You are on page 1of 5

Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA)

Pengenalan
Aktiviti yang tertakluk kepada kajian EIA
Permulaan kepada kajian EIA
Pemilihan Tapak Projek
Keperluan Prosedur dalam EIA

Pengenalan

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) diperkenalkan di US pada tahun 1970. Semenjak itu, EIA
diamalkan hampir seluruh dunia dan menjadi satu trend yang memfokuskan impak-impak
utama terhadap alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendefinisikan EIA sebagai satu
penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan
maklumat tentang impak terhadap alam sekitar bagi setiap projek yang akan dijalankan dan
penjelasan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi memastikan kesan terhadap
alam sekitar diminimumkan setelah sesuatu projek diluluskan.

EIA sangat diperlukan sebagai mekanisma kawalan untuk mengelakkan masalah alam sekitar
yang mungkin disebabkan oleh pelaksanaan sesuatu projek. EIA memastikan yang masalah
yang berkemungkinan akan timbul dilihat secara proaktif dan dinilai daripada awal pelaksanaan
projek. Justeru, keadaan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mengelakkan kesilapan besar
daripada berlaku sewaktu pelaksanaan projek, sama ada disebabkan oleh kemungkinan
masalah-masalah alam sekitar timbul ataupun disebabkan perubahan yang diperlukan bagi
memininmumkan kesan terhadap alam sekitar. EIA apabila diaplikasikan dalam perancangan
dan struktur penyelesaian masalah, memberikan maklumat tambahan untuk membuat
keputusan yang lebih baik.

Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 telah menyatakan keperluan
undang-undang untuk EIA bagi aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan. Walaubagaimanapun,
Menteri berhak menentukan mana-mana aktiviti yang mungkin mempunyai impak yang
signifikan kepada alam sekitar untuk disenaraikan dalam aktiviti yang memerlukan kelulusan
EIA. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang telah
disenaraikan, mestilah menghantar laporan EIA kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
sebelum mendapat apa-apa kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa yang relevan.
Laporan tersebut harus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah
dan harus mengandungi penilaian terhadap kehadiran impak aktiviti tersebut kepada alam
sekitar. Laporan tersebut juga harus mempunyai cadangan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengelakkan, mengurangkan atau mengawal impak tersebut kepada alam sekitar.

Keatas

Aktiviti yang tertakluk kepada kajian EIA

Didefinisikan mengikut saiz projek (ikut keluasan) atau kuantum dan semua yang tidak boleh
dinilai mengikut unit pengukuran.

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Tersenarai)(Penilaian Impak Alam Sekitar 1987)
menyenaraikan 19 kategori major yang mensyaratkan EIA dilakukan sebelum menjalankan
aktiviti. Antara aktiviti tersebut adalah :

 Pertanian
 Lapangan Terbang
 Perikanan
 Industri
 Janaan dan Pemindahan Kuasa
 Rawatan dan Pelupusan Sisa
 Pengangkutan
 Taman Rekreasi dan resort
 Infrastruktur
 Petroleum
 Penggunaan tanah
 Perhutanan
 Perumahan
 Perparitan dan Saliran
 Kuari
 Bekalan Air
 Landasan Keretapi
 Pelabuhan
 perlombongan

Keatas

Permulaan kepada kajian EIA

Konsep Projek.

Pemaju harus memastikan konsep projek pembangnan mestilah tidak bercanggah dengan
mana-mana pelan pembangunan, polisi ataupun apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan
melalui Kajian EIA, antaranya ialah (tidak tertakluk kepada yang dibawah sahaja):

1. Pelan Pembangunan Nasional.

2. Pelan Struktur.

3. Pelan Tempatan.

4. Pelan Bersekutu (antara negeri)

5. Persetujuan antara Kerajaan dengan Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan bahan
buangan berkala.

6. Persetujuan antara Kerajaan Malaysia dan Pantai Medivest Sdn Bhd, Faber Mediserve Sdn
Bhd., dan Radicare Sdn Bhd untuk proses pelupusan bahan sisa klinikal daripada
hospital- hospital kerajaan.

7. Garis panduan pembangunan di kawasan tinggi.

8. Garis panduan untuk zon pendudukan industry.


Keatas

Pemilihan Tapak Projek

Kriterian untuk pemilihan tapak baru biasanya merangkumi aspek kejuruteraan, alam sekitar
dan ekonomi. Pada kebiasaannya, kriteria-kriteria ini menghadkan pilihan tapak yang sesuai
kepada bilangan yang sedikit. Pun begitu, tapak-tapak ini masih perlu dikaji dan disiasat untuk
memastikan kesesuaian melalui kaedah lawatan ke tapak dan analisis maklumat sedia ada.
Pada tahap ini, langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan pnyelesaian masalah
sosioekonomi juga diambil kira. Sekiranya projek terletak berhampiran dengan petempatan
awam ataupun laluan sumber air bersih, pengguna akan mendapat kesan langsung daripada
projek tersebut. Jadi, isu pampasan dan pelaburan sifar juga diambil kira dalam EIA.

Pemaju juga tidak digalakkan untuk memilih kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Sensitif
(ESA) ataupun berhampiran; sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Nasional
(April 2005). ESA harus diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan tanah dan sumber
alam bagi memastikan pembangunan yang lestari. Pengurusan ESA harus mengikut criteria
berikut :

Ranking 1 ESA — Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan boleh dilakukan


kecuali untuk tujuan eko-pelancongan, kajian dan pembelajaran

Ranking 2 ESA — Tiada pembangunan dan pertanian. Pembalakan secara lestari dan
eko-pelancongan dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

Ranking 3 ESA — Pembangunan terkawal boleh dilakukan dengan kawalan ketat


bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul.

Keperluan Prosedur dalam EIA

Bermula 1hb Jun 2007, hanya jururunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar
dibawah satu skim baru iaitu Skim Pendaftaran jururunding EIA yang boleh melakukan kajian
EIA (sebelum jni, pemaju projek yang mempunyai kemampuan dalaman atau mana-mana
jururunding EIA boleh melakukan kajian EIA).

Ini berlaku kerana Jabatan Alam Sekitar ingin memastikan hanya profesional yang
berpengalaman dan kompeten shaja boleh melakukan kajian EIA. Senarai jururunding EIA
berdaftar dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar dalam tiga (3) kategori :

 Jururunding EIA
 Jururunding Mengikut Subjek
 Pembantu Jururunding

Dua prosedur yang diamalkan di Malaysia adalah Penilaian Awal dan Penilaian Teliti.

Penolakan laporan EIA yang diterima adalah disebabkan oleh kegagalan pihak perunding
menyediakan laporan EIA mengikut kehendak Seksyen 34A(4), Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 berdasarkan kepada asas — asas berikut :

 Langkah tebatan dan kawalan pencemaran yang dicadangkan tidak mencukupi atau
tidak merangkumi aspek-aspek kritikal yang dikenalpasti;
 Gagal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan isu-isu kritikal yang
dikenalpasti.
 Penentuan sempadan projek yang masih belum dimuktamadkan;
 Cadangan konsep pembangunan yang belum dimuktamadkan;
 Penyediaan garis dasar kualiti alam sekeliling yang tidak memuaskan dan tidak
mengikut keperluan yang ditetapkan; dan
 Ketidaksesuaian tapak pembangunan dan persekitaran dengan cadangan pembangunan
yang hendak dilaksanakan.

  

You might also like