You are on page 1of 38

KAWALAN KELAS MELALUI SISTEM MERIT

JUMARNI BINTI SYAMSUDDIN


KALA A/P SELLAYA
SITI ZULFA BINTI HUSAIN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Abstrak

Kajian tindakan ini adalah betujuan untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan sistem merit
dapat membantu dalam meningkatkan kawalan kelas. Penggunaan sistem merit ini
menfokuskan kepada tiga item utama iaitu penglibatan pelajar di dalam kelas, kehadiran pelajar
serta kesediaan pelajar dalam menyiapkan tugasan dan memdengar arahan guru. Kajian
tindakan menggunakan model proses Kemmis dan Mc Taggart (1988) dalam 2 kitaran yang
melibatkan 4 langkah utama iaitu, merancang, bertindak, memerhati/ mengumpu data dan
mereflek. Kajian dilakukan ke atas 68 orang pelajar yang terdiri daripada 66 orang pelajar
daripada aliran perdana (kelas Perdagangan) dan 2 orang pelajar daripada aliran Pendidikan
Khas. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, Ujian Pra Pos, Borang Pemarkahan
Merit, Diari Kawalan Kelas dan temubual berstruktur (guru dan pelajar). Hasil kajian
dibentangkan melalui data kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati penggunaan sistem
merit di dalam kelas mampu membantu guru dalam membuat kawalan kelas dengan
menitikberatkan kepada beberapa elemen iaitu, penglibatan aktif pelajar di dalam proses P&P,
kehadiran pelajar serta kesediaan pelajar dalam menyiapkan tugasan dan mendengar arahan
guru. Implikasi utama kajian ialah dapat membentuk disiplin serta keyakinan yang tinggi dalam
diri pelajar untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cadangan agar kajian lanjutan dapat dilakukan
ke atas penggunaan sistem merit ini agar penambah baikkan pelaksanaan sistem ini dapat
dilakukan.
PENGENALAN

Pendidikan merupakan proses mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang
tertentu. Pendidikan juga merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara.
Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai jurusan
kehidupan serta seimbang dari sudut jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Ini akan
menjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dan kerohanian
dapat dicapai sepenuhnya. Dengan ini negara dapat melahirkan golongan yang berilmu,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara serta
membolehkan mereka memikul tanggungjawab dan memberi komitmen dalam mendukung
aspirasi negara. Ia sejajar dengan Wawasan 2020 Malaysia yang berhasrat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri termasuk membangunkan warganegara
yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi serta melahirkan warganegara yang
berpengetahuan dan berkemahiran.

Sekolah merupakan institusi sosial yan memainkan peranan penting dalam merubah
kehidupan masyarakat. Sekolah juga adalah ejen transformasi minda dan penentu kepada
budaya serta pembangunan sesebuah negara. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu;

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak muli,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.

Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu


elemen penting dalam merealisasikan matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang
cemerlang. Namun, keadaan ini bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai.

Sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama proses P&P tidak dapat
dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti,
kurangnya minat pelajar terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P
masih digunakan. Proses P&P yang kurang menarik minat pelajar menyebabkan kebanyakkan
pelajar mudah hilang tumpuan dan perhatian dan mulalah merasa bosan dan mengantuk.
Keadaan ini mendorong untuk mereka melakukan aktiviti sendiri seperti berbual rakan lain,
mengusik rakan dan tidur dan juga ponteng daripada kelas. Kurangnya rasa hormat kepada
guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga menyebabkan mereka
sering tidak mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru.

Pemberian markah merit ke atas tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh pelajar
adalah merupakan salah satu langkah yang dapat menarik minat mereka untuk memberi
perhatian semasa proses P&P sedang dijalankan. Hal ini adalah selari dengan pendapat
Abraham Maslow melalui Teori Humanistik. Menurut beliau, individu terus akan bermotivasi
atas dorongan satu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi
oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,persekitaran dan perbezaan generasi.
Maslow sering mengaitkan perkembangan motivasi dengan personaliti. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerakkan serta mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu. Sistem merit dapat mewujudkan satu suasana baru untuk pelajar
menumpukan perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya matlamat yang
ingin dicapai. Pemberian markah merit merupakan salah satu bentuk pengukuhan positif /
peneguhan positif yang mempunyai kebarangkalian untuk pelajar mengulangi tingkah laku
positif dilakukan. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, dapat memuaskan kehendak
individu, mengurangkan tekanan dan dapat merangsang otak.

Dalam mewujudkan suasana pembelajaran serta kawalan kelas yang baik, pelaksanaan
sistem merit ini tidak hanya perlu menfokus kepada proses P&P semata-mata, tetapi ianya
perlu dilaksanakan dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Contohnya, pelajar perlu
mendengar dan mematuhi setiap arahan guru bagi memperoleh markah merit yang telah
ditetapkan seperti, apabila guru meminta pelajar senyap, pelajar akan senyap dan tingkah laku
ini akan dinilai oleh guru. Begitu juga dengan kawalan ponteng pelajar. Guru dapat mengawal
masalah ponteng melalui sitem merit ini dengan menjanjikan ganjaran sekiranya mereka
sentiasa hadir ke dalam kelas.

Bagi memastikan pelaksanaan ini berkesan di dalam proses P&P, guru juga perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar,
seperti, tugasan dalam kumpulan agar mereka dapat mewujudkan interaksi dan hubungan
sosial yang baik. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan
saling hormat menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana kelas yang
aman dan harmonis.

Pernyataan Masalah

Kawalan kelas yang lemah dan tidak memuaskan adalah punca utama yang boleh
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan. Hilangnya minat dan rasa tanggungjawab pelajar dalam menuntut
ilmu adalah masalah utama menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan baik
dalam proses P&P. Dalam diri mereka tidak merasakan betapa pentingnya untuk mereka
menimba ilmu. Keadaan ini juga akan mendorong mereka ponteng dari kelas atau sekolah,
bersembang dan tidur ketika P&P sedang dijalankan. Setiap arahan dan tugasan yang
diberikan oleh guru juga turut diabaikan kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak akan
memperoleh apa-apa faedah dan kepentingan dari melaksanakan arahan tersebut. Kaedaan
yang sama berlaku apabila guru meminta pelajat untuk melakukan aktiviti di dalam kumpulan.
Hanya sebahagian kecil sahaja pelajar yang akan melibatkan diri di dalam aktiviti berkumpulan.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan menjejaskan prestasi
pelajar di dalam sesuatu matapelajaran dan sekiranya keadaan ini terus berlaku ianya akan
memberi kesan kepada prestasi sekolah serta perkembangan ilmu pelajar itu sendiri.

Objektif Kajian

Secara khususnya, terdapat tiga objektif kajian iaitu;

1. Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas.


2. Meningkatkan jumlah kehadiran pelajar dalam kelas.
3. Memotivasikan pelajar menyiapkan tugasan dan mendengar arahan guru.
Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang timbul adalah;

1. Sejauhmana sistem merit dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas?


2. Sejauhmana sistem merit dapat menggalakkan kehadiran pelajar ke dalam kelas?
3. Bagaimana sistem merit dapat memotivasikan pelajar dalam menyiapkan tugasan dan
mendengar arahan guru?

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat berita
berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku, deraan, soal
akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat ramai orang berminat dan ada
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu pendidikan walaupun
seseorang itu tidak mempunyai anak untuk ke sekolah. Akan tetapi aspek perundangan dalam
pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua pihak iaitu para
pendidik, ibubapa mahupun pelajar.

Sebagai langkah ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara, Kementerian


Pelajaran yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara telah melaksanakan dan
mewartakan beberapa peraturan dan perundangan dalam pendidikan bagi menghasilkan
sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Tujuan pendidikan di negara ini
adalah untuk melahirkan individu sebagai manusia atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam
pelbagai aspek agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan
mempunyai komitmen dalam mendukung aspirasi negara. Pembentukan tingkah laku pelajar
adalah penting dalam objektif pendidikan di Malaysia di mana ia dapat dilihat dengan jelas pada
objektif kurikulum baru sekolah rendah dan menengah yang berpandukan hasrat untuk
memperoleh kod-kod tingkah laku, moral atau akhlak dan nilai-nilai murni yang sejajar dengan
pembangunan masyarakat sejahtera dan hukum-hukum agama (Sufean Hussin, 2008).

Di dalam kajian ini, skop yang diambil kira adalah hanya mencakupi pengawalan kelas
namun segala item yang ditetapkan adalah dirujuk. Kawalan kelas adalah berkait rapat dengan
disiplin dan tingkah laku seseorang pelajar ketika di dalam kelas. Item yang dititikberatkan dan
dipandang serius dalam kajian tindakan ini adalah kehadiran pelajar ke dalam kelas semasa
P&P dijalankan, keaktifan dan kesungguhan pelajar untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dijalankan oleh guru dan kepatuhan pelajar kepada arahan dan tugasan yang diberikan
oleh guru. Zamri Mohamad, Norasmah Othman dan Mohamed Sani Ibrahim (2007) menulis
bahawa Veenman (1984) di dalam kajiannya Perceived Problem of Beginning Teachers telah
mengenal pasti 24 cabaran yang telah disebut oleh guru-guru sekolah rendah dan menengah di
dalam 91 buah kajian yang telah ditinjau olehnya di mana ia mempunyai unsur-unsur yang
sama dan beliau telah merumuskan bahawa semua guru novis menghadapi masalah berikut.
Antaranya adalah disiplin kelas dan juga pengurusan bilik darjah.

Terdapat pelbagai kaedah yang dilakukan oleh para pendidik untuk meyalurkan dan
memberi ilmu kepada pelajar. Oleh itu, pengawalan kelas dan tingkah laku pelajar amat penting
bagi mengekalkan fokus dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran guru. Berdasarkan kepada
perspektif Robiah (2002), sekurang-kurangnya enam sumbangan utama diperlukan bagi
penentuan kredibiliti profesional keguruan, di antaranya guru haruslah berkemampuan terhadap
amalan profesional di dalam bilik darjah dan sekolah atau lebih jelas guru mencari penyelesaian
terhadap setiap yang berlaku di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku iaitu mengambil berat isu tingkah laku pelajar sewaktu di dalam kelas.

Bagi memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan baik dan terkawal maka ia
perlulah diuruskan mengikut program peningkatan disiplin yang dirancang sekaligus selaras
dengan keperluan bidang pendidikan, sesebuah sekolah diperlukan untuk membentuk
jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap perancangan membentuk disiplin pelajar,
mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan dan kursus motivasi bagi
membentuk akhlak pelajar. Antara jawatankuasa yang perlu dibentuk termasuklah
Jawatankuasa Pelaksana dan Bertindak Sekolah, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid,
Jawatankuasa Disiplin, dan juga Jawatankuasa Pengawas sekolah. Antara sistem disiplin lain
yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi sekolah adalah pelaksanaan sistem merit-dimerit
terhadap pelajar, yang bertujuan supaya pelajar sentiasa berkelakuan baik di sekolah dan bilik
darjah. Hal ini secara langsung akan mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Sistem merit merupakan antara satu kaedah yang diguna pakai di dalam bidang
profesionalisme seperti perindustrian dan pendidikan khususnya. Tindakan merit berkuatkuasa
selagi pelajar berada dalam kawasan sekolah bermula dari sesi pagi hingga tamat sesi petang
(SMKLMS, 2009). Item yang diambil kira dalam pelaksanaan sistem ini adalah kekemasan diri,
ketepatan masa, tidak bertanggungjawab, tingkah laku biadap, tingkah laku lucah, kesalahan
berat dan juga kesalahan-kesalahan lain (Unit Hem SMK(P), Pudu). Bagi melahirkan modal
insan untuk memacu pembangunan negara di masa hadapan, sistem merit adalah kandungan
di dalam pelan tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kebanyakan sekolah
selain daripada aktiviti kokurikulum, memperkasa penerapan agama dan moral serta bimbingan
dan kaunseling. Tuan Haji Mohd Yusuf bin Muda pada tahun 2000 yang merupakan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman telah menggunakan kaedah merit ini untuk merekod
setiap sumbangan dan kesalahan murid yang bertujuan untuk pengawalan tingkah laku dan
juga disiplin para pelajar di sekolah beliau (Wikipedia, 2008). Ini mengukuhkan lagi kaedah
sistem merit yang berfungsi sebagai penyumbang kepada kaedah pengawalan disiplin dan
tingkah laku pelajar tidak kira di sekolah atau pun di dalam bilik darjah.

Maksud tingkah laku bersandarkan daripada perkataan keperibadian di mana ianya


adalah untuk menggambarkan perilaku, watak ataupun peribadi seseorang yang dalam
manifestasi kehidupan sehari-hari membawa dirinya sebenar. Whitering (dalam Rumini, 1988:
140) menggambarkan tingkah laku sebagai sesuatu yang diintegrasikan dan ia merupakan hasil
daripada sesuatu pertumbuhan yang lama dalam suatu lingkungan kultural (budaya), dengan
kata lain tingkah laku berkait rapat dengan perlakuan yang menjadi kebiasaan ataupun rutin
seseorang dalam kehidupan dan perbuatan sehariannya. Bagi Guthrie (dalam Sarwono: 1996),
beliau memgemukakan bahawa tingkah laku manusia itu secara keseluhurannya dapat
dipandang sebagai deretan-deretan tingkah laku yang terdiri daripada deretan-deretan unit.
Oleh itu, unit-unit tingkah laku ini merupakan reaksi ataupun respon daripada perangsang atau
stimulus sebelumnya yang kemudiannya menimbulkan respon bagi unit tingkah laku yang
berikutnya.

Moon Soon Sang (2009) menyatakan dalam teori behaviorisme, Skinner (1904 – 1990)
juga menekankan “functional analysis of behavior”, di mana ia dapat menjelaskan bahawa
sebahagian besar perilaku dalam kejadian sebelumnya berlaku atau bertempat pada untungan
kawalan atas peristiwa ini membuatkan kita mengawal tingkah laku. Menurut Skinner, cara
efektif untuk meramal dan mengubah tingkah-laku adalah dengan peneguhan (reinforce). Mook
Soon Sang (2009) mengulas bahawa aplikasi pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam
proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip seperti
pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan tingkah laku yang diingini hendaklah
secara bersistematik dan ia haruslah bersesuaian dengan umur pelajar mengikut kepayahan
tingkah laku seperti diingini. Pendekatan ini telah diaplikasikan dalam berbagai-bagai masalah
praktikal seperti dalam pendidikan, industri profesional dan juga pelatihan binatang (Kamarudin
Hj Hussin, 1997). Di dalam konteks pendidikan, isu tingkah laku sering menjadi perhatian
kerana melalui kawalan tingkah laku yang betul, maka akan menyumbang kepada
pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar khususnya. Skinner menganggap reward
dan reinforcement merupakan faktor penting dalam pembelajaran. Beliau juga mempercayai
bahawa sesuatu tingkah laku itu di pengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau
dendaan. Apabila terdapatnya rangsangan maka ia akan diikuti dengan gerak balas. Pada teori
ini guru memberi penghargaan hadiah atau sesuatu nilai tinggi yang dijanjikan sehingga
pelajarnya akan lebih rajin dan terbiasa. (Moon Sook Song, 2009). Oleh hal yang demikian,
kajian ke atas pengawalan kelas adalah merangkumi kehadiran pelajar di dalam kelas, pelajar
menunjukkan tahap penglibatan aktif sewaktu guru-guru menjalankan aktiviti dan patuh
terhadap arahan guru untuk berkelakuan baik serta menyempurnakan tugasan pada waktu
yang ditetapkan telah dijalankan. Setiap pelajar dijanjikan ganjaran pada tempoh masa akhir
kajian bagi yang mendapatkan nilaian mata merit tertinggi. Skinner berpendapat bahawa tujuan
psikologi dengan pemberian ganjaran adalah untuk meramal dan mengawal tingkah laku (Mook
Soon Sang, 2009). Kamarudin Hj Hussin (1997) menyatakan peneguhan memainkan peranan
yang penting dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan tingkah laku yang diinginkan.

KERANGKA KAJIAN

Kerangka Teoritikal Kajian


Terdapat dua teori pembelajaran yang digunakan oleh pengkaji dalam melakukan kajian ini iaitu
Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Teori Pembelajaran Humanisme.

1. Teori Pembelajaran Behaviorisme

Dalam teori pembelajaran Behaviorisme, pengkaji telah mengaitkan kajian dengan teori
Pelaziman Operan Thorndike (1913) dan Teori Pelaziman Skinner (1904-1990).

Thorndike telah mengemukakan 3 hukum pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum


latihan dan hukum kesan. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya merujuk kepada 2 hukum
iaitu hukum kesediaan dan hukum kesan. Dalam Hukum Kesediaan, Thorndike berpendapat,
apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat
memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan
perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran
yang tidak sempurna. Hukum ini merujuk kepada kesediaan dan persiapan yang perlu ada,
sebelum bertindak. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu keseronokan,
kesediaan psikomotor, kesediaan efektif dan kesediaan kognitif. Hukum Kesan menyatakan
bahawa, jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang
menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas
gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika
terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian
antara R-G. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang tetapi jika
ia diikuti dengan kesakitan, ia akan lenyap.

B. F. Skinner (1904-1990) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi


oleh faktor peneguhan samada ganjaran atau dendaan. Di dalam Teori Pelaziman Operan
Skinner, terdapat lima jenis proses pembelajaran iaitu pengukuhan positif, pengukuhan negatif,
dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya
menumpukan kepada proses pembelajaran melalui pengukuhan/ peneguhan positif.
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan positif yang
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulang. Di dalam bilik darjah, peneguhan positif
ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh peneguhan adalah seperti memberi pujian, senyuman, hadiah dan sebagainya.
Peneguhan yang positif dapat mendorong pelajar menghasilkan keeja yang bermutu tinggi.

2. Teori Pembelajaran Humanisme

Di dalam Teori Motivasi Maslow (1954) menjelaskan bahawa, keperluan manusia adalah
berperingkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum
keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Peringkat-peringkat
tersebut adalah peringkat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, pengharaan kendiri
dan kemuncak peringkat adalah penyempurnaan diri. Keempat-empat ini diletakkan di bawah
kategori keperluan defisien. Apabila semua keperluan ini sudah berjaya dipenuhi, maka
keperluan ini akan menurun dan motivasi untuk mencapainya akan berkurangan. Sebaliknya
bagi keperluan perkembangan dan peningkatan keintelektualan serta estetika, seperti
keperluan untuk mendapatkan serta meningkatkan ilmu pengetahuan, menghayati keindahan
dalam apa jua bentuk, tidak akan dapat dipenuhi sepenuhnya oleh sesiapa pada bila-bila masa
pun. Malah semakin banyak seseorang itu mencari ilmu untuk cuba memahami kejadian di
sekelilingnya, maka semakin kurang dia merasa akan dirinya dan semakin tinggi keinginannya
untuk mencari dan meneroka.

Kepentingann teori Maslow ini dapat dilihat daripada aspek hubungan antara keperluan
difisien dengan keperluan perkembangan seseorang pelajar itu. Sebagai contoh, seorang
pelajar yang berada dalam serba kekurangan fizikal sudah tentu tidak ada kekuatan emosi dan
psikologi untuk belajar dengan baik. Semua pendidik menerima hakikat bahawa jikalau
keperluan asas pelajar tidak dipenuhi, maka proses pembelajaran mereka sudah tentu akan
terjejas. Pelajar yang merasa dirinya tidak disayangi, tidak dihargai, dan tidak mempunyai
kebolehan, agak sukar untuk membentuk motivasi yang tinggi untuk berjaya tanpa usaha,
dorongan dan bantuan daripada pensyarahnya.
Kerangka Konseptual Kajian

MENGENALPASTI MASALAH
(Kelemahan kawalan kelas)

Merancang Merancang Semula


“Kepelbagaian Kaedah Berpusatkan “Kawalan Kelas Melalui Sistem
Pelajar Dalam Proses P&P Merit”

Bertindak
-mempelbagaikan kaedah P&P
mengikut kesesuaian topik dan Bertindak
tahap penerimaan pelajar-

Memerhati / Mengumpul Data

Mereflek/ Menilai

LAPORAN

Kitaran 1

Kitaran 2
METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan bagi melihat sejauhmana pelaksanaan
sistem merit dapat mengawal tingkah laku pelajar bagi memastikan keadaan di dalam kelas
sentiasa terkawal. Kajian tindakan yang dilakukan adalah mengikut Model Kemmis dan Mc
Taggart (1988) dan dilaksanakan dalam 2 kitaran. Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 4
langkah utama iaitu, merancang, bertindak, memerhati/ mengumpul data dan mereflek/ menilai.

Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)

SAMPEL KAJIAN

Peserta kajian ini adalah terdiri daripada 68 orang pelajar SMK Sultan Abdul Samad. Peserta
kajian adalah terdiri daripada pelajar aliran perdana dan juga aliran pendidikan khas.

Jadual 1: Taburan Responden


Aliran Kelas / Tingkatan Jumlah Pelajar Matapelajaran
4S 30 orang
Aliran Perdana Perdagangan
4B 36 orang
Aliran Pendidikan
2 Khas 2 orang Matematik
Khas
INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah penting dalam mencapai sesuatu objektif kajian dan ia juga merupakan
alat ukur yang digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa instrumen, iaitu pemerhatian, temubual berstruktur,
borang pemarkahan merit, Diari kawalan kelas dan Ujian Pra Pos.

PENERANGAN PROSEDUR

Kajian telah dijalankan dengan menggunakan Model Kemmis Mc. Target yang dijalankan dalam
dua kitaran dan melibatkan empat langkah utama, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek/ menilai. Kajian telah dijalankan selama 8 minggu, iaitu seminggu mengenalpasti
masalah, 2 minggu kitaran pertama, dan 3 minggu dalam kitaran kedua.

Kitaran pertama ( 2 minggu)

1) Merancang
Sebelum merancang, para pengkaji telah mengenalpasti permasalahan utama yang dihadapi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui perlaksanaan 3 instrumen iaitu, Ujian Pra,
temubual berstruktur dan pemerhatian.

I. Temubual Berstruktur
Temubual ini telah dijalankan ke atas 6 orang guru dimana ia terdiri daripada guru yang
mengajar di kelas-kelas yang terlibat sebagai responden. Di dalam temubual ini, guru
diajukan beberapa soalan;
 Berapa lamakah cikgu telah berkhidmat di sekolah ini?
 Apakah contoh aktiviti yang dilakukan bagi menyampaikan pengajaran?
 Bagaimanakah penerimaan pelajar ketika P&P sedang dijalankan?

Soalan-soalan ini telah diajukan secara tidak formal ketika berada di luar waktu P&P.
II. Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan oleh pengkaji sendiri ketika berada di dalam kelas masing-
masing dan juga melakukan pemerhatian pada kelas pengkaji lain.

III. Ujian Pra


Ujian Bulanan 1 telah dijadikan sebagai ujian Pra oleh pengkaji. Hal ini adalah kerana Ujian
Bulanan 1 adalah meliputi Topik yang telah diajar oleh guru matapelajaran sebelum diambil
alih oleh pengkaji (guru pelatih). Markah ujian ini juga akan digunakan untuk membuat
perbandingan selepas kajian dijalankan (Lampiran 1).

Setelah pengkaji mengumpul maklumat, pengkaji membuat rumusan yang menyatakan bahawa
kelemahan dalam sistem kawalan kelas merupakan punca utama proses pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji
cuba untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar iaitu
dengan tajuk “Kepelbagaian Kaedah Berpusatkan Pelajar Dalam proses P&P”.

2) Bertindak
Dalam kitaran pertama, sebelum bertindak melaksanakan aktiviti, guru akan memastikan
terlebih dahulu bahawa bentuk dan corak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan
digunakan adalah bersesuaian dengan topik dan tahap kebolehan pelajar, serta aktiviti yang
dapat menarik tumpuan dan perhatian pelajar.

3) Pemerhatian/ Pengumpulan Data


Pemerhatian telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pemerhatian dilakukan ke atas penglibatan serta interaksi di antara pelajar di dalam kumpulan.
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, akan menghasilkan data kualitati bagi kajian tersebut.
Selain daripada pemerhatian, pengumpulan data juga dilakukan melalui temubual berstruktur
kepada pelajar.

Pada kitaran kedua, pengkaji menggunakan instrumen Borang Pemarkahan Merit, Diari
Kawalan Kelas (Kehadiran Pelajar) dan ujian Pos bagi pengumpulan data kuantitatif.

4) Mereflek dan Menilai


Proses terakhir dalam kitaran adalah melalui refleksi/ menilai. Refleksi dilakukan hasil daripada
pelaksanaan dan pengumpulan data yang diperoleh sepanjang proses kajian tindakan ini
dijalankan. Refleksi ini adalah betujuan untuk menilai samada objektif dapat dicapai serta dapat
menjawab semua persoalan kajian. Walau bagaimanapun, kajian ini telah mendapati bahawa
objektif serta persoalan kajian tidak dapat diselesaikan. Oleh sebab itu, perancangan semula
perlu dilakukan dalam kitaran kedua.

Proses Kitaran kedua (5 minggu)

1. Merancang Semula

Setelah mendapati bahawa pelaksanaan kaedah dalam kitaran pertama tidak memberi kesan
kepada kawalan kelas, maka pengakaji telah membuat perancangan semula. Hasil daripada
maklumat yang diperolehi, pengkaji telah merancang penambah baikkan ke atas kajian yang
dilakukan iaiatu “Kawalan Kelas Melalui Sistem Merit”. Di dalam sistem merit ini, pengkaji tidak
hanya menfokuskan kepada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas, tetapi juga merangkumi
kehadiran pelajar serta kepatuhan kepada arahan guru.

2. Bertindak

Markah merit akan diberikan kepada setiap pelajar yang dapat memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan oleh guru. Kriteria tersebut adalah;
 Penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan samada dalam bentuk
berkumpulan mahupun individu
 Kehadiran pelajar di dalam kelas
 Kepatuhan pelajar kepada setiap arahan yang diberikan oleh guru (lembaran kerja,
perhatian dan tumpuan di dalam kelas)

Walaupun markah penialaian adalah berbeza daripada 2 aliran, namun elemen yang dinilai
adalah sama.
Jadual 2: Elemen Penilaian dan Merit
Elemen Penglibatan Penglibatan Kepatuhan
Kehadiran JUMLAH
dalam secara pada arahan
pelajar KESELURUHAN
Kelas kumpulan individu guru
Perdana
5
(Tingkatan 5 3 7
20
4)
Skala 5 3 1 0 5 3 1 0 3 0 7 5 3 0
KHAS
(Tingkatan 5 10 5
20
2)
Skala 5 3 1 0 10 0 5 3 1 0

Petunjuk;

 Skala 5 : 5 (Memuaskan), 3 (sederhana), 1( kurang memuaskan), 0 (tidak memuaskan)


 Skala 7: 7 (Memuaskan), 5 (Sederhana), 3 (kurang memuaskan), 0 (tidak memuaskan)
 Skala 3 & 10 : 10/3 (Hadir) , 0 (Tidak Hadir)

Markah merit ini diadakan 2 kali seminggu, selama 5 minggu berturut-turut. Pelajar yang
mencapai markah merit tertinggi akan memperoleh ganjaran yang telah dijanjikan oleh guru
mengikut kelas masing-masing.

3. Pemerhatian / Mengumpul Data


Pengumpulan data telah dilakukan melalui 5 instrumen, iaitu pemerhatian, temubual berstruktur.

I. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan semasa P&P sedang dijalankan, dimana pengkaji akan memberi
fokus kepada beberapa perkaran iaitu;
 Penglibatan pelajar dalam proses P&P
 Kerjasama dan interaksi pelajar dengan pelajar
 Kepatuhan pelajar kepada arahan guru

II. Temubual Berstruktur


Temubual berstruktur telah diajukan kepada pelajar yang sama dalam kitaran pertama.
Soalan-soalan yang diajukan adalah seperti berikut;
 Bagaimana penerimaan pelajar terhadap pemberian sistem merit?
 Kenapa pemberian sistem merit ini mendorong pelajar untuk menunjukkan komitmen
yang baik di dalam kelas?
 Apakah kesan yang dapat pelajar rasakan setelah sistem merit ini dijalankan?

III. Borang Pemarkahan Merit


Setiap elemen yang dapat dilaksanakan oleh pelajar akan direkodkan di dalam borang
pemarkahan merit selama 5 minggu dalam 10 waktu P&P. Markah-markah ini akan
dikumpulkan sehingga tempoh yang telah ditetapkan. Melalui persembahan borang
pemarkahan merit, pengkaji dapat melihat perubahan yang berlaku ke atas pelajar dari
masa ke semasa.

IV. Diari Kawalan Kelas


Diari kelas ini adalah diari kawalan ponteng pelajar, di mana kehadiran pelajar akan diambil
setiap kali waktu P&P sedang dijalankan. Bentuk Diari Kawalan Kelas adalah Seperti
berikut;

Diari Kawalan Kelas


4 Stanum
Kelas: 4 Stanum
REKOD KEHADIRAN PELAJAR
MINGGU 1 MINGGU2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 Jumlah
Nama
23/3 25/3 30/ 1/4 6/4 8/4 13/4 15/4 20/4 22/4 Kehadiran
Pelajar
3
A 0 0 0 ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 7/10

4. Mereflek
Refleksi/ penilaian dilakukan bagi melihat sejauhmana kaedah yang telah dilakukan mampu
mencapai objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian dikumpul dan dilaporkan dalam satu laporan yang berbentuk data kualitatif
melalui instrumen pemerhatian dan temubual berstruktur, dan data kuantitatif yang diperoleh
melalui Ujian Pra pos, Borang pemarkahan merit dan Diari Kelas.

Bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul semasa P&P dijalankan, pengkaji telah
menggunakan beberapa instrumen, iaitu temubual berstruktur, pemerhatian dan ujian pra.

Temubual berstruktur telah dibuat ke atas 6 orang guru. Secara keseluruhan, guru-guru
tersebut telah berkhidmat selama 3 tahun ke atas di sekolah tersebut. Dalam menyampaikan
pengajaran, sebahagian besar guru menggunakan kaedah chalk and talk. Kaedah ini
dilaksanakan bagi memastikan kelas terkawal. Menurut guru-guru tersebut, pelajar akan
memberi tumpuan dalam menyalin nota di papan hitam/putih. Namun, apabila sesi penerangan
diberikan, para pelajar akan melakukan aktiviti sendiri menyebabkan kelas sukar untuk dikawal.
Selain daripada itu, terdapat juga pelajar yang akan keluar daripada kelas / ponteng semasa
P&P sedang dijalankan. Menurut guru yang berkhidmat di aliran pendidikan Khas, walaupun
mereka tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas, namun mereka menghadapi
masalah dimana pelajar enggan untuk melibatkan diri di dalam proses P&P dan adakalanya
arahan serta tugasan yang diberikan oleh guru tidak dilaksanakan.

Pengkaji juga telah membuat pemerhatian di dalam kelas masing-masing serta kelas
pengkaji yang lain. Masalah yang sama dihadapi dimana kelas sukar untuk dikawal
menyebabkan P&P tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Para pelajar sukar untuk memberi
tumpuan ketika proses P&P sedang dijalankan. Terdapat pelajar yang tidur di dalam kelas,
bersembang dan membuat kerja masing-masing walaupun teguran telah diberikan. Apabila
guru memberikan tugasan, hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang akan membuat tugasan
tersebut manakala pelajar lain hanya memberikan pelbagai alasan seperti, letih, bosan,
mengantuk, malas dan tidak tahu. Apabila guru menyemak buku latihan dan buku nota, ianya
tidak dapat dilengkapkan dengan baik dan teratur.

Merujuk kepada markah ujian Bulanan 1 Perdagangan bagi kelas aliran perdana yang
dijadikan sebagai markah ujian Pra, Sebahagian besar responden daripada aliran perdana telah
mencapai markah di bawah 50%. Pengkaji mengandaikan keadaan ini berlaku kerana wujudnya
hubungan yang signifikan di antara tingkah laku pelajar di dalam kelas dengan markah
pencapaian tersebut.
Dapatan daripada 3 instrumen ini, pengkaji menyimpulkan bahawa, keberkesanan P&P
adalah bergantung kepada kawalan kelas yang baik dimana, pelajar dapat melibatkan diri
secara aktif semasa proses P&P sedang dijalankan serta menunjukkan tingkah laku yang baik
ketika berada di dalam kelas.

Oleh sebab itu dalam kitaran pertama pengkaji telah mencadangkan untuk
melaksanakan “Kepelbagaian Kaedah Berpusatkan Pelajar Dalam Proses P&P”. Kitaran
pertama ini telah mengambil masa selama 2 minggu dengan 2 waktu P&P bagi setiap kelas
untuk melihat sejauhmana pelajar dapat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang
dilakukan serta membantu dalam meningkatkan kawalan kelas. Guru menggunakan dua
instrumen bagi pengumpulan data, iaitu pemerhatian dan temubual berstruktur kepada pelajar.

Analasis Data Kitaran Pertama


I. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji sepanjang proses P&P dijalankan. Pemerhatian
mendapati bahawa pelaksanaan kepelbagaian kaedah di dalam proses P&P tidak mampu
menarik perhatian serta komitmen pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut
menyebabkan kelas masih sukar untuk dikawal. Apabila guru memberikan tugasan
kumpulan, mereka lebih suka untuk bersembang, melakukan kerja selain daripada tugasan
yang diberikan serta hanya bergantung kepada ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan
tersebut. Sepanjang aktiviti dijalankan terdapat juga pelajar yang masih ponteng dari kelas
semasa aktiviti sedang dijalankan. Hanya sebahagian kecil sahaja pelajar yang sentiasa
patu kepada arahan guru seperti melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan. Bagi
pelajar daripada aliran khas, terdapat seorang responden yang tidak menunjukkan
komitmen serta kesungguhan di dalam proses P&P.

II. Temubual Berstruktur


Temubual telah dilakukan ke atas 14 orang pelajar yang telah dipilih dari setiap kelas 4
Stanum,4 Delima dan 2 Khas yang merangkumi pelajar yang memperoleh markah tertinggi
dan terendah dalam ujian bulanan 1.

KELAS JUMLAH RESPONDEN DITEMUBUAL


4 Stanum 6 orang
4 Berlian 6 orang
2 Khas 2 orang
Jumlah 14 orang

1) Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap Kepelbagaian Kaedah Dalam P&P yang


dilaksanakan kini?

Sebahagian besar responden daripada aliran perdana menyatakan bahawa, mereka


tidak berminat untuk memberikan komitmen di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru.
Hal ini kerana, mereka tidak akan memperoleh apa-apa ganjaran atau faedah daripada
penglibatan serta tumpuan di dalam kelas tersebut.

Hasil kajian mendapati bahawa, kaedah yang digunakan tidak mampu untuk menarik
perhatian dan minat pelajar terhadap proses P&P menyebabkan kelas sukar untuk dikawal.
Menurut hasil pemerhatian dan temubual yang dilakukan, pengkaji menyimpulkan bahawa,
responden beranggapan mereka tidak perlu memberi komitmen dan perhatian kepada proses
P&P kerana mereka tidak akan mendapat sebarang ganjaran dan imbuhan dari pelaksanaan
aktiviti tersebut. Oleh sebab itu, pengkaji merancang semula kaedah dalam kitaran kedua
dengan melakukan penambahbaikan, dimana pengkaji cuba untuk menerapkan konsep
peneguhan positif iaitu dengan memberikan markah merit kepada setiap penglibatan aktif,
kehadiran serta kepatuhan pelajar kepada arahan guru.

Analisis Data Kitaran Kedua

I. Pemerhatian

 Penglibatan pelajar dalam proses P&P

Daripada pemerhatian guru, pelajar menunjukkan komitmen yang baik sepanjang proses P&P
dijalankan. Mereka memberi tumpuan ketika guru sedang menyampaikan pengajaran agar
setiap soalan dan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. Pada peringkat
awal, kelas tidak dapat dikawal kerana para pelajar bersaing untuk menjawab ketika guru
mengajukan soalan. Namun keadaan dapat dikawal apabila guru memberi peluang kepada
semua pelajar untuk mengutarakan pendapat dan jawapan mereka, dengan syarat
mengangkat tangan dan berdiri untuk menjawab. Hal ini secara tidak langsung dapat
mendidik pelajar untuk beradab ketika mengajukan pendapat.

 Kerjasama dan interaksi pelajar dengan pelajar

Pengkaji juga dapat melihat wujud kerjasama dan interaksi yang baik di kalangan pelajar.
Guru dapat melihat kesungguhan dan komitmen mereka dalam menjalankan tugasan
kumpulan yang diberikan oleh guru. Hal ini adalah mungkin disebabkan oleh markah merit,
dimana markah penuh merit hanya akan diberikan kepada ahli kumpulan sekiranya adanya
kerjasama dan komitmen dari setiap ahli.

 Kepatuhan pelajar kepada arahan guru

Melalui sistem pemberian markah merit kepada pelajar, pengkaji dapat melihat perubahan
sikap pelajar dimana setiap arahan yang diberikan oleh guru, akan dipatuhi. Walau
bagaimanapun, masih terdapat sebahagian kecil responden yang masih tidak dapat
memenuhi segala arahan yang diberikan. Contohnya, penghantaran lembaran kerja yang
diberikan oleh guru. Kadangkala mereka tidak menyiapkan lembaran kerja sepenuhnya dan
terus menghantar lembaran kerja tersebut pada waktu yang telah ditetapkan.

II. Temubual berstruktur

 Bagaimana penerimaan pelajar terhadap pemberian sistem merit?

Keseluruhan responden menyatakan bahawa, mereka amat bersetuju sekiranya markah merit
ini diberikan kepada setiap pelajar yang melaksanakan setiap arahan dan tugasan yang
diberikan oleh guru. Bagi mereka, apabila guru meletakkan sesuatu ganjaran / hadiah, ia akan
membuatkan mereka bermotivasi untuk mencapai markah merit tertinggi.

 Kenapa pemberian sistem merit ini mendorong pelajar untuk menunjukkan komitmen yang
baik di dalam kelas?
Antara jawapan yang telah diberikan oleh pelajar adalah, mereka merasakan diri mereka
dihargai dan mempunyai kepentingan semasa P&P sedang dijalankan. Terdapat juga pelajar
yang menyatakan bahawa, ganjaran yang ditawarkan oleh guru adalah lumayan. Ganjaran ini
yang menyebabkan mereka berusaha sebaik mungkin untuk mencapai ganjaran tersebut.
 Apakah kesan yang dapat pelajar rasakan setelah sistem merit ini dijalankan?

Selain daripada memperoleh ganjaran, responden juga menyatakan bahawa, melalui aktiviti
dalam P&P yang dirancang oleh guru, ia dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan
pelajar. Selain daripada itu, mereka juga dapat merasakan keseronokan dalam proses P&P.
Secara tidak langsung, setiap tugasan yang diberikan oleh guru dapat disiapkan.

III. Borang Pemarkahan Merit

Setiap tingkah laku pelajar yang memenuhi elemen yang telah ditetapkan oleh guru akan
direkodkan di dalam borang Pemarkahan Merit (Lampiran 3). Melalui borang ini, guru dapat
melihat peningkatan jumlah pelajar yang terlibat aktif di dalam proses P&P dan menunjukkan
tingkah laku positif yang berterusan. Jumlah markah merit yang di tawarkan adalah 200
markah.

Graf 1 di bawah menunjukkan markah merit bagi kelas 4 Stanum. Secara keseluruhan
didapati bahawa 86.67% pelajar telah mencapai 100 markah ke atas. Merujuk kepada
lampiran 3, jadual A3, bermula pada hari ke-5, didapati sebahagian besar pelajar telah
menunjukkan peningkatan penglibatan diri dalam proses P&P, terutama dalam aktiviti
kumpulan serta mematuhi arahan guru dan kehadiran di dalam kelas. Pelajar yang mencapai
markah merit tertinggi adalah pelajar ke 29 dengan jumlah markah 182, diikuti dengan pelajar
ke-24 dan ke-15. Walaupun pelajar ke-29 bukanlah pelajar yang telah mencapai markah
tertinggi dalam ujian Bulanan 2, namun pelajar tersebut telah menunjukkan peningkatan
dalam markah ujian, iaitu daripada 62% kepada 74%. Manakala pelajar yang mencapai
markah merit terendah adalah pelajar ke-4. Hal ini adalah mungkin disebabkan oleh pelajar
tersebut tidak hadir ke kelas selama 6 hari. Walau bagaimanapun, pelajar ini telah
menunjukkan perubahan yang baik di dalam kelas, terutama komitmen di dalam tugasan
kumpulan yang diberikan serta kepatuhan kepada arahan yang diberikan oleh guru bermula
pada minggu ke 7.
Graf 1

Graf 2

Graf 2 di atas menunjukkan jumlah markah merit yang dikumpul oleh pelajar. Secara
keseluruhan penglibatan pelajar dan kedatangan pelajar menunjukkan prestasi yang baik
walaupun ianya jauh berbeza dengan kelas 4 Stanum. Prestasi ini jelas dapat menunjukkan
perubahan positif dalam akademik mereka. Contohnya pelajar ke 5 yang mencapai 122 markah
merit telah memperoleh 66% dalam ujian bulanan 2 berbanding dengan 34% dalam ujian
bulanan 1.

Lampiran 3, jadual C3, menunjukkan markah merit pelajar kelas 2 Khas yang telah
dikumpulkan selama 10 hari / kali P&P. Pelajar 1 telah berjaya mengumpul sebanyak 93%
markah merit manakala pelajar 2 telah mengumpul 83% merit. Pelajar 2 agak kurang aktif di
dalam kelas berbanding pelajar 1, namun beliau sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang
diberikan oleh guru. Ini kerana pelajar ini lebih berlumba-lumba untuk mendapatkan markah
merit yang tinggi supaya mendapat ganjaran yang telah dijanjikan. Walau bagaimanapun,
kesan positif yang diperolehi oleh pelajar ini apabila menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru adalah beliau telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada ujian
bulanan 2. Peningkatan markah adalah sebanyak 18%.

IV. Diari kawalan kelas

Merujuk kepada data yang dikumpulkan melalui Diari kawalan kelas (Lampiran 2), iaitu
menfokuskan kepada kedatangan pelajar, pengkaji mendapati bahawa, walaupun kehadiran
tidak mencapai 100% namun kehadiran pelajar adalah berada pada tahap yang memuaskan.

Bagi kelas 4 Stanum peratus kehadiran keseluruhan pelajar ke kelas selama 10 hari
P&P adalah sebanyak 87%. Seramai 15 orang pelajar telah mencatatkan kehadiran 100%.
Merujuk kepada Lampiran 2, Jadual A, didapati bahawa masih terdapat pelajar ponteng dari
kelas semasa P&P sedang dijalankan. Namun keadaan ini adalah semakin berkurang dan
didapati 4 minggu terakhir tiada dilaporkan kes ponteng.

Merujuk kepada lampiran 2, jadual C2, Pelajar 1 telah menghadiri kesemua kelas iaitu
sebanyak 10 kali sesi P&P, berbanding dengan pelajar 2.

Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa pemberian markah merit ke atas pelajar


telah menjawab persoalan kajian. Melalui sistem merit ini, ia telah mendorong kepada
peningkatan prestasi penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas. Selain itu juga,
pelaksanaannya telah menarik minat untuk pelajar sentiasa menghadirkan diri ke dalam kelas.
V. Ujian Pos (perbandingan ujian pra pos)

Perbandingan di antara markah ujian Bulanan 1 dan Bulanan 2 (Pra dan Pos) dalam lampiran
1 menunjukkan perubahan positif dimana sebahagian besar pelajar telah menunjukkan
peingkatan.

Graf 3 di bawah menunjukkan perbandingan jumlah pelajar lulus dan gagal dam ujian
Bulanan 1 dan 2 bagi kelas 4 Stanum. Peningkatan jumlah pelajar lulus sebanyak 26.67%
iaitu daripada 14 orang (ujian Bulanan 1) kepada 22 orang (ujian Bulanan 2) telah
menunujukkan perubabahan yang postitif. Walaupun masih terdapat 8 orang pelajar yang
gagal dalam kedua-dua ujian namun, mereka telah menunjukkan prestasi yang meningkat
dalam ujian bulanan dua. Sebagai contoh, pelajar ke 25 telah mencapai 14% dalam ujian
bulanan 2, berbanding 6% dalam ujian bulanan 1. Pelajar yang telah mencapai markah
tertinggi dalam ujian bulanan 2 adalah

Graf 3
Graf 4

Graf 4 di atas pula menunjukkan perbandingan jumlah pelajar yang lulus dan gagal
dalam Ujian Bulanan 1 dan 2 bagi kelas 4 Nilam. Graf tersebut jelas menunjukkan bahawa
pelajar yang lulus dalam ujian bulanan 2 lebih tinggi berbanding ujian bulanan 1. Jumlah
kelulusan meningkat sebanyak 100% dan jumlah pelajar yang gagal menurun secara
mendadak. Contohnya, pelajar yang ke 15 telah mencapai peningkatan markah ujian, iaitu
daripada 24% (ujian Bulanan 1) kepada 64% (ujian Bulanan 2).

Graf 5
Melalui graf 5 di atas, setiap bar menunjukkan perbandingan antara 2 pelajar khas yang
dijalankan kajian sistem merit ke atas mereka. Graf menunjukkan peningkatan yang amat positif
dari segi markah ujian. Pelajar 1 telah menunjukkan kenaikan sebanyak 11% di mana pada
ujian bulanan 1 beliau telah mendapat 65% dan meningkat kepada 76%. Manakala perubahan
positif juga dapat dilihat pada pelajar 2 iaitu peningkatan daripada 50% kepada 68%. Ini adalah
bertitik tolak daripada kajian yang telah dijalankan. Berdasarkan kehadiran pelajar ke sekolah,
kehadiran kedua-dua pelajar adalah 100%. Kedua-dua pelajar ini juga telah menunjukkan
prestasi, komitmen serta kepatuhan kepada arahan dan tugasan guru yang baik.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhan mendapati bahawa, pemberian sistem merit ini adalah berkesan dan
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Di dalam Hierarki Keperluan Maslow juga, telah membuktikan bahawa, manusia


memerlukan penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan daripada orang lain atas
sumbangan dan pencapaian diri mereka. Maslow menganggap bahawa manusia akan terus
bermotivasi kerana sesuatu matlamat yang diimpikan. Sekiranya ia dapat dipenuhi ia dapat
membina keyakinan diri dalam diri mereka di mana mereka merasakan bahawa diri mereka
mempunyai kebolehan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Begitu juga halnya dengan
pelajar. Mereka mempunyai keinginan untuk memperoleh sesuatu dan melalui pemberian
markah merit ini, mendorong mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Dengan adanya
keinginan ini, mendorong pada mereka untuk sentiasa memberikan tumpuan serta komitmen
yang baik di dalam P&P samada secara inidividu mahupun berkumpulan. Keadaan ini telah
membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar di dalam proses P&P. Penglibatan pelajar
yang aktif di dalam kelas dapat membantu guru untuk mengawal kelas dan memastikan proses
P&P berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancangkan.
Masalah ponteng kelas juga dapat dikurangkan melalui sistem merit ini. Walaupun
masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang sering lewat 5-10 minit masuk ke kelas, namun
mereka tetap hadir. Perubahan ini dapat dilihat melalui catatan kehadiran pelajar dalam diari
kawalan kelas.

Jika dulu arahan guru dan setiap tugasan yang diberikan sering diendahkan oleh
pelajar, namun dengan adanya sistem merit ini mereka sedaya upaya inign menyiapkan serta
mendengar setiap arahan yang diberikan oleh guru bagi mengumpulkan markah merit tertinggi.

Pemberian markah merit mengikut kumpulan telah mendorong pelajar untuk


mewujudkan kerjasama yang baik bagi membolehkan setiap ahli mereka memperoleh markah
merit yang tertinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan yang baik,
kerjasama, komitmen dan perasaan saling bergantungan di antara satu sama lain di kalangan
pelajar. Dengan adanya sikap ini, mereka dapat mewujudkan suasana yang aman dan
harmonis di dalam kelas tanpa sebarang pertelingkahan.

Apabila perbandingan dibuat ke atas jumlah markah merit serta markah ujian yang telah
dicapai oleh pelajar, terdapat pelajar yang mencapai markah merit yang tinggi tetapi jumlah
markah ujian adalah sedarhana/ lemah, begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah mungkin
dipengaruhi oleh tahap kebolehan pelajar itu sendiri dalam melalui proses pembelajaran.
Walaupun perbezaan ini wujud, namun secara keseluruhan didapati bahawa pelajar secara
keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelas. Keadaan ini telah banyak
membantu guru dalam melakukan kawalan kelas dengan baik dan seterusnya dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran.

IMPLIKASI KAJIAN

Daripada kajian yang telah dilakukan, terdapat implikasi postitif dan negatif yang dapat
dikenalpasti. Antara implikasi positif adalah, melalui sistem merit ini secara tidak langsung ia
dapat membentuk sifat kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertanggungjawab ketika berada
dalam proses P&P seperti sentiasa memberi tumpuan dan fokus kepada proses pembelajaran
untuk memperoleh maklumat serta memberi maklum balas kepada setiap persoalan yang
dikemukakan oleh guru. Walaupun pada peringkat awal, pelajar melakukan sesuatu tugasan
atau menunjukkan tingkah laku yang baik hanya untuk memperoleh ganjaran, namun lama-
kelamaan sikap ini akan menjadi kebiasaan dalam diri pelajar. Sistem merit ini secara tidak
langsung juga akan membentuk disiplin serta keyakinan yang tinggi di dalam diri pelajar untuk
melakukan sesuatu yang lebih baik kerana adanya ganjaran dan penghargaan yang diberikan.
Melalui aktiviti di dalam kumpulan juga akan dapat memupuk komunikasi serta hubungan yang
baik di kalangan pelajar. Hubungan baik ini mendorong untuk mereka saling hormat
menghormati dan bertanggungjawab di antara satu sama lain. Ikatan ini secara tidak langsung
akan mewujudkan suasana kelas yang aman dan harmonis. Melalui sistem ini juga, masalah
ponteng sekolah dapat dikurangkan.

Wujud juga implikasi negatif hasil daripada pemberian sistem merit ini. Contohnya,
persaingan yang wujud di antara pelajar untuk memperoleh ganjaran yang ditawarkan oleh guru
mungkin akan menyebabkan wujudnya sikap mementingkan diri sendiri. Selain daripada itu,
ganjaran ini juga mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu bukan kerana keikhlasan untuk
melakukannya tetapi hanya semata-mata untuk memperoleh ganjaran tersebut. Hal ini
menyebabkan kawalan kelas yang baik tidak dapat dikekalkan kerana pelajar akan kembali
kepada tingkah laku asal sekiranya ganjaran ini tidak diberikan.

CADANGAN

Antara cadangan bagi penambahbaikan kajian ini adalah;

 Tempoh pelaksanaan sistem pemarkahan merit perlu di panjangkan lagi supaya pelajar
tidak mengharapkan ganjaran yang ditawarkan semata-mata tetapi menjadi kebiasaan
kepada mereka

 Guru perlu meningkatkan bilangan pelajar yang berpeluang untuk mendapat ganjaran
agar semua pelajar dapat berusaha untuk mendapatkan ganjaran dan tidak mudah
putus asa. Selain itu kaedah ini juga akan memotivasikan pelajar untuk bergiat dengan
lebih gigih lagi.
 Guru perlu mempelbagaikan ganjaran yang menarik mengikut kepelbagaian pelajar
kerana tahap perkembangan dan kebolehan pelajar adalah berbeza.ganjaran yang
menarik dapat meningkatkan usaha pelajar mencapai matlamatnya.

 Guru perlu memikirkan kaedah dan cara pembelajaran yang efektif supaya pemberian
ganjaran selaras dengan pembelajaran sepanjang hayat di mana, isi pengajaran yang
diajar oleh guru tidak hanya terhenti setakat itu sahaja tetapi boleh diaplikasikan pada
kehidupan seharian dan masa hadapan.

 Guru perlu memperbanyakkan aktiviti di dalam sistem pemarkahan merit agar dapat
menggalakkan penglibatan pelajar untuk mengumpulkan mata merit.
LAMPIRAN 1
Graf A

Graf B
LAMPIRAN 2
JADUAL A2: DIARI KAWALAN KELAS 4 STANUM (5 MINGGU)

KEHADIRAN PELAJAR (10 HARI P&P) JUMLAH


PELAJAR
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HADIR
1 0 / / / / / / / / / 9
2 / / / / / / / / / / 10
3 / / / / / / / / / / 10
4 0 0 0 0 P P / / / / 4
5 P / P / / P / / / / 7
6 / / / / / / / / / / 10
7 / / / / / / / / / / 10
8 / / 0 0 / / / / / / 8
9 0 / P / P / / / / / 6
10 / / 0 / 0 0 / / / / 5
11 / / / / / / / / / / 10
12 / / / / / / / / / / 10
13 / 0 0 / / / 0 / / / 7
14 0 0 / / / / / / / / 8
15 / / / / / / / / / / 10
16 P / 0 / 0 / / / / / 7
17 / / / / / / / / / / 10
18 / / / / 0 / / / / / 9
19 / / / / / / / / / / 10
20 / / / / / / / / / / 10
21 / 0 0 0 / / / / / / 7
22 / / / 0 / / / / / / 9
23 / / / / / / / / / / 10
24 / / / / / / / / / / 10
25 0 0 P P P / / / / / 5
26 / / / / / P / / / / 9
27 / / / / / / / / / / 10
28 / / / / / / / / / / 10
29 / / / / / / / / / / 10
30 / 0 / / 0 / / / / / 8
Jumlah Hadir 23 24 21 25 23 26 29 30 30 30 261
Jumlah Tak
7 6 9 5 7 4 1 0 0 0 39
hadir
Petunjuk:
∕ = Hadir P = Ponteng 0 = Tidak Hadir
JADUAL C2: DIARI KAWALAN KELAS (kehadiran kelas) TINGKATAN 2 KHAS

Sesi P&P

Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah
1 / / / / / / / / / / 10/10
2 / / / / 0 / / / / / 9/10
LAMPIRAN 3
JADUAL A3 : BORANG PEMARKAHAN MERIT 4 STANUM
PETUNJUK A: kumpulan B: Individu C:Tugasan / Arahan guru D: Kehadiran
JUML
PELA BORANG PEMARKAHAN MERIT (10 HARI P&P) AH
JAR MARK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
AH
  A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D (200)
1 0 0 0 0 3 1 0 3 3 0 1 3 3 0 3 3 3 3 5 3 3 3 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 129
2 1 0 3 3 1 0 3 3 1 0 3 3 3 1 3 3 1 3 5 3 3 3 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 5 3 5 5 7 3 135
3 0 0 0 3 0 0 0 3 1 1 3 3 1 0 3 3 1 1 3 3 3 3 5 3 3 3 5 3 3 5 5 3 3 5 5 3 1 5 5 3 103
4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 1 3 3 3 3 3 3 3 3 5 3 3 3 5 3 50
5 0 0 0 0 0 1 3 3 0 1 3 3 3 3 5 3 3 1 3 3 0 0 0 0 3 3 5 3 3 3 5 3 0 0 0 0 5 5 7 3 86
6 1 0 3 3 1 1 3 3 1 3 5 3 1 3 3 3 1 3 3 3 3 1 3 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 5 3 3 3 3 3 125
7 1 0 3 3 1 1 3 3 3 1 3 3 3 1 3 3 3 3 5 3 3 3 5 3 5 3 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 139
8 3 3 5 3 3 3 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 3 5 3 5 3 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 5 3 5 5 7 3 136
9 0 0 0 0 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 5 7 3 5 5 7 3 0 0 0 0 5 5 7 3 106
10 3 3 5 3 5 3 5 3 0 0 0 0 3 3 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 3 3 5 3 3 3 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 72
11 0 3 3 3 1 3 3 3 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 1 5 3 5 1 5 3 141
12 1 1 3 3 1 3 3 3 3 3 3 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 156
13 3 5 3 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 5 3 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 3 5 0 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 139
14 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 5 3 3 1 5 3 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 123
15 3 1 5 3 5 1 5 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 174
16 0 0 0 0 5 5 3 3 0 0 0 0 5 5 3 3 0 0 0 0 5 5 7 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 128
17 3 1 5 3 3 1 5 3 5 1 5 3 5 1 5 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 7 3 5 3 7 3 5 3 7 3 5 3 5 3 156
18 3 1 3 3 5 3 3 3 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 5 0 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 157
19 1 0 3 3 1 0 3 3 3 1 5 3 3 3 5 3 3 3 5 3 3 3 5 3 3 3 5 3 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 7 3 130
20 3 1 3 3 3 1 7 3 3 3 7 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 164
21 5 0 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 119
22 3 1 3 3 3 3 3 3 5 3 5 3 0 0 0 0 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 150
23 3 0 3 3 3 0 3 3 3 0 3 3 3 1 3 3 5 1 3 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 5 3 5 3 7 3 5 3 7 3 135
24 5 1 5 3 5 1 5 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 5 5 5 3 5 5 7 3 180
25 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 3 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 1 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 0 0 0 0 69
26 3 0 3 3 3 0 3 3 3 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 0 0 0 0 5 1 5 3 5 3 5 3 5 1 5 3 5 3 5 3 124
27 5 3 3 3 5 3 3 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 3 5 3 5 3 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 7 3 172
28 5 3 3 3 5 3 3 3 5 5 3 3 5 3 3 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 170
29 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 5 5 7 3 5 5 7 3 182
30 5 0 3 3 0 0 0 0 5 3 7 3 5 3 7 3 0 0 0 0 5 5 7 3 5 5 7 3 5 3 5 3 5 5 5 3 5 5 7 3 141
JADUAL B3 : BORANG PEMARKAHAN MERIT 4 NILAM
PETUNJUK A: kumpulan B: Individu C:Tugasan / Arahan guru D: Kehadiran
JUML
PELA BORANG PEMARKAHAN MERIT (10 P&P) AH
JAR MARK
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
AH
  A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D (200)
1 5 0 1 3 0 0 0 3 0 0 1 3 0 0 3 3 0 0 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 3 3 5 0 1 3 89
2 5 0 3 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 5 3 3 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 7 3 0 5 7 3 5 0 5 3 5 5 7 3 133
3 5 0 1 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 5 3 3 5 0 3 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 5 5 3 123
4 5 0 0 3 0 0 0 3 0 0 0 0 0 0 3 3 0 0 0 3 5 0 0 3 5 0 1 3 0 3 3 3 3 0 3 3 3 3 5 3 69
5 5 0 0 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 5 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 3 5 3 5 0 3 3 5 5 7 3 122
6 5 0 1 3 5 0 3 3 0 5 1 3 0 0 3 3 5 0 3 3 5 0 1 3 5 0 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 0 3 74
7 5 0 5 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 5 3 3 5 0 5 3 5 0 7 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 7 3 5 5 7 3 137
8 5 0 1 3 5 0 3 3 0 0 1 3 0 0 3 3 5 0 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 3 3 5 0 1 3 5 0 0 3 95
9 5 0 0 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 0 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 0 5 3 0 5 3 3 0 0 0 0 5 5 7 3 82
10 5 0 5 3 5 0 5 3 0 0 0 0 0 5 5 3 5 0 0 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 1 3 5 0 3 3 104
11 5 0 3 3 5 0 3 3 0 5 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 7 3 5 3 5 3 131
12 5 0 3 3 5 0 3 3 0 5 3 3 0 0 5 3 5 0 1 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 0 0 0 0 102
13 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 3 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 5 0 0 5 1 3 5 0 5 3 0 0 0 0 64
14 5 0 3 3 5 0 3 3 0 5 5 3 0 5 5 3 3 0 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 3 3 3 125
15 5 0 1 3 5 0 3 3 0 0 0 0 0 0 5 3 0 0 0 0 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 3 3 5 3 5 3 96
16 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 0 3 3 0 0 1 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 3 3 5 5 5 3 81
17 5 0 3 3 5 0 5 3 0 0 5 3 0 0 5 3 5 0 5 3 5 0 7 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 5 3 5 3 5 3 125
18 5 0 3 3 5 0 3 3 0 0 5 3 0 0 5 3 5 0 5 3 5 0 7 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 5 5 3 123
19 5 0 3 3 5 0 3 3 0 0 5 3 0 0 5 3 3 0 5 3 5 0 7 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 1 3 112
20 0 0 0 0 5 0 3 3 0 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 7 3 5 0 7 3 0 5 7 3 5 0 7 3 5 5 7 3 125
21 5 0 1 3 5 0 0 3 0 0 0 3 0 0 1 3 5 0 5 3 5 0 1 3 5 0 1 3 0 5 7 3 5 0 1 3 5 0 0 3 87
22 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 7 3 5 0 7 3 0 5 7 3 5 0 7 3 5 5 7 3 143
23 5 0 5 3 5 0 5 3 0 0 3 3 0 5 3 3 5 0 3 3 5 0 7 3 5 0 7 3 0 5 5 3 5 0 7 3 5 5 7 3 132
24 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 5 3 5 5 7 3 139
25 5 0 0 3 0 0 0 0 0 5 3 3 0 0 1 3 0 0 1 3 0 0 0 0 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 0 0 0 0 66
26 0 0 0 0 5 0 1 3 0 5 5 3 0 0 5 3 5 0 5 3 5 0 0 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 3 5 3 106
27 5 0 3 3 0 0 0 0 0 0 3 3 0 0 5 3 5 0 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 7 3 5 3 5 3 108
28 5 0 1 3 5 0 0 3 0 0 3 3 0 0 3 3 5 0 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 5 7 3 112
29 5 0 0 3 0 0 0 0 0 5 5 3 0 0 5 3 5 0 5 3 5 0 3 3 5 0 5 3 0 5 7 3 5 0 3 3 5 3 3 3 106
30 5 0 1 3 0 0 0 0 0 5 5 3 0 5 5 3 0 0 0 0 0 0 0 0 5 0 5 3 0 5 3 3 5 0 5 3 5 5 3 3 88
31 5 0 0 3 0 0 0 0 0 0 3 3 0 5 5 3 0 0 5 3 5 0 1 3 5 0 5 3 0 5 3 3 5 0 1 3 5 1 0 3 86
32 5 0 0 3 0 0 0 0 0 0 3 3 0 0 5 3 0 0 0 0 5 0 3 3 5 0 5 3 0 0 0 0 5 0 5 3 0 0 0 0 59
33 0 0 0 0 5 0 0 3 0 0 3 3 0 0 5 3 5 0 5 5 5 0 1 3 5 0 1 3 0 5 3 3 5 0 0 3 5 5 7 3 94
34 5 0 0 3 0 0 0 0 0 5 3 3 0 5 5 3 0 0 0 3 5 0 1 3 5 0 5 3 0 5 3 3 5 0 0 3 5 3 0 3 87
35 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 3 0 5 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 5 3 0 5 3 3 5 0 5 3 5 5 7 3 102
36 5 0 1 3 0 0 0 0 0 5 3 3 0 0 0 0 5 0 5 3 5 0 5 3 5 0 3 3 0 5 5 3 5 0 5 3 0 0 0 0 83

JADUAL C3: BORANG PEMARKAHAN MERIT 2 KHAS

PETUNJUK A: Kehadiran B: Penglibatan Pelajar C:Tugasan / Arahan guru

BORANG PEMARKAHAN MERIT (10 HARI P&P)


HARI
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH

PELAJAR A B C A B C A B C A B C A B C A B C A B C A B C A B C A B C (200)

1 10 5 5 10 5 0 10 5 3 10 5 5 10 5 5 10 5 5 10 5 5 10 0 5 10 3 5 10 5 5 186

2 10 4 5 10 3 5 10 3 5 10 3 5 10 0 0 10 5 5 10 3 0 10 3 5 10 0 0 10 5 5 164
RUJUKAN

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustak

Kamarudin Hj Hussin, 1997. Psikologi Bilik Darjah – Asas Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality, 2nd ed.). New York. Harper and Row.

Mook Soon Sang, 2009. PTK Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk Pegawai
perkhidmatan pelajaran Gred DGA 34, DG48, DG52 dan DG54. Terbitan Pertama,
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Selangor, Malaysia.

Mook Soon Sang, 2009. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah: Kepimpinan 1&2)
Psikologi Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Robiah Sidin, 2002. Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion
Perguruan. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, UKM.

Sufean Hussin, 2008. Pendidikan di Malaysia. Sejarah, sistem dan Falsafah: Edisi kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mohamad, Norasmah Othman & Mohamed Sani Ibrahim, 2007. Profesionalisme Guru
Novis, model latihan: Edisi kedua. Bangi. Fakulti Pendidikan UKM.

Fatimah Ali. 2009. Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya Dengan Kemerosotan
Pembelajaran. Dicapai pada 30 Mac 2010 dari http://myais.fsktm. um.edu.my/7066/1/09

Hii Chen Chen.2004. Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Cina di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Tun Aminah. Dicapai pada 30 Mac 2010 dari
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/

Mohd. Yazid Yusoff. Peranan Pengetuan Dalam Pengurusan Sekolah. Dicapai pada 3 April
2010 dari http://yik.itgo.com/text/pengetua.html

You might also like