You are on page 1of 2

Refleksi Gerko Bola Tampar

Pada 7 dan 8 Oktober yang lalu, kami ahli Gerko Bola Tampar yang terdiri
daripada pelajar kelas Matematik, Pemulihan dan Pendidikan Khas telah
menganjurkan satu perlawanan bola tampar yang bertempat di gelanggang Bola
Tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Penganjuran kali ini mendapat
sambutan yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai
oleh pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 dan pelajar PPISMP semester 3.
Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 6:30 petang selama
dua hari berturut-turut.

Penganjuran perlawanan bola tampar kali ini merupakan kali pertama buat saya
menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah gerko kami iaitu En... Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua
gerko kami, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara
yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula
dari menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran,
bahagian penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian
keselamatan(pertolongan cemas).

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan


aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami juga
dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam
interaksi GERKO bola tampar setiap minggu, pada hari Khamis 7.45 pagi hingga 9.45
pagi. Dengan menganjurkan perlawanan ini, kami juga dapat menilai kemampuan diri
dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut, kami telah berjaya
mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan,
pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang
bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga
adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola
Tampar.
Antara permasaalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko
bola tampar ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami
senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan Pertandingan Inovasi peringkat
institute dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan beberapa
pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola baling. Namun begitu itu bukanlah satu
permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang sesuai dan mampu
dihadiri oleh semua peserta.

Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna
di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi gerko
sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala
pengetahuan tentang peraturan bola tampar semasa mengadili perlawanan. Secara
tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama
apabila menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola
tampar ini dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di
sekolah. Hal ini kerana permainan bola tampar ini merupakan salah satu permainan
yang dapat menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar
terutama dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar
Matematik namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan
permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan
saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih

You might also like