You are on page 1of 2

Teori Pemerolehan Dan Perkembangan Bahasa Dalam Model Nativis.

Menurut Noam Chomsky (1957) yang mengutarakan teori Nativis,kemahiran


bahasa kanak-kanak telah dipahatkan dalam struktur otak mereka.Kajian struktur otak
manusia telah membuktikan bahawa otak mempunyai dua struktur spesifik iaitu
kawasan Broca yang mengawal pengeluaran bahasa dan kawasan Wernicke yang
bertanggungjawab menginterpretasi bahasa.

Walaupun begitu, menurut Chomsky,kanak-kanak kurang mampu belajar


peraturan dan organisasi ayat yang kompleks jika diajarkan secara langsung atau
dikuasai oleh mereka sendiri.Sebaliknya kanak-kanak dilahirkan dengan instrumen
memperolehi bahasa (Language Acquisition Devise: LAD). LAD ini adalah suatu sistem
semulajadi yang mengandungi satu set peraturan yang sama untuk semua bahasa.LAD
inilah yang membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara semulajadi dan tidak
perlu bergantung banyak kepada pelaziman operan sebagaimana yang dicadangkan
oleh ahli behaviorisme.

Teori Kemahiran Roger Sperry juga menyokong teori nativis yang percaya
bahawa otak kiri manusia pula mempunyai salah satu aspek kemahiran berfikir dari segi
bahasa.Mengikut kajiannya(Roger Sperry1981) iatu seorang Profesor Universiti
California dan pemenang hadiah Nobel,kedua-dua bahagian otak mempunyai fungsi-
fungsi berfikir yang tertentu.Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang
logik,analitis,urutan atau susunan,bahasa,fakta ,matematik dan ingatan.Otak kanan
pula mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif,sintesis,warna reka bentuk
seperti corak,pola,ruang,lukisan,gambar ,disamping perasaan ,irama,muzik dan
imaginasi.

Berdasarkan maklumat di atas, bolehlah dikatakan bahawa otak kiri berfungsi


sebagai kemahiran berfikir secara kritis,manakala otak kanan berfungsi sebagai berfikir
secara kreatif.
-analitis -Sintesis
-logik -Imaginasi
-susunan -Warna
-matematik -Rekabentuk
-bahasa (corak,pola,ruang,l
-fakta ukisan)
-ingatan -rentak dan muzik
-imej dan gambar

You might also like