You are on page 1of 7

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tahun : 1

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Lakaran dan guntingan

Tema : Alam Haiwan

Tajuk : Topeng Muka Haiwan

Masa : 60 minit

Media :

Alatan : Gunting

Bahan : Kad manila, gam, pensel, krayon, benang hitam dan pensel
warna, getah gelang.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh model yang sedia ada, topeng muka kucing,singa dll.

EMK : Elemen kreativiti dan inovatif

Elemen Keusahawanan

Standard Kandungan
1. Persepsi dan permahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam aktiviti seni.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
dan budaya.
Standard Pembelajaran
3.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni.

3.1.1 Unsur Seni

3.1.1.1 Rupa – organik

3.1.1.2 Bentuk – 2D

3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder

3.1.1.4 Jalinan – Jalinan tampak

3.1.2 Prinsip Rekaan

3.1.2.1 Imbangan – Semetri

3.1.2.2 Harmoni

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan

bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

3.2.1.1 Alatan – Gunting

3.2.1.2 Bahan – kad manila, pensel, krayon, gam, benang

hitam dan pensel warna.

3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam

penghasilan binaan

3.2.2.1 Teknik – Membentuk

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran
bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara Kreatif

3.3.2 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya

3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah-langkah
Persepsi Estetik
 Guru meminta murid-murid menyenaraikan contoh-
contoh haiwan yang mereka ketahui.
 Guru meminta murid mengajuk bunyi-bunyi haiwan
tersebut.
 Guru bersama murid menyanyi lagu “ Bunyi-bunyi
Haiwan”
Lagu : Saya itik .............quiq!quiq!quiq!
Saya ayam .........kok!kok!kok!
Saya burung ......pip!pip!pip!
Saya lembu ........moo!moo!moo!
Saya kucing ........meow!meow!meow!

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan topeng muka
haiwan.
 Guru menunjuk cara membuat sekeping topeng
muka berbentuk muka kucing menggunakan kad
manila.

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan topeng muka kucing dengan
bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
berikut.

Langkah 1
 Murid diminta melakar muka kucing yang diingini
mengikut saiz muka murid.

Langkah 2

 Melukis rupa bentuk kucing pada kad manila seperti


lakaran mata, hidung, mulut, telinga dan misai
kucing.
 Mewarna bentuk muka kucing yang telah dilukis
dengan padanan warna yang sesuai.
 Menggunting topeng muka kucing yang telah
diwarnakan.

Langkah 3
 Guru menunjuk cara menebuk lubang bahagian
mata untuk membentuk sepasang mata kucing.
 Murid diminta menebuk pada bahagian telinga
topeng kucing.
 Murid dibimbing memasukkan getah gelang pada
lubang telinga topeng untuk dilekatkan pada
bahagian telinga murid.

Langkah 4
 Membuat kemasan secara kreatif pada topeng
kucing dengan melekatkan benang hitam seperti
misai kucing.
 Guru menyemaikan rasa kasih sayang terhadap
haiwan, terutama haiwan pemeliharaan, seperti
kucing.

Apresiasi Seni

 Murid menyatakan apresiasi mereka terhadap karya


yang telah dihasilkan.
 Murid mempamerkan dan memakai beberapa
topeng yag dibuat.
 Murid menerangkan fungsi karya yang dihasilkan HASIL SEBENAR
 Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah
dibuat.
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang elemen
keusahawanan.
Panduan Penilaian

BIL ISI KANDUNGAN BAIK SEDERHANA LEMAH


1. Kesesuaian tajuk = 20% 16 – 20 8 – 15 0–7
- Penilaian subjek - Penilaian subjek - Penilian subjek
yang tepat dengan yang kurang tepat yang tidak tepat
tajuk dan dengan tajuk dan dengan tajuk dan
tema.Konten tema.Konten tema.Konten
menunjukkan menunjukkan menunjukkan
pengetahuan yang pengetahuan yang pengetahuan yang
sangat kurang tidak menyeluruh.
luas,menyeluruh. menyeluruh.
2. Gubahan = 40% 28 – 40 14 – 27 0 – 13
- Susun atur - Mengambil kira - Mengambil kira - Mengambil kira
- Reka letak aspek susun atur aspek susun atur aspek sususn atur
- Ruang reka bentuk dan reka bentuk dan reka bentuk yang
ruang yang sangat ruang yang kurang sangat kurang
menarik dan menarik dan menarik dan tidak
terancang. kurang terancang. terancang.
- Mengaplikasikan - Mengaplikasikan - Mengaplikasikan
asas seni reka asas seni reka asas seni reka
dengan betul dan dengan kurang dengan sangat
tepat. betul dan tepat. kurang betul dan
tepat.

3. Kreativiti = 20% 16 – 20 8 – 15 0–7


- Keaslian - Mengaplikasikan - Mengaplikasikan - Mengaplikasikan
- Aplikasi bahan bahan,teknik dan bahan,teknik dan bahan,teknik dan
yang berbeza. proses yang sangat proses dengan proses dengan
- Teknik kreatif. sangat sederhana. sangat kurang.
- Proses - Kemahiran yang - Kemahiran yang - Kemahiran yang
tinggi dalam sederhana dalam sangat kurang
mengolah bahan mengolah bahan dalam mengolah
dan teknik. dan teknik. bahan dan teknik.

4 Sahsiah = 20% 16 – 20 8 – 15 0–7


- Kekemasan - Aspek kekemasan, - Aspek kekemasan, - Aspek kekemasan,
- Komitmen kometmen, komitmen, komitmen,
- Kerjasama kerjasama dan kerjasama dan kerjasama dan
- Kolaborasi kolaborasi yang kolaborasi yang kolaborasi yang
tinggi sesama rendah bersama sangat rendah
rakan dan guru. rakan dan guru. bersama rakan
dan guru.
5. JUMLAH
KESELURUHAN=100%

You might also like