You are on page 1of 2

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma,
kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata
merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses


pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan
sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida
(pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :


 Pelepasan asap kenderaan
 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/
bateri kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit
Mikamas, 1996

You might also like