You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2010

Hari : Rabu

Tarikh : 10/02/2010

Masa : 12.30 – 2.00 Petang

Tempat : Makmal 3

Ahli-ahli yang hadir:


1. En. Ambrose Anak Jerome
2. Cik Nurul Ain Binti Mohd Zaid

Agenda Perkara
1. Ucapan Aluan Ketua Panitia
1.1 Kata Aluan
 Berterima kasih kepada guru Fizik yang hadir dalam mesyuarat
panitia kali pertama.
 Berterima kasih kepada semua guru Fizik yang hadir kerana
telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada
bulan pertama persekolahan tahun 2010 dengan lancar.
 Pengesahan minit mesyuarat
 Pencadang : En. Ambrose Anak Jerome
 Penyokong : Cik Nurul Ain Binti Mohd Zaid

Tindakan: Makluman

2. Kurikulum 2010

2.1 Ketua panitia meminta agar buku rancangan pengajaran


dilengkapkan dengan rancangan pengajaran tahunan dan huraian sukatan
pengajaran sebelum dihantar untuk disemak secara mingguan.

2.2 Ketua panitia telah mengedarkan senarai eksperimen PEKA yang


perlu disiapkan sebelum dipantau.
Tindakan: Makluman

2.3 Ujian Diagnostik Fizik akan diadakan untuk pelajar tingkatan 4


sahaja.

Tindakan: Cik Nurul Ain


2.4 Pembahagian penyedia kertas soalan Fizik untuk ujian bulanan dan
peperiksaan semester seperti berikut:

Tingkatan 4 : Cik Nurul Ain


Tingkatan 5 : En. Ambrose Anak Jerome

Tindakan: Makluman

3. Pencerapan Tahun 2010

3.1 Guru Fizik akan dicerap sebanyak 2 kali iaitu pada sebelum
pertengahan semester 1 dan selepas pertengahan semester 1.

3.2 Kriteria pencerapan adalah seperti bahan bantu mengajar (BBM)


yang digunakan, penerapan nilai dan penilaian terhadap pelajar.

Tindakan: Makluman

4. Perbelanjaan Kewangan 2010

4.1 Jumlah peruntukan (PCG) yang diberikan adalah kurang daripada


RM 500.00.

4.2 Oleh itu, peruntukan akan digunakan untuk pembelian buku kerja
bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Tindakan: Makluman

5. Perancangan 2010

5.1 Segala perancangan atau aktiviti adalah berdasarkan pelan operasi


2010.

5.2 Pelan Taktikal

5.2.1 Semua pelajar akan diberikan formula Fizik (Power Formula)


dan perlu dilekatkan di dalam buku dan menghafal rumus
tersebut.

5.2.2 Bengkel Kalkulator – Semua pelajar wajib ada kalkulator


saintifik semasa bengkel dijalankan. Meliputi semua topik
tingkatan 4 dan 5.

5.2.3 Physis’s Week – Rujuk pada Science’s Week yang akan


diselaraskan oleh Panitia Sains.

2
5.2.4 Mentor Mentee akan diadakan selepas peperiksaan
pertengahan semester 1 dan pembahagian kumpulan
berdasarkan pada keputusan peperiksaan tersebut.

5.2.5 Klinik Fizik akan diadakan bagi membantu pelajar yang gagal
atau pelajar lemah dalam memperlajari subjek Fizik. Pelajar
akan ditekankan cara menjawab kertas 1, 2 dan 3.

5.2.6 Pertandingan Fizik akan diadakan seperti pertandingan lontar


telur, pertandingan jambatan kukuh, pertandingan payung
terjun dan pertandingan roket.

5.2.7 Tontonan Video ( City of Amber) akan diadakan untuk


meningkatkan motivasi pelajar, mengetahui aplikasi Fizik dan
sedar tentang kepentingan Fizik dalam kehidupan. Semua
pelajar tingkatan 4 dan 5 terlibat.

Tindakan: Semua Guru


6. Hal-hal lain

Tiada. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

__________________
(Cik Nurul Ain Binti Mohd Zaid) (En. Ambrose anak Jerome)
S/U Panitia Fizik Ketua Panitia Fizik
SMK Trusan 2010 SMK Trusan 2010

You might also like