You are on page 1of 17

Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Hidup – Kemahiran Teknikal PMR

Disediakan oleh Albert Rumatai B. Ladangin


20 Ogos 2009.

TEKNIK MENJAWAB KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PMR – KEMAHIRAN TEKNIKAL


(UNTUK PELAJAR)

Teknik Pembelajaran ini saya khususkan untuk pelajar yang memilih Mata Pelajaran KHB – KT
(Kemahiran Teknikal) Namun masih boleh diguna pakai untuk pelajar yang memilih mata pelajaran
KHB – ERT, PT dan PK kerana teknik yang diketengahkan adalah sama. Untuk makluman para pelajar,
teknik serupa ini tetapi diubahsuai untuk semua pilihan KHB telah saya aplikasikan di beberapa buah
sekolah Daerah Kota Belud, Ranau dan Tamparuli dan juga sekolah saya sendiri. Hasilnya adalah
memuaskan dan boleh membantu. Walau bagaimanapun kalau ada para guru yang berminat dan ingin
membuat penambahbaikan adalah dialu-alukan.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian teras wajib
dipelajari oleh semua pelajar manakala setiap pelajar memilih salah satu daripada empat bidang
pembelajaran dalam bahagian pilihan.

FORMAT PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KHB – KT Kertas 1 (76/1)

Kertas ini mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan dan aneka gabungan yang berasaskan
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi pengetahuan dalam Reka Bentuk dan Teknologi serta Kemahiran
Teknikal. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam 30 minit untuk memperoleh
jumlah markah sebanyak 60%.

Format pentaksiran lebih fokus kepada pelajar yang mampu berdikari, kenal faham teknologi dan
ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk
kehidupan harian. Maka dengan itu, format pentaksiran lebih mengutamakan stimulus dalam item
pentaksiran iaitu sebanyak 60% daripada jumlah soalan.

KHB – KT Kertas 2 (76/2)

Kertas 2 merupakan pentaksiran berasaskan modul yang dilaksanakan dengan arahan dan panduan
pentaksiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Perlaksanaannya secara berterusan di sepanjang tempoh pembelajaran mata pelajaran ini di tingkatan 1,
2 dan 3. Pelajar mesti melaksanakan kesemua modul ini untuk memperoleh jumlah markah sebanyak
40%. Pelajar yang tidak melaksanakan modul kertas 2 adalah gagal dalam mata pelajaran ini.
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1

Aneka Pilihan (Aras Rendah)

Contoh 1
Antara berikut, yang manakah definisi teknologi?
A Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk
B Pengajian dan pengetahuan dalam usaha mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber dan
sistem
C Proses penyelasaian masalah yang dapat memperbaiki kefungsian serta rupa bentuk sesuatu
produk
D Penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi kehendak
pengguna

Maklumat penting
 Item yang ditaksir adalah dalam tajuk RBT
 Pelajar perlu ingat kembali apa yang telah diajar oleh guru

Tindakan
 Sebelum memilih salah satu kunci jawapan, anda boleh mengurangkan pilihan jawapan yang
pada pendapat anda tidak sesuai ( contoh pilihan A dan C) alasan, ayat dalam pilihan ini kurang
sesuai dengan kehendak soalan.
 Dengan hanya ada pilihan B dan D sahaja anda dapat memilih kunci jawapan melalui
pertimbangan wajar anda

Contoh 2
Rajah 1 menunjukkan plag 3 pin 13A.

X Apakah warna kabel yang disambung pada label X?


A Biru
B Hijau
C Hitam
D Perang

Rajah 1

Maklumat penting
 Selain daripada pengetahuan sedia ada, pelajar juga dipermudahkan melalui penggunaan
stimulus gambarajah
 Soalan menggunakan pelbagai stimulus adalah lazim dalam format PMR KHB oleh itu semasa
mengulangkaji pelajaran, pastikan anda kenal dan faham apa yang dibaca dan bukannya faham
sahaja.

Tindakan
 Pilih kunci jawapan yang paling tepat berdasarkan apa yang anda kenal dan faham tentang plag
tersebut
 Teknik ulangkaji ialah kenal rupa bentuk, nama bahagian dan fungsi setiap bahagian.
Aneka Pelengkap (sederhana)

Contoh 1
Antara berikut, yang manakah aspek terpenting dalam pemilihan idea reka cipta?
I Pengetahuan dan kemahiran
II Kepentingan produk kepada pengguna
III Penekanan kepada penggunaan bahan terpakai
IV Cara pembuatan yang mudah dan mesra alam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Maklumat penting
 Soalan ini memerlukan anda memilih lebih daripada satu kunci jawapan untuk jawapan lengkap
 Pengetahuan sedia ada tentang reka cipta memudahkan anda memilih jawapan tepat
.
Tindakan
 Kurangkan pilihan pelengkapnya (contoh No III kerana perkataan penekanan ternyata tidak tepat
pada kehendak soalan)
 Setelah pilihan III terkeluar daripada kelompok ini maka B adalah pilihan kunci jawapannya.
 Bagai mana! Gunakan teknik ini dalam latih tubi anda.

Contoh 2
Rajah 1 menunjukkan lakaran dua buah bangku X dan Y. Lakaran Y telah dipilih untuk proses
reka bentuk.

Rajah 1
Antara berikut, yang manakah menyebabkan lakaran Y dipilih?
I Kefungsian A I dan II
II Ketahanan B I dan IV
III Kaedah pembinaan C II dan III
IV Kesesuaian bahan D III dan IV

Maklumat penting
 Penggunaan stimulus gambarajah dalam item aneka pelengkap memudahkan pelajar mencari
kunci jawapan yang tepat

Tindakan
 Boleh menggunakan teknik mengurangkan pilihan pelengkap untuk mencari kunci jawapan
yang tepat dan cepat.
 Penggunaan stimulus membantu menilai kebolehpercayaan keputusan anda
Item menggunakan pernyataan

Contoh 1
Pernyataan berikut menerangkan tentang sejenis gear.

o Digunakan untuk menggerakkan pintu pagar elektrik


o Boleh memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus

Apakah jenis gear itu?


A Gear taji
B Gear Serong
C Gear Belitan
D Gear rak dan pinan

Maklumat penting
 Pelajar perlu baca dan faham pernyataan yang diberi
 Faham kegunaan setiap jenis gear untuk membantu menjawab soalan ini
 Teknik mengurangkan pilihan jawapan tidak praktikal

Tindakan
 Pilih kunci jawapan berdasarkan pengetahuan dan pertimbangan wajar berhubung pernyataan
yang diberi.

Item pasangan/padanan

Contoh 1
Jadual 1 menyenaraikan bahagian enjin dan kegunaannya.

Pilih pasangan yang betul.

Bahagian enjin Kegunaannya


A Sirip penyejuk Mengalirkan bahan api
B Karburetor Menapis udara yang masuk ke dalam enjin
C Perumah penghembus Menyimpan bahan api
D Roda tenaga Memberi lajakan kepada putaran enjin
Jadual 1
Maklumat
 Soalan ini mudah dan aras kefahaman sahaja tetapi anda harus faham fungsi setiap bahagian
pada enjin.
 Ulangkaji dengan membaca, faham, ingat bahagian dan rupabentuk bahagian enjin.

Tindakan
 Pilih pasangan betul berdasarkan fungsinya
 Teknik mengurangkan pilihan jawapan boleh membantu
Contoh 2
Jadual 2 menyatakan nama komponen dan simbolnya

Pilih padanan yang betul.

Nama Komponen Simbol

A LED

B LDR

C Transistor

D Kapasitor

Jadual 2
Maklumat penting
 Persediaan awal pelajar ialah kenal dan faham simbol-simbol dan nama komponen elektronik
 Teknik mengurangkan pilihan jawapan tidak sesuai.

Tindakan
 Pilih pasangan yang padan dengan nama dan simbolnya.

Pengetahuan tentang Metodologi

 Cara, kaedah atau teknik yang standerd dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan
atau kerja
 Pelajar hendaklah melibatkan diri dalam semua kerja amali semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.

Contoh 1
Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas penyimpanan.
Rajah 1
Apakah bahan yang sesuai digunakan pada X ?

A Medium Density fibre board (MDF)


B Polyvinyl chloride (PVC)
C Papan lapis
D Perspek

Maklumat penting
 Pelajar perlu faham fungsi semua jenis pencantum dan pengikat
 Bahan-bahan serta sifatnya juga jangan diabaikan

Tindakan
 Pilih kunci jawapan yang paling tepat berdasarkan keutamaannya.

Contoh 2
Rajah 2 menunjukkan proses membina tanggam dalam kerja reka bentuk.

Antara berikut, manakah alatan yang sesuai digunakan untuk membina tanggam itu?
I Sesiku L
II Tolok penanda
III Gandin getah
IV Pahat tepi serong
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Maklumat penting
 Anda dikehendaki memilih alat tangan yang sesuai seperti yang anda pernah lalui semasa kerja
amali reka bentuk.

Tindakan
 Semasa memilih peralatan yang sesuai, peraturan keselamatan menggunakan alatan perlu
diambil kira.
 Teknik mengurangkan pilihan jawapan sesuai diamalkan
Pengetahuan tentang mesin

 Pelajar hendaklah memahami semua jenis mesin yang digunakan dalam reka bentuk.
 Contoh mesin ialah Mesin Gergaji Jig,Sander, Mesin Gerudi, Mesin Jahit, Enjin Silinder
tunggal, cordless Screwdriver dll.

Contoh 1
Rajah 1 menunjukan sebuah mesin mudah alih.

Rajah 1

Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh mesin mudah alih pada rajah 6 ?
A Meribet
B Melelas
C Mengglu
D Memotong

Maklumat penting
 Pastikan pelajar kenal semua jenis mesin yang terlibat dari segi bahagiannya, fungsi dan cara
operasi.
 Teknik meneka tanpa pengetahuan sedia ada tidak sesuai untuk diamalkan.

Tindakan
 Pilih jawapan tepat berdasarkan fungsi mesin tersebut.

Contoh 2
Rajah 2 menunjukkan pasangan takal dan talisawat mesin gerudi elektrik.
Q
P

R S

Rajah 2

Manakah takal pemacu?


A P
B Q
C R
D S

Maklumat penting
 Pelajar kenal dan faham fungsi setiap bahagian mesin gerudi meja – apa? pemacu, dipacu
 Soalan ini aras rendah tapi sukar dijawab kalau kurang faham fungsi gerudi.
 Teknik mengurangkan pilihan sesuai diamalkan
Item Menterjemah
 Pertukaran dari segi sesuatu bentuk pernyataan kepada bentuk simbol atau rumus
tertentu dan sebaliknya.
 Tajuk-tajuk yang terlibat ialah elektronik, elektrik dan lukisan teknik.

Contoh 1
Rajah 1 menunjukkan lukisan skematik sebuah projek elektronik

Rajah 1
Antara berikut, manakah bilangan komponen yang betul?

Perintang tetap LED Transistor LDR


A 3 1 1 1
B 2 2 1 1
C 3 2 1 1
D 4 2 1 1

Maklumat penting
 Item aras rendah
 Pelajar tidak mungkin dapat menjawab soalan ini sekiranya tidak memahami simbol komponen
dalam tajuk elektronik.
Tindakan
 Baca litar dan faham setiap komponen yang diberi.
 Pilih jawapan yang tepat seperti dalam litar.
Contoh 2
Rajah 2 menunjukkan komponen elektronik.

Rajah 2

Apakah simbol komponen itu?

A
B

C D

Maklumat penting
 Anda dikehendaki menterjemah komponen kepada simbolnya
 Pelajar mesti menguasai tajuk ini dari segi kenal dan faham setiap komponen dan simbolnya.
 Aras soalan Sederhana.

Tindakan
 Teknik mengurangkan pilihan jawapan tidak sesuai.
 Pilih simbol yang betul dan tepat.
Contoh 3

Rajah 3meunjukkan sebuah projek elektronik.

Rajah 3

Maklumat penting
 Soalan aras tinggi
 Pelajar mesti mahir membaca
dan menterjemah litar elektronik
 Sekiranya pelajar kurang faham
bincang dengan guru anda.

Tindakan
 Baca laluan arus bod litar projek
dari punca positif bekalan ke
komponen yang pertama
kemudian pilih litar skematik
yang berkaitan
 Tanda X mana-mana pilihan
litar yang tidak berkenaan untuk
mengurangkan pilihan jawapan
 Seterusnya baca laluan arus bod
litar projek dari punca bekalan negatif ke komponen yang pertama kemudian rujuk litar skematik
pilihan anda sebelumnya.
 Sekiranya jenis komponen yang dipasang serta kekutubannya betul, teruskan terjemahan anda.
 Baca laluan arus bod litar projek komponen pertama ke komponen berikutnya kemudian rujuk
litar skematik yang anda pilih dan sekiranya betul, maka pilihan tersebut berkemungkinan betul.
Untuk kepastian teruskan terjemahan anda.
Contoh 4
Rajah 4 menunjukkan pelan dan pandangan hadapan sebuah bongkah.

Rajah 4

Antara berikut yang manakah menunjukkan pandangan isometrik objek itu?

A B

C D

Maklumat penting
 Pelajar hendaklah tahu dan faham konsep serta paksi lukisan Ortografik dan Isometrik untuk
membantu anda menjawab soalan ini.
 Aras soalan sederhana
 Tajuk hamparan dan muka keratan juga merupakan soalan menterjemah.

Tindakan
 Pilih jawapan yang paling tepat.
Item Penyelesaian masalah

 Pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran lain untuk sesuatu masalah dan
situasi baru
 Prinsip yang menjadikan dasar pembentukan sesuatu fenomena daripada kajian,
penyelidikan atau pemerhatian
 Kebolehan menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai (angka)

Contoh 1
Rajah 1 menunjukkan litar skema pengelip elektronik.

Rajah 1

Kadar kerlipan LED akan berubah jika ..

I R1 dan R2 digantikan dengan perintang yang lebih tinggi


II R1 dan R2 bertukar tempat
III C1 dan C2 digantikan dengan pemuat yang lebih rendah
nilainya
IV C1 dan C2 bertukar tempat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Maklumat penting
 Biasanya soalan aras tinggi yang memerlukan kemahiran berfikir dan kenal faham
teknologi elektronik
 Pelajar mesti faham fungsi semua komponen yang ada serta kendaliannya
 Sifat perintang ialah semakin tinggi rintangannya maka sedikit arus yang dapat mengalir
melaluinya.
 Kapasitor pula semakin besar kapasitannya (ruang ) semakin lama masa untuk dicas penuh.
Kapasitor hanya bertindak buang cas apabila kapasitannya mencukupi/cas penuh.
Tindakan
 Pilih kunci jawapan berdasarkan pertimbangan anda terhadap fungsi setiap komponen.
 Komponen yang memainkan peranan penting ialah perintang dan kapasitor.

Contoh 2
Rajah 2 menunjukkan perintang tetap dan kod warnanya.

Rajah 2

Berapakah nilai perintang tersebut?

A 62 kΩ
B 623 kΩ
C 620 kΩ
D 62000 kΩ
Maklumat penting
 Sekiranya kod warna perintang tidak disertakan bersama soalan, maka pelajar harus
menghafal kod tersebut.
 Faham dan tahu mengira hasil atau dapatan berdasarkan kod warna dan cara betul
menggunakannya
 Ingat bacaan nilai perintang dimulai dengan ohm(Ω), KΩ dan seterusnya MΩ sekiranya
bacaan terlalu besar untuk nilai Ω.

Tindakan
 Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan metodologi yang menjadi prinsip pengiraan
nilai perintang.
Contoh 3
Rajah 3 menunjukkan litar skematik satu projek.

Rajah 3

Antara berikut pernyataan manakah benar?

I Sambungan litar adalah siri selari


II Jumlah rintangan litar adalah 13 Ω
III Jumlah rintangan litar adalah 28 Ω
IV Voltan yang merentasi perintang 3 Ω dan 5 Ω adalah sama
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Maklumat penting
 Pelajar mestilah kenal dan faham jenis-jenis litar ( siri, selari dan siri selari)
 Tahu rumus/ hukum ohm, litar siri dan selari
 Mahir dalam pengiraan

Tindakan
 Berdasarkan pilihan pelengkap, kenalpasti jenis litar – (litar siri selari)
 Kira jumlah rintangan dalam litar – mulakan pengiraan perintang dalam litar selari dahulu
dengan menggunakan rumus perintang dalam litar selari
 Kira jumlah rintangan kemudian pilih pernyataan yang berkaitan
 Berdasarkan penemuan anda pilih kunci jawapan yang betul

Item Pengiraan kos/ penghasilan projek


 Menentukan implikasi, akibat, hasilan, kesan dan sebagainya
Contoh 1
Jadual 1 menunjukkan kos untuk menghasilkan 100 unit kotak serbaguna.

BUTIRAN JUMLAH (RM)


Kos Bahan 420.00
Kos Upah 80.00
Kos Overhed 50.00
Jadual 1

Berapakah harga jualan seunit jika peniaga inginkan keuntungan RM2.00?


A RM 5.50 C RM 7.50
B RM 5.52 D RM 7.52
Maklumat penting
 Untuk item ini, pelajar mesti mahir dalam pengiraan
 Biasanya pelajar diberi kelonggaran untuk menggunakan alat-alat elektronik seperti
kalkulator.
 Kesilapan anda membuat pengiraan akan mengakibatkan kunci jawapan salah

Tindakan
 Buat pengiraan berulangkali dan berpandukan format yang betul
 Pilih jawapan yang paling tepat

Contoh 2
Berikut adalah bacaan meter kilowattjam.

Bacaan meter bulan Jun


3 6 2 7 0 4

Bacaan meter bulan Mei


3 6 1 6 0 2

Kadar tarif domestik

0.218 sen bagi 200 unit pertama


0.258 sen bagi 800 unit berikutnya
0.278 sen bagi setiap unit tambahan

Berdasarkan bacaan meter kWj , berapakah bayaran bil elektrik bulan Jun ?

A RM 278.36 C RM 294.36
B RM 284.32 D RM 306.36
Maklumat penting
 Aras soalan tinggi
 Memerlukan kemahiran dalam pengiraan
 Tahu dan fahan format pengiraan yang telah ditetapkan
 Menggunakan alat mengira boleh membantu pengiraan yang tepat

Tindakan
 Pilih jawapan berdasarkan cara dan hasil pengiraan yang tepat.

TIP YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA PEPERIKSAAN


• BACA DAN FAHAM SOALAN DENGAN TELITI
• BERI TUMPUAN ITEM YANG DITAKSIR
• JAWAB SOALAN YANG SENANG DAHULU
• JANGAN TERTIPU DENGAN SOALAN YANG MENGELIRUKAN
• PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT

SEMOGA BERJAYA
Modul KHB – KT Kertas 2(76/2)

MODUL TINGKATAN KANDUNGAN MARKAH


(%)
1 1 Kemahiran Teknikal 10
2 2 Reka Bentuk dan Teknologi 10
3 2 Kemahiran Teknikal 10
4 3 Reka Cipta 10

AGIHAN ITEM PENTAKSIRAN ( ANGGARAN )


Teras

TAJUK BIL. SOALAN


1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan 1
2. Reka Cipta
12
3. Reka Bentuk dan Penghasilan projek
4. Elektrik 3
5. Elektronik 4
6. Kerja Paip 3
7. Lukisan Teknik 2
8. Jahitan 2
9. Masakan 2
10. Tempat Kediaman 3
11. Tanaman Hiasan 2

Kemahiran Teknikal

TAJUK BIL. SOALAN


1. Lukisan teknik 5
2. Elektrik 4
3. Elektronik 5
4. Asas Elektromekanikal 3
5. Enjin 6
6. Perniagaan dan Keusahawanan 3

ARAS KESUKARAN

 Kesukaran Rendah
50% (30 item)
 Kesukaran Sederhana
30% ( 20 item)
 Kesukaran Tinggi
20% ( 10 item)

You might also like