You are on page 1of 6

RAHSIA KAF 40|

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua
kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut
ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan
orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar
dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu,
³meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya´, kerana takut ilmu itu
disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman
yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat
penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan
pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri
tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu.
Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat,
membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan
mengetahuinya.|

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan
khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit
berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai
lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah
dahulu daripada ahlinya.|

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul
Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip
seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu,
supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut
sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat.
Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan
kekuatan energinya (aura).|

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.|

Kaifiat Amalan|

Amalan sebagai Wirid|

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih
dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca
Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita
membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau
tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.|

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat|


Kaifiatnya seperti berikut :|

Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.„|

Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.„|

Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri
semasa beramal.„|

Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.„|

Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)„|

Memasang bau-bauan yang wangi.„|

Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.„|

Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat„ kita akan dapat
mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras,
suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan
kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara
pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh|

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti
berikut :|

(1) Menyerang musuh.


Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan
tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan
kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu
tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.|

(2) Membutakan mata musuh


Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan
hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah
musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.|

(3) Musuh berlawan sama sendiri.


Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau
sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan
berlaga sesama sendiri.|

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat
puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah
musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.|

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.


Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali
dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan
turunlah bisa-bisa itu.|

(6) Perempuan lekat uri.


Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini
sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak
tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu.
Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.|

(7) Memperbanyakkan air susu.


Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air
kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan
bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan
diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.|

(8) Menghalau pelesit.


Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada
lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah
atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan
keluar.|

(9) Menahan darah.


Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali
dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan
berhenti insya-Allah taala.|

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.


Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada
yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta
selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat.
Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam
dan disapu pada tempat itu.|

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.


Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam
perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau
dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan
mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu
Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke
Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-
tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak
kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya
kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api
itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu
tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini
dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf
empat puluh ini.|

(12) Sakit mata.


Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh
pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu.
Insya-Allah akan segera sembuh|

(13) Terkena lintasan atau sawan.


Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada
kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah
selamat.|

(14) Penawar demam.


Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang
demam. Insya-Allah akan segera sembuh.|

(15) Kuat Badan.


Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian
disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini
tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana
takut kepanasan.|

(16) Tuju demam kura.


Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-
fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya.
Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan.
Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.|

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.


Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ¶ala
kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau
tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni
tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.|

(18) Sakit pinggang


Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada
tempat syaja¶nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan,
manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh
atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah
lagi, insya-Allah sembuh.|
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk
tetamu yang ramai.|

(20) Menjinakkan binatang liar.


Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar,
insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak.
InsyaAllah susunya akan menjadi.|

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.|

(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari
segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan
kepada tiga jenis :|

a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).|

b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).|

c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh
diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).|

a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi
melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40
termasuk di dalam kategori ini.|

b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap


daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh
guru atau amalan wirid dan riadah|

c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada
mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu
badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan
oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai
azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu
dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua¶lam.|

(23) Pelembut Besi


Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah
memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi
itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya
amalan kita telah berhasil dan menjadi.|
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah
berkat ikhtiar.|

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.


Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.|

(26) Hendak Masuk Hutan.


Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum
masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.|

(27) Perang Sabil .


Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat
pulang dan pergi. Insya-Allah.|

(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia
atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah
dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada
gangguan.|

Versi kedua kaf 40|

Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan
kafnya 55, berikut adalah matannya :|

Δϔϛϭ ϚϔϜϳ Ϣϛ ϚΑέ ϙΎϔϛ


ϚϠϛ Ϧϣ ΎϨϛ ϦϴϤϜϛ ΎϬϓΎϜϔϛ
ΪϴΒϛ ϲϓ ήϜϟ΍ ήϜϛ ΍ήϛ ήϜΗ
ϚϠϜϟ΍ Ϛϟ ϚϠϛ ΔϜθϜθϣ ϚϬΗ
ϢϬΘΑήϛ ϲϔϜϟ΍ Ύϔϛ ϲΒϣ ϙΎϔϛ
40 ϙ) ϚϠϔϟ΍ ΐϛϮϛ ϲϜϬϳ ΎϨϛ ΎΒϛϮϛ Ύϳ)
ϢϜϟ ϢϜϓ ϒϬϜϟΎϛ ϢϜϔϛ Γήϳ ήϜϛ
55 ϙ) ϑΎϜϟ΍ Ϣϛ ϲϔϜϳ ΪϴΒϛ Ϧ΋Ύϛ ΄Ϝϛ)|

³ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan


kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka¶ ka i¶n kibidin yakfi kumul kaf ´ -(kaf 50).|

You might also like