You are on page 1of 6

SOALAN-SOALAN ASSIGNMENT KENEGARAAN

1. Terangkan konsep interaksi peradaban dan peranannya sebagai agen


perubahan dengan merujuk kepada Tamadun Melayu.
2. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bahasa, agama, ekonomi dan politik berasaskan perkauman. Dengan merujuk
kepada dimensi ini hubung kaitkan faktor sejarah dengan senario masyarakat
Malaysia masa kini.
3. Sejak akhir-akhir ini unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan sering
kali dicabar akan kedudukannya. Terangkan konsep Perlembagaan di Malaysia
dan peranan unsur-unsur ini dalam meneruskan kestabilan dan keharmonian
negara.
4. Bincangkan bagaimanakah Malaysia menguruskan sistem pemerintahan
negaranya. Tunjukkan bagaimanakah sistem ini dapat mempertahankan
demokrasi dalam proses pembinaan negara bangsa.
5. Konsep Satu Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak
setelah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan
kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai
dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.
6. Dasar pendidikan merupakan dasar yang penting ke arah pemupukan integrasi
dan perpaduan kaum. Sejauh manakah dasar ini berjaya dalam misinya.
Bincangkan.
7. Bincangkan kesan globalisasi ke atas dasar luar Malaysia dari pelbagai aspek
dengan mengaitkannya dengan keadaan-keadaan semasa negara.

ARAHAN

JAWAB SATU (1) SOALAN SAHAJA DARI 7 SOALAN YANG DIBERIKAN.

SOALAN TUGASAN INI HENDAKLAH DIJAWAB DENGAN DISERTAKAN DENGAN


PERKARA-PERKARA BERIKUT:

i. Membincangkan kefahaman anda tentang tajuk yang dibincangkan;


ii. Menyertakan sekurang-kurangnya 5 isi penting;
iii. Membuat rumusan tentang tajuk perbincangan;
iv. Menggunakan kaedah APA/nota kaki/nota hujung; dan
v. Menyertakan Cover Assignment yang lengkap.

MARKAH TUGASAN: 30 PERATUS


TAJUK:  SEKOLAH SATU ALIRAN PUPUK PERPADUAN

2.    Sinopsis Isu


Seorang tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat sistem pendidikan
menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara
ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini.
Isu pengasingan pelajar mengikut kaum telah dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan sekiranya ia benar-benar berlaku, ini boleh memberi kesan
negatif yang boleh menghalang matlamat perpaduan dan integrasi nasional.
Sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah pada ketika ini wujud hasil toleransi
pelbagai kaum sewaktu hendak mencapai kemerdekaan. Wujudnya satu sistem pendidikan yang
menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai
dan budaya sosial.
Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu prinsip Rukun Negara
yang mana mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat
seperti semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau.
Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-
masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan
integrasi nasional menerusi pendidikan.
 

3. Pengenalan
 Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat
perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama.
Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya
dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. 
Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah
berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun
1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan
Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam
masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman
persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-
pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama.
Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif
yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya
mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk
personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.
 

4.         ANALISIS ISU PENDIDIKAN

4.1       Perpaduan Kaum Daripada Perspektif  Teori Fungsionalisme.


4.1.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang
mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu
organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial
akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White
(1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan
evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni
pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat.
Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari
pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota
masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.
Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi
tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial
tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan.
Sekiranya sesuatu  hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam
sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang
tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi.
Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial
sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi
pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak
berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan
diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap
tidak berfungsi. 
Teori fungsionalisme menyatakan  bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa
memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta
evolusi dalam sesebuah masyarakat.

4.1.2  Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

i)  Masyarakat
Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah
kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang
mereka dalam membuat keputusan.
Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan
menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat
ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke
sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan,ianya akan menjadi
suatu gejala negatif di dalam masyarakat.
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat
yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit
perpecahan yang berbahaya.
Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku. Tindakan
perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara.

ii) Pihak Sekolah


Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas
tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada
sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk
memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan
rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang
menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum
Cina dan India. 
Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional
di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan
India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan
yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke
universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar
lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini
pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud.

iii) Media massa


Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen, radio
dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar dalam menyatupadukan rakyat
yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program
televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan
akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap
kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda. 
Baru-baru ini akhbar mengetengahkan secara besar-besaran tentang tuntutan Tindakan
Jawatankuasa Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina  Malaysia  (Suqiu)  terhadap  83  perkara 
yang  kononnya  “ dibuat atas dasar kepentingan perpaduan dan kemajuan negara...” sedangkan
sebahagian besar daripada tuntutan itu jelas menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu.
Ianya satu contoh tindakan ekstrem yang tidak patut dilakukan. Ianya telah mencetuskan bibit-
bibit perbalahan yang membimbangkan. Ekoran daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS) mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara kepada kerajaan dan
menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai
bantahan kepada tutututan Suqiu itu.
 

5.         Definisi Mobiliti Sosial


Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat
mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial bermaksud
pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi
sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke
bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah pergerakan dalam kelas sosial yang sama.
Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu generasi atau antara generasi berlainan. Pada hari ini,
kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. 
Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan sangat terhad.
Dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana
anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Ibu bapa Melayu
sebenarnya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Peruntukan Inggeris kepada
sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika dibandingkan kepada sekolah-sekolah Inggeris. Ini
menyebabkan ramai anak-anak Melayu tidak bersekolah. Ini adalah selaras dengan dasar-dasar
Inggeris mahu menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka.
Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun,
kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di Jabatan
Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang bersekolah
Cina, mobiliti sosial adalah terhad di lengkaran komuniti Cina sendiri kerana tiada peluang bagi
mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Oleh itu, pada keseluruhannya lebih banyak
mobiliti mendatar berlaku.
Selepas kemerdekaan, peluang-peluang untuk mobiliti sosial memang nampak ketara. Adalah
diakui, Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat semenjak kemerdekaan.
Rakyat tempatan telah mengambil alih peranan-peranan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-
pegawai Inggeris. Di sektor swasta, pertumbuhan perdagangan dan perindustrian yang pesat
memerlukan pekerja-pekerja profesional, eksekutif, pengkeranian,pekerja mahir dan separa
mahir, operator-operator  pengeluaran dan buruh-buruh am lain. Sememangnya pendidikan
menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya
dikaitkan dengan pendidikan tinggi.

6.  Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi


6.1           Mobiliti Sosial
  Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang
berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan
ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas
pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan
pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India
dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan
mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi.
  Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan
semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu
terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan
seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang
sangat berbeza.
  Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat
persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama  tidak mencapai kejayaan yang
memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan
bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga
aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik


  Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang
ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama.
Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan
sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan
kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat.
Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan
kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. 
  Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum
telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat
menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat
dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.
  Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota
memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum
bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman
yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan
Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada
perpaduan kaum di Malaysia.

6.3   Reformasi Pendidikan


                Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem  persekolahan sehingga
akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan
tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah
untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
  Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan
Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara
tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat
dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui
pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan
sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah
yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT).
 

7.  Cadangan Dan Kesimpulan


  Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di
negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei
1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan
penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu yang bermula pada tahun 1970.
  Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh
semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa
pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak
mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah,
generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan.
Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”. Mereka ini
perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk
yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.
  Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini
menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem
nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa
pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang
dibimbangi selama ini.

You might also like