah
yang mula menemui jalan laut ke Timur.Kejatuhan Melaka juga berpunca dari
orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-
catatan orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA CARANYA KITA TAHU TENTANG
SRIWIJAYA?

Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum


Asia Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma.
Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu
empayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA
tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.

Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai
Asia Tenggara,sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan
kronologi masa.Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari
Kesultanan Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakan
berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan
India.Ada yang mengigau berasal dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti
berbahasa Melayu kuno,terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu
RAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan
Melaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan
orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah
Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwan


Indonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yang
ditemui di Kemboja,Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab
dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di
seluruh Asia Tenggara.Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang
menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping
gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan seluruh Asia Tenggara
serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;Sriwijaya.Ketika
para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini,para sejarahwan Malaysia
masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan.Lepas
itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina
kapal besar,malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal
Flor de La Mar yang menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan
Malaysia.Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak
berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan
tombak dan keris sahaja.Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis
tetapi bukan sebab berperang dengan keris,tetapi dikhianati.

Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapal


pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut
China Selatan) dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya heboh di Indonesia.Ketika
orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah
bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar
perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik
pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya
digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi
maritim,Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era
Sriwijaya,pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal
yang amat maju,jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China
sezaman dengannya.
Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coedes
dari L'École française d'Extrême-Orient,sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia
telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan
catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti
berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentang
Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana
Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin.Kita
hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti
perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh
raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China
untuk menjalin hubungan diplomatik.

Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayu


hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?

Tidak,kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh


Nusantara sebelum era Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di
Sumatera yang mengeksport emas,juga kerajaan yang bernama Melayu di
Segenting Kra.Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam
rekod Maharaja China,juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno
dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!

Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing
itu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari
semua misteri ini?

SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU,SEMAKIN


JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM.Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri
sehingga ke zaman Mesir Purba!
Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di
Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa
sisi budaya Melayu.Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu
Sumatera.Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru'
yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'god-
king' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa
Greek.'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris.Jones mendapati orang Mesir
purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa
Melayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir
Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak'
(approximately) menjadi 'aga'.

Mata (eye) menjadi 'maat'!

Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi


'matahari' yang merujuk kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan
dengan bahasa Mesir Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku
Austronesia?Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.

Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yang


erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.
Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh


Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punya
pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik
Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat
ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh.Para pengkaji
'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika,tepatnya di Somalia
atau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu?Orang Mesir
Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan
bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering
tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami).Jika
Punt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki
sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar-
gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan
raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.

Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar
bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat
dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan
rahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan
antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan
terampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik,menghantar
duta,mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung
hormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu
raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar
Daun,pemerintah Palembang.Siapakah Demang Lebar Daun?Baginda
kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau
pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot.Raja Suran sering
dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan
Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi
yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain.Rajendra Chola pula keturunan
Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-
kerajaan utara India seperti Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak pun
Empayar Kushan atau Gandhara.

Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yang


dinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan
Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang sering
menyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah
Sanskrit kepada Ionia,wilayah yang terletak di Anatolia sekarang,dahulunya di
bawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani,dan
ini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum Hun,salah satu kaum gasar
berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit.Pahlavas ditafsirkan
sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat laut Iran.Dan
akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa
Avestan.
Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun
Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang
mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain telah
mengahwini puteri Raja Kinda Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran
dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan
berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan
terletak di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara
atau Gangganagar sekalipun.Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam
Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti
yang menyebut nama kerajaan ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun
1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu Kerajaan
Beruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin
sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu
kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

Apakah maksud dari semua ini?

SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-


EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,cara


yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar
maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.

Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayar


maritim Melayu selepas Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH.

Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk


memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam
Sulalatus Salatin,telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan
China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.Dalam perjalanan
dari Benua Keling,Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di
Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek.Sampai ke Temasek,raja Suran telah
bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah
perjalanan ke negeri China.Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu
menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan
letaknya negeri China itu terlampau jauh.Setelah itu Raja Suran pun membuat
satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air.Selepas
puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu
peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu
sehingga ke Temasek.

Menariknya,Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles


'membuka Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di
dalam Sulalatus Salatin!Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung
hingga ke Temasek.Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan
penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura.Kedudukan
batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada
batu.Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih
sukar dibaca.Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang
pernah diangkat oleh Badang,satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin.Pada permulaan kata-


kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:

"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar
martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba
dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki
kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang
kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan
adalah beroleh faedah ia daripadanya."
Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasa
kejatuhan Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak
khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat.Sebahagian
khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa,satu kerajaan yang punya hubungan
erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan
menguasai kembali perdagangan selat,di zaman Tun Seri Lanang itulah,para
pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya.Salah
satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan hikayat.Pedagang-
pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat
dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali
semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini
bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa
itu.Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham
mengarang hikayat panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut,terdapat sebuah manuskrip yang


menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya
Raja Suran.Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri,cara yang
akan berulang-rulang kali muncul selepasnya.Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari telah berkuasa di


The Land of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

Perdagangan maritim.
---------------------------------------------

Next....

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

"The Federation of Maritim Powers & Seaports"


-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas'udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?
-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-"Maharaja Seluruh Kepulauan"
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-'The Eastern Norsemen and Phoenicia'
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam...bersama-sama


MistisFiles kita cari kembali hikayat bangsa!

You might also like