You are on page 1of 12

Gejala Vandalisme Kesan Keruntuhan Akhlak Remaja

Masa Kini

1.0 Pengenalan

Aktiviti dan budaya vandalisme yang semakin berleluasa di negara kita adalah

perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali oleh semua masyarakat serta tidak

boleh dimaafkan begitu sahaja kerana ianya jelas berlawanan dengan moral dan akhlak

serta ajaran agama. Perbuatan merosakkan harta benda awam dengan niat jahat ini

atau lebih dikenali dikenali sebagai vandalisme kini dilihat semakin meruncing dan

bagaikan tidak boleh dibendung lagi terutamanya di sekitar bandar-bandar besar di

negara kita. 

Aktiviti vandalisme ini begitu menyakitkan hati dan memalukan semua pihak

terutamanya kepada masyarakat luar seperti pelancong yang datang bertandang ke

negara kita. Antara contoh vandalisme yang terdapat di sekitar bandar-bandar besar di

negara kita adalah seperti perbuatan merosakkan telefon awam, tandas awam,

peralatan permainan di taman rekreasi, menconteng dinding, membuang sampah

merata-rata, mencuri kabel, mencuri besi termasuklah kepala paip, meter air, penutup

longkang, pagar besi penghadang jalan dan sebagainya.

1
2.0 Definisi

Kamus Dewan Edisi Empat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

mendefinisikan vandalisme sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta

benda awam atau persendirian. Manakala dari segi sejarah, perkataan vandalisme

berasal daripada nama sebuah puak di Eropah iaitu vandals yang telah membinasakan

kota Rom pada tahun 445 Masihi. Secara umumnya vandalisme juga membawa

maksud membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat,

menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak

berkuasa.

3.0 Faktor-Faktor

3.1 Pengaruh rakan sebaya

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyumbang seseorang itu untuk

melakukan vandalisme. Faktor yang pertama ialah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh

rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih

mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan

mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir

dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan

vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan

apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam

dan merosakkannya.

2
3.2 Sikap ibu bapa

Faktor yang kedua ialah ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah pendorong

kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa

membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping

tidakmenghiraukan papan tandahad kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam

gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang

mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme ialah

dendam yang dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang

bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu

bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

3.3 Pengaruh media massa

Faktor yang ketiga ialah pengaruh media massa. Media massa mempunyai

pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan

adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai

unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan

vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di

sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar

sewajarnya.

3
3.4 Sikap tidak ambil peduli

Faktor yang keempat ialah Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan

Materialistik masyarakat. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.

Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap

sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli

terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut

kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng

dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang

dilahirkan di bandar sememangnya sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar

sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling

mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan

gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

3.5 Secara suka-suka

Faktor yang kelima ialah yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara

suka-suka. Tidak terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh

membawa akibat yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa

yang terlintas dalam fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen

dan batu-batan. Motif perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk

menghabiskan masa lapang.

4
3.6 Tekanan jiwa

Faktor yang keenam ialah golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang

hebat. Pelajar yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian

yang dihadapi menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk

menarik perhatian orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini

mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang

sesuai untuk mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan

kekacauan fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala.

Setiap empat perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar menggambarkan

kekacauan jiwa remaja tersebut.

3.7 Rasa tidak puas hati

Faktor yang ketujuh ialah kerana mereka sentiasa tidak puas hati dengan

keadaan diri dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng dengan

gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat

demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan ini

terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan ini bertumpu di

taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Antara hasil ukiran ialah lambing love,

anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu

terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan vandalisme tanpa kesedaran dan

pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri mereka daripada akal

fikiran.

5
4.0 Cara-cara Mengatasi

Perbuatan yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan ini perlu dikekang

segera dan semua pihak hendaklah mencari jalan penyelesaiaan yang terbaik bagi

mengatasi masalah sosial ini, apatah lagi aktiviti negatif ini juga turut melibatkan

generasi muda termasuklah pelajar sekolah. Golongan pelajar yang merupakan modal

insan dan asset penting negara ini tidak boleh dibiarkan terdedah dengan budaya

negatif vandalisme yang merugikan serta tidak berfaedah ini dan mereka juga perlu

dipantau dari semasa ke semasa agar menjauhi serta membencinya.

Perbuatan vandalisme juga perlu diperangi oleh semua pihak agar ianya tidak

menjadi budaya di dalam masyarakat kita dan merugikan banyak pihak yang terlibat

serta menyusahkan orang ramai kerana melibatkan kepentingan dan keperluan awam

termasuklah sekolah, pusat rekreasi, stesen perhentian awam seperti bas, kereta api,

komuter dan sebagainya di mana vandalisme menyebabkan pihak berkuasa terpaksa

memperbaiki dan mengganti kerosakan serta kecurian yang dilakukan pihak tidak

bertanggungjawab ini.

Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh

dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di

dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Dan apabila dikatakan

kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi,

mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya

6
membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Al Baqarah:

ayat 11-12)

4.1 Pelaksanaan undang-undang

Oleh yang demikian, bagi mengekang budaya dan aktiviti songsang ini, maka

penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan

terhadap pesalah vandalism di mana di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-

Undang Kecil Vandalisme 1991 memperuntukkan sesiapa yang didapati merosakkan

harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih

setahun jika sabit kesalahan. Walaupun peruntukan undang-undang ini nampak agak

ringan, namun mungkin sudah tiba masanya kita mengenakan hukuman yang lebih

berat terhadap pesalah vandalisme seperti yang telah dilaksanakan di negara-negara

maju lain.

4.2 Hukuman khidmat sosial

Pelaksanaan undang-undang lain seperti menetapkan pesalah-pesalah

vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat sosial dan masyarakat misalnya seperti

mencuci dan mengecat tandas awam, membersih kawasan awam seperti taman

permainan dan sebagainya juga wajar dilaksanakan di mana mereka juga boleh

diarahkan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme sebagai pengajaran

kepada mereka yang terlibat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut di masa

hadapan serta menjadi teladan kepada semua. Hal ini adalah kerana aktiviti vandalisme

7
bukan perkara main-main dan boleh dianggap mudah oleh segelintir masyarakat kita

terutamanya generasi muda.

4.3 Peranan ibu bapa

Peranan ibu bapa dan keluarga adalah amat penting bagi membanteras gejala

ini dari terus berleluasa. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan

remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya

menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang

lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah

diingatkandengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk

hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak

berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkanuntuk

membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke

alam dewasa.

4.4 Peranan masyarakat dan pihak sekolah

Langkah seterusnya ialah peranan masyarakat dan pihak sekolah. Setiap

anggota masyarakat perlu bersikap prihatin danmemberi perhatian kepada anak

mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka

terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap

gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat

boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak

8
vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar

mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan

mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.

Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka

diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu

akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan

tanggungjawab.

4.5 Peranan media massa

Kemudian, peranan media massa. Selain berfungsi sebagai media hiburan dan

sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial

kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat

dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat

tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat

dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi

mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam

Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa

maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

9
5.0 Kesimpulan

Vandalisme yang membabitkan remaja masa kini telah sampai di tahap yang

membimbangkan apabila bilangan yang merosakkan harta awam meningkat dua

hingga tiga peratus setiap tahun. Bermula dari perbuatan menconteng dan merosakkan

harta benda, apabila remaja gagal mengawal perasaan, maka ini mendorong remaja

bertindak lebih liar untuk melakukan jenayah yang lebih berat. Tindak tanduk mereka

boleh menyusahkan orang ramai. Selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap

sebagai jenayah dan tidak ada peruntukan untuk mendenda serta menangkap pelaku-

pelakunya.

Oleh itu, perlu diingatkan bahawa perlunya ada kesedaran dalam diri kita ini iaitu

kita manusia semua diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya dan untuk

mentadbir alam ini. Maksud mentadbir dalam konteks ini ialah memelihara, menjaga

dan mengekalkan keindahan alam yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik

mungkin. Setelah kita memahami penyataan di atas, cuba bertanya pada diri kita.

Adakah dengan melakukan perbuatan vandalisme ini, seolah-olah kita memzalimi orang

lain dan melanggar perintah Allah seterusnya tidak amanah kepadaNya? Renung-

renungkanlah dan selamat beramal.

10
Refleksi Individu

Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak ilmu baru yang saya boleh

sampaikan kepada orang lain. Sebelum ini saya tidak prihatin terhadap isu ini

sedangkan isu vandalisme ini bukanlah merupakan isu yang baru. Ia adalah satu isu

tentang kerosakan harta benda awam yang sehingga kini masih berlarutan dan tidak

ada penghujungnya. Ramai yang menganggap isu ini sebagai satu isu yang remeh-

temeh sahaja padahal jikalau hal ini tidak dibendung dengan langkah yang sewajarnya,

ia mampu merapuhkan kedaulatan negara kita pada masa hadapan.

Mengapa saya katakan ini ? Hal ini kerana majoriti golongan yang melakukan

gejala vandalisme ini terdiri daripada golongan remaja. Kita semua sedia maklum

bahawa golongan inilah yang akan mencorakkan kepimpinan negara kita pada masa

hadapan. Tetapi, bolehkah kita bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara kita

yang tercinta ini sekiranya dipimpin oleh golongan remaja yang melakukan vandalisme.

Marilah kita sama-sama fikirkan.

11
Bibliography
(n.d.). Retrieved from http://www.mpm.gov.my/vandalism_introduction

(2009, November 16). Retrieved from http://www.khabarislam.com/menghentikan-


vandalisme-dan-gengisme-pada-remaja.html

(2009, May 25). Retrieved from http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/golongan-


remaja-mudah-terpengaruh-dengan-kegiatan-vandalisme/

Al-Ghazali. (2000). Membentuk Peribadi Mukmin Sejati. Kuala Lumpur: Al-Hidayah


Publishers.

Al-Jazairi, A. B. (1987). Akhlak Muslim. Pulau Pinang: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Empat. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahsuri. (2008, July 8). Retrieved from http://digilib.uin-suka.ac.id/gdl.php?


mod=browse&op=read&id=digilib-uinsuka--mashurinim-672

Murad, D. M. (2006). Kesalahan Dalam Ibadah Dan Muamalat. Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise.

Ujie. (2009, February 21). Retrieved from http://ujie.com/blog/2009/02/21/vandalisme-


laku-musnah/

12

You might also like