You are on page 1of 5

TUGASAN INDIVIDU

ULASAN JURNAL
TAJUK :
MALU ( SHYNESS ) :
MASALAH MALU DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

NAMA : NOOR FADHLIN SAKINA BINTI OTHMAN


NO. MATRIK : E20091000279
KUMPULAN : C
KOD KURSUS : KAQ 1043
NAMA KURSUS : BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL
KANAK-KANAK
SEMESTER : 2 2010/2011
NAMA PENSYARAH : CIK ANIS NORMA JAAFAR
MASALAH MALU DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

1.0 - PENGENALAN

Perasaan malu adalah pengalaman universal, yang pernah dialami oleh hampir setiap
orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa. Malu boleh didefinisikan
sebagai menunjukkan perasaab takut atau menarik diri daripada situasi sosial sama ada
semasa berada di rumah atau semasa berada di sekolah. Masalah malu dalam kalangan
kanak-kanak boleh mula dilihat apabila seseorang kanak-kanak tersebut mencecah
umur tiga tahun.

Menurut Philips (1981), malu adalah satu keadaan yang datang kepada kita
apabila bertemu dengan situasi sosial yang mana kita tidak mempunyai kemahiran untuk
menghadapinya. Manakala, Izard dan Hyson (1986) menyatakan malu merujuk kepada
gabungan berbagai-bagai perasaan emosi termasuk perasaan takut dan minat,
ketegangan fikirandan ketenangan. Leavy (1989) pula menyatakan bahawa malu
melibatkan perasaan bimbang dan tingkahlaku yang terhalang daripada bersosial
dengan orang lain.

M.Grams (2002) pula mendifinasikan malu sebagai satu reaksi kepada interaksi
sosial di mana seseorang individu itu merasa tidak selesa, asyik memikirkan sesuatu
atau merasa amat malu terhadap tingkahlaku sendiri. Ia tidak berdaya untuk
mempercayai diri sendiri untuk melakukan atau mengatakan sesuatu itu betul atau
salah. Ghassan Yacob (1986) mendifinasikan malu sebagai kehilangan ketenteraman
sanubari dan keberanian di samping kegelisahan yang diiringi kegugupan, membawa
kepada perasaan rendah diri dan serba salah ketika menghadapi situasi-situasi baru
atau orang-orang yang tidak dapat dikenal.

Daripada pendapat-pendapat yang telah dikemukan, malu boleh rumuskan


sebagai gabungan berbagai perasaan emosi yang tidak tenteram yang dikawal oleh hati
meliputi perasaan bimbang, ketegangan, serba salah, rasa rendah diri, dan tidak
percaya kepada diri sendiri serta bimbang terhadap penilaian negatif daripada orang
lain. Seterusnya perasaan tersebut ditunjukkan melalui tingkah laku yang terhalang,
ketika menghadapi situasi sosial yang baru dihadapi.
2.0 - FAKTOR-FAKTOR KANAK-KANAK MENJADI PEMALU

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan malu dalam kalangan
kanka-kanak. Antara faktor-faktor yang mendorong kanak-kanak menjadi seorang yang
pemalu ialah :

2.1 - Faktor Baka Atau Genetik


Terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa sifat malu seseorang kanak-
kanak itu diwarisi sifat malu daripada ibu bapa mereka. Sebagai contoh, sekiranya
ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan seorang yang pemalu, jadi anak-anak
mereka juga berkemungkinan akan menjadi seorang yang pemalu.

2.2 - Faktor Persekitaran


Selain faktor baka dan keturunan, malu juga berpunca daripada kemahiran sosial
kanak-kanak yang sangat lemah. Asuhan dan didikan yang tidak konsisten daripada
ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi seorang yang pemalu.
Selain itu, ibu-bapa, keluarga, atau orang luar yang selalu mengusik, bertindak
kejam, dan selalu menkritik juga boleh mengakibatkan seseorang kanak-kanak itu
mempunyai sifat malu dan keyakinan diri yang rendah.

Kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa merek


juga berkemungkinan akan menjadi seorang yang pemalu. Walau bagaimanapun,
sikap sesetengah ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengawal pergerakan atau
tingkah laku anak-anak mereka juga menjadi faktor mengapa kanak-kanak itu
menjadi seorang yang pemalu.

3.0 - KESAN SIKAP MALU

Kesa sikap malu boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan negatif sikap malu dan
kesan positif sikap malu.

3.1 - Kesan Negatif Sikap Malu


Kanak-kanak yang mempunyai perasaan malu yang keterlaluan mungkin akan
menghadapi beberapa risiko, seperti tidak atau kurang mempunyai kemahiran sosial
atau mempunyai imej diri yang tidak baik (Sarafino,1986). Menurut Zimbardo dan
Radl (1981), kanak-kanak yang pemalu juga akan merasakan dirinya mempunyai
kekurangan dan kurang berkawan, dan lebih pasif jika dibandingkan dengan rakan-
rakan mereka yang tidak bersikap pemalu.

Seterusnya, kanak-kanak yang pemalu juga akan diabaikan oleh rakan-rakan


mereka dan peluang mereka untuk mengembangkan kemahiran sosial mereka
adalah sedikit. Sekiranya, kanak-kanak berterusan mempunyai perasaan malu yang
berlebihan sehingga dewasa, mereka akan mendapati diri mereka bersendirian, tidak
mempunyai rakan karib, dan tidak mempunyai rakan yang berlaianan jantina
berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

3.2 - Kesan Positif Sikap Malu


Sikap malu tidak semuanya mempunyai kesan yang negatif. Malu juga boleh
memberi kesan positif kepada sesetengah kanak-kanak. Sebagai contoh, menurut
Senson et.al (1996), beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang malu secara
signifikannya sangat kurang terlibat dengan tingkah laku sosial yang negatif
berbanding kanak-kanak lain. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak yang pemalu sangat
berhati-hati terhadap apa yang orang lain akan fikirkan tentang dirinya.

4.0 - LANGKAH MENGATASI SIKAP MALU

Setiap perkara pasti ada langkah untuk mengatasinya. Begitu juga dengan sikap malu.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa atau guru untuk
mengurangkan sikap malu yang terdapat dalam diri seseorang kanak-kanak. Antara
langkah-langkah untuk mengatasi sikap malu dalam kalangan kanak-kanak ialah :

4.1 - Berikan Motivasi


Beritahu atau ceritakan pengalaman anda ketika menjadi seorang yang pemalu
kepada kanak-kanak. Seterusnya beritahu kepada mereka bahawa anda telah
berjaya mengatasinya dan telah menjadi orang yang boleh bergaul dan bersosial
dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai sikap malu itu akan
dapat memulihkan semangatnya dan mereka boleh menjadikan anda sebagai model
yang boleh diikuti.
Selain itu, terangkan juga kepada kanak-kanak tersebut tentang kelebihan
yang akan diperoleh apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
Dedahkan kanak-kanak pemalu dengan orang atau persekitaran yang berlainan
dengan mereka supaya mereka boleh belajar berinteraksi dengan orang disekeliling.
Tunjukkan perasaan empati atau memberikan galakan kepada mereka sekiranya
mereka kelihatan takut untuk berinteraksi.

4.2 - Memberi Peneguhan Positif


Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak akan melakukan sesuatu kerja atau arahan
sekiranya mereka akan mendapat ganjaran. Justeru, peneguhan positif seperti
memberi ganjaran dan pujian adalah langkah yang paling berkesan untuk mengatasi
sikap malu dalam kalangan kanak-kanak. Berikan ganjaran sekiranya mereka
mampu bergaul dan berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka. Selain itu,
berikan juga pujian kepada kanak-kanak sekiranya mereka boleh bermain dan
bergaul dengan rakan-rakan mereka.

5.0 - KESIMPULAN

Secara umum malu adalah sebagai gabungan berbagai perasaan emosi yang tidak
tenteram yang dikawal oleh hati seperti perasaan bimbang, ketegangan, serba salah,
rasa rendah diri, dan tidak percaya kepada diri sendiri serta bimbang terhadap penilaian
negatif daripada orang lain. Sikap malu banyak memberikan kesan yang negatif
berbanding kesan positif ke atas seseorang kanak-kanak. Justeru itu, langkah-langkah
perlu dilakukan untuk mengatasi sikap malu dalam kalangan kanak-kanak supaya
perkembangan kanak-kanak tidak dibatasi dengan sikap malu mereka.

You might also like