You are on page 1of 1

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin 

pelajar
Posted on 14 Mac, 2008 by admin
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan
apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar
dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam
hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.
            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.
            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin
sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh
tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan
kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.
            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata

You might also like