You are on page 1of 19

Tonggak

1
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN


Oleh Hjh. Rubiah Abdul Rahman

Apakah Tonggak Dua Belas?

Tonggak Dua Belas adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan
dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia. Tonggak Dua
Belas mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota
perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia
merupakan salah satu daripada usaha -usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika
dalam perkhi dmatan awam.

Pengertian Istilah Tonggak, Nilai dan Etika

Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna
Tonggak ialah asas, dasar, panduan, pokok pegangan dan kepercayaan. Contohnya:
Agama Islam sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita.
Dalam konteks perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi
semua anggota perkhidmatan awam yang unggul.

Nilai pula pada asasnya digunakan dalam tiga konteks:

(i) Sebagai sifat (attribute) sesuatu objek, contoh:


 Karya Pendeta Za'ba tidak ternilai dalam persuratan Melayu;
 Budi baik tuan tidak ternilai.

(ii) Sebagai kadar harga atau markah (quantitatif) sesuatu objek, contoh
 Nilai barang-barang yang dicuri ialah RM 12,000;
 Markah penilaian prestasi En. Ahmad pada tahun 1993 ialah 87% dan ini bererti beliau
boleh dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji secara menegak.

(iii) Sebagai ukuran kepada sesuatu yang diingini dan dihargai kerana ia diterima sebagai
sesuatu yang baik, contoh:
• Kita harus menghayati nilai tekun, kerana ketekunan boleh meningkatkan kecekapan
dan produktiviti;
• Dari kecil lagi, kanak-kanak mesti dididik supaya bersopan santun.

Pembicaraan mengenai nilai dan etika merujuk kepada pengertian nilai yang ketiga.
Siapakah Yang Menentukan Sesuatu Nilai Itu Baik atau Buruk? Mengikut pandangan
sekular, nilai ditentukan oleh manusia yang diasaskan kepada pengalaman dan akal semata-
mata. Pada umumnya, manusia menganggap sesuatu itu baik sekiranya ia berguna. Sesuatu
itu dikatakan berguna oleh kerana ia membawa keseronokan, kebahagiaan dan kelazatan.
Tonggak
2
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka wujud apa yang dikatakan sebagai budaya hedonisme dan kegunaan
(utilitarianism). Hedonisme adalah satu gaya hidup yang menjadikan keseronokan,
kelazatan, kebahagiaan sebagai matlamat terakhir kehidupan manusia. Oleh kerana takrif
baik itu ditentukan oleh manusia, maka istilah baik menjadi begitu subjektif dan relatif.
Contohnya, kalangan pelacur menganggap kerjaya mereka baik kerana ia menghasilkan
pendapatan yang lumayan. Begitu juga perompak, menganggap merompak itu baik
kerana hasil rompakan boleh digunakan untuk mencari keseronokan dan kesenangan
hidup.

Masyarakat Barat menganggap bercumbu-cumbu di khalayak ramai sebagai satu


kebiasaan, tetapi perkara ini dianggap tidak bermoral di kalangan masyarakat Timur.
Begitu juga dengan hiburan dan filem-filem yang berunsurkan keganasan atau lucah
dianggap baik kerana ia menimbulkan rasa keseronokan. Nilai juga berubah mengikut
peredaran zaman. Umpamanya, suatu ketika dulu wanita Melayu yang belum
berumahtangga tidak dibenarkan berjalan seorang diri, ia mesti ditemani oleh
muhrimnya. Tetapi pada masa ini, perkara tersebut tidak lagi wujud kerana nilai -nilai
masyarakat Melayu telah berubah.

Di Barat, golongan homoseksual dahulunya dipandang hina, tetapi pada hari ini
mereka telah diberi pengiktirafan sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan untuk
menjalani gaya hidup sedemikian atas alasan menghormati hak asasi manusia. Oleh itu,
nilai yang hanya ditentukan oleh manusia bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut
masa, zaman serta generasi.

Pada pandangan Islam, nilai-nilai yang baik dan buruk adalah ditentukan oleh Allah
sebagai Khalik. Manusia dicipta Allah hanya untuk dua tujuan, iaitu sebagai hambanya dan
kedua sebagai khalifah di bumi yang dipertanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini
bagi kebaikan dan kesejahteraan manusia. Bagi melaksanakan kedua -dua fungsi tersebut,
Allah telah menetapkan cara-caranya agar manusia dapat melaksanakan tugasnya seperti
mana yang dikehendaki oleh Allah. Ini bererti, manusia yang taat sebagai hambanya
perlulah patuh kepada setiap perintahnya, termasuklah ketentuan-ketentuan yang telah
ditetapkan. Oleh itu, nilai -nilai yang bersumberkan wahyu Allah yang disebarkan melalui
al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah mutlak sifatnya, tidak berubah dari masa
manusia pertama diwujudkan hinggalah ke hari kiamat, dan sesuai untuk semua
masyarakat di mana-mana

Etika adalah satu peraturan yang menjadi panduan tata kelakuan setiap anggota
sesuatu organisasi (mengandungi the Do's and the Don'ts). Sebagai contoh, Etika
Perubatan (Medical Ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur dan memberi panduan
tingkah laku kepada para doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga para pesakit.
Tonggak
3
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Etika Perniagaan adalah merupakan satu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk
ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan seperniagaan mereka. Contoh
seterusnya ialah peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai-pegawai
Awam (yang menggantikan Bab D, Peraturan Am).

Tonggak Dua Belas dan Perubahan Tingkah Laku

Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh
semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak
tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta.

Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan-panduan, contoh-contoh nilai, etika


serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu
dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu dan Tonggak Dua Belas
boleh dijadikan panduan untuk merubah tingkah laku seseorang individu.

Imam Al-Ghazali telah mengemukakan beberapa cara untuk mengubah tingkah


laku seseorang. Untuk golongan dewasa, kaedah yang disarankan ialah melalui latihan
diri atau habituation (mentabiatkan) sesuatu perbuatan yang baik sehingga ia menjadi
mudah dilakukan, kemudian menjadi spontan, dan seterusnva menimbulkan kenikmatan
apabila melakukannya.

Di peringkat ini, perlakuan tersebut telah menjadi satu tabiat. Kaedah ini
dilaksanakan melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu perlu
merenung kembali akan dirinya sendiri dan mengakui bahawa ia memiliki beberapa sifat
negatif vang perlu dikikis dan digantikan dengan sifat-sifat berlawanan, yakni sifat-sifat
yang baik. Umpamanya, jika seseorang memiliki sifat kedekut, ia hendaklah
menggantikannya dengan sifat pemurah dengan membiasakan diri memberi derma clan
sedekah.
Tonggak
4
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan melakukan perbuatan seperti menderma apabila didatangi oleh seorang
peminta derma atau sedekah secara berulangulang, lama kelamaan sifat pemurah ini
menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi satu tabiat. Perbuatan ini pada permulaan
didapati begitu sukar untuk dilakukan kerana sikap kedekut masih wujud dalam dirinya.
Tetapi apabila dilakukan berulang- ulang, ia akan menjadi spontan, iaitu setiap kali
melihat orang susah atau peminta sedekah di mana sahaja ia akan menderma walaupun
ketika itu ia mempunyai sedikit wang.

Begitu juga dengan sifat bersih. Seseorang yang telah menghayati sifat bersih
sehingga menjadi satu tabiat, akan menunjukkan kebersihannya walau di mana ia berada,
sama ada di rumah, di tempat kerja atau di tempat awam. Tetapi seseorang yang belum
sampai ke peringkat mentabiatkannya, akan hanya menunjukkan sikap bersih di
rumahnya sahaja, tetapi apabila di tempat lain, dia akan membuang sampah di merata
tempat. Contoh seterusnya ialah, seorang rakyat Malaysia apabila berada di Singapura
begitu berhati-hati untuk tidak membuang sampah, kerana takut dikenakan denda. Tetapi
apabila sahaja, ia melepasi tambak Johor dengan sendirinya ia bertukar menjadi orang
yang tidak menghiraukan kebersihan.

Orang begini belum dikatakan mempunyai tabiat bersih, kerana perbuatan bersih
tidak spontan, malah ditentukan oleh situasi atau keadaan. Seseorang pekerja dianggap
benar-benar ikhlas sekiranya ia tetap menjalankan tugas walaupun tidak diberi
pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang. Sekiranya seseorang pekerja hanya
menunjukkan kerajinan apabila boss ada atau untuk mendapatkan sesuatu, maka pekerja
demikian hanya seorang yang hipokrit dan bukan seorang yang memiliki peribadi sebagai
seorang yang ikhlas. Kalau ia seorang yang pendendam, ia harus menggantikannya
dengan sifat pemaaf kepada orang yang telah membuat kesalahan terhadapnya.

Matlamat usaha penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah untuk
membentuk tabiat ataucharacter yang mulia. Di sinilah letaknya peranan Tonggak Dua
Belas sebagai satu panduan bagi setiap anggota perkhidmatan awam untuk mengikis sifat
-sifat yang negatif dan menggantikannya dengan sifat-sifat positif.

1. Menghargai Masa

Perbuatan tidak menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggota


perkhidmatan awam. Ini dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan
masa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong, berbual-bual di
telefon mengenai hal-hal peribadi, melayani tetamu yang tidak ada kaitan dengan urusan
rasmi, menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga, menjalankan
tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusan persendirian dan
sebagainya. Contoh-contoh perbuatan yang menggambarkan sikap tidak menghargai masa
banyak dikemukakan di dalam Tonggak Dua Belas.
Tonggak
5
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk menghapuskan perbuatanperbuatan negatif, Tonggak Dua Belas
mengemukakan sifat- sifat mulia yang harus menggantikan sifat-sifat negatif tersebut;
umpamanya menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada
berbual-bual kosong; kalau suka berniaga di waktu pejabat, elakkan diri dari berniaga
barangbarang jualan seperti kain batik, alat-alat kosmetik, pinggan mangkuk dan
sebagainya. Anggota perkhidmatan awam digesa melatih diri melakukan kerja dengan
sistematik, umpamanya menetapkan prioriti, menetapkan target date untuk menyiapkan
sesuatu tugas, tidak melengahkan kerja, menepati masa temujanji, mesyuarat atau majlis-
majlis rasmi dan sebagainya. Amalan-amalan tersebut akan menghasilkan kerja yang
berkualiti dan meningkatkan produktiviti.

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Dalam usaha untuk menjadikan anggota perkhidmatan awam tekun menjalankan


tugas, amalan-amalan negatif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat
baru buat harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun dan
bersemangat. Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan mahir
menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan. Seseorang yang tekun
akan bersedia menghadapi kesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah
semangat. Sifat ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin

3. Keseronokan Bekerja

Dalam mewujudkan keseronokan bekerja, amalan-amalan negatif seperti


menganggap kerja sebagai satu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja
sebagai satu ibadat yang mana pulangannya adalah pahala. Bekerja sangat-sangat dituntut
oleh agama kerana setiap orang harus berusaha bagi menyara hidup diri sendiri serta
keluarga mereka. Di samping itu, kita bekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat dan
negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . Namun untuk memperolehi
ganjaran pahala, sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan,
bersungguh-sungguh dan sempurna.

Pekerja yang menghayati konsep Keseronokan Bekerja tidak akan merasa kecewa
jika tidak diberi pengiktirafan seperti kenaikan pangkat, Anugerah Khidmat Cemerlang dan
lainlain. Dia bekerja dengan baik kerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati serta
kejayaan bagi dirinya. Selain daripada itu, pihak pengurusan juga perlu mewujudkan
suasana yang boleh menimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja,
umpamanya mewujudkan suasana yang bersih, nyaman, penuh dengan tanaman
pokokpokok hijau serta pokok- pokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka
serta kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi
Tonggak
6
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Kemuliaan Kesederhanaan

Tonggak Dua Belas turut menyenaraikan sifat kesederhanaan yang perlu ditanam
bagi menggantikan sifat-sifat negatif seperti suka membazir, boros, lebih mementingkan
kecantikan zahir, menunjuk-nunjuk dari aspek percakapan, perhias an diri atau pakaian
dengan sifat kesederhanaan seperti merendahkan suara apabila bercakap, sederhana dari
sudut perwatakan, bersopan santun, hormat sesama manusia tanpa mengira kedudukan atau
pangkat. Sifat meninggi diri atau ria' amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat ini harus
dikikis dan digantikan dengan sifat merendah diri dan tawadduk. Pekerja yang menghayati
gaya hidup yang sederhana tidak suka membanggakan diri, menonjol- nonjolkan diri atau
memperagakan kemewahan serta tidakbersikap egoistik. Pekerja yang sedemikian akan
senang didampingi oleh rakan sekerja serta pihak-pihak lain. Sikapnya yang merendah diri
tidak pula bermakna dia seorang yang sambil lewa, malah dia disegani kerana sifatnya
yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa dan sedia memberi atau menerima nasihat serta
menghasilkan kerja yang berkualiti.

5. Ketinggian Peribadi

Tonggak Dua Belas turut menyentuh tentang sifat-sifat orang yang berperibadi
tinggi seperti bijaksana, berani, sederhana, adil dan sebagainya. Ketinggian peribadi
merupakan matlamat usaha penerapan nilai-nilai murni serta kepatuhan kepada etika
kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan.
Rasulullah s.a.w. merupakan model individu yang memiliki ketinggian peribadi, iaitu
seorang yang jujur, berkata benar, ikhlas, pintar, berbudi bahasa, penyayang, cekal
menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakn tugas serta ciri-ciri lain yang
unggul. Khalifah Umar Abdul Aziz, sebelum menjadi khalifah adalah gabenor
Mesir,tetapi setelah diangkat menjadi khalifah, beliau telah menjalani kehidupan yang
sederhana.

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Pekerja yang memiliki sifat baik hati akan menjadi seorang pekerja yang berhemah
tinggi, sedia memberi pertolongan dan bantuan, sedia memberi maaf dan tidak berdendam,
sedia menerima teguran, mudah mesra dan boleh berkerjasama. Pemimpin yang memiliki
sifat ini pasti mengambil berat tentang kebajikan para pekerja dan akan bersikap adil dalam
tindak tanduknya.

7. Pengaruh Teladan

Selain dari kaedahh a b i t u a t ion, cara yang lain untuk memperbaiki perangai
yang buruk ialah melaluidemonstration effect atau memberikan contoh teladan yang
ditunjukkan bukan sahaja oleh orang atas kepada orang bawah, malah oleh orang bawah
Tonggak
7
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kepada orang atas. Harus diakui bahawa demonstration effect oleh peringkat atasan adalah
lebih mudah dan berkesan.

Demonstration effect pihak bawahan memerlukan kebijaksanaan serta teknik yang


diplomasi. Kekuatan Pengaruh teladan ataudemonstration effect dalam pembentukan
peribadi yang baik juga ditegaskan dalam Tonggak Dua Belas. Pada asasnya, manusia suka
meniru dan mudah terpengaruh dengan perangai orang-orang yang mereka gauli setiap
hari.

Seperti yang telah ditegaskan, Pemimpin yang memberikan teladan sama ada yang
baik atau yang buruk akan mempengaruhi pekerja- pekerja di bawahnya. Pemimpin yang
rajin, amanah serta kuat bekerja akan mendorong anak-anak buahnya menjadi seperti
beliau, begitu juga sebaliknya. Umpamanya, sekiranya seseorang Pemimpin suka
meninggalkan pejabat kerana urusan tidak rasmi, kakitangan bawahannya juga akan turut
melakukannya.

Oleh itu, peranan Pemimpin sebagai role model bagi perlakuan yang beretika
adalah sangat diperlukan dalam usaha mewujudkan anggotaanggota yang beretika dalam
organisasi yang diketuainya. Komitmen di peringkat atasan adalah sangat penting kerana
kita tidak mahu wujud keadaan seperti "Ketam menyuruh anaknya berjalan betul" atau
menjadi seperti "Tukang rumah yang sibuk menyiapkan rumahnya, sedangkan rumahnya
sendiri terbengkalai".

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Masih ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak tekun menjalankan tugas
dan ini dapat dilihat dari tingkah laku mereka yang menggambarkan sikap sambil lewa,
suka bertangguh kerja, cuai, tidak teliti, tidak komited, suka mengelak dari diberi tugas
serta suka "curi tulang" apabila Pemimpin tiada. Tonggak Dua Belas menggariskan
amalan-amalan yang ' harus menggantikan amalan-amalan yang negatif iaitu bersikap
lebih komited, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, cekap, cermat, cergas,
mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuat
demikian.

Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi
mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan, maka akan lahir anggota yang
rajin dan tekun menjalankan apa sa,ia tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa
serta penyeliaan yang terlalu ketat. Setiap pekerja tahu tanggungjawab masingmasing dan
mereka bekerja dengan tekun, rajin dan tidak mudah menyeleweng atau m encari helah
untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. Pekerja begini sentiasa sanggup memikul
apa juga tugas dalam apa keadaan. Umpamanya, sanggup bekerja lebih masa atau datang
pada hari cuti umum untuk menyelesaikan kerja yang tertunggak.
Tonggak
8
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Kebijaksanaan Berhemat

Pembaziran merupakan satu gejala negatif yang masih wujud dalam perkhidmatan
awam. Ini didorong oleh sikap yang suka berbelanja secara boros, bermewah-mewah
dalam membeli kelengkapan pejabat atau dalam mengadakan majlis-majlis rasmi dan
tidak begitu peka terhadap pembaziran yang dilakukan seperti penggunaan kertaskertas,
penggunaan letrik, air, pendingin udara dan sebagainya.

Setiap angpta perkhidmatan awam harus menghayati kebijaksanaan berhemat


kerana dengan adanya sifat ini, setiap pekerja akan begitu peka terhadap perbelanjaan
supaya tidak berlaku sebarang pembaziran atau boros berbelanja. Sikap ini juga akan
menjadikan kakitangan menganggap harta kerajaan seperti miliknya sendiri yang perlu
dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Umpamanya sekiranya dia seorang
pemandu, dia akan cermat memandu kereta dan menjaganya dengan baik seolah-olah
kereta itu kepunyaannya sendiri.

10. Keutamaan Kesabaran

Kesabaran terutamanya di kalangan orang Islam adalah sangat-sangat dituntut.


Malah sabar dikaitkan dengan keimanan seseorang. Sifat -sifat negatif seperti cepat putus
asa, keluh-kesah, gopoh-gapah, takut menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan
panas baran harus digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi
masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau putus asa, pemaaf dan mempunyai
wawasan jangka panjang.

Pekerja yang sabar akan tahan menerima teguran dan tidak mudah kecewa atau
terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua. Orang yang sabar tidak akan
tergugat dengan kritikan dan khayal dengan pujian.

11. Peningkatan Bakat

Manusia dicipta Allah dengan berbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi yang
ada perlu diperkembangkan untuk kemajuan diri, organisasi, bangsa dan negara.
Pemimpin yang menghargai bakat yang ada pada kakitangannya harus mewujudkan
saluran-saluran bagi menggalakkan kakitangan memperkembangkan bakat-bakat yang
masih terpendam serta daya kreativiti masingmasing.

Usaha-usaha ke arah peningkatan bakat serta kreativiti dalam melaksanakan tugas,


umpamanya dalam menyampaikan ceramah, taklimat, atau menganjurkan majlis-majlis
Tonggak
9
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rasmi dan separa-rasmi seperti Hari Q, Hari Keluarga dan lain-lain. Ketua-pemimpin juga
harus memberi pengiktirafan terhadap kegiatan-kegiatan seumpama ini.

12. Nikmat Mencipta

Salah satu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah ialah akal. Manusia
digalak menggunakan akal untuk berfikir, bertafakur serta mencari idea-idea baru bagi
kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Kakitangan awam digalak untuk meneroka idea-idea
baru, inovasi serta berfikiran kreatif.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu mekanisma untuk memupuk


bakat mencipta di kalangan anggota perkhidmatan awam. Peluang-peluang untuk
mengenegahkan ciptaan-ciptaan baru dan penambahbaikan cara bekerja misalnya oleh
kakitangan awam akan melahirkan pekerja yang inovatif, menanamkan semangat cintakan
kerja dan organisasinya. Penubuhan Kumpulan Meningkat kan Mutu Kerja (KMK)
merupakan satu saluran bagi menggalak kakitangan memikirkan cara-cara baru untuk
menjalankan sesuatu tugas atau mengatasi sesuatu masalah.

Kesimpulan

Sekiranya diamati, dihayati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas berupaya membentuk
peribadi yang beretika tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat.
Namun segala usaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu, keazaman,
usaha secara berterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Oleh itu,
kita dianjurkan untuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia
menyempurnakan paras rupa kita. Insya Allah.

Nota:

Hjh. Rubiah bt. Hj. A. Rahman ialah Penyelaras Projek di Program UTAMA, INTAN.
Dipetik dari: Buletin Nilai Dan Etika INTAN – Jilid 3 Bilangan 1, 1994
Tonggak
10
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN

01. Menghargai Masa

Amalan Positif

 Menepati Masa
 Menyelenggarakan Tugas
 Mempunyai Perancangan Waktu
 Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
 Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
 Menetapkan Target Date
 Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif

 Berbual-bual Kosong
 Tidak Menyelenggarakan Tugas
 Tidak Merancangkan Pekerjaan
 Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
 Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
 Berniaga di Waktu Pejabat
 Ke Kantin Waktu Bertugas
 Tiada Sence Of Urgency
 Tidak Merancang Pekerjaan
 Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
 Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

02. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif

 Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam


melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan. 
 Bercita-cita tinggi
 Sanggup berkorban

Amalan Negatif
Tonggak
11
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mudah tersinggung
 Mudah putus asa
 Tidak bercita-cita tinggi
 Disuruh buat baru buat
 Kurang berdisiplin
 Tidak bersemangat
 Tiada inisiatif
 Suka bertangguh

03. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif

 Menggap kerja sebagai ibadat


 Mempunyai Inisiatif sendiri
 Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
 Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif

 Menganggap kerja sebagai beban


 Tidak diberi masa yang cukup
 Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
 Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
 Hanya menunggu arahan sahaja.

04. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif

 Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan


 Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
 Merendah diri
 Mesra dalam pergaulan
 Tidak memperagakan kemewahan
 Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif

 Menonjol-nonjolkan diri
 Berlakuan mengada-ngada
 Berlebih-lebihan mengampu ketua
 Memperagakan kemewahan dan kedudukan
 Sombong dan meninggi diri
Tonggak
12
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Membesarkan perkara kecil

05. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif

 Tertib dan baik budi bicara


 Berilmu dan berpengetahuan luas
 Berlumba-lumba membuat kebajikan
 Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
 Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
 Bertanggungjawab
 Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif

 Sombong dan suka menunjuk-nunjuk


 Sukar untuk membuat kebajikan
 Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
 Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
 Menghina dan merendahkan usaha orang lain
 Hasad dengki
 Berpura-pura dalam tindakan
 Pemarah dan tidak sabar

06. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif

 Pemaaf dan berhemah tinggi


 Ikhlas dan bertimbang rasa
 Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
 Pemurah dalam usaha kebajikan
 Ramah,berbudi mulia
 Dan berkerjasama
 Boleh menerime teguran

Amalan Negatif

 Kasar dan kurang sopan


Tonggak
13
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Berdendam
 Bermuka-muka
 Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan

 Suka hina dan caci orang


 Sombong & penting diri sendiri
 Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

07. Pengaruh Teladan

Amalan Positif

 Bermoral dan berakhlak tinggi


 Tertib dan beradap sepanjang masa
 Rajin dan kuat kerja
 Amanah dan bertanggungjawab
 Berbudi mulia serta merendahkan diri
 Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif

 Buruk perangai
 Jahil dan tidak suka membaca
 Dengki dan buruk sangka
 Mempersendakan agama
 Kedekut
 Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
 Sensitif dan pemarah

08. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif

 Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi


 Tekun dan sabar menjalankan tugas
 Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
 Mementingkan kualiti
 Bersikap profesional dan cekap
 Cepat,cermat dan berdisiplin
 Inisiatif

Amalan Negatif

 Tidak boleh diharapkan


Tonggak
14
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
 Tidak bersungguh-sungguh
 Tidak peka kepada kualiti
 Tidak taat kepada arahan
 Selalu buat silap
 Tidak ikut peraturan
 Suka bertangguh

09. Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif

 Berhati-hati apabila berbelanja


 Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
 Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
 Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
 Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

Amalan Negatif

 Boros dan suka menbazir


 Tidak cermat dengan harta kerajaan
 Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
 Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
 Bermewah dengan harta kerajaan
 Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif

 Tenang menghadapi masalah rumit


 Mempunyai perhitungan jauh
 Tahan menerima cabaran
 Tidak putus asa
 Pemaaf dan berhemah tinggi
 Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif

 Cepat mengalah
 Berpandangan sempit
 Tidak tahan menghadapi kesusahan
 Tidak sanggup berkorban
Tonggak
15
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Takutkan cabaran
 Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif

 Memberi dorongan terhadap kreativiti


 Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
 Mengalakkan pencambahan fikiran
 Memberi galakan kepada pemikiran baru
 Berani mencuba idea-idea baru
 Mengenal dan memupuk bakat yang ada
 Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif

 Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru


 Tidak menghargai bakat yang ada
 Memperkecilkan usaha orginal
 Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif

 Berani mencuba
 Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
 Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
 Sentiasa dalam cabaran intelektual
 Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan
dimanafaatkan

Amalan Negatif

 Takut menemui kegagalan


 Memandang remeh usaha orang lain
 Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
 Pemikiran tidak dinamik
 Tidak suka pembaharuan
 Tidak sabar dalam penciptaan baru
Tonggak
16
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya,
iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin orang bawahan keseluruhannya. Pemimpin
secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan
sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang
daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat
sistem. Dalam proses perhubungan pemimpin dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang
perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang pemimpin mempengaruhi tingkah laku


kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam
situasi sekolah misalnya, pemimpin dan kakitangan berusaha melahirkan pelajar yang
sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pemimpin mesti
mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua
kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi
anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung
kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah
Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa
secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu.

Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua,
kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang
bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada
anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia
mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya.

Ini termasuklah:

1. Mentaliti

 Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak


dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan
pengalaman.
 Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah
serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
Tonggak
17
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang
lain datang kepadanya minta bertindak.
 Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah
yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

 Kesediaan memberi dan menerima pendapat.


 Sikap positif dan terbuka.
 Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
 Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

 Mempunyai disiplin diri yang unggul.


 Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran,
keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
 Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai
seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama
atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara
yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang
tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya.

Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

 Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
 Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang
bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka
barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
 Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku
anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang
adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia
hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

 Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia
tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari
latihan dan pengalaman.
Tonggak
18
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu
yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
 Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan
menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang
bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang
bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai
keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang
berkasar dengan orang-orang bawahannya.
 Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa
bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan.
Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal
tugas di mana juga dia berada.
 Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada
yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang
pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima
hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
 Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang
bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya
pandai mengeluarkan arahan saja.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman
mengenai tugas dan manusia.
 Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang
bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
 Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku
kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat
diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap
positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa


kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang
boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu.
Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang
berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga
harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan
masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui


penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama
kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa
“bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan
kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan


yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan
Tonggak
19
12
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
adalah fungsi kedua-dua kuasa formal melalui jawatan dan penerimaan orang-orang
bawahan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan.

You might also like