You are on page 1of 16

KONVENSYEN NASIONAL PIPP KEDUA (2008)

MEMBANGUN MODAL INSAN:


KETERLIBATAN PELBAGAI AGENSI BERSAMA JABATAN PELAJARAN
MELAKA DALAM MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Tn. Hj. Isa bin Haji Abu


Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Melaka

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan pelan perancangan


yang menyediakan landasan yang kukuh untuk membentuk generasi Bangsa
Malaysia akan datang dan mencorakkan pembangunan negara pada masa
hadapan. Pendekatan yang digunakan dalam PIPP amat penting agar sistem
pendidikan negara dapat dilonjakkan ke satu tahap yang lebih tinggi. Bagi
mencapai sasaran status negara maju, usaha membangunkan modal insan
merupakan agenda terpenting yang mesti dilaksanakan. Fokus pembangunan
modal insan akan diberi kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan
jati diri pelajar. Teras kedua ini berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten
dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta berkebolehpasaran. Selain
itu, satu sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta
memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Tugas
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan generasi muda
Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri,
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri
keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan negara di mata dunia. Di samping itu
pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan
kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat, mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin
berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Pelbagai program bersama telah
dijalankan bagi memenuhi aspirasi membangunkan modal insan ini. Selain
daripada program perkongsian pintar bersama syarikat GLC, program-program
pembangunan insan juga melibatkan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO), ibu
bapa, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Jabatan Ketua Menteri, pihak polis,
pakar motivasi, bomba dan seumpamanya. Kerjasama dan perkongsian pintar
daripada pelbagai pihak amat penting supaya dapat digembeling bagi melahirkan
warganegara Malaysia yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga
berketrampilan, berdisiplin, bermoral dan bertanggungjawab.

2.0 PENDAHULUAN

Matlamat pembangunan modal insan ialah untuk memastikan anak bangsa

Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi

penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan selain daripada

berketrampilan dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menentukan fokus pembangunan modal insan

sepanjang RMK 9 iaitu:

i) mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan

pelajar;

ii) meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran;

iii) membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:

a. pemantapan kurikulum

b. pemantapan program kokurikulum

c. pemantapan program sukan

d. pembudayaan adab dan budi bahasa

2
e. pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan

Keselamatan)

f. pengukuhan disiplin pelajar; dan

iv) memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian

pelajar.

Tempoh lima tahun RM-K9 adalah tempoh yang sangat signifikan bagi

membangunkan modal insan minda kelas pertama untuk mencapai hasrat

wawasan 2020. Kejayaan PIPP adalah bergantung kepada kefahaman dan

komitmen seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) terhadap dasar dan strategi perlaksanaannya. PIPP merupakan

panduan kepada seluruh warga KPM supaya dapat menjalankan tugas dan

tanggungjawab masing-masing secara lebih terancang, terarah dan berfokus.

PIPP menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan

negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.

Selaras dengan cabaran baru yang dihadapi oleh Negara kesan daripada

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan, dan perkembangan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT), pelbagai program pembangunan pendidikan

dijalankan bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celek ICT,

berkemahiran dan berakhlak mulia. Oleh itu, pembangunan modal insan ini

dirancang supaya dapat melahirkan warganegara yang bersifat menyeluruh,

3
progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada berpengetahuan dan

berkemahiran.

Pembentukan generasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

sepertimana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri merupakan satu proses

yang kompleks dan berterusan kerana ianya melibatkan insan iaitu produk

bernyawa dan beremosi. Sumber manusia, yang dikenali sebagai modal insan

ini, adalah penting bagi pembangunan dan peningkatan produktiviti negara.

3.0 DEFINISI MODAL INSAN

Modal insan membawa maksud sumber manusia yang dipunyai oleh negara bagi

keperluan pengisian peluang-peluang ke arah pembangunan negara. Modal

insan merupakan aset yang paling berharga bagi sesebuah negara, yang boleh

disuntik nilai tambah, ditingkatkan nilai intelek dan diperkaya nilai budayanya.

Modal insan yang ingin dibangunkan di sini terdiri daripada pelajar-pelajar

sekolah dan generasi muda Malaysia yang diharap dapat memajukan lagi

negara Malaysia di mata dunia pada masa hadapan.

4.0 CIRI-CIRI MODAL INSAN UNGGUL

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk membangunkan modal insan

supaya dapat memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara

serta menyediakan kepimpinan yang utuh (towering personality). Antara ciri-ciri

modal insan ialah amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun

4
dalam semua usahanya. Selain itu, modal insan ini mampu untuk berfikir secara

kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta

peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk

berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Pelbagai fokus dan strategi yang dirancang bagi merealisasikan Teras 2 :

Membangunkan Modal Insan. Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

menggariskan 8 fokus utama dengan 31 strategi pelaksanaan dan 70 pelan

tindakan yang telah dirangka. Antara strategi pelaksanaan bagi fokus ini

termasuklah:

a) melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard dan soft

skills;

b) membina penampilan diri yang positif;

c) memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni,

budi bahasa dan adab;

d) menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kesihatan dan

kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum;

e) memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan,

kebersihan dan kesihatan pelajar;

f) melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala

sosial melalui penerapan nilai-nilai murni;

g) memantapkan program 3K.

5
h) penggubalan peraturan disiplin pelajar;

i) menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid;

j) memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin;

k) meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan

berkaitan;

l) memperkukuh usaha menangani gejala disiplin melalui Jawatankuasa

Bertindak; dan

m) mempelbagaikan saluran aduan terus.

Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada Fokus aktiviti bersama agensi lain

dalam memupuk pelajar memiliki kemahiran, keterampilan dan disiplin.

Pendidikan dalam pembentukan modal insan yang menyeluruh menekankan dua

tonggak utama iaitu (i) pemikiran secara kritis dan kreatif, dan (ii) pembentukan

karakter. Bagi membentuk karakter murid, kedua-dua aktiviti kurikulum dan

kokurikulum perlu diberi penekanan. Pelbagai program jalinan kerjasama

dengan pelbagai pihak berkepentingan dijalankan bagi menjayakan hasrat ini.

Sokongan, bantuan dan kerjasama pelbagai agensi ini boleh diperolehi

bergantung kepada kebijaksanaan Pengetua sekolah tersebut menjalinkan

hubungan dua hala dengan agensi berkenaan. Setakat ini, hanya 51 peratus

sekolah sahaja di negeri Melaka yang secara aktif mencari peluang-peluang

kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjalankan program-program

pembangunan modal insan ini. Selebihnya, 41 peratus sekolah lagi belum

mencuba peluang bekerjasama dengan pelbagai agensi selain daripada

6
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan

Pelajaran Melaka. Antara agensi-agensi yang terlibat dalam usahasama

membangunkan modal insan ini bagi tahun 2008 di bawah Jabatan Pelajaran

Melaka adalah seperti berikut:

Nama Agensi Fokus Aktiviti Bilangan Sekolah


Terlibat
PDRM Membantu kes-kes disiplin dan jenayah; 18
Pencegahan ponteng, samseng dan
vandalisme.
Program Membenteras Jenayah
PPDa / AADK Minggu Anti Dadah; Seminar; Pameran 12
dan Ceramah
Ujian Air Kencing
Program Dadah Cuma Lima Minit
BTN Motivasi; Ceramah ; Bengkel Jati Diri dan 1
Kursus Kepimpinan
IPTA / IPTS Minggu Kerjaya, Peluang-peluang kursus 15
di institusi pengajian tinggi
Program Motivasi
Kursus Kepimpinan
Pertandingan Sains / Rekacipta bersama
USM dan Planetarium Negara
Program Pengajian Perubatan Di Luar
Negara oleh Universiti
Gadja Mada, Indonesia
BTPN Program Nilam, Penggalakan Budaya 2
Membaca, Kursus Kepimpinan PSS
Penceramah Kursus Motivasi Pelajar, Kemahiran 11
Persendirian Belajar, Ceramah-ceramah Keagamaan;
Motivasi Keibubapaan
Klinik Kesihatan Pameran, ceramah dan pemeriksaan 14
kesihatan; Ceramah Keperluan Makanan
Berkhasiat dan Kepentingan Kesihatan
Diri
Jabatan Ketua Program Rumahku Syurgaku, Program 13
Menteri Melaka Bina Insan
Bomba Ceramah Mencegah Kebakaran, 6
Kemahiran Menyelamatkan Diri dan
Mangsa Kebakaran, Keselamatan di
Premis Kediaman

7
Latihan, kemahiran dan disiplin Kawat
Kaki
ALUMNI Kursus Motivasi dan Kepimpinan, 5
sumbangan kewangan kepada aktiviti
Kolej Komuniti Kursus atau bengkel Kecemerlangan, 4
Minggu Kerjaya dan Kursus Kepimpinan
KeKKWa / Bengkel Latihan dan Kemahiran Seni dan 5
ISMMA Budaya
Dewan Bahasa Bengkel Penulisan, 2
dan Pustaka Perkampungan Penulis Muda
Wilayah Selatan Bengkel Asas Kewartawanan
Majlis Sukan Bengkel dan latihan sukan; jurulatih 1
Negara
Badan Bukan Kemahiran pertolongan cemas; 7
Kerajaan (NGO) Kemahiran membaca peta dan kompas;
Kemahiran dalam perkhemahan
Latihan, kemahiran dan disiplin Kawat
Kaki
ANGKASA Kursus-kursus kemahiran pengurusan 1
koperasi dan pengurusan perakaunan
kewangan
Majlis Bandaran Membantu menyediakan prasarana dan 2
Melaka peralatan seminar, bengkel dan kursus
(MBMBB) motivasi pelajar
RELA Latihan, kemahiran dan disiplin Kawat 1
Kaki
JAIM Ceramah-ceramah keagamaan, sejarah 3
Islam, pemupukan akhlak dan motivasi
Jabatan Penjara Latihan, kemahiran dan disiplin Kawat 2
Malaysia Kaki
GPMS Kursus Motivasi dan kecemerlangan 1
pelajar
Jabatan Program Menghayati Rukun Negara 1
Penerangan
Malaysia
KPM Program-program inovasi, reka cipta dan 3
kreativiti pelajar di peringkat kebangsaan
Lembaga Bengkel Mengerjakan Fardhu Haji (amali) 1
Tabung Haji
JPJ Pendidikan Keselamatan Pelajar di 1
Jalanraya
Kelompok Program RIMUP, Sukan 73
sekolah-sekolah
berhampiran
Karangkraf Bengkel Penulisan 1
Bengkel Asas Kewartawanan

8
Permodalan Bengkel Mengurus Kewangan dan 2
Nasional Berhad Pelaburan
Perancangan Kewangan
RISDA Kursus Motivasi 2
JAPERUN Kursus Motivasi 1
Sekolah-sekolah Contoh: Membuka mata dan minda
luar negara pelajar dengan budaya sekolah-sekolah
luar negara dan pendedahan kepada
kemahiran berkomunikasi.
a) Kunjungan Pancaragam Catholic High
School Singapura;
b) Kunjungan Nanyang Girls High School
Singapura;
c) Kunjungan Pancaragam Hale St Mary,
Australia;
d) Kunjungan Mayor Kirishima City,
Jepun;
e) Program Pertukaran Pelajar
(Homestay) Kirishima dan SMK St
Francis, Melaka
Media Massa Seminar Teknik Belajar oleh Berita 1
Harian dan Bank Rakyat
Kementerian Karnival Pencegahan Dadah 1
Dalam Negeri

5.1 Usahasama dalam meningkatkan disiplin murid

Jabatan Pelajaran Melaka sangat mengambil berat tentang pengukuhan disiplin

murid-murid di sekolah. Justeru banyak program-program pengukuhan disiplin

yang dijalankan di sekolah-sekolah di Negeri Melaka hasil usahasama dengan

pelbagai agensi seperti program-program berkaitan antidadah bersama Agensi

Antidadah Kebangsaan (AADK), PPDa, Kementerian Dalam Negeri. Contohnya,

program Perlancaran Pelaksanaan Buku “Program Dadah Cuma 5 Minit”,

Minggu Anti Dadah, dan Ujian Air Kencing. Selain itu, kerjasama daripada pihak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai-pegawai di Balai Polis setempat bagi

9
mengendalikan ceramah-ceramah ‘Membenteras Jenayah’ dan bersama

membantu menjalankan aktiviti ‘Cegah Ponteng, Samseng dan Vandalisme’.

5.2 Memupuk kemahiran keusahawanan

Program-program seperti Koperasi Sekolah dan Kelab Usahawan Muda,

misalnya, diketengahkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Koperasi (MeCD) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia

Berhad (ANGKASA). Program usahawan muda, misalnya, bertujuan untuk

memberi bimbingan, kemahiran dan ilmu berkaitan keusahawanan kepada

pelajar.

5.3 Pelbagai program kemahiran

Pelbagai program kemahiran telah dijalankan oleh kebanyakan sekolah di negeri

Melaka adalah berfokus kepada pembangunan modal insan. Tumpuan bukan

sahaja diberi kepada pelajar, malah ibu bapa mereka juga. Aktiviti-aktiviti

berunsur pembangunan insan tersebut termasuklah ceramah keibubapaan yang

dianjurkan bersama pihak sekolah, Jabatan Penerangan Daerah Alor Gajah dan

PIBG, minggu orientasi pelajar baru anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG;

program kemahiran belajar bersama pakar-pakar motivasi dan program lawatan

pelajar ke institusi pengajian tinggi awam.

Program-program kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

juga dijalankan dengan usahasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak

10
sekolah. Manakala pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyumbang

daripada aspek peralatan dan teknikal perkomputeran.

Aktiviti berdasarkan kokurikulum pula termasuklah Perkhemahan Pasukan

Beruniform anjuran pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Badan Bukan Kerajaan

(NGOs) dan agensi kerajaan; dan program patriotik bulan kemerdekaan bersama

tokoh-tokoh tempatan. Pihak sekolah juga berusaha mengadakan perjumpaan

dan perbincangan ibu bapa dan guru-guru; program perkongsian pintar bersama

Agensi Dadah Kebangsaan; ceramah kerjaya dan motivasi oleh pensyarah

UTEM, Seminar Perancangan Kewangan oleh Permodalan Nasional Berhad

(PNB), siri program Masih Ada Yang Sayang, program PERMATA, motivasi

kecemerlangan, program Rumahku Syurgaku anjuran kaunselor sekolah

bersama pakar motivasi, majlis perjumpaan pihak sekolah dan ibu bapa bersama

Jabatan Pendidikan Teknikal, Pegawai Perhubungan Polis dan PIBG; program

pameran, ceramah dan bimbingan kerjaya, program Pembestarian Sekolah

anjuran bersama pihak sekolah, PIBG dan syarikat swasta, dan program Latihan

Dalam Kumpulan (LDK) anjuran siswa siswi universiti tempatan bersama pelajar

sekolah.

5.4 Program-program kerohanian

Sekolah-sekolah di negeri Melaka juga berusaha meningkatkan aktiviti

penghayatan rohani dan moral seperti sambutan hari-hari kebesaran atau

perayaan keagamaan, pendidikan akhlak, dan kempen Budi Bahasa Budaya

11
Kita. Dalam usaha mempertingkatkan kefahaman serta penghayatan semua

murid dan guru tentang pendekatan Islam Hadhari, banyak ceramah telah

diadakan samada di peringkat sekolah, daerah dan negeri Melaka. Pelbagai

aktiviti penghayatan kerohanian telah dijalan di sekolah-sekolah hasil

usahasama Jabatan Ketua Menteri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),

Lembaga Tabung Haji, Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran

Melaka, Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah atau penceramah-

penceramah persendirian dengan pihak sekolah sepanjang tahun 2008.

5.5 Memupuk semangat perpaduan

Sekolah-sekolah di Melaka telah bekerjasama dengan Biro Tata Negara

mengendalikan kursus, bengkel dan perkhemahan bagi memupuk semangat

patriotisme di kalangan murid-murid sekolah. Selain itu, sekolah-sekolah telah

diarahkan untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara masing-masing sebagai

salah satu persatuan kokurikulum di sekolah. Bagi mengeratkan lagi

perhubungan dan perpaduan kaum dan memupuk rasa saling menghormati di

kalangan pelajar, Program RIMUP dilaksanakan antara sekolah yang berlainan

aliran. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

dijalankan oleh setiap sekolah di Melaka dengan cara bergabung dengan

kelompok sekolah yang berhampiran. Antara pertandingan-pertandingan yang

diijalankan dalam program RIMUP ini termasuklah pertandingan F1 in Schools

dan Robotics. Selain daripada kerjasama antara sekolah, pertandingan sebegini

12
juga mendapat perhatian, penglibatan dan tajaan daripada syarikat-syarikat

ternama seperti Syarikat Minyak Petronas dan Shell.

5.6 Kecintaan terhadap budaya dan warisan

Manakala bagi aktiviti-aktiviti kesenian, pihak sekolah banyak mendapat bantuan

dan kerjasama dengan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

(KeKKWa) dalam menganjurkan pelbagai aktiviti seperti tarian, teater, dan

kebudayaan.

5.7 Memupuk nilai-nilai kebersihan, keselamatan dan kesihatan

PIPP juga telah memberi pengukuhan kepada program Kebersihan,

Keselamatan dan Kesihatan (3K). Jawatankuasa 3K telah ditubuhkan di setiap

sekolah untuk bertanggungjawab bagi bidang-bidang seperti keselamatan murid,

bencana alam, keselamatan fizikal sekolah dan asrama, persekitaran dan lokasi

sekolah, dan fungsi kontraktor keselamatan sekolah. Selain itu, jawatankuasa ini

juga bertanggungjawab mengatasi masalah kebersihan persekitaran sekolah,

aspek kebersihan kantin dan pengendalian makanan, kontraktor kebersihan dan

pengusaha bas sekolah. Program Perkembangan Remaja lelaki dan perempuan

anjuran pihak sekolah dengan ibu bapa dan pakar-pakar perubatan bagi mengisi

program-program keselamatan, kebersihan dan kesihatan (3K) ini. Terdapat

sekolah yang melaksanakan program kempen keselamatan jalanraya yang

dianjurkan bersama pihak sekolah dengan JPJ, pihak polis dan syarikat swasta.

Begitu juga program Bebas Denggi, kempen makan makanan berkhasiat

13
bersama Klinik Kesihatan, dan Pemeriksaan Kesihatan percuma dan program

Derma Darah anjuran pihak sekolah, Tabung Darah Negara dan klinik kesihatan.

5.8 Program khidmat masyarakat

Selain itu, terdapat sekolah yang menganjurkan kerja-kerja amal dan kebajikan

di kawasan persekitaran sekolah seperti membersihkan kawasan kampung

berhampiran, membersihkan surau, membuat lawatan ke rumah kebajikan,

rumah orang-orang tua, hospital dan seumpamanya. Lawatan sedemikian

sedikit sebanyak dapat memupuk rasa belas kasihan, kasih sayang dan rasa

bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat setempat di kalangan pelajar.

6.0 RUMUSAN

Perancangan untuk melahirkan generasi yang unggul merupakan suatu

tanggungjawab yang berat. Oleh itu, usaha ini harus dilakukan secara berterusan

dengan pengemblengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak.

Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama bertanggungjawab membangunkan

modal insan dengan penuh komitmen. Malah segala bentuk pendidikan dan

latihan kemahiran yang berkualiti hendaklah berterusan bagi memastikan modal

insan negara ini kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa

(Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Setelah dua tahun melaksanakan program-

program Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini, iaitu sejak tahun 2006,

masih wujud lagi kelompangan, dan banyak penambahbaikan yang perlu

dilakukan. Laporan yang diperolehi secara keseluruhannya masih belum

14
mencapai tahap sempurna walaupun mungkin terdapat peningkatan dalam

pencapaian tersebut dari semasa ke semasa. Kerjasama sektor korporat dan

agensi luar serta usaha berterusan di peringkat JPN, PPD dan sekolah

merupakan satu usaha kolektif bagi memastikan pengawalan disiplin dan

pembangunan sahsiah pelajar dapat direalisasikan ke arah pembangunan modal

insan yang relevan dengan keperluan negara dalam mencapai status negara

maju menjelang 2020.

Rujukan

15
1. Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006).

Rancangan Malaysia Ke – 9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) 2006 – 2010 Edisi Pelancaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010, Merintis

Pembaharuan : Satu Misi Nasional, Tahun 2007.

3. Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010,

Jun 2007

4. Haili bin Dohlan (2007). Membangunkan Modal Insan. Konvensyen

Nasional PIPP. Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Laporan-laporan Perlaksanaan Aktiviti PIPP Sekolah-sekolah Negeri

Melaka Tahun 2008.

16

You might also like