You are on page 1of 4

HIKAYAT 

ANGGUN  CIK  TUNGGAL”


(DIUBAHSUAIKAN  OLEH  HIZAIRI  OTHMAN)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
 
Sinopsis
Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah
lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik
lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancang
kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya.
   
Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah
mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. 
Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan
Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik
Tunggal yang langsung tidak usul periksa.  Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin
pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu
tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu
lalu lari ke biliknya sambil berselubung.
             Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas
tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan
Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri.
Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang.  Setelah tiga hari tiga malam,
kapal Seludang  Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan
meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran
kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.
 
Tema
Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun
Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal
lancing kuning itu milik tunangnya.
 
Persoalan
1.     Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia.
Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik
Tunggal.
2.     Persoalan keberanian menegakkan keadilan.
Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.
3.     Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari
kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.
 
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Raja Anggun Cik Tunggal
  Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat
yang mendalam.
  Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah
yang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.
  Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.
  Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah.
 
Watak Sampingan
 Tuan Puteri Gondan Gandariah
   Nakhoda lancang kuning yang dibedil.  
  Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam.
  Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampir
terkorban.
  Puteri kepada Raja Laksamana
  Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal.
  Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan
yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal.
  Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk.
  Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya.
 
Raja Laksamana
  Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.
  Pemerintah negeri Tiku  Benua.
 
Si Kembang Cina
  Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.
  Yakin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepada
Bujang Selamat.
 
Latar
Latar  Tempat
  Di atas kapal Dendang Panjang.
Di sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang.  Di sini juga
berlaku peristiwa tembak menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawa
Raja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
  Di atas kapal Seludang Mayang.
Kapal ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak menembak
yang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
  Di pelabuhan.
Di situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan.
  Negeri Tiku Benua.
Merupakan negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana.
Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri Gondan
Gandariah berjaya dipujuk oleh  Raja Anggun Cik Tunggal.
  Negeri Bandan.
Negeri ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri
Gondan Gandariah. 
 
Latar Masa
  Tiga hari tiga malam.
Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua.
 
Latar Masyarakat
  Latar masyarakatnya mementingkan budi bahasa.
Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh
secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.
  Latar masyarakat yang memiliki keberanian.
Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita.
  Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.
Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggang
berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.
  Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.
Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas
kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan
kasih sayangnya.
  Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.
Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang Seludang
Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang
Panjang miliknya.
  Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.
Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalam
peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.
 
Gaya Bahasa 
1.     Bahasa istana
Patik, murka, peraduannya, beta
  2.     Simile
Bagai ikan di luar belat
3.     Peribahasa
Rendah diri
4.     Bahasa Arab
Allah, Insya-Allah
5.     Kata ganda
Panji-panji, berbalas-balas
6.     Inversi
Gembiranya hati Tuan Puteri
 
 Nilai

1.   Nilai kasih sayang


Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana
baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-menembak sebelum
itu.
2.   Nilai kepatuhan
Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang
berlabuh di hadapan kapal mereka.
3.   Nilai berani
Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaan
Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar.
4.   NIlai ketabahan
Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik
Tunggal walaupun nyaris terkorban.
 
 Pengajaran
1.     Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
2.     Kita hendaklah banyak bersabar.
3.     Kita mestilah patuh kepada perintah ketua.
4.     Kita perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan salah
faham.
5.     Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.

You might also like