You are on page 1of 9

Modul 1: “Ice Breaking”

Ice breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia
bertujuan untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau
kursus dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking
digunakan sebagai satu titik permulaan yang seharusnya positif dan menyeronokkan.

Objektif:
Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.
Untuk menghilangkan jurang perbezaan diantara satu sama lain.
Melatih perserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi denga baik.

Masa :
15 minit - taklimat dan sessi pengenalan.
30 minit - aktiviti “whose story is this?”
15 minit – aktiviti “Celebrity ID game”

Arahan:

1) Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.


2) Didalam kumpulan, peserta dikhendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri
mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri mereka
kepada ahli didalam kumpulan.
3) Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikhendaki
untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami beserta
nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah mengambarkan tentang diri mereka
sendiri.
4) Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah
diberikan kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5) Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan
memanggil nama peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil
namanya dikhendaki keluar dan di asingkan daripada kumpulan mereka.
6) Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang
dipanggil nama dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang diceritakan.
Ahli kumpulan melakukan ini dengan membincangkan kisah siapa yang lebih sesuai
mengambarkan personaliti perserta-peserta yang telah dipilih tadi. Ahli kumpulan juga
dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang kisah selain kisah yang ditulis kepada
peserta pilihan.
7) Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah
yang ditulis oleh mereka.
8) Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini diulang
hingga kesemua kisah ahli didalam kumpulan dibacakan.
9) Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikhendaki untuk berkumpul semula
dalam kumpulan yang besar.
10) Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan
mereka.
11) Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti
untuk ditampal di bahagian setiap peserta.
12) Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh
fasilitator, supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan
pasangan peserta hendaklah dari kumpulan yang berbeza.
13) Peserta dikhendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang
mereka berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan peserta
hanya boleh menjawab “ya” atau “tidak”.
14) Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.
15) Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 2 : “Mafia Wars”

“Mafia wars” adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan
dikalangan peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan
memerlukan strategi. Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor
dan juga orang awam. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan
penjenayah sebelum mereka meneruskan matlamat menyingkirkan seluruh bandar.

Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari
berprasangka buruk dikalangan ahli didalam organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.

Masa:
10 minit – penerangan.
1jam – Aktiviti “Mafia Wars”

Arahan :

1) Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat
kepada setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang harus
dimainkan oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan
masingmasing.
3) Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
• “Mafia” – Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan peranan-
peranan yang lain.
• “Polis” – Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki mafia.
• “Doktor”- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang disyaki sasaran
Mafia.
• “Rakyat biasa” – Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4) Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan
cara permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator
memainkan peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
• “Malam Hari”
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan
menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia
akan secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang
hendak disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa
yang dipilih.
- Kemudian “Mafia” disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk
bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki
memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis
untuk kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata.
Doktor dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan
mafia pada hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor
kembali tidur dan peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan
bangun.
• “Pagi”
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan
peserta yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh
doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan
berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
• “siang hari”
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk
mafia, polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang
siapakah mafia diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan
peranan masing-masing sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan
undi yang terbanyak (50% atau lebih) disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan
jika semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang
semula (malam, pagi, siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang
memegang watak mafia, “Polis” dan “Doktor”. Jika “Mafia” telah menyingkirkan “Polis”
dan “Doktor” kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada “Mafia”. Jika “Polis”
Berjaya menyingkirkan “Mafia”, kemenangan berpihak pada “polis”.
6) Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 3 : “Great Egg Drop”

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan
adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara
dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini
memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para
perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila
diberikan sumber.

Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang
diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara
dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding
ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk
membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan
adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil
kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk
memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan
yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45
minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara
daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka
dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat
ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat
samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 4 : “Treasure Hunt”

Aktiviti “treasure hunt” adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran
peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut
kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari
harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian
yang melibatkan minda, kecergasan dan juga ketahanan psikologi

Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.
Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik
didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara


aktiviti.
2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta
dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari
petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6 checkpoint yang
harus dilalui oleh peserta.
3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas
petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak
dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan
ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta
dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.
5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.
6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.
7) Bagi checkpoint pertama :
Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan
menyelesaikan masalah yang diberi.
Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8) Bagi checkpoint kedua:
Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam
botol mengunnakan tangan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk
mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
9) Bagi checkpoint ketiga :
Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”
Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan
mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak
dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan
peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan
secara senyap akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika “kepala” peserta
pertama akan mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi
perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang
menerima isyarat gengaman hendaklah berlari sepantas mungkin mendapatkan barang
yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan
ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10) Bagi checkpoint keempat :
Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.
Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang
mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta
kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang
telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam
kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan
harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke
mana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk
mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11) Bagi checkpoint kelima :
Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit “Jejak bertapak” akan dijalankan.
Cara permainan “Jejak Bertapak” – Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak
yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3
keping “Tapak”. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua
ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba
di tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang
diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain “Tapak” yang diberikan akan
dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12) Bagi checkpoint keenam :
Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger
hunt”.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh
kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang
yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga
checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa
akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang
ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari
kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator
akan menyerahkan harta tersebut.
14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator
meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar.
Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi
sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas
jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta
yang telah dijumpai.
17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

------------------------------------------------------------------------------

Modul 5 : “surat cinta”

Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat.
Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati
masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk
bersikap positif menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.

Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.

Masa:
Tiada peruntukan masa.

Arahan:

1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat.
Peserta dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap
peserta menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun
teguran kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure
hunt” dan malam “talentime”.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli
kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.
7) Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat
yang tertera nama mereka.
8) Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.

------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 6 : Malam “Talent Time”.

Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki


mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini
adalah kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan
diperlihatkan.

Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.

Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.

Arahan :

1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan


diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan
tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga
dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan
persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk
satu persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “surat cinta” mereka yang telah digantung.

You might also like