You are on page 1of 2

Definisi Isu Moral

Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di
sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan
satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat lebih 55 kes pelajar sekolah mati
atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999
hingga 2009 (Berita Minggu, 14 Julai 2009). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada
perbuatan buli. Jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti
menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan,
hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial (secara
psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan memanipulasikan hubungan sosial.

Hujah Menyokong
Teori Teleologikal - Egoisme Etika

Membuli boleh dikategori sebagai suatu tindakan yang bermoral mengikut Egoisme Etika. Etika
ini melihat fenomena membuli adalah bermoral kerana buli boleh mendatangkan kesan baik
kepada diri sendiri. Dalam kata lain, Membuli boleh menyebabkan seseorang itu gembira apabila
dia melepaskan kemarahan atas orang lain demi untuk mencari keseronokan serta kepuasan.Buli
juga boleh menarik perhatian orang lain dan secara tidak lansung mendapat keprihatinan
daripada orang ramai. Mengikut siasatan daripada pihak polis terhadap pelajar-pelajar tersebut,
mereka telah mendapati bahawa punca pelajar-pelajar melakukan kes buli terhadap pelajar lain
adalah kerana mereka berharap ibu bapa serta guru mereka boleh meluangkan masa yang banyak
dengan mereka. Mereka berharap dengan menggunakan cara ini mereka boleh mendapatkan
kegembiraan serta kebahagiaan deripada ibu bapa mereka.

Teori Deontologikal – Eksistensialisme

Mengikut kategori Eksistensialisme, seseorang itu boleh dianggap bermoral kerana dia ada
kebebasan untuk memilih dan berani bertanggungjawab atas pilihan sendiri. Sebagai contoh,
pelajar-pelajar yang membuli orang lain berhak membuat pilihan mereka untuk melakukan buli
terhadap individu lain kerana mereka berasa bahawa dengan membuli pelajar lain, mereka boleh
melepaskan rasa marah atau tidak puas hati yang terpendam. Setiap manusia berhak untuk
membuat pilihan dalam kehidupan mereka sama ada pilihan yang dibuat adalah betul atau salah
di sisi peraturan dan undang-undang.
Hujah Membantah
Teori Teleologikal - Utilitarianisme

Walaupun buli boleh memuaskan kegembiraan seseorang, tetapi megikut konsep Utilitarianisme,
kes buli adalah tidak bermoral kerana mendatangkan semaksima kesan buruk kepada semaksima
orang lain. Hal ini adalah kerana, membuli seseorang boleh menyebabkan nama sekolah
tercemar atas sebab kes buli yang berlaku dalam sekolah tersebut. Mangsa buli yang menghadapi
masalah dari segi fizikal dan mental akan semakin berleluasa atas sebab segelintir pelajar yang
ingin mendapat perhatian daripada orang lain.Dalam konsep Utilitarianisme juga menyatakan
behawa setiap orang harus sesuatu perkara yang boleh membawa kebaikan kepada semua yang
terlibat dalam sesuatu situasi. Dalam konteks lain, kes buli tidak membawa kebaikan yang sangat
ketara kepada semua pihak. Buli hanya akan memberi kesengsaraan kepada individu(mangsa)
serta ibu bapa mereka dan pihak sekolah. Mereka perlu menyelesaikan semua masalah yang
wujud dalam jangka masa yang agak panjang.

Teori Kemoralan Sosial

Teori kemoralan sosial membeli penekanan kepada kemoralan yang ditentukan oleh peraturan,
norma atau tatahukum sebagai pengukur baik buruk sesuatu tindakan. Mengikut Keganasan
rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521)

Agama
 Dalam konteks agama Buddha, penganut Buddha adalah dilarang sekali untuk
melakukan sesuatu perkara yang boleh cederakan individu lain walaupun individu
tersebut pernah mencederakan beliau.

You might also like