You are on page 1of 24

TUGASAN : 1.

PEMBENTANGAN : 09 SEPTEMBER 2009

2.PENULISAN ILMIAH : 10 OKTEBER 2009

TAJUK : PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT

PANDANGAN TOKOH @ PAKAR.

NAMA : 1. MOHD FAIZ BIN MOHD DAUD

2. KHAIRUL NIZZAM BIN MD DIN

3. MUHAMMAD SYAMSYUL RIZZAL BIN UMAR

4. SITI MARIANI BINTI ABU BAKAR

5. DINA FARHANA BINTI ABD MUTALIB

JABATAN/

FAKULTI : JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL , FAKULTI

SENI DAN MUZIK.

TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMAKAN : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM


ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SHV4193

“PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT


PANDANGAN TOKOH ATAU PAKAR DALAM BIDANG AWAL
KANAK-KANAK”

NAMA AHLI KUMPULAN (3) :

MUHAMMAD SYAMSYUL RIZZAL BIN UMAR

MOHD FAIZ BIN MOHD DAUD

KHARUL NIZZAM BIN MD DIN

DINA FARHANA BT ABD MUTALIB

SITI MARIANI BT ABU BAKAR

PENSYARAH

EN. KAMARUL AZMAN B. ABD SALAM


PENGENALAN.

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan

perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersikap kualitatif iaitu sifat

perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah

berlaku yang melihatkan sifat kelainan daripada peringkat yang terdahulu.

Menurut Crow dan Crow,1980 dalam Siti Farah Idayu Madi (2009)

perkembangan merupakan perubahan secara “kualitatif”serta cenderung ke arah

yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E

Garrison pula, perkembangan kognitif terhasil daripada tindakan yang saling berkait

antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.Menurut Atan Long pula,

Perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif

tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada

peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan kognitif kanak-kanak

sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir

hayat organisma.Ini bermakna perkembangan kognitif bukan sahaja membawa

organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun

peringkat kematangan dilampaui.Tegasnya,perkembangan setiasa berlaku terus-

menerus dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.Ramlah jantan &

Suppiah nachiapan 2008).

Menurut Resnick (1987) dan John (1997), kognitif adalah semua proses

mental yang terlibat dalam perolehan, penghasilan pengetahuan, penggunaan

pengetahuan dan pengawalan proses mental. Maklumat yang diterima dipadankan,

dibandingkan dan diklasifikasikan dengan maklumat


yang (sedia) tersimpan dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

Maklumat baru yang lebih bermakna dan relevan berkemungkinan diintergrasikan

dengan maklumat (yang) sedia ada pada tahap yang tinggi (Mohd Azhar Abd.

Hamid, 2007).

Perkataan kognitif atau kognisi membawa maksud ‘berfikir’. Perspektif ini

menegaskan kepentingan kebolehan manusia berfikir serta memproses dan menilai

data serta maklumat sebelum bertindak terhadapnya. Analoginya adalah seperti

keberkesanan sistem pengolahan maklumat (information processing system) yang

diakawal oleh fikiran dan penegtahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar

(Nazar, 1990).

Menurut Bruner (1966), kognitif adalah proses dalaman iaitu pemikiran

berbeza dengan tingkah laku dengan tingkah laku yang boleh dilihat. Oleh itu, bagi

menghasilkan teori pembelajaran, pakar kognitif sentiasa merujuk pada proses

kognitif (Mohd Azhar Abd. Hamid, 2007).

Menurut Mahmood Nazar (1990), kognitif ialah proses intelektual. Ini

bermakna kognitif melibatkan proses-proses mental tahap tinggi serta pemikiran,

berbahasa, menyimpan maklumat dalam ingatan (memori), dan menggunakan

maklumat yang disimpan bagi menaakul, membuat pelbagai keputusan ataupun

menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak tokoh-tokoh yang menyuarakan berkaitan perkembangan

kognitif kanak-kanak dari awal kanak-kanak sehingga dewasa. Antara tokoh-tokoh

yang terlibat dalam perkembangan kogintif kanak-kanak ialah Jean Piaget (1896-

1980), Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang kohler dan kurt kaffka, Jerome

Bruner, Robert M. Gagne dan banyak lagi. Mereka telah membuat kajian serta
pandangan mereka terhadap tahap perkembangan kognitif kanak-kanak dari

permulaan dilahirkan sehingga mereka kembali ke alam dewasa.

PANDANGAN TOKOH DAN PAKAR DALAM BIDANG AWAL KANAK-KANAK :

JEAN PIAGET

Jean Piaget (1869) adalah pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi

kanak-kanak. Beliau banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

Perkembangan kognitif menurut beliau adalah proses yang mana fahaman kanak-

kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman,

1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi

kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004).

Menurut Piaget, kanak-kanak pada lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun berada

pada tahap praoperasi. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak

menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:

I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah

lakunyang ketara seperti kebolehan mengira.

II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan

digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan

sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang

kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.


Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga

fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu

proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental

mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi

yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental

(Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:

I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan

II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).

Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan

memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun

penerngan yang ada dalam pemikirannya.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,

ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap

hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama

proses kognitif dalam tahap ini iaitu ‘egocentrism’, ‘konsep sebab-akibat’,

‘peningkatan peralihan bahasa’ dan ‘pembentukan identiti diri’ (Asmah Bee Mohd

Noor, 2000).

Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga

menggunakan simbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai

kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-
kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya

pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat

hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu

pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan susunan atau

keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak

akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah

apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat

yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa

mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi

empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).

LEV SEMENOVICH VYGOTSKY

Seorang lagi tokoh yang terkenal adalah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau

merupakan ahli psikologi Russia. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan

menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun iaitu pada tahun 1934. Beliau

adalah seorang ahli psikologi Russia yang mengamalkan fahaman Marxist. Vygotsky

pernah berkhidmat sebagai guru Psikologi di kampung halamannya. Penyelidikan

unggul beliau bertajuk “The Psychology of Art”. Berdasarkan penyelidikan ini, beliau

telah memperolehi Ph. D. di dalam bidang Psikologi di Institut Psikologi Moskow.

Tetapi di sepanjang hayatnya, belaiau menghadapi kesukaran untuk menyerapkan

teori-teori dalam idea-idea politik Russia (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).
Mengikut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam

persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripda

kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak

dengan ibu bapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut belau

juga, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental functions)

iaitu perhatian, sensasi, persepsi, dan memori yang kemudiannya berubah menerusi

kontek dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali fungsi mental

peringkat tinggi (higher mental functions) (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Pada peringkat awal, kebolehan kanak-kanak membentuk memori terhad oleh

kekangan biologi. Namun begitu, melalui budaya kanak-kanak dibekalkan dengan

alat untuk membuat adaptasi dalam fungsi asas mental.

Contoh :

Dalam masyarakat barat untuk mengigati sesuatu kanak-kanak dilatih untuk

mencatat nota, sementara masyarakat Orang Asli (Senoi), untuk ingat semula jalan

menghala kesesuatu tempat, kanak-kanak digalakkan untuk mencantas dahan-

dahan pokok atau ikat tali pada pokok sebagai penanda laluan.

Jadi, setiap budaya memindahkan cara hidup kepada kanak-kanak melalui

interaksi sosial termasuk strategi membuat memori atau cara menggunakan mental

untuk berfikir. Oleh sebab setiap budaya memindahkan juga kepada kanak-kanak

system kepercayaan dan nilai, bermakna setiap budaya juga membekalkan perkara

yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak.

Tema yang digunakan oleh teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif

individu berlaku dalam konteks sosial. Maka perkembangan kognitif termasuklah


penguasaan tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh budaya atau

masyarakat di mana mereka tinggal.

Menurut Vygotsky, zon perkembangan proximal (ZOPD) ialah jarak di antara

tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara

bersendiriana atau tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui pengusaan

ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran.

Oleh itu, dengan menilai tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran secara

bersendirian dan juga tahap kebolehan pelajar menguasai kemahiran dengan

bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir, kita dapat memahami

idea zon perkembangan proximal yang diutarakan oleh Vygotsky (Ramlah Jantan &

Mahani Razali, 2004).

Sumber : Psikologi Pendidikan


Zon ini juga dikenali sebagai ‘zon peluang gerak balas maksimum’ (zone of

maximum response opportunity) oleh Borich (1996). Contohnya di kalangan kanak-

kanak yang baru mula membaca, andaikanlah kanak-kanak tersebut boleh membaca

perkataan yang terdiri daripada dua suku kata yang digabungkan (kv-kv) seperti

perkataan ‘baba’, ‘susu’, ‘tata’, dan ‘kuku’. Dia belum boleh membaca perkataan

yang menagndungi konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvk) seperti

‘bakul’, ‘sukar’, ‘takar’, ‘pasar’ dan lain-lain. Kemahiran pada peringkat ini hanya

boleh dicapainya melalui bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih

mahir. Seterusnya dia boleh maju dan boleh pula membaca perkataan yang

mengandungi konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan-vokal-konsonan (kvkvkvk)

seperti perkataan ‘belajar’, ‘melakar’ atau ‘selamat’. Jadi zon perkembangan proximal

kanak-kanak tersebut berada di antara membaca perkataan mengandungi kvkv

dengan perkataan mengandungi kvkvk.

Kesimpulannya, zon ini di satu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan

yang boleh dikuasai individu sendiri dan di satu pihak ialah kemahiran yang perlu

dikuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir.

‘Scaffolding’ makna asanya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong

bangunan. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang

dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu

kemahiran/ilmu. Bantuan diberi lebih sesar di awal pembelajaran dan semakin

berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh buat

sendiri (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).


Menurut Vugotsky lagi, fikiran dan bahasa pada tahap permulaan,

berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi , iaitu fikiran mula-mula

berkembang tanpa bahasa dan bahasa mula-mula berkembang tanpa fikiran. Beliau

menyarankan bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak

berumur hampir dua tahun. Ini disokong oleh pendapat Piaget yang menyatakan

kanak-kanak satu dan dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria

motor mula memperolehi asas kemahiran berbahasa.

Fikiran dan bahasa kanak-kanak pula saling berhubung kait sejak berumur

dua tahun, kanak-kanak mula mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan

menggunakan bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan. Menurut

Vygotsky, kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan

satu perkataan, kemudian mula menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam

pertuturannya kemudian menggunakan ayat-ayat yang mudah kepada unsur-unsur

ayat-ayat yang kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan jelas

menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini bermakna kanak-kanak bertutur daripada satu

bahagian (perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap). Daripada aspek semantik,

kanak-kanak mula daripada keseluruhan makna sepenuh yang kompleks, kemudian

menguasai unit-unit semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan

pemikiran yang menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantic dan pertuturan luaran

berkembang mengikut arah yang berlawanan (Ramlah Jantan & Mahani Razali,

2004).

Teori Piaget telah dipersetjui oleh Vygotsky tentang pemikiran kanak-kanak

pralinguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan, tetapi tidak bersetuju

dengan pernyataan Piaget tentang pemikiran dan bahasa bercantum dan

kebanyakan non social. Ini disifatkan oleh piaget sebagai egosentrik. Tetapi menurut
Vygotsky pula, ianya menggambarkan perubahan pralinguistik kepada lisan. Menurut

beliau lagi, kanak-kanak bercakap sendiri zaman prasekolah berlaku lebih kerap

dalam menyelesaikan masalah mahu pun mendapatkan sesuatu matlamat yang

difikirkan penting. Sekiranya kanak-kanak tersebut berhadapan dengan masalah

yang berat maka scenario bercakap sendiri akan berlaku secara dramatik.

Berdasarkan kajian beliau, Vygotsky berpendapat bahawa pertuturan

egosentrik adalah satu cara menyatakan fikiran ayau ingatan yang berkembang dan

cara meluahkan perasaan dalaman. Pemerhatian beliau ke atas persamaan di

antara pertuturan egosentrik oleh kanak-kanak prasekolah dan pertuturan dalam

proses pemikiran senyap kanak-kanak yang lebih tua dan pertuturan dalaman orang

dewasa meyakinkan Vygotsky bahawa Piaget telah tersalah tafsir kepentingan

pertuturan egosentrik. Vygotsky menyatakan bahawa persamaan dalam penggunaan

percakapan peribadi dalam tiga golongan subjek kajiannya menyokong andaian

bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang dari pandangan, ia tidak lenyap begitu

sahaja tetapi bertukar menjadi ‘percakapan dalaman’ (inner speech) (Ramlah Jantan

& Mahani Razali, 2004).

ARNOLD LUCIUS GESELL (1880-1961)

Arnold Lucius Gesell (1880-1961),dalam Ramlah Jantan & Mahani Razali

(2004) pula mengatakan bahawa baka atau keturunan merupakan penggerak utama

terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama yang

menentukan proses pembelajaran. Menurut pandangan beliau dalam teori

kematangan Arnold Gesell, kanak-kanak sejak lahir hingga 5 tahun mengalami masa

perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada lima peringkat mengikut tahun.

Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut
kehendak yang berlainan. Semasa umur 4 bulan mata bayi dapat bergerak mengikut

objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan bayi sudah dapat menggenggam objek

yang mudah seperti jari ibunya. Pada usia 7 bulan kanak-kanak sudah dapat duduk

dan merangkak dan pada umur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut

pada objek sebagai sokongan. Setelah masuk umur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak

sudah dapat berjalan dengan batuan sehingga mencapai usia 2 tahun dan mampu

berjalan sendiri. Dalam usia ini kanak-kanak sudah dapat memahami istilah tertentu

seperti “jangan”.

Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun akan berlaku transisi kepada

perkembangan kanak-kanak iaitu keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan

sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturan yang wujud. Semasa umur

7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-kanak akan

menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam

persekolahan (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

ALBERT BANDURA

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri

(kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah

mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah

menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak

apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan

menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’dalam video. Setelah menonton video

kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang

ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut,


mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video

(Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara

langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas

dan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan melalui

sekatlakuan dan taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di

padang, jadi perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan

sebaliknya jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar,

semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak

dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan

dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini

timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang

kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri kanak-

kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila kanak-kanak

tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004).

Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir islam yang

terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah

diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut

peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh

yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak-

kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan

kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh

dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan

menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang


disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah

2009).

ROBERT M.GAGNE

Menurut Robert M.Gagne, dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abd

Aziz Abd Shukor (2008), teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran

behaviuris. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang

pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses

dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Perubahan-perubahan tingkah laku

atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan

dalaman. Antara ahli psikologi yang bermazhabkan teori kognitif ini adalah Robert

M.Gagne.

Robert M.Gagne telah mengemukakan lapan fasa yang melibatkan proses

pembelajaran. Fasa-fasa tersebut adalah fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

pemerolehan, fasa penahanan, fasa mengingat kembali, fasa generalisasi, fasa

perlakuan dan fasa maklum balas (Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan & Abd Aziz

Abd Shukor 2008),

1) Fasa motivasi.

Motivasi merupakan suatu dorongan semula jadi yang wujud dalam diri

manusia. Ia mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu

tujuan tertentu yang dapat memberikan kepuasa kepadanya. Motivasi seperti

ini biasanya menjadikan manusia maju dan berkembang. Motivasi kerap

dikaitkan dengan jangkaan atau harapan tertentu. Lazimnya, motivasi akan

menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya

jangkaan dan harapan.


2) Fasa kefahaman.

Dalam fasa ini, individu perlu didorong untuk memberikan perhatian kepada

apa yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat

memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula

memilih apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk

memastikan pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan

sempurna, individu tersebut harus mempunyai kebolehan untuk

mendiskriminasikan persepsinya. Individu itu harus berupaya membezakan

sesuatu secara berkesan, walaupun yang dibezakannya hampir-hampir

serupa.

3) Fasa pemerolehan.

Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala ransangan yang

telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga

rangsangan-rangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor

ingatan jangka panjang. Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan

dikeluarkan semula pada masa hadapan apabila diperlukan.

4) Fasa penahanan

Fasa penahanan adalah bahagian yang berkeupayaan menerima dan

menyimpan sebanyak mana maklumat atau data yang diperoleh. Kita tidak

banyak mengetahui tentang stor ingatan jangka panjang dan kemampuannya

menerima dan menyimpan maklumat. Kita tidak mengetahui had atau batasan

kemampuannya, seperti mana yang dapat dilakukan oleh sebuah komputer.

Walau bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang tentang belajar secara


berlebihan kerana tidak pernah didengar sebelum ini stor ingatan jangka

panjang seseorang mengalami muatan yang berlebihan.

5) Fasa mengingat kembali

Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data

yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Pengalaman-

pengalaman yang telah dikodkan boleh dikeluarkan semula melalui sesuatu

ransangan, sama ada dari luar atau dalam. Isyarat-isyarat tertentu dari luar

atau dalam itu boleh menyebabkan individu menghasilkan gerak balas

tertentu. Ini bermakna sebarang maklumat atau data yang telah dikodkan dan

disimpan dalam stor ingatan jangka panjang boleh dikeluarkan pada bila-bila

masa jika keadaan mengizinkan.

6) Fasa generalisasi.

Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan

pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk

keadaan atau konteks yang seakan-akan serupa, atau yang boleh

dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini, pembelajran boleh

dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum melalui

generalisasi tersebut.

7) Fasa perlakuan.

Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu

pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran

dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan daripada kadar


pembelajaran yang diperoleh. Dengan perkataan lain, prestasi pelajar dapat

diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara,

umpamanya dengan menggunakan penilaian norma, criteria atau lain-lain

cara pengukuran. Dengan melihat pencapaian mereka, prestasi pelajar dari

segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat ditentukan.

8) Fasa maklum balas.

Maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang

sesudah melalui proses pembelajaran. Maklum balas seperti ini tidak sahaja

menjadi pengukur kepada prestasi seseorang pelajar. Tetapi juga berfungsi

sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh

individu tersebut. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu terhadap

proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang dicapai.

ROZIETA SHAARI (2006)

Mengikut pendapat Rozieta Shaari (2006) dalam jasmin 2006, pakar dalam

bidang perkembangan kanak-kanak dan keibubapaan, di dalam dunia anak-anak

kecil (6 tahun ke bawah), berkhayal memang merupakan sesuatu yang penting.

Pada usia begini, lazimnya mereka belum lagi dapat membezakan realiti dengan

khayalan. Keupayaan berkhayal ini membolehkan mereka membina kreativiti

mereka. Di sinilah cerita-cerita dongeng dan khayalan menjadi sesuatu yang penting

bagi mereka. Amat menyedihkan jika ibu bapa menghalang anak-anak mereka

daripada berkhayal. Mereka sering mengaitkan kelakuan berkhayal ini sebagai suatu

aktiviti sia-sia.
Melalui cerita-cerita, kanak-kanak belajar tentang kemahiran berfikir. Mereka

juga belajar menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita itu. Contohnya cerita

Cinderella mengajar kanak-kanak tentang keburukan berkelakuan sombong dan

bongkak seperti kakak dan emak tiri Cinderella. Mereka juga dapat melihat

kemuliaan hati Cinderella memaafkan orang yang telah menderanya. Ibu bapa yang

bijak menggunakan pengajaran di dalam cerita-cerita sebegini membantu

membentuk nilai murni di dalam diri seseorang kanakkanak. Ini menambah

kemahiran EQ (Emotional Quotient) mereka. Jika pada usia lapan tahun ke atas,

seseorang kanak-kanak masih tidak biasa dibacakan cerita atau mendengarcerita

daripada ibu bapa atau penjaga mereka, maka kita akan mendapati bahawa terdapat

kekurangan pada daya berfikir mereka. Ya, walaupun nampak remeh, sebenarnya

cerita-cerita yang didengar oleh seseorang kanak-kanak membantu merangsang

daya berfikir mereka. Mereka akan bertanya itu dan ini. Mereka akan bertanya

makna perkataan- perkataan yang tidak difahami oleh mereka. Ini meluaskan

perbendaharaan kata mereka. Tidak payah menunggu sehingga memasuki sekolah,

baru mereka belajar tentang perbendaharaan kata (Jasmin 2006).

DR ANNAH REBECCA P VALMORES

Perunding Pembangunan Perlakuan Pediatrik, Universiti Xavier, Filipina, Dr

Annah Rebecca P Valmores dalam Perati ( 2007), mengatakan kanak-kanak

mengalami perkembangan paling pesat dalam tiga tahun pertama kehidupan

mereka. Pada usia tiga tahun, hampir 90 peratus otak kanak-kanak terbentuk dan ini

sebabnya mereka perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Penyelidik percaya otak

kanak-kanak mempunyai paling banyak rangsangan pada usia dua tahun dan jumlah
ini kekal hinggalah umur mereka mencecah 10 atau 11 tahun. Kajian itu menguatkan

lagi keyakinan penyelidik bahawa kanak-kanak mempunyai potensi paling besar

untuk belajar banyak perkara pada awal kehidupan.

Menurut Dr Annah Rebecca P Valmores , secara umumnya bentuk

perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

Walaupun penguasaan kemahiran bayi berlaku pada kadar berbeza, ibu bapa tidak

perlu terlalu risau selagi ia masih dalam tempoh normal. Namun, ramai ibu bapa dan

penjaga tidak sedar sikap memanjakan anak atau memberi terlalu banyak bantuan

boleh melengahkan proses perkembangan bayi. Bantuan yang diberikan sebagai

tanda kasih sayang itu sebenarnya boleh menyekat peluang kanak-kanak untuk

mencuba atau meneroka sendiri dunia baru mereka (Perati 2007).

Antara contoh bantuan paling lazim ialah menyuapkan makanan atau

membantu mereka mengambil barang, sedangkan pada umur tertentu mereka

mampu melakukannya sendiri. Pada umur ini, tentu saja ibu bapa tidak boleh

mengharapkan mereka makan dengan tertib. Jika dibiarkan makan sendiri, pasti

lebih banyak makanan jatuh ke lantai daripada masuk ke mulut. Ketidaksanggupan

ibu bapa mengemas dan membersihkan ruang makan menjadi halangan kepada

proses pembelajaran serta perkembangan pergerakan anak. Malah, penggunaan

alat bantuan berjalan beroda (walker) sebenarnya juga tidak baik untuk kanak-kanak.

Ia tidak mempunyai banyak manfaat, malah boleh melewatkan proses anak belajar

berjalan. Persatuan Pediatrik Amerika juga mengesahkan ia tidak bermanfaat serta

berbahaya.
Selain itu, Dr Annah Rebecca P Valmores mengatakan bayi juga tiada

kebolehan mengawal emosi mereka, tetapi ia boleh diajar. Apabila bayi menangis, itu

tandanya mereka perlukan bantuan anda dan sentuhan boleh menenangkan

perasaan atau ketidakselesaan dialami (Perati 2007).

Banyak kajian mendapati bayi berasa lebih tenteram jika diperdengarkan

alunan muzik, terutama susunan muzik kompleks seperti lagu klasik. Malah,

penyelidik mendapati kanak-kanak yang belajar muzik mempunyai keupayaan lebih

baik untuk mempelajari matematik.

Bagaimanapun, Dr Velmores tidak menyarankan ibu bapa mendedahkan anak

kepada muzik kartun, terutama jika ia mempunyai unsur keganasan. Malah, waktu

menonton televisyen (terutama rancangan kartun) perlu dihadkan kepada dua jam

sehari saja. Ini kerana kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen

didapati menunjukkan perlakuan hiperaktif dan mempunyai daya tumpuan pendek

(Perati 2007).

WILLS (1965)

Manakala dalam perkembangan kognitif kanak-kanak buta, Wills (1965)

memberikan pendapat dengan menyertakan tujuh contoh untuk menjelaskan

berkenaan dengan masalah yang wujud dari perspektif psikoanaltik. Diantaranya

ialah, kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai lebih kebimbangan mengenai

fantasi dan sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul

dan membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau


kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau

punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami

objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan

lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate. Pendapat ini

disokong oleh Slavin (2003) yang mengutarakan perihal psikologi kanak-kanak yang

mempunyai perkaitan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak cacat

penglihatan (Md.Khairul 2008).

KESIMPULAN

Perkembangan adalah sesuatu aspek perubahan yang dialami oleh individu

dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan

tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-

peringkat kematangan yang tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa

perubahan yang menuju ke arah tertentu serta di jangkakan.

Perkembangan juga turut dipengaruhi oleh baka dan juga persekitaran.Baka

menetukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu

mencapai perkembangan yang optimum.

Perkembangan adalah satu bahagian yang saling berhubung antara satu

sama lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara perkembangan jasmani dan

perkembangan kognitif manusia. Corak perkembangan berbeza-beza di mana

semua kanak-kanak mencapai titik yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-

kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.


BIBLIOGRAFI

Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian

Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill

Jasmin, 2006. AYAH DAN IBU. Diperoleh daripada

http://www.mindcat.com/misc/july_ibuayah.pdf , 2009.

Kamaruddin Haji Hussin, 1996. Sekolah dan perkembangan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.

Md Khairul, 2008. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Buta. Diambil daripada

http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&to

pic=28 pada Ogos 27, 2009.

Mohd Saleh Lebar, 1999. Asas psikologi perkembangan. Kuala Lumpur:Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd

.Mohd Azhar Abd. Hamid, 2007. Meningkatkan daya fikir. Skudai, Johor: PTS

PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd

Nor’aini Tahir, Roszikin Zakaria & Zainab Zakaria, 2007. Perkembangan Kognitif

dan pembelajaran kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Nadira Anis Sharina Hamidi, Nur Fatiha Azam & Nurhazwani Hamzah, 2009.

Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak Dari Timur.

Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/14705430/tokohtokoh-timur-

dalam-pendidikan-prasekolah pada Ogos 12, 2009.

Perati, 2007. Rangsangan Awal untuk Anak. Diambil daripada

http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/2707-rangsangan-awal-

untuk-anak.html pada Ogos 28, 2009.

Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004. Psikologi Pendidikan: Pendekatan

kontemporari. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1992. Psikologi pendidikan 1 konsep asas psikologi,

psikologi pendidikan dan Psikologi perkembangan. Subang jaya: Longman.

Siti Farah Idayu Madi, 2009. Perkembangan kanak-kanak. Diperoleh daripada

http://www.scribd.com/doc/14682336/ pada Sept 14,2009.

You might also like