You are on page 1of 2

Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka 

1. Thailand 

Sejak abad ke-17, dasar pintu tertutup diamalkan. Pada tahun 1818, Raja Rama II telah
mengadakan perjanjian dengan Portugis. Namun demikian, baginda menolak segala utusan
John Crawford dari Pulau Pinang. Penggantinya, Raja Rama III juga tidak berminat berhubung
dengan kuasa barat dalam perdagangan kerana barang yang dikehendaki boleh diperolehi dari
China. Selain itu, baginda takut akan kesan politik dan sosial akibat kemasukan kuasa barat.
Pada tahun 1826, baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Burney. Perjanjian ini
membuka pintu perdagangan kepada British tetapi British tidak boleh mengimport candu dan
mengeksport beras dari Thailand. Raja Rama III kemudian mengenakan cukai tinggi ke atas
barangan barat. Utusan dihantar kepada Raja Rama III. Baginda tetap dengan pendiriannya
iaitu meneruskan dasar pintu tertutup. Sebabnya baginda takut keadaan seperti di Myanmar
akan berlaku terhadap negerinya iaitu British melalui Perjanjian Yandabo (1826) menguasai
Myanmar.

Pada tahun 1852, Raja Mongkut menaiki takhta. Baginda menyaksikan pihak penjajah
menggunakan kekerasan untuk menjajah negara Asia yang enggan membuka pintunya lalu
menamatkan dasar pintu tertutup dan mulakan dasar pintu terbuka. Raja Mongkut menyambut
baik kedatangan pihak penjajah dan sanggup mengadakan perjanjian dengannya. Pada tahun
1855, Perjanjian Bowring diadakan. Perjanjian ini menamatkan dasar pintu tertutup dan ia
dipatuhi oleh Raja Chulalongkorn dan pengganti yang seterusnya.

2. China 

Sejak dulu lagi, orang cina mengamalkan dasar pintu tertutup. Mereka mengganggap diri
mereka lebih bertamadun dan negaranya ialah Middle Kingdom atau Kerajaan Tengah atau
Zhung Guo. Mereka mengganggap orang asing ialah Barbarian (tidak bertamadun). Mereka
juga mengganggap agama mereka suci, kebudayaan mereka tinggi. Selain itu, apa yang
dikehendaki dapat dikeluarkan di negerinya sendiri, maka tidak perlu berhubung dengan kuasa
luar. Dalam melancarkan dasar pintu tertutup, Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan
Peraturan. Dalam peraturan ini, kapal perang asing tidak boleh masuk ke Bogue; isteri orang
asing dan senjata api tidak boleh dibawa masuk ke kilang; hubungan perdagangan mereka
hanya boleh dijalankan dengan saudagar cohong dan sebagainya. Ini jelas dilihat mereka tidak
berminat berhubung dengan orang asing. Sekatan ini menyebabkan kuasa barat berusaha lebih
giat lagi untuk membuka pintu negeri China. Dalam usaha membuka pintu, beberapa usaha
telah dijalankan tetapi gagal.

Pada tahun 1839, berlakunya Perang Candu. China ditewaskan dan terpaksa menandatangani
Perjanjian Nanking. Melalui perjanjian ini, China terpaksa membuka 5 pelabuhan kepada
pedagang asing, iaitu Ningpo, Shanghai, Canton, Amoy dan Foochow. Seterusnya Perjanjian
Wanghia (1844) dan Perjanjian Whampoa juga ditermeterai. Perjanjian ini memaksa Chian
membuka pintunya.
3. Jepun 

Dasar pintu tertutup mula sejak Keshogunan Tokugawa (1638). Dasar ini diamalkan kerana
Jepun mengganggap orang asing telah menimbulkan kekacauan di Jepun. Selain itu, agama
yang dibawa oleh orang asing dikatakan mengingkari perintah Maharaja Jepun, maka agama ini
perlu diharamkan dan orang asing dihalau. Menurut Richard Storry, dasar ini diamalkan kerana
untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Shogun dalam menghadapi anasir yang tidak puas
hati di Jepun terutamanya Damyo Tozama. Shogun Tokugawa telah memerintahkan agar
kapal-kapal asing yang menghampiri Jepun perlu diusir dan bagi orang asing yang mendarat
haruslah ditawan dan dibunuh. Walaupun dasar pintu tertutup diamalkan tetapi pada tahun
1854, Jepun terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa yang membuka pelabuhan
Shimoda dan Hakodate kepada pedagang Amerika. Seterusnya perjanjian telah diadakan
dengan Britain, Rusia dan Holland.

Semasa Meiji. Jepun mengamalkan dasar pintu terbuka. Jepun sedar kalau pintu masih tidak
dibuka, nasibnya akan menjadi seperti negeri China dan Myanmar. Pada tahun 1868, hubungan
diplomatik diadakan secara rasmi dengan kuasa barat. 

You might also like