You are on page 1of 8

Masyarakat Pluralistik di Malaysia

WAJ 3106

1.4 Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka:

Apabila kita membincangkan mengenai masyarakat pluralistik selepas merdeka,kita


menumpukan kepada pembentukan masyarakat di Malaysia.Penumpuan yang jelas
diberikan kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu,Cina dan India.Menurut
pendapat oleh J.S. Furnival,konsep masyarakat majmuk atau pluralistik itu diertikan
sebagai masyarakat di mana di dalamnya terdapat pelbagai etnik(kaum) yang hidup di
dalam satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi,tempat
tinggal,sosial dan budaya.Namun semua itu jelas dilihat ketika sebelum
merdeka.Walaupun kini masih terdapat perbezaan kepada beberapa aspek seperti
ekonomi,tempat tinggal,sosial mahupun budaya namun semua itu hanya pada peratus
yang sedikit berbanding sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

1.4.1 Perbezaan pada anutan agama:

Kewujudan masyarakat pluralistik atau majmuk selepas merdeka dipengaruhi oleh tiga
faktor utama menurut artikel keluaran Dunia Islam edisi Oktober 1992 yang ditulis oleh
Idris Hj. Ahmad.Menurut penulis,antara faktornya ialah perbezaan pada anutan agama
pada tiga kaum utama di Malaysia.Masyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia
selepas kemerdekaan terbentuk disebabkan oleh faktor ini.Jika dulu sebelum merdeka
kaum Cina hanya menganuti agama Buddha namun berlaku perubahan selepas
merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina sudah menganuti agama
Kristian,confucies dan ada juga yang menganuti ajaran agama Islam.Ini juga terjadi
pada masyarakat kaum India.Dengan anutan agama asal ialah Hindu,kini terdapat juga
kaum India yang sudah manganuti agama Buddha dan Islam.Di sinilah kewujudan
masyarakat majmuk atau pluralistik mula terjadi.

1.4.2 Pemecahan etnik kepada subetnik berdasarkan negeri :

Selain itu antara faktor lain ialah pemecahan setiap etnik kepada subetnik berdasarkan
negeri melalui dialek bahasa dan unsur-unsur budaya.Jika dulu sebelum merdeka
melayu dikenali dengan melayu sahaja tetapi apabila berlaku perkembangan dari
perhubungan dan ilmu pengetahuan maka wujudlah Melayu Banjar,Melayu
Jawa,Melayu Minangkabau,Melayu Johor-Riau dan subetnik yang lain lagi.Bagi Cina
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

pula dapat dipecahkan kepada dua kumpulan subetnik utama iaitu Hokien dan
Kwangtung.India terbahagi kepada subetnik seperti Punjabi,Selon,Tamil dan Telegu.Di
Sabah dan Sarawak pemecahan setiap etnik kepada subetnik begitu jelas sekali.Sabah
sahaja mempunyai lebih dari 9 subetnik utama manakala Sarawak dalam lingkungan 12
subetnik terdapat di negeri tersebut.Ini menunjukkan pembentukan masyarakat
plurilistik selepas merdeka di Malaysia lebih ketara.

1.4.3Pluralistik melibatkan dasar kerajaan,migrasi dan perbandaran:

Faktor ketiga adalah melibatkan dasar kerajaan,migrasi dan perbandaran.Dasar


Kerajaan Malaysia antaranya Dasar Perindustrian Negara yang mana kerajaan
menubuhkan kawasan Zon Perindustrian Bebas contohnya di Sungei Way,Teluk
Penglima Garang,Bayan Lepas,Perai dan lain-lain tempat lagi.Selain itu Dasar
Pertanian Negara dengan terbentuknya FELDA(Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan).Migrasi merujuk Kamus Dewan edisi Keempat,sebagai proses
pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain bagi tujuan menetap secara
tetap atau sementara.Perbandaraan pula proses berterusan yang melibatkan kawasan
bandar menjadi bandar.Ketiga-tiga perkara ini secara tidak langsung menjadi antara
penyebab kepada pembentukan masyarakat pluralistic di Malaysia.Peluang pekerjaan
yang ditawarkan,kemudahan asas yang lengkap,taraf pendidikan yang terbaik antara
faktor mempengaruhi masyarakat untuk bergerak atau berpindah dari tempat asal
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

mereka.

Rajah 1.4a: Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

1.5 Kesan Terhadap sosiobudaya di Malaysia:

1.5.1Politik:

Sebelum merdeka,matlamat dan ideologi masyarakat adalah berdasarkan kepada


perkauman.Ketika masa tersebut,parti politik berdasarkan kaum lebih diutamakan.Di
dapat dilihat apabila Dato’ Onn Jaafar mewujudkan Parti IMP di mana parti politik ini
menggabungkan semua kaum ketika itu.Sebalik penubuhan Parti IMP ini,terdapat
bantahan daripada ahli UMNO ketika itu yang menentang sehabis-habisnya cadangan
tersebut.Bagi mereka,parti melayu adalah melayu sahaja.Kewujudan Parti IMP ketika
itu adalah sebagai langkah awal Dato’ Onn Jaafar untuk mewujudkan kesepakatan
kaum sebagai fokus utama dan syarat penting oleh pihak Inggeris untuk memberi
kemerdekaan terhadap Tanah Melayu ketika itu.Akhirnya melalui perbincangan
bersama maka kata sepakat tercapai.Maka dengan itu wujudlah Parti
Perikatan,gabungan UMNO,MCA dan MIC.

Pelbagai kaum disatukan dalam satu gabungan parti politik.Secara amnya,perkonsian


kuasa politik ini dapat dilihat bermula di tahun 1950-an.Gabungan dan pembentukan
Parti Perikatan membolehkan mereka memenangi Pilihanraya Majlis Persekutuan
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

pertama pada tahun 1955.Kejayaan yang diperolehi dalam pilihanraya memberikan


politik percampuran antara etnik ‘Satu kesahan dan Kebolehpercayaan”.Petikan kata
daripada sumber Pengajian Malaysia,Kenegaraan dan Kewarganegaraan.

Jelas menunjukkan kepada kita,kesan sosiobudaya di bawah aspek politik ialah pada
proses pilihanraya yang dijalankan.Berlaku perubahan yang lebih bersistematik dengan
pemerintahan demokrasi berparlimen.Pemilihan bagi ahli Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen selepas merdeka tidak lagi berdasarkan kaum tetapi lebih kepada ketrampilan
diri seseorang calon meliputi aspek kepimpinan.Dengan pegangan falsafah “Dari rakyat
kepada rakyat dan untuk rakyat tanpa mengira kaum”,pembahagian kerusi bertanding
adalah selaras.

Di sini hasil daripada pembentukan masyarakat pluralistik maka berlaku perubahan


pada sistem dan corak politik di Malaysia.

1.5.2Perlembagaan:

Perlembagaan Tanah Melayu berlaku penerusan daripada perlembagaan lama tetapi


mengalami penambahan dan kesesuaian mengikut masa.Aspek utama yang ditekan
dalam perlembagaan ialah mengenai bahasa rasmi,agama rasmi dan
kewarganegaraan.Ketiga-tiga faktor ini diselaraskan dan disesuaikan mengikut
perubahan kepada kehidupan masyarakat plurilistik di Malaysia.Faktor-faktor inilah
antara faktor utama yang mengalami penambahan dan kesesuaian pada Perlembagaan
Tanah Melayu.

Aspek Bahasa.Termeterai dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia kini.Keperluan


kepada satu Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi
negara dalam menyatupadukan rakyat atau masyarakat majmuk di Malaysia.Petikan
kata-kata seorang tokoh bahasa di Malaysia,“Pihak bimbang akhirnya beruntung,pihak
berbangga hanya dapat terus berbangga”.Ini berlandaskan kepada pencanggahan
pendapat ketika Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi.Kaum Melayu terus
megah dan berbangga bahasanya dijadikan bahasa ibunda dan pembentukan jati diri
nasional berteraskan bahasa ibunda.Bagi kaum lain pula,mereka pada mulanya
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

bimbing yang mana akan melemahkan warisan budaya mereka.Kini boleh berbangga
kerana mempunyai kemahiran bahasa lain di samping bahasa ibunda sendiri.

Melalui aspek agama pula,Islam sebagai agama rasmi persekutuan.Namun begitu bagi
penganut agama lain mereka masih boleh mengamalkan agama mereka di negara
ini.Beberapa tindakan positif diambil oleh kerajaan sebagai menjaga hubungan antara
kaum di Malaysia bagi mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk kini.Tindakan
pertama adalah pada rukunegara.Prinsip pertama rukun negara yang menekankan
kepada kepercayaan kepada tuhan menjadi landasan utama masyarakat di
Malaysia.Selain itu,kurikulum yang digubal dalam pendidikan mengalami penyesuaian
terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia.Pendidikan Islam wajib diajar di sekolah tetapi
bagi penganut agama lain mereka diajar subjek pendidikan moral ataupun boleh
mengambil subjek berlandaskan agama masing-masing seperti subjek Bible
Knowledge.

Bagi kewarganegaraan pula,pelbagai penyesuaian diambil oleh kerajaan.Kedudukan ini


memberikan hak,faedah dan kemudahan tertentu.Pembentukan masyarakat pluristik di
Malaysia terbentuk hasil daripada kesan syarat pemerolehan kewarganegaraan
Malaysia.Terdapat 4 penentu yang membolehkan seseorang mendapatkan taraf
warganegara Malaysia.Antara faktornya ialah:

1. Jus Soli:
 Bagi seseorang yang lahir di Malaysia secara automatik mendapat taraf
warganegara melalui syarat:
i. Ibu atau bapanya warganegara Malaysia.
ii. Ketika lahirnya,ibu atau bapanya telah tinggal dan bermastautin di
Malaysia.
iii. Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-
mana negara.
2. Jus Sanguinis:
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

 Merujuk kepada undang-undang mengikut keturunan darah dan


menekankan kedudukan kewarganegaraan bapa seseorang yang
dilahirkan.
 Jika bapa seseorang yang dilahirkan itu adalah warganegara Malaysia,dia
juga menjadi warganegara tidak kira jika dia dilahirkan di luar negeri.
3. Perkahwinan:
 Memberikan hak kepada seseorang wanita asing yang berkahwin dengan
seorang warganegara Malaysia untuk memohon menjadi warganegara.
4. Naturalisasi:
 Perkara 19 Perlembagaan Malaysia memperuntukan peluang menjadi
warganegara Malaysia kepada pemastautin yang tidak lahir di
Persekutuan.
 Perlu mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.

Jelaslah pembentukan masyarakat majmuk juga memberi kesan terhadap


perlembagaan negara terutama kepada aspek bahasa,agama dan kewarganegaraan.

1.5.3 Pendidikan:

Melalui pendidikan menentukan jati diri bangsa Malaysia.Pendidikan menjadi landasan


menyemai dan memperkukuhkan unsur-unsur perpaduan dalam masyarakat
pluralistik.Bermula dengan Penyata Razak dan berakhir dengan Kurikulum Baru
Sekolah(KBSR dan KBSM) yang digunakan kini.Tujuan utama perubahan demi
perubahan yang berlaku pada sistem pendidikan bertujuan untuk memperkasakan
pemupukan semangat perpaduan dan kewarganegaraan serta membina
kesetiaan,kebanggaan terhadap bangsa dan negara Malaysia.

Penubuhan Tabika Perpaduan,Taman Bimbingan Kanak-Kanak(KEMAS),pengajaran


subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah kebangsaan merupakan
langkah yang diambil bagi kepentingan masyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia.

Pengenalan dan pembaharuan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah
sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan jati diri pelajar di
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

Malaysia.Melalui perubahan ini para pelajar dapat menambah pengetahuan dan


kesedaran betapa murninya kehidupan sebagai satu masyarakat majmuk di
Malaysia.Melalui ini juga kesan terhadap pergaulan pelajar juga menjadi lebih mudah
dan lebih memahami antara satu sama lain.

1.5.4Ekonomi:

Pada aspek ekonomi,jurang purata pendapatan antara kumpulan etnik(kaum)


dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 jelas belum mencapai keseimbangan.Ini
memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak unuk merapatkan jurang yang
sedia ada.Petikan kata-kata Perdana Menteri Malaysia pada Majlis Pembukaan
Multimedia Asia 1996 mengenai Koridor Raya Multimedia di Kuala Lumpur pada 1
Ogos 1996:

“MSC akan secara tidak langsung mengubah sikap jati diri antara etnik,bangsa
dan negara serta saling lengkap-melengkapi dalam aspek ekonomi”.

Daripada petikan kata-kata ini menunjukkan kerajaan komited untuk melakukan apa
sahaja bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.Melalui wawasan
2020,fokus terhadap Pembangunan Koridor Raya Multimedia(MSC).Salah satu cabaran
dalam wawasan 2020 adalah adil dari segi ekonomi,agihan kekayaan negara ,wujudkan
perkongsian sepenuhnya,maka jika masih ada pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi maka akan berlaku kemunduran pada kaum tersebut.

Selain itu kerajaan menggubal RRJP2(1991-2000),Dasar Pembangunan Nasional


menggantikan DEB tetapi masih mengekalkan dua objektif DEB iaitu:

1. Membasmi kemiskinan.
2. Menghapus ketidakseimbangan ekonomi.

Maka di sini jelas,berteraskan matlamat mengurangkan isu ketidakseimbangan


ekonomi antara kaum bagi mewujudkan satu masyarakat pluralistik yang terbaik.Saling
melengkapi antara satu sama lain.Ini merupakan salah satu kesan sosiobudaya yang
berlaku apabila pembentukan masyarakat pluralistik atau majmuk di Malaysia.
K
t
n
a
s
e
P
B
A
g
iwp
d
h
r
lo
M
b
y
m
ti
u
k
R
1.6 Kesimpulan:
Masyarakat Pluralistik di Malaysia
WAJ 3106

Rajah1.5a: Kesan terhadap sosiobudaya di Malaysia

Apabila masyarakat yang terdiri daripada berbagai kaum memahami sejarah kelahiran
dan asal keturunan mereka dengan tidak merasakan bangsa lain adalah hina maka ia
akan menuju kepada persaudaraan,kasih sayang dan kesejahteraan dalam ruang
lingkup kemanusiaan sejagat.Prinsip dan hakikat kemanusiaan inilah yang menjadi
dasar perpaduan dan penceraian kesatuan dalam masyarakat pluralistik
Malaysia.Ubahan dan petikan kata dari artikel keluaran Dunia Islam edisi Oktober 1992.
di

You might also like